All About Love

Saturday, January 30, 2016

Apa Kata Orang

8:00 AM
Apa Kata Orang
Assalammualaikum...


Jumpa kat FB
Orang kita kan...susah nak puaskan...bila tak kahein tanya bila nak kahwin.bila sdh kahwin tanya bila dah ada anak.

Ada anak seorang tnya lagi bila nak tambah..kalau dapat anak bukan sepasang bising...bila ramai orang pun bising...

Eh ni excident ker???pelik betul2 pelik....dulu MV selalu kena macam ni..geram jak...bila sudah lali dengan soalan tu MV biarkan jer..Sebab bukan semua orang tu dikurniakan zuriat.ada yang berusaha mendambakan tapi belum ada rezeki.

Perancangan Allah tue kita bukan tau kan..So untuk orang yang macam ni.Tolong lah jaga hati dan perasaan orang lain.
Read More

Friday, January 29, 2016

3 Perkataan Yang Buat Perempuan Tersenyum

7:30 AM
3 Perkataan Yang Buat Perempuan Tersenyum
Copy Dari FB
Assalammualaikum....

"I LOVE YOU"

"Aku Terima Nikahnya"

"Awak Dah Kurus"

3 perkataan ni akan buat seorang perempuan tersenyum.Betul Macam MV..MV akan senyum kalau orang cakap "Wah kurus sudah ko" tapi jangan tegur " uik gemuk sudah ko" confirm naik angin ahaha.

I love you ...tipulah kita tak suka semua ungkap kata2 ni...perempuan ni mendambakan seorang yang romantik kan..walaupun MV dapat semua yang bukan jenis bagi bunga.Alhamdulillah ungakapan tue...sentiasa diucapkan....


Kalau kamu ...kamu suka kah tidak bila dengar 3 perkataan ini?
Read More

Thursday, January 28, 2016

Selamat Hari Lahir Mohamad Haikal Faiz 9 Tahun

9:40 AM
Selamat Hari Lahir Mohamad Haikal Faiz 9 Tahun
Assalammualaikum...


Selamat hari jadi abang
Selamat hari lahir my only hero...semoga dikurniakan kesihatan yang sempurna.Menjadi anak yang soleh dan berguna kepada semua.Jangan nakal2 tau..Jadi lah abang yang terbaik buat adik-adik...

With Love #mamababahayuwanimimi...

Happy birthday 

Sannah Helwah 

Semoga abang akan terus berjaya dalam dunia & akhirat.Amin



Read More

The Power Of Family

7:30 AM
The Power Of Family
Jumpa dari FB
Assalammualaikum...

Family First.Biasa kita dengar kan...Ada yang setuju ada yang tak.Tapi bagi MV keluarga paling diutamakan...urusan kerja kedua.Walaupun MV seorang ibu isteri yang bekerja Mv rasa keluarga tue lebih penting.

Bukan kerja tue tak penting tapi MV rasa keluarga tue buat kita melupakan masalah kita buat seketika.Kita stress kat tempat kerja bila balik rumah pasti nya kita lupa urusan kerja tu seketika.

Maaf ya kalau bos2 MV rasa MV kurang penglibatan sekiranya perlu outstation.Sebab di usia anak2 MV skg mereka lebih memerlukan seorang ibu yang menyediakan dan melengkapkan hidup mereka.

Orang cakap jika kita terlepas meluangkan masa dengan anak2 ketika usia mereka 12 tahun ke bawah...kita akan kerugiaan.

MV rasa ianya betul..korang pula macam mana...
Read More

Wednesday, January 27, 2016

Lazada Chinese New Year Red Hot Sale 2016

10:03 AM
Lazada Chinese New Year Red Hot Sale 2016
Assalammualaikum...




Pagi-pagi lagi datang ofis my oficemate sibuk dah bershoping online di Lazada..sale katanya sempena Chinese New Year..bila MV tengok...wow memang sale habis ni....bayangkan jer pampers Drypers pun berbaloi2 kalau beli..anak MV pakai huggies jer..so siapa yg guna drypers bolehlah beli...


printscreen dari web lazada
korang apa kata tengok..sale ni sampai 8 Februari...MV terminat kat permainanan kanak-kanak...nanti lah usha...jap lagi nak masuk meeting...petang sikit kita BW ok....
Read More

bila jadi iBU

7:30 AM
bila jadi iBU
Assalammualaikum...

Serius memang betul
Ini bukan dari pengalaman MV sebagai seoarang anak tapi ini pengalaman MV sebagai seorang IBu..Serius.Bila MV nak panggil abang atau kakak...MV akan terpanggil nama yg lain dulu...

misalnya nak panggil kakak ayu...mv panggil abg haikal..kadang2 suami bising juga...bila anak2 xda kat umah..tinggal mimi seorang pun MV buli panggil nama anak yg xda kat rumah...

itu tandanya..anak2 sentiasa ada dalam otak & hati seorang mak.Korang macam tue juga ker?
Read More

Tuesday, January 26, 2016

BR1M 2016 Dah Dibayar

3:51 PM
BR1M 2016 Dah Dibayar
Assalammualaikum....

BR1M 2016 Dah Dibayar hari ini pada pemohon yang sudah berkahwin.Suami MV tak dapat lagi tapi bapa MV punya dah masuk tadi.Bapa guna account bank BSN untuk Br1m ni.

Kalau buat semakan status kat SINI .Status bapa MV masih dalam proses tapi hari ni dah terima pembayaran pertama.

Ada yang ckap kalau semakan status permohonan dalam proses maknanya permohonan positif.KOrang yg mohon Br1m guna acc BSN rasanya boleh check dah masuk duit atau belum.

Untuk penerima bujang ada yang dah terima minggu lepas lagi kan....Sapa yang dapat Br1m Tu belanja MV hahaha...gurau jak


Read More