All About Love

Monday, April 16, 2018

Pembedahan Gigi

2:16 PM
Pembedahan Gigi
Assalammualaikum...


Sabtu 14.04.2018 syamimi ada satu pembedahan gigi di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas. Kalay ikutkan tarikh pembedahan yang diberi adalah 18.Mei.2018 kebetulan khamis tu nurse dari bahagian pakar klinik gigi call tanya sabtu ni ada kosong nak offer untuk syamimi 

Bila MV fikir yang syamimi pun sihat MV setuju sebab buat waktu sabtu tak perlu lah MV cuti ...tambahan pula MV bekerja so dah jimat cuti MV...lagipun 18.5.18 dah puasa.so bincang dengan suami pun setuju....
muka sebelum masuk dewan bedah
Syamimi kena puasa start jam 2 pagi...seawal jam 5.00 pagi MV dah bangunkan anak-anak..sebab sebelum jam 7.00 pagi syamimi kena check in kat Wad ...jam 6.35 pagi kami dah masuk kat wad...tunggu doktor datang untuk check...

macam biasa nama syamimi mesti jadi isu...Ble pula nurse tu marah..sebab dia sebut wazniya ...terus MV blur...mv cakap lah nama anak Waznah Syamimi..ble pulak dia ngomel "wazniya tu dekat2 sudah bunyi mustahil nda faham"..kecewa dengan layanan staff nurse ni...masa tolak katil dari dewan bedah pun mengomel cakap berat...

tapi yang bestnya layanan doktor di dewan bedah..doktor bius..doktor gigi memang tip top...doktor bius pun tanya..nama anak maznah ke waznah..MV cakap lah bukan maznah tapi waznah..terus doktor tue tanya..apa maksud waznah ni..mv bagi tau pencari keadilan terus doktor tue cakap uniknya nama adik ni....lepas tu ada doktor yg tersuka tengok lesung pipitnya...


Image may contain: 4 people, including Safi Suzyaney Shafie, people smiling, child, baby, selfie and closeup

Syamimi buat 4 cabutan dan selebihnya 4 tampalan...bius pula pki gas jer...alhamdulillah selesai pembedahan dalam tempoh 30 jam saja sebab tak banyak gigi yang dicabut...cuma mau keluar dari dewan bedah tu kena tunggu syamimi sedar dari tidur...

bila sudah di wad..memang rezeki syamimi agaknya hari itu..kebetulan ada pelawat yang datang bagi sedikit barang kepada kanak-kanak yang berada dalam wad..set buku warna,kertas lukisan,warna dan alat tulis..terus dia happy..best kan mama dapat hadiah katanya...

Image may contain: 1 person

DOktor cakap syamimi takda jahit kat gusi sebab dia x banyak cabutan..lagipun gigi dia kecik jak...cuma yg sebelah katil syamimi..cabut 10 batang gigi..atas bawah...gusi pun kena jahit..yang tue mungkin rasa sakit sikit kot...

Macam syamimi yang dicabut semua gigi atas...dia pun nda mengadu sakit...terima kasih MV ucapkan kepada kakitangan Hospital Wanita dan Kanak -kanak Likas sepanjang kami berada dalam Wad...




Read More

Wednesday, April 11, 2018

Zen Optical Outlet Sdn Bhd

11:06 AM
Zen Optical Outlet Sdn Bhd
Assalammualaikum

Image may contain: sunglasses


Alkisahnya...Cermin mata wani patah dipijak orang dewasa masa sembahyang di masjid...sudahlah tue lepas pijak terus jalan..tanpa rasa bersalah sekurang-kurangnya cakaplah sesuatu...sorry kah apa kah..dia main jalan jak

so MV pergi kedai Zen Optical Outlet Sdn Bhd Di 1Borneo Hypermall untuk buat cermin mata baru untuk wani...dia minta yang pink macam haritu ..tapi yang ada cuma pink purple ni...RM63  bingkai dan kanta...

MV tambah RM20 untuk kalis calar..taulah wani ni ..sembarang jak .....budak kan...kita cakap bukan dia mau faham..so cermin mata baru ni harga RM83.00 berharap bertahan sampai hujung tahun .Amin
Read More

Monday, April 9, 2018

Hui Barang Kemas Kedua

3:47 PM
Hui Barang Kemas Kedua
Barang kemas hui kedua
Assalammualaikum

Alhamdulillah...hui barang kemas kedua MV...kali ni MV ambik Rantai tangan.Jumlah Hui RM60 x 6 bulan...MV tambah sikit untuk ambil rantai tangan corak sauh ni...tak besar takpa janji ada..sikit2 lama-lama jadi bukit

Lepas ni ada satu team hui lagi yang MV tunggu barang kemasnya..yang team ni MV join RM60 x 11 bulan...untuk nilai hui kali ni ..MV beli untuk anak-anak dara MV pula...kebetulan turn MV kena pada bulan Mei...

Tak pa kalau kecil pun kan..janji ada....dari duit x nampak habis ke mana..beli barang kemas ni kira pelaburan juga,,,,
Read More

Review Novel : Tiada Arah Jodoh Kita- Ezza Mysara

12:28 PM
Review Novel : Tiada Arah Jodoh Kita- Ezza Mysara
Tiada Arah Jodoh Kita Tiada Arah Jodoh Kita by Ezza Mysara
My rating: 5 of 5 stars

Afia Alwiya...apabila kesetiaan dibalas dengan lamaran...itu pastinya membahagiakan.Namun kekasih hati Fayyad Syakir melamar Afia untuk kawan baiknya Megat Wakeel ..bagi Afia itu sesuatu yang sangat menyakitkan hati..

Rasa sakit hati itu membuatkan dia membenci Megat Wakeel ...namun setelah mengenali Wakeel dia bukanlah seteruk yang disangka...dia melihat lelaki itu dari sesi yang berbeza..suka bersedekah dan suka menolong orang yang dia tak kenal..

Dan apabila mengetahui yang Wakeel berkahwin dengannya hanya kerana menutup penyakit daripada pengetahuan ibunya..Namun sebaliknya yang terjadi..perkahwinan ini mematahkan hati Megat Aathif abang wakeel yang mencintai Afia,,,

Perkahwinan tanpa rasa cinta itu amat membahagiakan Afian dan wakeel...siapa sangka perhubungan mereka berjalan lancar.Namun jodoh mereka singkat..apabila wakeel pergi meninggalkan afia buat selama-lamanya...

Kehilangan wakeel menjadikan Afia nampak kuat namun sebaliknya..Aathif menyatakan hasrat untuk menjadikan afia sebagai isteri...demi untuk menjaga Afia yang sakit bukan gila tapi halusinasi...

Bukan kerana simpati tapi kerana cinta yang tak kesampaian sebelum ni harus diluahkan...bak kata Afia....wakeel adalah penghubung cinta antara aathif dan afia...dalam cerita ni..sokongan keluarga penting dalam membantu ahli keluarga kita yang sakit....

Gelaran Janda tu bukannya hina sangat...apatah lagi menjadi jadi dalam usia muda....sehingga menjadi buah mulut orang....




View all my reviews

(**MV tak follow drama ....sebab nampak jauh beza drama dan novel...mood baca novel sekarang terbantut...slow2 kayuh bukuyang ada dalam list)
Read More

Wednesday, April 4, 2018

Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Keenam Belas (MAPPA XVI)

10:44 AM
 Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Keenam Belas (MAPPA XVI)
Assalammualaikum...


sumber google 
Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Keenam Belas (MAPPA XVI) berlive streaming jer dengar Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Yang Keenam Belas...Ini Intipati amat :-


1. Kenaikkan Pangkat Berasaskan Kecemerlangan Kumpulan Pelaksana  kali kedua dipendekkan drpd 13 tahun kpd 10 tahun;

2. Gred DG56 skim pegawai perkhidmatan pendidikan diwujudkan;

3. Pemanjangan kemudahan perubatan kpd ibu bapa pegawai lantikan kontrak /Contract of service;

4. Sumbangan dana tahunan min. RM3j kpd CUEPACS;

5. Kemudahan cuti tanpa rekod utk keagamaan bagi yg bukan beragama islam;

6. 1% kenaikan pencen secara one-off;

7. 2018 : tahun keberhasilan dan membanggakan;

8. Geran Khas RM1j utk persatuan/yayasan/kelab pesara kerajaan;

9. 1 KGT pada 2018.

Read More

Tuesday, April 3, 2018

Designer Abang Cengeh & Sayangku Cik Tiramisu

11:26 AM
Designer Abang Cengeh & Sayangku Cik Tiramisu
No automatic alt text available.
dapat promosi postage RM4.00 
Assalammualaikum...

Lagi shopping di karangkraf mall ..Macam biasa ambik yang promosi punya..kali ni MV dapat yang promosi postage juga hurray hurray ....so dua buku campur postage RM22.00 oklah ....MV ambik novel :

  1. Designer Abang Cengeh - Mastura Abdullah 
  2. Sayangku CIk Tiramisu - Herna Diana


No automatic alt text available.
dua novel dengan harga RM18.00
Novel mastura abdullah ni MV baru baca satu tajuk so yang ni kira yang kedua...kalau Herna Diana MV ada 2 buku sebelum ni iaitu 

  1. Mr London Mrs Langkawi 
  2. Akhirnya AKu Kahwin 
jadi ini adalah koleksi ketiga tulisan beliau...tapi sayangku cik tiramisu adalah novel kelima beliau...oh ya MV ni kalau dah baca satu penulis..akan try cuba kumpul buku tulisannya...kalau tak dapat untuk koleksi sendiri try pinjam kawan-kawan yang ada haha
Read More

Wednesday, March 28, 2018

Reward 8Share-Story Time Mission 2: Trouble In Poo -Radise

10:08 AM
Reward 8Share-Story Time Mission 2: Trouble In Poo -Radise
tq 8share
Assalammualaikum...

Alhamdulillah dapat Reward 8Share-Story Time Mission 2: Trouble In Poo -Radise dapat lah RM20.00 masuk dalam account 8share MV...kalau ada rezeki bolah lah cashout dengan 8 coin lepas ni..

Sebab bulan April 2018 8 share dah tukar nama...dulu says.com lepas tu 8 share lepasni dah jadi 8 coin pula,,,8 coin dengar kata lebih menarik redeem nya



Read More

Tuesday, March 27, 2018

Hasil shopping Di Karangkraf Mall

10:54 AM
Hasil shopping Di Karangkraf Mall
3 lagi koleksi novel 
Assalammualaikum...

Hasil shopping di KARANGKRAF MALL  ...dapatlah 3 buah novel dengan harga 4+ termasuk postage :-

  1. My Lovely Tengku - Pitteriah Abdullah 
  2. My Lovely Tengku 2 - Pitteriah Abdullah 
  3. Darlingku Minah Angau - Rabihah Nur Ridhuan
bertambah lagi koleksi di mini library ..oh ya harni kat karangkrafmall ada promosi postage rm4.00,,,sapa yang nak beli tu boleh lah dapatkan jimat postage tue

Read More

Monday, March 26, 2018

Review Novel: Awak Suka Saya Tak?-Melur Jelita

9:46 AM
Review Novel: Awak Suka Saya Tak?-Melur Jelita
Awak Suka Saya Tak? Awak Suka Saya Tak? by Melur Jelita
My rating: 4 of 5 stars

Kisah percintaan Intan Zulaikha bersama seorang lelaki mempunya 2 nama dan 2 sikap yang berbeza,,,kisah yang menguji gadis yang bernama Intan Zulaikha...dari seorang yang keras kepala dan pentingkan diri menjadi seorang menerima segalanya...

Hilman Yong Dan Damein Yong ...lelaki yang sama namun berbeza perwatakan tetapi mencintai dan dicintai oleh gadis yang sama iaitu Intan Zulaikha..biarpun dengan nama yang berlainan..hati mereka jatuh cinta pada Intan dalam masa yang sekejap sahaja...

Kisah percintaan bukan sekdar cinta semata-mata..yang mana cinta berlandaskan dan berpandukan ajaran agama....mencintai seseorang tidak melebihi dari segalanya....walau diuji tetap menerima segalanya dengan redha..

Benar ...kalau dah jodoh tak ke mana...bercinta kemudian berpisah ..bertemu lagi dan bertunang ...sampai ke hari ijabkabul terpisah lagi.,,,akhirnya bersatu jua.."AWAK SUKA SAYA TAK?"

View all my reviews
Read More

Wednesday, March 21, 2018

Tiada Arah Jodoh Kita-Ezza Mysara-

3:09 PM
Tiada Arah Jodoh Kita-Ezza Mysara-
Image may contain: text
so lepas ni baca buku jak lah 

Assalammualaikum...

Lagi satu novel sebagai tambahan koleksi dalam Mini library MV...Tiada arah jodoh kita tulisan ezza mysara....tengah main kat slot akasia....tapi MV memilih untuk membaca novel..sebab nak follow dramanya payah sikit....

lepas habis baca novel Awak Suka Saya Tak Nanti Mv baca novel ni...biarlah lambat sikit...janji terus tau endingya..Mv jenis nak tau ending cepat tak penyabar kan..haha....apa ble buat...

lepas ni nak cari novel ezza benci amat sayang sangat..macam best jer...
Read More

Thursday, March 15, 2018

Cashout 8Share Lagi

3:35 PM
Cashout 8Share Lagi
No automatic alt text available.
Assalammualaikum


Hi haikalayuwani ,

Congratulations! You've succeeded in your Quick 5 Mission, which required you to share this Special on your Facebook timeline and include a caption with someone tagged.

Your reward of RM5 has been credited to your wallet.

yeahhh ....so boleh cashout lah ni bulan depan...cashout terakhir sebelum tukar 8coin hihi

Read More

Tuesday, March 13, 2018

Anak Buah Baru

3:50 PM
Anak Buah Baru
Assalammualaikum...

Anak Buah Baru ....alhamdulillah biras MV bersalin pada 27.01.2018 awal sehari dari birthday abang haikal ...lagi seorang cucu lelaki dalam keluarga suami MV..abang ipar sulung ada 3 orang anak lelaki ...yang nombor 2 ada 2 orang anak lelaki dan 1 anak perempuan....

Kalau keluarga MV pula ada 1 lelaki 3 perempuan...so sekarang cucu lelaki 6 orang perempuan ada 4 orang...hujung minggu lepas balik ranau ..kenduri potong rambut baby ayish,,,

Sebulan dah ayish baru mama su dapat jumpa dia,,,tapi nda boleh mau cium sangat..sebab mama su dia demam....batuk selsema...semangat tengok badan dia...tapi abang aqish dia x bagi mama su dia jaga...

sebab dia takut adik dia kena bawa balik kk,...hahaha....anak-anak mv seronok lah..balik ranau main dengan ayish...balik beaufort pula main dengan syafaat dan afil....semangat balik kmpung jumpa adik sepupu dorang,,

kalau suru mama tambah lagi..mama penat...hihi...so bermanja lah dengan adik sepupu yang ada
Read More

Saturday, March 10, 2018

Review Novel-Ku Peluk Hatimu-Rozita Abd.Wahab

9:52 AM
Review Novel-Ku Peluk Hatimu-Rozita Abd.Wahab

Assalammualaikum

"Andai cinta itu untuknya , hati dan jiwa pun bersatu"

Dewi Karmila dan Rizuan..masing2 memendam perasan dengan istilah kawan baik. Dewi karmila menunggu si lelaki yang menduduki hatinya selama 14 tahun..

Juan pula mencari pemilik sepasang mata yang menghantui selama 14 tahun..siapa sangka ..dewi memilih playboy sebagai teman hidupnya..

menceritakan juga ikatan persaudaraan dewi dengan kembarnya yang tidak cacat anggota badan..bagaimana penerimaan masyarakat terhadap golongan kurang upaya

supian...lelaki yang mendambakan dewi..namun gagal kerana satu sahaja..iaitu penerimaan supian terhadap orang kurang upaya...

bagaimana persepi masyarakat yang takut menerima menantu dari ketrunan yang anggota keluarganya ada kecatatan...

Read More

[OST Drama "Melankolia"] -Aliff Aziz - Amarah Cinta

7:30 AM
 [OST Drama "Melankolia"] -Aliff Aziz - Amarah Cinta

Assalammualaikum...

setiap sisi ku hamba kasih dan sayang
aku diuji dengan lelah keasyikan
tak pernah aku dibuang ke lembah kegelapan
namun kamu yang melangkah pergi

di saat hatiku terpijak kamu
terlihat cinta merapuh di depan mata
kau bunuh segala harapan jiwa
yang tertinggal hanyalah amarah cinta

mengapa perlu ku bersedih sendirian
sedangkan ku tahu ini hanya dugaan
aku menanti satu realiti sarat kecintaan
yang tidak berbisa

di saat hatiku terpijak kamu
terlihat cinta merapuh di depan mata
kau bunuh segala harapan jiwa
yang tertinggal hanyalah amarah cinta

setiap detik yang kau dusta
nafasku lemah luluh sepi
biarkan semua cinta pergi
kerna hati ini terjerat mati

di saat hatiku terpijak kamu
terlihat cinta merapuh di depan mata
kau bunuh segala harapan jiwa
yang tertinggal hanyalah amarah cinta

di saat hatiku terpijak kamu
terlihat cinta merapuh di depan mata
kau bunuh segala harapan jiwa
yang tertinggal hanyalah amarah cinta

(**layan lagu ni best )
Read More

Friday, March 9, 2018

Gempa Bumi

3:29 PM
Gempa Bumi
Assalammualaikum..


Gempa bumi di Sabah semalam..mengejutkan penduduk di beberapa daerah di Sabah terutamanya Kundasang Ranau,Kota Kinabalu....MV tak merasai gegaran semalam..mungkin sebab masa tu MV tengah sibuk mengemas rumah...

No automatic alt text available.
sumber google
Selepas gegaran semalam..ada beberapa gegaran susulan yang dirasainya oleh penduduk di Ranau terutamanya Kundasang..Alhamdulillah tiada apa2 yang berlaku....penduduk pun sudah biasa...

Ditambah lagi dengan sedikit pendedahan mengenai Gempa Bumi...selepas gempa bumi yang melanda pada tahun sbelumnya...bantuan yang disalurkan iaitu sperti taklimat persediaan mengenai gempa bumi....

Menambahkan ilmu dan pengetahuan penduduk...paling penting jangan panik ketika gempa bumi berlaku..sebab bila kita panik...kita akan lupa dan tak tahu apa yang patut dilakukan....

Semoga penduduk di Sabah Di LindungiNYa
Read More

Thursday, March 8, 2018

Hui emas JN Gold

10:48 AM
Hui emas JN Gold

Assalammualaikum

Alhamdulillah selesai hui emas rm60 selama 6 bulan bersama agen JN Gold...walaupun nilainya x sebesar mana insyaallah bolehlah buat simpanan masa depan ..

MV Join hui ni atas ajakan mama dan kakak MV..kalau mv mmg jarang nak join...kalau nak cakap beli emas pun mmg jarang terfikir..

So dengan adanya hui mcm ni dapatlah tambah koleksi simpanan emas yang x berapa nak ada..oh ya hui ni main kutu..macam org main kutu cash

Tapi yang ni kita beli emas..kita ambik yg sama nilai.matau lebih tapi kena aad on money lah..korang ada tak yg mcm mv?

Main hui?nak tanya koramg biasa join hui apa?

Read More

Tuesday, March 6, 2018

Review Novel: Cik Calca Lily dan Encik Bos-Airisz

7:53 AM
Review Novel: Cik Calca Lily dan Encik Bos-Airisz

Assalammualaikum

Seperti awak mencuri calca lily seperti itulah awak curi hati saya.

Anak dara tua aka andartu vs duda ...inilah kisah chinta adara si gadis yg tergolong dalam kumpulan anak dara tua walaupun umur baru 26 tahun

allergic dengan title duda siapa sangka pilihan ibunya itu berstatus duda ..duda berhias lagi...misteri kiriman bunga calca lily...

Fahrain suami,peminat misteri dan merangkap bos membuatkan kehidupan Cik Ta berwarna warni..berkahwin tanpa perasaan cinta namun membahagiakan

kehadiran bekas isteri merangkap sepupu Fahrain membuatkan kehidupan mereka goyah...Fahrain pembawa sial...kenapa???

disinilah...dalam novel ini...status n darjat menjadi ukuran....

Read More

Monday, March 5, 2018

Mark Adam juara Bintang Bersama Bintang

12:10 AM
Mark Adam juara Bintang Bersama Bintang

Assalammualaikum...

Tahniah Mark Adam dinobatkan sebagai pemenang Bintang Bersama Bintang dan membawa pulang duit bernilai Rm100 000..

Namun MV puji dengan Mark Adam ni..dia berkongsi rezrki yang dia dapat dengan peserta lain...alhamdulillah...semoga Mark Adam dimurahkan rezeki...

TAHNIAH JUGA BUAT PESERTA LAIN TERUTAMANYA ACHEY DAN ISTERI..SIAPA SANGKA KAN SEORANG SURI RUMAH BERJAYA MENGHIBURKAN KITA SATU MALAYSIA

REZEKI MARK ADAM MALAM NI..MV SUKA DENGAN PENDEKATANNYA YANG TAK LUPA MENYELITKAN PASAL IBUNYA SETIAP KALI BUAT PERSEMBAHAN...

TAHNIAH SEKALI LAGI

Read More

Friday, March 2, 2018

Sabah Vs JDT -Piala Fa - Pusingan 2 2018

2:27 PM
Sabah Vs JDT -Piala Fa - Pusingan 2 2018
Yeah dah ada tiket untuk game esok

Assalammualaikum....

Perlawanan Piala Fa 2018 Pusingan kedua Sabah menentang JDT...menyambut kedatangan JDT ke  Stadium Likas Sabah..

Perlawanan yang dijangka sengit hahaha..sengit dengan sokongan padu penyokong Sabah..Manakala JDT sapa tak kenal..pasukan terkuat dan paling mantap di Malaysia...

Beli tiket awal sebab takut x sempat kalau beli esok..sebab tiket hanya 20, 000 jer di jual..hari ni 10, 000 esok 10, 000 ...sebab masa lawan Sarawak haritu hampir 10 000 penonton dlam 9+++ macam tue

Marilah kita support pasukan pilihan kita..MV semestinya Sabah Fa ..Sabah Rhinos..chayok2


Read More

Thursday, March 1, 2018

Pendaftaran Pra Sekolah Dan Tahun 1 Sesi 2019

9:35 AM
Pendaftaran Pra Sekolah Dan Tahun 1 Sesi 2019
Assalammualaikum

Bermula 1 Mac 2018,permohanan pra sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 2019 di eprasekolah.moe.gov.my dan permohonan darjah 1 2019 di public.moe.gov.my akan dibuka.

Untuk pendaftaran tahun 1 akan dibuka pada pukul 10 pagi...macam kami di sabah..pendaftaran secara manual ...iaitu dengan ambik borang di sekolah yang kita pilih nanti sekolah yang akan hantar ke pejabat pendidikan...

Tahun ni Syamimi sudah 5 tahun...maknanya MV kena daftar permohonan darjah 1 dia tahun ni...iaitu daftar 2 tahun awal...tadi MV dah call sekolah yang MV nak hantar...tengahari ni minta suami ambik borang masa ambik haikalayuwani...

Korang yang ada anak lahir:-


  1.  pada tahun 2012 sekarang berumur 6 tahun
  2.  pada tahun 2013 sekarang berumur 5 tahun 
  3.  pada 1.1.2014( berusia 4 Tahun)
bolehlah buat pendaftaran darjah 1 mengikut tempat..macam Sabah masih lagi manual..so kena pergi sekolah yang kita nak hantar anak nanti..jangan lambat takut jadi pendaftaran lewat ..

nanti dapat sekolah yang jauh dari rumah...semoga dipermudahkan urusan yan kawan-kwan semua
Read More

Monday, February 26, 2018

Review Novel Sahaja Aku Menikahimu -mas Yura-

2:27 PM
Review Novel Sahaja Aku Menikahimu -mas Yura-

Assalammualaikum

Cinta itu datang tanpa diduga..dari rasa benci akhirnya menjadi cinta.satu ikatan pernikahan tanpa sekelumit perasaan cinta di antara mereka..

Fayyad dan ezahra...sangat berlawan perwatakan mereka...namun disatukan menjadi suami isteri hanya kerana permintaan Tan Sri Khalid..

Dia menginginkan Ezahra berubah ..dari seorang gadis pemarah...kaki kelab dan sombong...manakala Fayyad pula seorang anak kampung yang penuh dengan didikan agama..

benar ...wanita baik utk lelaki baik...tapi kalau xda lelaki baik untuk membimbing wanita yg org gelar tak baik macam mana wanita itu menjadi baik...

berdasarkan pegangan dan rasa sayang terhadap Tan Sri khalid akhirnya Fayyad bersetuju untuk berkahwon dengan ezahra..

bila cinta itu sudah berputik datang pula kekasih lama Hairi menagih cinta ezahra...ditambah lagi kedinginan mak mertua....

satu tragedi berlaku menyebabkan salah faham antara ezahra dengan Fayyad serta ibunya...bila eZahra di bandingkan dengan Zahira..bila Fayyad mula goyah...

Ezahra kecewa dan perlu ruang untuk bersendiri..benar..bukan semua sempurna..yang dibimbing ada egonya..yang membimbing pun sama...

Read More

Saturday, February 24, 2018

Sabah vs Sarawak Liga Perdana 2018-24.02.2018

8:07 PM
Sabah vs Sarawak Liga Perdana 2018-24.02.2018

Assalammualaikum

24.02.2018 Sabah vs Sarawak perlawanan bola sepak liga Perdana Malaysia 2018 bertempat di Stadium Likas Kota Kinabalu Sabah,,,

Melayan tetamu Sarawak ...borneo game orang bilang...sapa ada di stadium malam ni..kalau nampak mv say hi saja(macam orang kenal MV hahaha perasan)

So marilah kita layan bola di Stadium malam ni ..chayok2 sabah ..

Read More

Thursday, February 22, 2018

Lagu Tadika Kemas-TABIKA KEMAS KITA

11:38 AM
Lagu Tadika Kemas-TABIKA KEMAS KITA

ASSALAMMUALAIKUM..



KITA BELAJAR MEMBACA 
MENULIS DAN MENGIRA 
MELUKIS BERSAMA WARNA 
DI TABIKA KEMAS KITA 

BELAJAR DI TABIKA KITA 
BERSAMA KAWAN-KAWAN SEMUA
GURU MENGAJAR DAN MENDIDIK 
JADI CERIA CERGAS DAN CERDIK 

KAMI ANAK-ANAK MALAYSIA 
KAMILAH PEWARIS NEGARA
BERUSAHA HINGGA BERJAYA
 UNTUK MALAYSIA YANG TERCINTA

MV BERKONGSI LAGU TABIKA KEMAS YANG BARU....MENARIK LIRIK DAN MUZIKNYA....INI SEMUA SYAMIMI PUNYA ANGKARA...DIA MAIN LAGU NI DI YOU TUBE...BILA DIA NYANYI MAMA RASA NDA BOLEH MOVE ON ...

SEBAB SUARA DIA COMEL SANGAT NYANYI LAGU NI..HAHAHA....
Read More

Wednesday, February 21, 2018

Ajar Anak Kenal Huruf Dan Nombor

12:23 PM
Ajar Anak Kenal Huruf Dan Nombor

Assalammualaikum...

belajar tulis nombor 4 dan 5
Ajar anak kenal huruf dan nombor bukan hanya tugas seorang cikgu tetapi juga tugas ibubapa...Syamimi sekarang dah tadika 5 tahun di Kemas..dengan silibus pelajaran yang mencabar era ini...MV kena pastikan syamimi kenal huruf dan nombor di usia 5 tahun..dan membaca di usia 6 tahun ...

ini kerana sekolah darjah satu nanti anak akan berhadapan dengan Linus..itu adalah persiapan paling penting yang kena ada pada anak iaitu...kena pandai membaca dan kenal huruf dan nombor...

belajar tulis nama dalam huruf besar
Kalau nak harapkan cikgu memang tak boleh sebab cikgu takkan dapat fokus semua muridnya..pendekatan ini lah yang MV ambik dari zaman Abang haikal hinggalah ke Syamimi.ajar mereka di rumah selain dari sekolah...

walaupun taklah ajar macam sekolah...namun dengan bantuan ibubapa insyaallah proses pembelajaran itu menjadi mudah dan beterusan di rumah...namun bukanlah mau paksa anak-anak..just supaya anak boleh kenal huruf kenal nombor..boleh membaca dan mengira kira oklah...

kenal huruf a besar dan kecil
so tahun ni misi MV nak ajar syamimi pula...supaya dia boleh mengenal nombor dan huruf serta boleh membaca di usia 6 tahun...syamimi ni kalau ikut bulan baru 4 tahun 2 bulan...so minat dia nak belajar tue belum lagi...

macam kakak ayu dan wani..dorang mula mau belajar bila usia genap 5 tahun...jadi MV kena usaha sikit dengan syamimi ni..walaupun cikgu dia xda lah komplen tapi supaya dia cepat membaca,.
kenal huruf b dan c
Sekaligus nak bagi tangan dia lembut dan perbaiki tulisan dia.,,kalau bab mewarna dan melukis no hal..sebab dia memang sudah pandai melukis dan mewarna..betul nak ajar anak bukan mudah..tapi tak mustahil kalau kita usaha
kenal nombor 2 dan tiga
Read More

Monday, February 19, 2018

Program Kami Cinta Rasulullah

12:36 PM
Program Kami Cinta Rasulullah
Assalammualaikum...

Wani memang tempat ketiga sajak Tahap Satu 
Program Kami Cinta Rasulullah di Sekolah agama anak-anak MV yang dibuat pada awal februari lagi dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan...antaranya pertandingan :-

  • sajak 
  • tilawah
  • hafazan
  • azan
  • khutbah
  • becerita
  • selawat 
  • perbarisan
  • mewarna
  • busana muslimah 
Melibatkan semua pelajar,,Macam abang Haikal dia ikut pertandingan selawat dan perbarisan...Kakak Ayu ikut Perbarisan dan kakak wani ikut pertandingan sajak..mereka di asingkan mengikut kumpulan berdasarkan nama kelas tapi diwakili dengan warna juga...

macam kakak ayu kumpulan saidina umar dengan warna merah...dorang bang haikal dan kakak wani saidina Ali dengan warna kuning....
team saidina Umar..
Kumpulan Saidina Ali menang Selawat dan Perbarisan...Saidina Umar tempat kedua untuk  kedua2 acara tersebut...kakak Ayyu menjadi pemegang sepanduk untuk team saidina Umar...Kakak Ayu cakap menteri-menteri(hahaha padahal pengarah dan pengerusi Masjid) semua kalau bergambar cari dia ...sebab dia pakai baju merah...Merah umno ...hahaha...
with ustaz Jabir dan Ustazah Norasita
Kakak Wani pula dapat tempat ketiga pertandingan sajak...happy dia dapat nombor tiga ...percubaan pertama...bilangnya next time dia mau ikut lagi ...best bah sajak ni...anak Mv yang seorang ni tak takut,...nak berdepan dengan orang ramai ...

sampai kakak ayu cakap dia tak tau malu haha,,,macam lagu atmosfera tu....kawan mv pula cakap dia macam MV masa zaman sekolah....pentas dan MV berpisah tiada,hahaha
Team Saidina Ali 
Program seumpama ini sangat memberi makna dan pengajaran untuk anak-anak..semoga program ini berterusan lagi pada masa hadapan
Ready To Perarakan 
Read More

Thursday, February 15, 2018

Aktiviti Hujung Minggu

7:30 AM
Aktiviti Hujung Minggu
Assalammualaikum...


Image may contain: 4 people, people smiling, people sitting, child and outdoor
lepas dari playground
Aktiviti hujung minggu kami minggu lepas..hari sabtu bawa anak2 main di playground...saja kasi puas2 dorang main..hari ahad pula cadang mau jogging sekali dorang ajak hiking...bukit pilihan..Bukit padang...mak ai semput MV...

Dengan badan yang ble tahan berlemak...syukur berjaya juga sampai ke puncaknya....tabik spring dengan syamimi....berjaya hiking tanpa minta air minum ...itu namanya hiking unplan...paling fit yang pasti kakak ayu lah...

yeahh kami berjaya tawan bukit padang
Kami semput naik tangga dia sudah di atas ...mak ai..laju betul....mama of course semput bersama dengan abang haikal dan syamimi..wani pun ble tahan fit....

Part turun pun wani dengan kakak Ayu tinggalkan mama dengan abang haikal...hihi..dorang bilang ok lepas ni kita naik lagi k,...

posing empat beradik 
jom lah kita naik..demi untuk menguruskan badan abang dan mama,....chayok
my buah hati

peneman setia

Read More

Wednesday, February 14, 2018

Liga Perdana Malaysia 2018

7:30 AM
Liga Perdana Malaysia 2018
Perlawanan ketiga Sabah menentang PDRM pada 09.02.18
Assalammualaikum...

Liga Perdana Malaysia 2018....berkongsi sedikit cerita kami penyokong Sabah Rhinos....yang beraksi di Liga Perdana Malaysia 2018..3 Perlawanan...2 perlawanan di tempat sendiri alhamdulillah semuanya menang...

1 perlawanan di tempat lawan..berkeputusan seri..menempatkan Sabah di kedudukan kedudukan liga di bawah pendahulu liga iaitu Felda United dengan 9 mata...

24.02.2018 bersamaan Sabtu Sabah akan menanti kedatangan Sarawak di Stadium Likas...bah jom Sabahan kita support team Sabah FA di bawah bimbingan anak jati Sabah Julius Ating yang juga merupakan bekas pemain Sabah..

Chayok2 Sabah...
layan dorang yang mau posing di sini..ala2 model gitu 
Read More

Tuesday, February 13, 2018

Jug tupperware

9:00 AM
Jug tupperware

Assalammualaikum

Menambah koleksi tupperware di rumah hihi...mv beli jug tupperware ni sebab memikirkan syamimi ..dia selalu jer masa nak tuang air..terus tumpah satu jug hahaha..

Lost control katanya ..nak minta tolong abang kakak ..sekejap adik...last last adik tuang sendiri then tertumpah

So dengan adanya jug ni ...senang utk dia...sebab penutupnya ni bila kita tuang penutup tidak akan terbuka...

Sebab dia macam penutup botol...kita boleh tutup atau buka..lagi satu air dalam botol ni kalau panas atau sejuk..boleh tahan kepanasan dan kesejukannya...

Not bad lah dengan harga member ..dapatlah dua jug ni Rm 57...dari harga asal Rm76...korang ada yang dah ada jug ni

Read More

Tuesday, February 6, 2018

Review Novel : Imam Mudaku Romantik-Izzah Haneefa

7:48 AM
Review Novel : Imam Mudaku Romantik-Izzah Haneefa
Imam Mudaku Romantik Imam Mudaku Romantik by Izzah Haneefa
My rating: 4 of 5 stars

Imam Mudaku Romantik..BUkan sekadar novel cinta namun penuh dengan persoalan dan ilmu agama...Mengisahkan Muhammad Faqih seorang ustaz dan imam muda yang menjadi pemandu di rumah Laila Khalisah yang mana sebenarnya mengwujudkan rasa cinta di hati namun tidak diluahkan...

Siapa sangka pemandunya adalah seorang ustaz dan Imam Muda...Tan Sri Kamarul meminta Faqih menjadi ustaznya untuk belajar tentang agama islam yang telah lama ditinggalkan amalannya...dan siapa juga sangka anak muda yan begelar ustaz itu adalah jiran belakang rumah mereka..ditambah lagi anak musuh perniagaannya..

Namun demi anak tersayang...Tan Sri Kamarul membuang rasa ego...dan akhirnya Faqih dan Khalisah diijabkabulkan....perkahwinan yang mendatangkan bahagia buat mereka namun derita buat adriana...benci buat syuhadah...

Rasa benci itu turut dirasai Khalis abg khalisah..sehingga sanggup bersubahat dengan Izham bekas tunang khalisah..Sungguh fitnah itu kesannya membuat derita...Bila ibu mertua sudah termakan cerita fitnah...habis Khalisah menjadi mangsa dan kebencian dimata ibu faqih...

Namun kuasa Allah...segalanya terbongkar...khalis dan izham mendapat balasan setimpal dengan apa yang mereka lakukan...syukur rumahtangga yang di bina masih mampu bertahan...

View all my reviews
Read More

Thursday, February 1, 2018

Penghujung Januari yang gembira

8:51 AM
Penghujung Januari yang gembira
Assalammualaikum

31.01.2018 Alhamdulillah adik mv selamat melahirkan seorang anak lelaki setelah 3 tahun menunggu...syukur atas kurniaan mu Ya Allah ...

Walaupun sedikit huru hara menyambut kelahiran baru ni...due adik sepatutnya 27.02.18...tiba2 adik mv mengalami tekanan darah tinggi isnin tu..bila selasa check masih tinggi terus warded di hospital likas...

Adik disarankan bersalin awal sebab doc check baby perut baby agak kecik...si ibu pula tekanan darah tak turun2..terus doctor bagi cadangan bersalin secara paksa melalui masuk ubat...

Melalui cerita adik mv lepas masuk ubat..selasa 30.1.2018 bukaan baru 1cm..sampai doctor cakap kalau pagi nanti bukaan 1cm juga masih terpaksa oprate...

Pukul 6.30 pagi check bukaan sdh 5cm ..masa tu siap wasap di group sakit..sampai rasa mau nangis dan tendang katil haha tapi dia tahan ..

Sampai lah part dia cakap sakit perut macam mau berak..kami pun nda sangka rupanya wasap dia yg tu mmg dia mau melahirkan sudah..

Al kisahnya  adik cakap doktor dan nurse tu pervaya yg dia mau bersalin sdh sebab pukul 6.30 check baru 5cm...takkan lah sdh mau bersalin lama lagi mama doktor tu cakap

Nurse pun sama siap marah lagi...terus adik cakap sya macam rasa kepala dia di bawa sudah..bila nurse tu tengok ..baru dia kelam kabut mau pakai sarung tangan...

Siap cakap aiyoo tak sempat sebab dia nampak kepala....adik terus jer teran ...alhamdulillah 7.47 am selamat melahirkan ...sekarang adik masih dalam pantauan sebab tekanan darah mau dimonitor


Read More

Sunday, January 28, 2018

Celebrate birthday at Pantai Tanjung Aru,Sabah

2:12 PM
Celebrate birthday at Pantai Tanjung Aru,Sabah

Assalammualaikum


28.01.18 genaplah usia abg haikal 11 tahun.Alhamduliah syukur padaNya Kerana mengurniakan satu2nya kumbang di antara 3 kuntum bunga..

Birthday kali ni lain dari yang lain...kali buat sambutan outdoor tapi masih konsep kecil-kecilan..sambut dengan family kecil kami saja..
Lokasi pilihan Pantai Tanjung Aru..bbq ,mandi pantai dan potong kek...tukang masak tetap dan berpencen mr velentine hahaha...mv tukang tgk anak2 mandi laut saja..

Sekali sekala tunaikan permintaan dorang yang mau mandi pantai..berendam semua..haha...dan yang peling terkesan...syamimi..dia punya muka sunburn sdh...

Menu kami hari ni simple saja..sayap bakar,sosej,nasi putih,kek chesse dan jeruk mangga betik asamboi..cukuplah utk celebrate birthday boy
..


Dan hadiah seikhlas hati dari mama dan babah untuk abang..ganti jam abang yang sdh rosak ..semoga abang menjadi anak yang soleh ,dan mendengar kata..menjadi abang yang akan menjaga dan mempertahankan 3 bunga mama.amin
Read More

Thursday, January 25, 2018

Kekasih Paksa rela

11:19 PM
Kekasih Paksa rela

Assalammualaikum

Buka facebook malam ni semua update status marahkan Hanan Khaira ...suka jer buat hal tanpa maklumkan suami...

Yang si izamil pula berkawan tapi lepas tu ada niat disebaliknya...hahaha pak cik bos lagi kesian...wife asyik nak bawa gaduh

Wife muda pula jadi rebutan ..mana doa x angin hahahaha..berjaya nampaknya drama ni dihayati oleh penonton..

Semua cakap apalah hanan ni..biar kena tinggal..hish b***hnya budak ni..itu belum lagi yang angin di ruang tamu rumah masing2.. Hahaha

Ini semua kekaskh paksa rela punya angkara...mv pun follow juga...syok juga ...tak sabar mau tgk bila kebenaran akan terbongkar..

Macam mana hubungan pakcik bos,hanan dan rosnaida...

Read More