All About Love

Tuesday, June 7, 2016

Lambaian Ramadan(Drama)

2:05 PM
Lambaian Ramadan(Drama)
Assalammualaikum...

Sinopsis 

Pinjam Google
 Lambaian Ramadan mengisahkan tentang kehidupan rumah tangga Adam dan Shila. Pada awalnya Adam (Adi Putra) dan Shila (Siti Elizad) hidup bahagia bersama tiga orang anak mereka iaitu Iman (Izz Ilham), Iskandar lakonan Muntazar Ghufran dan Nurin (Puteri Balqis). Namun kebahagian itu tidak berkekalan bila wujudnya orang ketiga lakonan Reen Rahim yang membawakan watak Warda.

Warda berjaya menawan hati Adam dan dalam diam Adam mula curang demi untuk kepentingan perniagaannya. Namun akibat kehadiran Warda, Adam mula mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah. Dalam masa yang sama, tanpa disedari anak bongsunya, Nurin menghidap satu penyakit kronik.


**Semalam tengok drama ni..emosi pula MV..adui geram dengan si suami dia angkat tangan isteri..dan si perempuan menjadikan dendam untuk menghancurkan rumah tangga orang lain...

malam ni nak tengok...drama ni setiap isnin hingga rabu jam 10.00 malam TV3


Read More

first Day Wani Puasa

11:59 AM
first Day Wani Puasa
Assalammualaikum...

Salam 2 Ramadan...tahun ni tahun keempat haikalayu berpuasa...alhamdulillah abang haikal mula berpuasa penuh sejak usia 6 tahun...Kakak Ayu pula pada usia 7 tahun...dan tahun ni giliran wani untuk berpuasa...

Oh ya tahun ni mereka berpuasa tanpa MV,Suami dan syamimi..Sebab mereka balik bercuti di kampung ....berpuasa dengan sepupu dan ahmah(mama MV) ah tong(bapa MV)...MV minta mama tolong ajar wani puasa tahun ni...

Puasa setengah hari saja...iyalah kan badannya berisi takut nanti nda larat pula...hihi...apa2pun tahniah my wani..sebab puasa pertama full day semalam...cuma dia balik2 tanya lah bila boleh minum..hihi..

Sebelah malam pun dia takut2 mau minum..siap tanya .."ahmah buli minum kah"..hari ni dia berpuasa buat hari kedua..Belajar berpuasa bukan memaksa..kalau dia tak tahan dia boleh berbuka juga...


Read More

Monday, June 6, 2016

Misi popia mini udang

10:59 PM
Misi popia mini udang

Assalammualaikum

Salam ramadan pertama,alhamdulillah masih diberikan kesempatan untyk menunaikan ibadah puasa tahun ni..walaupun dlm keadaan yg X berapa sihat.

Hari ni memulakan misi menggulung popia mini udang...tapi cukup lah Hari ni..X larat dah

Read More

Sunday, June 5, 2016

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2016 TAMBAHAN WAKTU PERINGKAT (WP) DALAM JADUAL WAKTU BEKERJA BERPERINGKAT (WBB) DILAKSANAKAN KHAS PADA BULAN RAMADAN

7:30 AM
SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2016 TAMBAHAN WAKTU PERINGKAT (WP) DALAM JADUAL WAKTU BEKERJA BERPERINGKAT (WBB) DILAKSANAKAN KHAS PADA BULAN RAMADAN
Assalammualaikum...


Isnin ni 06.06.2016 merupakan 1 Ramadan..Seperti tahun sebelumnya pastinya ramai yang ternantikan waktu peringkat bekerja pada bulan tersebut... Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr. Ali Hamsa telah mengeluarkan kenyataan bahawa Kerajaan telah bersetuju untuk mengurangkan waktu rehat penjawat awam selama setengah jam. 

So korang boleh tengok surat pekeliling tue dekat link kat bawah ni...

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2016TAMBAHAN WAKTU PERINGKAT (WP) DALAM JADUAL WAKTUBEKERJA BERPERINGKAT (WBB) DILAKSANAKAN KHAS PADABULAN RAMADAN 



ni waktu bekerja berperingkat di sabah & Labuan
So MV akan pilih WP4....kena balik awal..nak kena masak untuk berbuka..nda boleh mau beli di bazar jak....pergh tak mampu kita hahaha
Read More

Saturday, June 4, 2016

Siapa Kawan Isteri Anda??

8:00 AM
Siapa Kawan Isteri Anda??
Assalammualaikum...

pinjam google
Kalau MV sebelum kahwin memang kawan tak ramai..lepas kawin then kerja kawan MV adalah di kalangan rakan sepejabat,rakan sejawatan,kenalan waktu kursus...dan sekarang berjinak2 di bidang perniagaan..so berkawan dengan yang memberi peluang perniagaan...

Tapi kawan yang paling Rapat Of course suami & anak-anak..tak di nafikan...Mcm MV weekend memang stay duduk rumah..kalau kena kerja pun bawa anak turun ofis,.,,bila jadi ibu dan isteri ni..

macam mana banyak pun kawan yang kita ada..kwan yang akan sentiasa ada di sisi kita di saat susah senang ialah suami dan anak-anak...
Read More

Friday, June 3, 2016

Paedophilia atau paedophile

4:02 PM
Paedophilia atau paedophile
Assalammualaikum..

Copy Paste
Paedophilia atau paedophile, adalah satu spesis manusia yang rare. Diorang ni kalau tengok budak-budak akan timbul rasa SEXUALLY attracted.
Rasa STIM.
Scary kan? Scary gila.
Sebenarnya kat Malaysia ni, ada golongan pedophile ini. Memang ada dan memang wujud.
Cuma,
kesedaran kita ibu bapa di Malaysia terhadap gejala pedophilia ni amat sikit cikedis. Cuba pergi randomly tanya mana-mana parents kat luar sana,
"Apa itu pedophilia?"
80% daripada mereka mesti ingat pedophilia tu nama kuih ke nama pokok ke apa. 
-______-
Most of us tak aware pasal ni. Dan bila tak aware,
kita tak faham kenapa terlalu banyak kes penculikan budak, kes budak hilang, pergi playground tak balik-balik, kes budak pergi beli kuih last-last kena rogol dengan pak guard dalam pondok guard, kes budak lelaki 5 tahun kena liwat berulang kali tapi tak cakap apa-apa sebab ingat benda tu normal, kes cikgu sekolah rendah perkosa murid, kes bayi diliwat, etc.
Bila baca kes-kes macam ni, kita sedih tapi KITA TAK FAHAM. Tak faham how can all this happen. Kenapa ada orang-orang yang pelik lahanat camtu perangai.
Kerja asyik nak attack budak je.
Itulah dia--
PEDOPHILES.
Pedophiles ialah the scariest kind of human-being yang ada extremeeee sexual imagination towards kids. Diorang ni ada point-of-view yang berbeza bila tengok kids, tak macam orang-orang normal yang lain. Tengok gambar-gambar contoh di bawah.
Scary kan?
U don't say ini semua tak lojik. Tak masuk akal, etc.
Pedophile always see kids sebagai pemuas nafsu. That's it.
So apa yang kita boleh buat? Itu persoalannya sekarang.
Sebab ibu bapa lah yang kena main peranan PENTING. Kalau bukan mak bapak siapa lagi?
Nak harapkan pak guard protect anak-anak kita, pak guard tu punnnn pedophile. Cikgu kat sekolah punnnn boleh jadi pedophile. -______-
Obviously kita tak boleh ubah these pedophile people.
Kita tak mampu nak azan ke telinga mereka sambil menyeru mereka balik ke jalan yang benar. -..- 
Mereka akan sentiasa mencari kanak-kanak untuk mangsa seterusnya. Tapi apa yang kita boleh buat ialah, MINIMIZE THE RISK.
Kurangkan exposure yang tak sepatutnya terhadap anak-anak kita. Contoh paling mudah, SOCIAL MEDIA.
FIKIRRR sebelum upload apa-apa gambar anak di social media. Ye saya tahu anak awak comel. Telanjang pun comel. Semua anak pun comel. Kan?
Tapi jaga privasi mereka. Anak lelaki mahupun anak perempuan. Jaga.
Gambar mandi, gambar tak pakai baju, gambar pakai skirt pendek, gambar terkangkang, gambar tengah change diapers, gambar anak pakai swimming suit, gambar bontot anak, those photos are high-risk photos! Pedophiles akan senang attracted dengan gambar kids yang menggeramkan camtu. Lagi comel lagi geram. You know what i mean.
"Ahhh lantak ahhh. Ni kan anak aku. Facebook aku. Instagram aku. Aku punya suka ahh!! Comel kott gambar anak aku tengah mandi. Lagipun FB aku friends tak ramai. Ada family members dan close friends je."
Bare in mind, pedophilia boleh jadi TANPA KITA SEDAR, boleh jadi SESIAPA SAJE termasuk ORANG-ORANG SEKELILING KITA.
Yes, anak-anak bagi kita mungkin comel. Adorable like hell. But to pedophiles. They get SEXUALLY AROUSED. Beza kan, comel dengan sexually attractive? Kan?
Pedophiles ni tak semestinya akan attack depan-depan, ada jugak pedophiles yang senyap-senyap.
Jenis yang save photos or videos of kids yang geram-geram tu, and they MASTURBATE and having sexual imagination using the photos.
Sounds insane kan? Tapi possible. Sumpah possible.
Dan ingat, walau se-private mana pun social media kita, it still can be access by public in so many ways.
Nothing is private when it is ONLINE.
"Ahhh merepek! Selama ni aku upload gambar bogel anak aku, takde apa-apa jadi pun!"
So kau nak tunggu anak kau hilang dulu, kena culik dulu, kena bunuh dulu, baru nak stop publish la? Hmm?
Act now. Mencegah lebih baik dari merawat. Kan?
These are 12 safety rules yang parents are encouraged to follow, to avoid our kids dari serangan pedophilia jahanam nih.
1) Never post photos of kids yang tak appropriate. 
Contohnya tengah mandi, tak pakai baju, tengah tidur terkangkang, pakai skirt pendek, etc. Anak lelaki atau perempuan. Both kena jaga!
2) Never expose specifically lokasi sekolah anak, rumah babysitter anak, tempat anak main, etc.
3) Never post status yang macam, "Rindu anak mama yang tengah kat rumah babysitter tu. Hari ni mama balik lewat malam sikit ye sayang."
Atau,
"Baru suruh Daniel beli telur kat kedai runcit kat depan sana. Cepat balik tau! Mama nak masak ni."
NEVER.
4) Sentiasa teman anak kemana sahaja dia pergi.
Playground, rumah kawan, kedai, atau ke mana saje. Yes, anak kita mungkin dah boleh berdikari, tahu jalan balik apa semua. But remember, pedophiles are everywhere.
5) Latih anak untuk tidak duduk di atas peha / pangkuan sesiapa sahaja, terutama lelaki. Tak kisah dalam apa jua keadaan, dengan sesiapa saje. Kalau boleh, AVOID. Especially yang ada anak yang pasif atau jenis "duduk diam".
6) Jangan paksa anak kalau dia "tak selesa" dengan orang tertentu. Observe kelakuan anak, kalau-kalau dia nampak macam "takut" atau "mengelak" bila nampak mana-mana orang dewasa.
7) Alert dengan perangai anak. Kalau tetiba dia kemurungan atau ketakutan. There must be something yang ganggu fikiran dia.
8) Ajar anak supaya tidak membenarkan sesiapa sahaja pegang, tengok atau "tersentuh" their private part.
9) Ambil peduli bila anak tak puas hati dan sedang bercakap tentang seseorang (dewasa). Pay attention kalau-kalau there is something wrong with that particular adult.
10) Sentiasa pakaikan anak pakaian yang appropriate untuk tontonan umum. Simpan sikit kecomelan anak untuk diri sendiri. Jangan ditayang-tayang sangat.
Peha nak tayang, bontot nak tayang, ketiak nak tayang. NO!
11) Respect your kids privacy. Bila anak tak mahu bergambar atau need some space or privacy, hormati kehendak mereka.
12) Kalau ada tanda-tanda anak korang adalah mangsa pedophile, atau korang macam suspect seseorang itu adalah pedophile, terus call ChildLine 15999. Adu lah apa sahaja pasal child abuse kat situ dan dapat kan bantuan.
A Please parents.
We are currently living in an era yang langsung takde barrier. Langsung takde sekatan. Bila takde barrier takde sekatan, hence takde keselamatan. Pandai-pandai jaga diri. Pandai-pandai jaga anak sendiri.
Pedophiles are everywhere. Pedophiles can be anyone.
U don't say these people dont exist. They do. Dan RAMAI sebenarnya. Cuma kita yang tak tahu kewujudan mereka. Because diorang tak bodoh untuk mengaku yang diorang pedophiles. Kan?
Ada juga pihak yang kaitkan jenayah pedophilia ni dengan kos kahwin dan kos sara hidup di Malaysia. Kos kahwin dan kos sara hidup semakin merepek menyebabkan semakin ramai lelaki yang membujang. And they tend to use kids untuk melampiaskan syahwat. Satu, sebab kids senang. Lemah dan tak mampu melawan. Dua, free.
Na'uzubillahi min zalik.
Jom sama-sama kita tengok balik gambar-gambar anak yang kita pernah post dulu. Kalau ada yang kurang sopan atau high-risk, DELETE je.
Bertaubat dan sentiasa mohon perlindungan Allah.
Ye betul, kalau Allah tak izin, takkan jadi. Tapi kalau Allah izin dan benda tu jadi, ia sebenarnya berpunca dari tangan-tangan kita sendiri.
Esok-esok kita kena soal, tentang setiap kemudaratan yang kita tak sedar berpunca dari tangan kita sendiri.
Mintak jauh.
Cc : Adlil Rajiah
p/s: Mohon sebarkan perkara ni supaya lebih ramai ibu bapa aware dan ambil peranan. Lindungi hak anak-anak. Sebab mereka sememangnya berhak mendapat perlindungan yang sepatutnya.


(**ini berita yang mengemparkan semalam...huhu..scary kan..peringatan untuk diri sendiri dan kawan-kawan semua...sekarang bukan boleh percaya...satu ilmu baru untuk kita yang bergelar ibu bapa)

MV pinjam status ni...tak tau sumbernya mana..tapi sekiranya empunya FB terbaca..boleh koemn supaya MV boleh credit kan entry ni kepada beliau..
Read More

Order Dokoh Patch Iron

8:00 AM
Order Dokoh Patch Iron
Assalammualaikum....
7pcs hello kitty 
Alhamdulillah ...ada juga yang sudi order dokoh iron patch daripada MV...masuk 3 order ni sudah 7 order yang MV terima..walaupun tak banyak sekurang2nya menambah pendapatan...
order from Tuaran 
kalau kamu orang berminat bulilah PM MV di 0168040362...buli lah bergaya di pagi raya...harga pun tak mahal bah buli runding..kalau area kota kinabalu boleh  cod/self collect ....kalau area lain boleh pos...
Order dari My Friend(Fhanim)
Jangan malu jangan segan ya kawan2
Read More