Assalammualaikum...
|
belajar tulis nombor 4 dan 5 |
Ajar anak kenal huruf dan nombor bukan hanya tugas seorang cikgu tetapi juga tugas ibubapa...Syamimi sekarang dah tadika 5 tahun di Kemas..dengan silibus pelajaran yang mencabar era ini...MV kena pastikan syamimi kenal huruf dan nombor di usia 5 tahun..dan membaca di usia 6 tahun ...
ini kerana sekolah darjah satu nanti anak akan berhadapan dengan Linus..itu adalah persiapan paling penting yang kena ada pada anak iaitu...kena pandai membaca dan kenal huruf dan nombor...
|
belajar tulis nama dalam huruf besar |
Kalau nak harapkan cikgu memang tak boleh sebab cikgu takkan dapat fokus semua muridnya..pendekatan ini lah yang MV ambik dari zaman Abang haikal hinggalah ke Syamimi.ajar mereka di rumah selain dari sekolah...
walaupun taklah ajar macam sekolah...namun dengan bantuan ibubapa insyaallah proses pembelajaran itu menjadi mudah dan beterusan di rumah...namun bukanlah mau paksa anak-anak..just supaya anak boleh kenal huruf kenal nombor..boleh membaca dan mengira kira oklah...
|
kenal huruf a besar dan kecil |
so tahun ni misi MV nak ajar syamimi pula...supaya dia boleh mengenal nombor dan huruf serta boleh membaca di usia 6 tahun...syamimi ni kalau ikut bulan baru 4 tahun 2 bulan...so minat dia nak belajar tue belum lagi...
macam kakak ayu dan wani..dorang mula mau belajar bila usia genap 5 tahun...jadi MV kena usaha sikit dengan syamimi ni..walaupun cikgu dia xda lah komplen tapi supaya dia cepat membaca,.
|
kenal huruf b dan c |
Sekaligus nak bagi tangan dia lembut dan perbaiki tulisan dia.,,kalau bab mewarna dan melukis no hal..sebab dia memang sudah pandai melukis dan mewarna..betul nak ajar anak bukan mudah..tapi tak mustahil kalau kita usaha
|
kenal nombor 2 dan tiga |
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete