All About Love

Wednesday, June 10, 2015

Tutorial:Bawal AJ Ala Shawl

10:04 AM
Tutorial:Bawal AJ Ala Shawl
Assalammualaikum...

Menunaikan permintaan CS yg nak MV buat tutorial AJ..so hari ni bagi satu tuto yg mudah iaitu pemakaian bawal ala shawl

Mula2...lipat tudung empat segi tepat..kalau nak labuh sikit just adjust lipatan segi empat tu...jom tengok gambar yg x berapa nak cun d bawah ni...

pakai sebelah panjang sebelah pendek

tarik yang bahagian panjang dan lilitkan di atas kepala..

tara pinkan dan siap...

pinkan di kedua2 bahu

ok siap....
Sekian tuto yang tak berapa nak comel dari MV..sila lah cuba ok..dah cuba nnt share dgn MV

Read More

Humood AlKhudher - Kun Anta | حمود الخضر - كن أنت

9:02 AM
Humood AlKhudher - Kun Anta | حمود الخضر - كن أنت

Tuesday, June 9, 2015

Jimat RUang

5:25 PM
Jimat RUang
Assalammualaikum..

sumber google
Bestkan kalau ada rak mcm ni..boleh mintak ofis buat satu kah tu untuk library MV kerja...memang jimat ruang..dan tambah rajin MV susun buku kalau ada rak begini....pergh cantik sangat...

Kalau lah MV ni punya wang berjuta boleh buat satu mcm ni untuk kat rumah..kita ubah suai jadi almari baju hihi...

Korang nak tak kalau orang bagi free
Read More

Monday, June 8, 2015

Tutorial Tudung Aj

8:30 AM
Tutorial Tudung Aj
Assalammualaikum....



Komen dr ex bos MV...Cik sally..nak minta up tutorial...hahaha,,,,segan sebenarnya aka tak ckup yakin lagi berkongsi tutorial..tapi xpa akan cuba diusahakan ya CS....

KAlau tak 3-4 gaya boleh lah..tapi itu pun kena tgu tahap keyakinan yea,,,,sorry tau..kawan2 ada tak tutorial tudung aj....

kalau kat group d FB Mv mmg takkan share sebab tuan punya badan dah pesan


Read More

Sunday, June 7, 2015

Testing :Lukis Kening Guna Teknik GAm

9:00 AM
Testing :Lukis Kening Guna Teknik GAm

Assalammualaikum....

tengok kening jangn tengok muka MV yg berlubang haha

hasil first time buat..x berapa nak soft bab tutup tempat yg digam

Tiba -tiba minat MV terarah ke bidang makeup pulak...kohkoh...tak pandai makeup tapi minat mcm mn tue...sebelum ni MV mmg tak reti nak lukis kening..MV pakai yg pelekap utk lukis kening...

then belajar slow2 dari kakak...dah blh lah lukis kening walau pun tak berapa cun..then tergerak pula hati nak try teknik gam..iaitu lukis kening tanpa cukur..sebab mv tak cukur kening...

teknik ni biasanya juru andam selalu guna kat pengantin...malam selasa hari tu MV miss tengok malaysia vs vietnam...tapi try teknik gam ni...taklah jadi sgt  tapi kira oklah...percubaan pertama...

kawan2 yg pandai teknik ni ajar2 lah yea
Read More

Saturday, June 6, 2015

Novel gila-gila cinta & Mr London Ms Langkawi

8:30 AM
Novel gila-gila cinta & Mr London Ms Langkawi
Assalammualaikum...
best novel ni
Jom baca sinopsis dari belakang novel mr london ms langkawi

Aidid Mukhlis - Berpelajaran tinggi dan mempunyai kerjaya yang bagus. Dari kecil sudah menetap di luar negara membuatkan jiwanya seakan hilang rasa cinta pada kampung halaman. Akhirnya kerana dipaksa, dia pulang juga tanpa rela.

Nurul Liyana - Dia hanya gadis biasa. SPM pun setakat cukup makan. Memang dia dalam kategori bukan pelajar cerdik tapi jiwanya besar. Cintanya pada tanah air cukup menebal. Bila bertemu, mereka sentiasa berlaga angin. Seorang serius bukan main. Yang seorang lagi, nakalnya… Nauzubillah.

 "Macamlah bagus sangat Kota London dia tu," ejek Liyana penuh jengkel.
 "Memang bagus pun," jawab Aidid dengan nada yang menyakitkan hati.
 "Apa yang bagus sangat? Apa yang London ada, Malaysia tak ada? Cer cite....cer cite." Liyana melawan kata-kata Aidid.
 "Yang bagusnya, kat London tu tak ada mulut mak nenek macam kau!"

Hmm....asyik bertekak sahaja Mr. London dan Ms. Langkawi ini. Kata orang, perbezaan akan mewujudkan keserasian. Tetapi adakah keserasian akan wujud dalam jiwa Aidid Mukhlis dan Nurul Liyana?

**novel ni dengar2 dah diadaptasi ke drama..pelakonnya zul ariffin,izara aishah,amar baharin..tapi tak tahu bila ditayangkan


sinposis gila-gila cinta

Si Rambut Kembang suka membuli Eryssa, tapi Zeek pula tersangatlah romantis. Bila Eryssa dipaksa kahwin dengan Zeek, Eryssa tak dapat terima. Baginya perkahwinan itu terlalu awal sedangkan dia belum bersedia menjadi seorang isteri. Jauh di sudut hati, sebenarnya Eryssa terlalu cintakan Zeek hingga sukar baginya berpisah dengan lelaki itu.

Namun, kekuatan cinta Eryssa diuji hingga memaksa dia menjauhkan diri daripada Zeek. Lalu bagaimanakah hubungannya dengan Zeek? Dan dapatkah Si Rambut Kembang bergabung dengan Zeek merebut kembali cinta gila Eryssa?

**MV suka novel..saspen penuh tanda tanya..sampai buat kita teringin sangat nak tau apa kesudahannya...

KOrang ada ker yg dah baca novel ni....

Read More

Friday, June 5, 2015

Kakak Adik??

1:30 PM
Kakak Adik??
Assalammualaikum...


Kami berdua bersama
Apa Kakak adik???itulah orang selalu tanya MV...MV ni yg dah biasa kadang2 diam jer...tapi ada 2 minggu lepas abang haikal sentap dengan soalan..adik tu siapa???

Yakin dan tenang jak dia jawab....mamalah ndakan kakak pula..hoho...korang rasa abg haikal msti dah marah tu..orang tanya MV ni siapa dengan dia

Uollss jangan pula muntah hijau baca status MV ni..bukan nak ckp MV muda...cuma mungkin sebab MV kawen muda..anak dah besar,,,sebab tu  org ingt adik...


**perghh berjaya buat entry guna nama AYU...cik nur MV pinjam idea noh...


TAbung HAWM
Read More