Lagi Kes Tinggalkan Anak Dalam Kereta - All About Love

Tuesday, July 23, 2013

Lagi Kes Tinggalkan Anak Dalam Kereta

Assalammualaikum..

Kota Kinabalu: Tidak sampai sehari selepas seorang kanak-kanak lemas dalam kereta ibunya di Subang Jaya, Selangor, seorang lagi budak hampir menerima nasib sama di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian terbaru itu, kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang sedang tidur ditinggalkan ibunya dalam kenderaan yang dikunci dari dalam serta enjinnya hidup sebelum keluar membeli-belah.
Bagaimanapun, kali ini, kanak-kanak itu berjaya diselamatkan orang ramai selepas melihatnya tidur seorang diri dalam kereta berkunci.
Goyang kereta baru terjaga
Menurut saksi, orang ramai berjaya mengejutkan kanak-kanak itu dengan menggoyangkan kereta itu beberapa kali sebelum budak perempuan terbabit terjaga setengah jam kemudian dan membuka pintunya.
Dalam kejadian jam 8.30 malam di Taman Putra Jaya dekat Telipok di sini, wanita lingkungan usia 20-an itu mengaku meninggalkan anaknya berseorangan dalam kenderaan kerana keluar membeli barangan keperluan di sebuah pasar raya berhampiran.
Wanita itu memberitahu orang ramai, dia meninggalkan anaknya dalam kereta kerana tidak sihat.

12 comments:

  1. kalau anak tak sihat sepatutnya dibawa bersama bukan tinggal mcm tu..adehh dunia2..

    ReplyDelete
  2. beringar sebelum kena...jangan dah jadi baru menyesal..huhu

    ReplyDelete
  3. mungkin niat ibu tadi kesian dengan anaknya yang tak sihat.tidokan malas nak gerak n mungkin pada dia tak merbahaya tapi dalam kes sekarang apapun keadaan jgn ditinggalkan anak seorang diri dalam kereta

    ReplyDelete
  4. masih ada lg yg x serik..
    xpun jnis x baca berita..
    lpas tu mula meraung..
    aduiyai..

    ReplyDelete
  5. selalu camtu.. bila jadi satu kes mesti lepas tu ada lagi.. macam bermusim..

    ReplyDelete
  6. alahaii.. dah mc trend pulak.. lps sorang2..huhu.. tp mujur yg ni selamat..

    ReplyDelete
  7. adoi.. jadi mak biarlah bijak... kalau apa apa jadi kt anak tu nak menyesal pun tak guna lah.

    ReplyDelete
  8. lepas satu satu kejadian yer..

    ReplyDelete
  9. doen clik2 nuffnag yer

    ReplyDelete
  10. ish...xamik iktibar betullah....
    selamat tak jadi apa2....

    ReplyDelete