All About Love

Friday, September 16, 2016

Selamat hari Malaysia Ke 53

7:30 AM
Selamat hari Malaysia Ke 53

Assalammualaikum....
ready to perbarisan kemerdekaan sekolah 
16.09.2016 ... Genap 53 Tahun penubuhan Malaysia ... Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963 iaitu Tanah Melayu , Sabah dan Sarawak bergabung membentuk  Malaysia. Sebelum tahun 2010 16 September hanya cuti am kepada Sabah kerana sempena Hari Keputeraan Yang Di Pertua Negeri Sabah..

Namun pada 16.09.2010 cuti am diumumkan untuk seluruh Malaysia sempena Hari Malaysia..Itu sedikit mengenai Hari Malaysia buat semua.Mv kongsikan sedikit mengenai haikalayu yang semangat dengan baju bendera mereka.
adik yang tak pernah tinggal kalau bergambar
Ini sempena perarakan kemerdekaan sekolah rendah mereka. Itu saja yang mampu... Dorang mau baju kadazandusun..tapi nak sewa mahal sangat .SO minta tolong mak cik MV jahit baju bendera untuk dorang... 

Kurta dari bendera Sabah... Jubah dari jalur gemilang....21.09.2016 ni dorang ada penutupan bulan kemerdekaan...dorang akan pakai balik baju ni....best haikalayu cakap..cikgu panggil berdiri di depan jadi contoh..

Semangat kemerdekaan ni patut kita pupuk di kalangan anak2 kita. Supaya mereka mengerti apa itu kemerdekaan dan semangat cintakan tanah air...
Read More

Thursday, September 15, 2016

"SEGMEN: BLOGLIST 3 BULAN BERSAMA ELSA"

9:38 AM
 "SEGMEN: BLOGLIST 3 BULAN BERSAMA ELSA"

Jalan-Jalan Bukit Bendera @ Signal Hill

7:50 AM
Jalan-Jalan Bukit Bendera @ Signal Hill
Assalammualaikum...
berdua lebih baik 
Hari ahad lepas punya cerita.Mama Dan Bapa MV turun ke kk...Jadi ambil peluang bawa dorang jalan-jalan...dorang datang masa hari sabtu lagi.Kami bawa jalan2 ke Tanjung lipat. Sambil-sambil MV jogging....

with syamimi....
kalau sudah ke kk..memang dorang akan ke Pasar Filipin...Beli ikan...Ikan dan sayur yang murah dari harga pasar. sayur rm1 seikat. ikan pula ada yang serendah rm 2.00 sekilo...ada yang sepiring rm5.00....cuma kena pandai pilih lah. 

abaikan posing MV tu yea
hari ahad tue sementara menunggu pasar filipin tue buka MV bawa mama dan bapa ke bukit bendera atau signal hill,,bawa dorang ambil udara ..dan tengok pemandangan di kk...sempat lah bergambar sekejap. oh ya gambar tanjung lipat,pasar filipin xda....malas nak snap....
posing anak beranak 
di pasar filipin kami beli amplang ....dan keropok sotong..sedap...balik jak..sampai rumah terus masak ikan yang dibeli....memang mantop...malam nya bawa dorang jalan2 ke Perdana Park pula...alang2 sudah turun kk kan.. bawalah jalan2

**wani dan haikal tiada dalam gambar dorang balik kampung di ranau bercuti...ayu x balik sebab mimi nangis....
Read More

Wednesday, September 14, 2016

Suamiku Ofisboy Aka Driver

4:23 PM
Suamiku Ofisboy Aka Driver


Assalammualaikum....

Suami Aku Ustaz.. I Love You CIkgu ...Sayangku Kapten Mukhris.. Abang Bomba I Love You .... dan terkini tunang ku Encik Inspektor Penjara....hahaha semuanya penajwat awam..rasa lucu pula.... lepas ni ada kah yang nak buat isteriku librarian..hahaha//

Kalau MV yang buat novel... Suamiku Ofisboy aka driver ada yang nak baca kah hahaha... kalau diolah dengan baik rasanya ada kot hahaha...berbangga dengan suami MV,,,walaupun tak berpangkat dan gaji tak sebesar mana...pengorbanan dia mencari nafkah untuk kami sekeluarga amat dihargai....

Tak kisah lah.. siapa dan apa kerja suami atau isteri,boyfirend atau girlfriend, tunang kamu...yang penting.halal dan nawaitu tue ikhlas dalam melakukan pekerjaan .....


Read More

Kek pisang, Kuih champiang Dan Kuih sosej

11:10 AM
Kek pisang, Kuih champiang Dan Kuih sosej
belajar dan terus belajar.
Assalammualaikum....

Belajar dan terus belajar....kalau haritu donut kali ni.. kuih sosej dan champiang....aktiviti masa raya haji... tak ada rendang ...ada ini jak...kebetulan mama MV datang rumah...jadi ini lah masa berguru...

Mama Mv ajar buat kek pisang..simple jer..nnti mv try yang ni..mak MV yang buat..kuih-kuih MV yang adun....simple2 saja...

jadi perempuan ni..tak minat nak masak pun kena belajar....alhamdulillah boleh lah sikit2 bab kuih ni...dan akan terus belajar....sapa ada resepi kek yang simple2 boleh lah share dengan MV....bolehlah try2


Read More

Saturday, September 10, 2016

Instant Bubble Shawl

7:00 AM
Instant Bubble Shawl

Assalammualaikum,,,   

Instant Bubble Shawl.....Datang dengan pelbagai pilihan warna. berkualiti dengan jahitan homemade..ya Homemade ok bukan dari kilang ya kawan-kawan...Akak dalam gambar tue yang jahit sendiri,,,

Harga pun mampu milik ok RM35 sahaja..Berminat boleh wasap MV di 0168040362.. Cepat2 janganlepaskan peluang anda

Read More

Friday, September 9, 2016

Sambutan Kemerdekaan TAska Permata/Tadika Kemas KPKPS

7:30 AM
Sambutan Kemerdekaan TAska Permata/Tadika Kemas KPKPS


Assalammualaikum...


sambutan birthday mei - september
Sambutan Kemerdekaan TAska Permata/Tadika Kemas KPKPS  anjuran bersama dengan Perpustakaan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah(tempat MV bekerja)... seperti tahun sebelumnya alhamdulillah sekali lagi sambutan kemerdekaan berjaya di sambut dengan meriah walaupun simple.

aktiviti mewarna bendera malaysia
Antara aktiviti pada hari tersebut adalah :-

  1. sambutan harijadi kanak-kanak taska permata/tadika kemas kpkps yang lahir pada bulan mei hingga september.
  2. aktiviti pertandingan mewarna kanak-kanak tadika
  3. aktiviti mewarna kanak-kanak taska permata
hadiah dan hasil kerja kanak2
Tahun ni tiada perarakan sebab kanak-kanak Tadika kemas sudah terlibat  dengan Perbarisan pada 01.09.2016 haritu . Ini kira sambutan dalaman iaitu peringkat  sekolah.
syamimi dengan baju jalur gemilangnya
Syamimi antara yang paling excited pada hari tersebut sebab dia sudah ready dengan baju jalur gemilangnya yang dijahit oleh makcik MV merangkap nenek saudara syamimi...dia minta jahit sebab dia nampak kakak ayu minta jahit baju bendera untuk sambutan sekolah nanti..

oleh kerana ada lebihan bendera maka terhasillah baju jalur gemilang ni untuk syamimi...oh ya masa ni wani sambut birthday kali ke 3 ..kali ni dengan kawan sekolah....meriah sungguh majlis pada haritu...

Semoga sambutan seperti ini akan terus dijalankan pada masa akan datang.
Read More