All About Love

Friday, April 26, 2013

KFC Drive Thru Sulaman Dibuka 26-04-2013

2:53 PM
KFC Drive Thru Sulaman Dibuka 26-04-2013
Assalammualaikum..

ni masa tengah buat
Ingat lagi entry KFC DRIVE THRU???semalam MV terima komen dari anonymous"katanya KFC drive Thru akan di buka pada 26.04.2013" tapi malangnya komen itu sudah terdelete..

Dan tadi masa lalu di sana..Yes MV umumkan dengan rasminya KFC Drive Thru Jalan Sulaman telah di buka....sebab dah ada orang yang datang makan sana..MV???MV just tengok jak..hahaha
Pada yang berdekatan boleh singgah beli pastu hantar tempat MV???bulikah begitu???

Read More

Kisah Abang Haikal

1:00 PM
Kisah Abang Haikal
Assalammualaikum...

Ingat tak dengan entry ni semalam???MV nak cerita kisah my hero HaikalFaiz...kisah dia dengan rukun negara..pasal keluar mengundi....entahlah MY haikal ni sejak akhir2 ni asyik2 dok cerita mengundi jer...

Kisahnya mcm ni...

Haikal :"Mama tadi si Kakak Ayu kena suruh baca ikrar..tapi dia malu2..dia ikut jak apa yng cikgu cakap"

MV : "oh ya...biasalah tue nda pernah kan"

AYu :"ya kakak nda berapa tau bah"

HAikal: "Abang pandai bah rukun negara ..Bahawa kami rakyat Malaysia berikrar dan berjanji..untuk keluar mengundi.."(See ada ke patut keluar mengundi)

MV : "abg apa pula rukun negara keluar mengundi..abang ni pandai2 jak..

Terus pecah ketawa kami 3 beranak..kadang2 kalau layan karenah abang haikal ni mmg terus jiwa kacau...abang2 kecik2 sudah sibuk mau politik...belajar dulu baru mau jadi ahli politik..jangan jadi ahli politik yang tak berpelajaran..nnt nampak mcm bodoh sombong pula..

Kalau betul abg Haikal mau jadi seorang ahli politik suatu hari nanti..pasti kan abang Haikal jadi seorang Pemimpin yang berjiwa rakyat...Perghhh mama dia yang lebih2 sudah ni..
Read More

Ibu Zizan Berkenan Juliana Evans

11:51 AM
Ibu Zizan Berkenan Juliana Evans
Assalammualaikum

Ni sambungan daripada entry INI..dan tadi pagi baca Berita harian ada pula cerita pasal Ibu Zizan..Dan MV kongsikan dengan kamu sedikit ceritanya..

Zizan bawa rakan wanita bertemu ibu 

Ketika ditanya pandangannya mengenai gosip cinta membabitkan pelakon Mael Lambong itu pula, Anai memaklumkan, dia tidak pernah campur tangan dalam soal membabitkan teman hidup anak bujangnya. 

Mengaku cukup akrab bersama anaknya, Anai turut mendedahkan Zizan pernah membawa pulang beberapa wanita ke rumah, untuk diperkenalkan kepadanya, termasuklah dua pelakon wanita berwajah Pan Asia, Juliana Evans dan Emma Maembong. 

Namun menurut Anai, Emma sudah dikenalinya sejak dua tahun lalu apabila finalis kategori Artis Baru Wanita Popular itu itu berkunjung ke rumahnya ketika Hari Raya. 

“Saya tidak kisah siapa pun wanita yang menjadi pilihan Zizan, sama ada artis ataupun orang biasa. Malah, dari mana asal gadis berkenaan pun bukannya hal utama. Semuanya terpulang kepada Zizan untuk menentukan. Paling penting, bakal isterinya harus memahami kerjaya Zizan yang sentiasa sibuk, dan wanita terbabit juga tidak boleh mudah rasa cemburu. 

Berkenan dengan Juliana Evans 

“Setiap kali mengenali seseorang wanita, memang menjadi kebiasaan Zizan membawa temannya untuk bertemu saya. Namun saya faham perangai anak saya, selalunya hubungannya tidak lama. 

“Saya tidak pernah campur tangan dalam setiap perhubungannya, cuma Zizan seolah-olah boleh membaca perasaan saya. Jika ada wanita yang saya rasakan tidak serasi di jiwa, Zizan seperti boleh hidu dan biasanya hubungan itu tidak bertahan. 

“Buat masa ini pula dia belum memberitahu saya, siapa teman wanitanya. Cuma sepanjang memperkenalkan beberapa wanita kepada saya, saya berkenan dengan Juliana. Tetapi saya tahu, kasih sayang yang wujud antara mereka tidak lebih sekadar teman rapat,” katanya. 


Untuk baca lebih lanjut KLik SINI..Siapa pun pilihan Zizan MV harap dia bahagia...**PSSTTT tiba2 gosip pasal cinta zizan kembali hangat,,gegege,,,,

Kalau betul Zizan sudah ada teman istimewa semoga Zizan bahagia,,,,kalau nak kawen..Smsm MV okewyy(MIss banu jangan marah)..tapi zizan tau ker no Hp MV???
Read More

Gwiyomi Versi FBI

11:39 AM
Gwiyomi Versi  FBI
Assalammualaikum..


Semakin ramai yang buat Video gwiyomi..nora danish,wawa zainal...dan semalam FBI,,MV bergwiyomi just di rumah jer..hahaha..cukuplah untuk anak2 terhibur..

DEngar2 Budak BOBO parody Sayang nak buat Gwiyomi esok 27.04.2013..mcm mnlah gaya nya tue ar??adakah Se"Cute" atau pun Se"comel" kak TON????hahaha

Tunggu dan lihat jelah kan...OK Skg ni layan lah Gwiyomi FBI yang lawak ni....

Read More

Terdelete Komen!!

11:14 AM
Terdelete Komen!!
Assalammualaikum..

Aduyai...MV terdelete komen untuk entry2 semalam..aduyai ingatkan terpulish rupanya terdelete..Sorry sangat....Ada 86 komen yang MV terdelete....Baru ingat nak balas jejak mereka tadi..aiya apa dah jadi ni...

Sorry sangat2...MV akan cuba balas mana yang MV ingat...adui yang MV tau SHida,Naniey,Jaa Kechik,GSF dan yang komen semalam..MV minta maaf tau..huhu..agak binggung dan kalut hari ni...

Maaf ok..

Read More

Drama Ariana Mikhail

10:23 AM
Drama Ariana Mikhail
Assalammualaikum..

Cerita bermula di Paris, France dimana Mikhail telah tamat pengajiannya di Universiti Kingston, London pergi bercuti ke Paris dengan sahabat karibnya Jamil yang merupakan senior Mikhail di universiti, hubungan mereka rapat seperti abang dan adik. Dalam percutian itu, Mikhail berniat hendak mencari teman wanita Peranchis kononnya. Tetapi adalah disebaliknya telah bertemu dengan Ariana juga singgah bercuti ke Paris daripada Amerika Syarikat sebelum pulang ke Malaysia.

Ariana yang lulusan hiasan dalaman bercuti bersendirian kerana ingin mencari pengalaman dengan dunia hiasan di Eropah. Dalam pertemuan itu berlaku disebuah cafe di bandar Paris, Apabila Ariana membantu Mikhail daripada di marahi yang cuba mengorat wanita Peranchis dengan mengaku Mikhail teman lelakinya. disebabkan Mikhail tidak memahami bahasa ’Peranchis’. Mikhail marah dengan tindakan Ariana yang melepaskan peluangnya tetapi Ariana menjelaskan pada Jamil yang kebetulan ke tandas akan perbuatan Mikhail mengusik wanita peranchis yang telah mempunyai teman lelaki itu salah. Lainlah kalau wanita itu yang berminat dengan Mikhail. Sikap Mikhail yang tidak berterima kasih serta berlagak dan sombong membuat Ariana tidak berminat untuk berkawan walaupun dia tahu mereka sebangsa.

Jamil meminta maaf bagi pihak Mikhail, kerana mereka baru sahaja sampai bercuti di Paris. Ariana boleh sedikit berbahasa Peranchis mengingatkan Jamil agar menjaga tingkah laku Mikhail. Bagi membalas budi,Jamil mengajak Ariana makan malam tetapi Mikhail tidak berminat untuk turut serta kerana dia tidak meminati Ariana. Mikhail mengingatkan Jamil jangan buang masa sebab kalau nak gadis melayu balik ke Kuala Lumpur nanti mereka akan bertemu ramai. Jamil menasihatkan Mikhail jangan bongkak nanti dia akan tergila-gilakan Ariana. Tetapi Mikhail ketawakan kata-kata Jamil serta menyuruh Jamil saja mengorat Ariana sekiranya dia berminat.

Bak kata orang tua-tua, “Jangan benci dengan seseorang itu, nanti lama-lama sayang.” Itulah yang terjadi kepada Mikhail apabila dia mula jatuh hati kepada Ariana yang telah menjaganya ketika dia sakit. Mikhail telah memohon maaf kepada Ariana atas sikapnya sebelum ini. Ariana memaafkan Mikhail dan sejak itu mereka mula rapat dan berkawan sehingga lahirnya bibit-bibit cinta.

Pada suatu hari dengan secara tiba-tiba, Mikhail telah meminta Jamil untuk menguruskan pernikahannya dengan Ariana di Paris kerana dia tidak mahu kehilangan Ariana. Jamil menganggapkan Mikhail sudah hilang kewarasan kerana masih terlalu awal untuk mereka berkahwin tetapi Mikhail bersungguh-sungguh untuk mengahwini Ariana. Malam itu, Mikhail melamar Ariana dan keadaan yang romantis membuatkan Ariana terharu dan menerima lamaran Mikhail. Mereka telah bernikah di salah sebuah masjid di Paris.

Tetapi keesokan harinya, selepas satu malam bersama sebagai suami isteri, Mikhail mendapati Ariana sudah tiada lagi di sebelahnya. Mikhail menyangka Ariana keluar untuk membeli-belah tetapi dilihatnya beg pakaian Ariana pun sudah tiada. Puas Mikhail dan Jamil mencari Ariana di tempat-tempat yang selalu mereka kunjungi ketika di Paris namun tiada. Hanya sepucuk surat yang diutuskan kepada Mikhail…(credit untuk SINI)



**Cerita ni main tahun lepas kat TV9..skg main kat TV3 ...MV suka cerita semalam tengok sebab Nora danish berlakon..dan yang penting ada sharnaaz...haha sejak bila minat Sharnaaz ni MV....

Ada yang pernah tengok ceta ni..al-maklumlah orang takde astro so bila TV3 ulang balik ambil lah peluang untuk tengok...dan paling suka lagu OST drama sedang apa dan di mana dari Sammy Simorangkir...
Read More

Jadual Perlawanan Liga Perdana Malaysia 26.04.2013

8:30 AM
Jadual Perlawanan Liga Perdana Malaysia 26.04.2013
Assalammualaikum..

Pos Malaysia Vs Kedah-4.45 ptg
Perlis Vs SPA putrajaya-4.45 ptg
Sabah Vs Sime Darby-4.15 ptg
Johor FA Vs NS Betaria-4.45 ptg
PDRM Vs Kuala Lumpur-4.45 ptg
Uitm Vs Sarawak-4.45 ptg

Jadual perlawanan liga perdana Malaysia pada 26.04.2013...semua perlawanan berlangsung pada sebelah petang iaitu sepak mula paada 4.45 petang kecuali sabah Vs Sime darby yang bermula pada 4.15 petang..

Mungkin sebab takut gelap...lampu kan tak lulus(**lulus sudah kah itu lampu stadium likas???)..apapun chayok2 untuk sabahawks...sime darby tue kuat o....chayok2x
Read More