All About Love

Tuesday, July 23, 2013

Bengkel Transformasi Lean Melalui Value Stream Mapping (VSM)

4:57 PM
Bengkel Transformasi Lean Melalui Value Stream Mapping (VSM)
Assalammualaikum...
Mv jadi salah seorang pembentang kertas kerja

MV senyum tak nampak mata dah..

Kantoi Mv tengok main game masa ni

tajuk kursus

MV dgn KPSU di ofis
Gambar masa kursus minggu lepas....mula2 masuk bengkel ni serius sangat mengantuk tapi bila tiba kerja kumpulan terus segar...bengkel sangat best,,,kita tau banyak benda..mcm 7 waste dalam kerja kita..mura muri dan muda....

Pada jabatan kerajaan mmg patut ambik...kita boleh pendekkan proses yang panjang....mmg terbaik kursus MPC ni....ada sape2 yang pernah join kursus mcm ni??

Tabung HAW

Read More

Lagi Kes Tinggalkan Anak Dalam Kereta

9:03 AM
Lagi Kes Tinggalkan Anak Dalam Kereta
Assalammualaikum..

Kota Kinabalu: Tidak sampai sehari selepas seorang kanak-kanak lemas dalam kereta ibunya di Subang Jaya, Selangor, seorang lagi budak hampir menerima nasib sama di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian terbaru itu, kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang sedang tidur ditinggalkan ibunya dalam kenderaan yang dikunci dari dalam serta enjinnya hidup sebelum keluar membeli-belah.
Bagaimanapun, kali ini, kanak-kanak itu berjaya diselamatkan orang ramai selepas melihatnya tidur seorang diri dalam kereta berkunci.
Goyang kereta baru terjaga
Menurut saksi, orang ramai berjaya mengejutkan kanak-kanak itu dengan menggoyangkan kereta itu beberapa kali sebelum budak perempuan terbabit terjaga setengah jam kemudian dan membuka pintunya.
Dalam kejadian jam 8.30 malam di Taman Putra Jaya dekat Telipok di sini, wanita lingkungan usia 20-an itu mengaku meninggalkan anaknya berseorangan dalam kenderaan kerana keluar membeli barangan keperluan di sebuah pasar raya berhampiran.
Wanita itu memberitahu orang ramai, dia meninggalkan anaknya dalam kereta kerana tidak sihat.

Read More

Monday, July 22, 2013

Biskut ulat bulu

12:56 PM
Biskut ulat bulu
Assalammualaikum..

siap untuk dimasukkan dalam oven

dah siap pun
Semalam MV siapkan biskut ulu bulu..buat seorang diri tapi dibantu sikit oleh suami tercinta...MV mmg suka buat biskut ni sebab senang dan simple..bahan2 pun tak banyak...

Bahan-bahan untuk biskut ni:-
  • Butter-450 g
  • Kuning telur - 4 biji
  • kurma-dihiris halus(**untuk inti)
  • Lemak Sayuran- 2 sudu 
  • Baking powder- 1 sudu teh
  • Pewarna Hijau
  • tepung gandum-500g
  • Garam-secubit
  • gula ising
  • gula kastor
Cara-caranya:-
  • Pukul butter,kuning telur,lemak sayuran dan baking powder
  • masukkan secubit garam
  • masukkan pewarna hijau
  • masukkan tepung gandum
  • kemudian buatlah ikut saiz yang korang nak.
  • yang penting jangan lupa letak kurma...
  • then tekankan bahagian atas dengan garpu then masak..
  • lepas tue,gaulkan dengan gula aising dan gula kastor..
  • siap
Ada yang terasa nak try buat biskut ulat bulu ni...kalau ada yang nak buat dipersilakan...MV lepas ni nak buat biskut lain pula...hehehe...oh ya yang dalam bekas kecil tue ada orang  tempah..harga RM20.00....50 biji semuanya...0.40 sen sebiji...

MV tahun ni tak ambik tempahan..ambik yang ni pun sebab kawan adik MV..mmg rapat dengan MV..tue yang buat untuk dia tue..Hari ni ada majlis berbuka puasa Penjawat awam persekutuan di Sabah..bertempat di Grandballromm 1Borneo...

Hari ni abg Haikal & kakak Ayu berbuka tanpa MV..sebab MV kena  bertugas..

TABUNG HAW



Read More

Friday, July 19, 2013

Lukisan Siapa

11:18 AM
Lukisan Siapa

Thursday, July 18, 2013

Nukilan Dayana

3:30 PM
Nukilan Dayana
Assalammualaikum..



Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu

Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan..
nukilan Dayana.

"Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand "

Sungguh ! Beratnya memegang kasih dan cinta pada seorg suami ! Berdoa agar jodoh dia mmg milik aku seorang smpai mati dan sungguh ..andai jodoh dia tetap ada bersama org lain , aku akan terima dgn terbuka dan terus kuat mcm yg mami lakukan !!

Percaya pada jodoh ! Percaya pada ketentuan ! Menangis air mata darah pon kalau takdir dah begitu..kita ada dua pilihan, terima atau menarik diri !!!

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu

Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan..
sumber dr SINI
**tak tau betul atau tak nukilan ini benar2 dayana yang buat...tapi sekiranya benar...terasa sangat sedihnya dia...apa2pun tak nak komen banyak2...kita hanya mampu melihat tapi tidak boleh menilai...
Read More

Coke Ramadhan 2013

11:06 AM
Coke Ramadhan 2013
Assalammulaikum...
BE KE-4 Bulan Julai 
Lagi lagi update pasal BE/CPUV Nuffnang....tapi inilah tandanya MV nak berteima kasih sebab diberi peluang untuk menerima BE daripada Nuffnang..bukan niat nak menunjuk2 pun...

Be kali ni COke Ramadhan 2013..dan menjadikan 4 BE MV terima bulan julai ini..rezeki anak2 ni...mungkin juga rezeki baby dalam perut kan3x...

Semalam MV ada update entry popia mini...itu popia yang MV buat....kena rajinkan tangan ni..sebab MV kena buat untuk rumah sendiri & rumah keluarga hubby..rumah mak MV ada kakak yang tolong2...kat sebelah hubby semuanya lelaki...jadi harapkan menantu jer..hehehe

Malam semalam start gulung batang buruk pula...lepas selesai batang buruk nnt nak gulung popia lagi sepeket..sebab hari tue inti habis..so malam ni buat inti popia udang dulu..nnt bila dah siap batang buruk boleh terus sambung popia..

Then baru buat biskut...jeng2x..biskut apa..tue nnt MV kongsikan K..hari ni terasa nak buka puasa apa ek?semalam dah berbuka dengan nasi,kari kambing dan sayur labu+sayur manis...hari ni tak fikir lagi..ingat nak buat  tomyam,,,tapi takut abg haikal sakit perut..sebab makan pedas...

Oh ya abg haikal..dah sembilan hari puasa penuh.sama juga mcm mama dia..cuma kakak Ayu MV  tak bagi dia puasa dulu sebab hari tue dia demam suhu badan sampai 40.8..siap buat pegi kecemasan..kena mandikan kat sana....

Doakan My Haikal berpuasa penuh yea..Amin

Tabung HAW



Read More

Wednesday, July 17, 2013

Wordless Wednesday#Popia Mini Udang#

4:14 PM
Wordless Wednesday#Popia Mini Udang#