All About Love

Wednesday, July 16, 2014

Ainan Tasneem - Bersama Di Hari Raya

1:30 PM
Ainan Tasneem - Bersama Di Hari Raya

Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas...

11:30 AM
Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas...
http://www.bubblynotes.com/2014/07/segmen-raya-2014-bubblynotes-dengan.html
Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas ini dibawakan khas untuk uolss bersempena dengan Syawal yang bakal menjelma beberapa minggu jer lagi ni. ^_^... Dalam masa yang sama kira2 macam Blog E-Card dari Bubblynotes.Com kepada uolss jugaklah... Tak dapat or tak sempat nak hantar Kad Raya pakai pos, pakai Blog E-Card pun boleh juga ye tak??? Janji ucapan sampai... Sebab kalau nak diikut2kan iolss nak ajer hantar Kad Raya pada semua readers Bubblynotes yang selama ini sudi datang menjenguk dan membaca entri2 Bubblynotes.Com selama ini... Dalam masa yang sama segmen ini bertujuan nak rapatkan lagi silaturahim sesama weolss semua, follow memfollow serta blogwalking. Semua blogger tak kira baru atau lama, famous atau tak, retis atau tak, glam atau tak adalah dijemput untuk memeriahkan segmen ini. 10 pemenang akan dipilih oleh Pakcik Random.Org dan kesemua pemenang yang terpilih akan disenaraikan di dalam Bloglist Segmen Bubblynotes.Com bagi menggantikan Bloglist Segmen yang terdahulu. 

"Tarikh Segmen: 12/7/2014 sehingga 19/7/2014"

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com dan ADD TO CIRCLE G+ Farah Waheda Wahid
2. Buat entri bertajuk Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas... 
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT/KLIK semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.
Credit to MiaLiana.Com
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen entri ini. 

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Random.Org. 
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/7/2014 yang mana kemudiannya akan dimasukkan terus ke dalam senarai bloglist pemenang segmen. 
Read More

iamNEETA, Najwa Latif, Deanna Hussin & Mimie Haris - Hari Raya

10:03 AM
iamNEETA, Najwa Latif, Deanna Hussin & Mimie Haris - Hari Raya

Assalammualaikum...

LAyan lagu raya...hihi....mood raya dah mai dah..tapi bajunya takde lagi..macam mana tue..hihi..pakai baju ofis sudah lah...

LAgu raya ni best juga rancak jer..
Read More

[TERKINI] Awek Mengamuk Kat Pakcik Tua Sebab Kereta Kena Langgar - Video...

9:23 AM
[TERKINI] Awek Mengamuk Kat Pakcik Tua Sebab Kereta Kena Langgar - Video...




Assalammualaikum...


PAgi-pagi lagi dah kecoh dengan video seorang perempuan mengamuk kereta dia kena langgar,,MV ada nampak hubby tengok video tue tapi MV tak rasa nak tengok sebab bahasa yang dia guna adoi menyakitkan hati...

Bila sampai ofis member tengok..dia cakap perempaun tue marah orang tua..MV dengar orang tua tue cakap..saya tak sengaja....sayu hati dengar...dah lah tue siap pukul guna stereng lock punya besi...mak ai mana kesopanan dan kesusilaan kamu wahai gadis melayu...

Yang  buat geram siap racist lagi....tak perlu lah nak cakap cina ker apa..benda dah jadi..bukan tak leh claim insurans...kalau iya pun nak duit cash cakap lah baik-baik..kita settle luar..

Ni di bulan ramadan terjerit-jerit..sedih sebenarnya mana hormatnya dia dekat pakcik tue...bayangkan kalau ayah kita kena macam ni...kita dari kecil dah diajar hormat orang yang lebih tua dari kita....

Kereta boleh buat...tapi hati yang suci bersih murni susah nak cari...pada Driver perempuan CDM25...kereta kamu memang branded tapi ingat bukan itu yang bawa kamu bila ajalmu sampai nanti....

Buat uncle yang terkena ni..be strong...yang pastinya bukan semua orang islam perangai macam tue....

**MV ni panas baran juga...tapi still boleh control sekiranya berlaku mcm ni..sebab dah 2 kali kena langgar belakang...hihi.peace salam ramadan ke -18



Read More

Tuesday, July 15, 2014

Saya Bukan Indah Harlina

3:19 PM
Saya Bukan Indah Harlina
Assalammualaikum...




Hihi Saya Ayu Syamirah bukan Indah Harlina...katanya...hihi,,,haikal cakap ayu dah mcm indah harlin apakai tudung mcm ni...hihi...

Seriously MV tengok kakak AYu pakai bawal ni mmg cantik..cantik macam mama dia..ahaks!!angkat bakul masuk sendiri...hihi

Read More

Wani Si Bunga Raya

12:01 PM
Wani Si Bunga Raya
Assalammualaikum..

Model bunga RAya
**xda mood so BW n update entry....petang ni ada majlis berbuka puasa anggota perkhidamatan Awam bersama KPPA....so MV kena jadi urusetia.....skg tgh buat roll call...huhu..
Read More

Iklan Raya Aidilfitri TM 2014: ADIK

10:24 AM
Iklan Raya Aidilfitri TM 2014: ADIK

Assalammualaikum...




Best iklan suka tengok sebab budak ni comel..ada jer jawapannya..tengok adik ni teringat kat anak2 MV bila kita marah napa buat itu ini....pandai jak bagi jawapan...

Korang dah tengok iklan ni


Read More

Monday, July 14, 2014

Mario Gotze

3:48 PM
Mario Gotze
Assalammualaikum...

Pinjam dari google
Inilah dia hero Germany untuk piala dunia 2014 pagi tadi..

Nama : Mario Gotze
Tarikh lahir : 3 Jun 1992
Tempat lahir : Memmingen,Germany
Tinggi : 1.76 m

No jersi 19,,anak kepada proffesor matematik...sekarang main dengan Bayern Munich..lepas ni mesti harga dia ni naik...berebut nak beli.....ramai si gadis dah mula menyebut2 dia di laman sosial..


Read More

Si Comel Syamimi

3:16 PM
Si Comel Syamimi
Assalammualaikum..









Semua gambar syamimi..gambar tidur n time duduk..suka snap pic dia masa tidur sebab dia tak goyang2...hubby cakap...tengok pipi syamimi..bam bam betui...

Syamimi still susu badan..alhamdulillah dah 6 bulan lebih BF,,,semoga berterusan hingga ke2 tahun..Insyaallah.amin


Read More

Episod Akhir Kerana Terpaksa Aku Relakan

1:15 PM
Episod Akhir Kerana Terpaksa Aku Relakan
Assalammualaikum ...

Malam ni episod akhir drama Kerana Terpaksa Aku Relakan...mesti korang tak sabar nak tau apa kesudahan drama ni..adakah sama seperti dalam novel apa berubah sedikit endingnya...

MV sebenarnya excited nak tau ... Where Fahin Disappear?Adakah razin dan Indah akam bersatu kembali???Adakah bapa si Indah akan menerima dan memaafkan indah??

Apa akan terjadi pada Indah??Sebab waty nak suruh Yazid buat sesuatu ... apakah balasan yang diterima Yazid,Waty dan ibu tiri indah atas perbuatan mereka selama ni....

Sama kita tengok malam ni..sebab malam esok drama baru akan ditayangkan juga dari adaptasi novel rindu awak 200%




Read More

Germany Juara Piala Dunia 2014

9:29 AM
Germany Juara Piala Dunia 2014
Assalammualaikum....

Cerita bola lagi..Piala dunia melabuhkan tirainya dengan Kemenangan Germany pagi tadi...Menang menewaskan Argentina di masa tambahan....Menjulang Piala Dunia Kali Ke-4...

Tahniah buat pasukan Germany...anda berhak untuk memilikinya..buat Messi dan ARgentina cuba lagi 4 tahun akan datang di RUssia...Buat Messi jangan masam2..kan dah dapat Golden Ball..

MAnakala keeper germany Manuel Neuer menang Golden Glove mengulangi kejayaan Oliver kahn..

TAhniah buat Germany,ARgentina Dan Netherlands...
Read More

Germany Vs ARgentina Final Piala Dunia 2014-14 Julai 2014-

12:00 AM
Germany Vs ARgentina Final Piala Dunia 2014-14 Julai 2014-
Assalammualaikum..

Sumber En GOOGLE

VS

Sumber En Google
Siapa anda rasa akan menjadi juara???Germany???ARgentina....Atau adakah anda akan jadi lalang sampai menang..hihi..

MV sokong Germany...Mueller..Kross..Klose....Chayok3
Read More

Friday, July 11, 2014

Princess In Our Heart

3:47 PM
Princess In Our Heart


Assalammualaikum..




Inilah dia puteri di hati kami semua..penyeri rumah...Adik kesayangan HaikalAYuwani..sekarang Syamimi dah makin laju merayap....pantang nampak buku dekat lantai terus cepat jer nak capai..hihi...

Skg dah duduk dengan bantuan..usaha nak duduk sendiri tak lepas lagi..chayok2 adik..





Read More

Thursday, July 10, 2014

Pesuruhjaya Polis Sabah Yang BAru

10:30 AM
Pesuruhjaya Polis Sabah Yang BAru
Assalammualaikum...

Dah lama nak buat entry ni asyik terlupa jer...hihi.....Sabah dah ada Pesuruhjaya Polis baru yang menggantikan Datuk Hamza TAib yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.

Pesuruhjaya POlis Sabah yang baru adalah bekas  Ketua Polis Kelantan iaitu  Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.Beliau pernah bertugas di Sabah pada 1978 hingga 1990 di Jabatan Polis Marin Sabah sebagai Pegawai Polis MArin.

SO rakyat-rakyat inilah dia Pesuruhjaya Polis Kita yang baru 


sumber en google
Pada Bekas Pesuruhjaya Polis Sabah iaitu Datuk Hamza Taib..Jasamu dikenang terutamanya kes TAndou di LAhad Datu..selamat menjalankan tugas di tempat baru...

sumber encik google
Read More

Wednesday, July 9, 2014

Netherlands Vs Argentina Separuh Akhir Piala dunia 10-07-2014

2:00 PM
Netherlands Vs Argentina Separuh Akhir Piala dunia 10-07-2014
Assalammualaikum...
Sumber google
Vs

sumber google

PAgi esok Netherlands Vs Argentina Separuh Akhir Piala dunia 2014 jam 4.00 pagi..Siapakah yang mengiringi Germany ke Final??adakah netherlands Ataupun Argentina..

Siapakah Pasukan pilihan anda???
Read More

Keputusan Penuh Brazil Vs Germany Separuh Akhir Piala dunia 2014

8:34 AM
Keputusan Penuh Brazil Vs Germany Separuh Akhir Piala dunia 2014
Assalammualaikum...

Salam 7-1 dorang bilang....kekalahan memalukan bagi Brazil...Brazil yang dulunya bersamba hari ini disambalkan oleh germany....29 minit separuh masa pertama saja dah ketinggalan 5-0...

Bermula dengan gol pada minit ke-11 oleh Mueller....germany menambah luka Brazil melalui Klose untuk gol kedua pada Minit ke 23...Pada Minit ke 24 dan 25 Kross menambah duka Brazil dengan ledakan dua Gol....

Khedira si tinggi lampai menambah lah kesengsaraan penyokong brazil dengan gol ke 5 pada minit ke 29...

Pada separuh masa kedua...pemain gantian Schuerrle yang mengantikan klose menambah dua lagi gol pada minit ke 69 n 79..menjadikan kedudukan semasa 7-0....

Akhirnya pada akhir2 perlawanan iaitu minit ke 90..Oscar menjaringkan gol pertama sekaligus memecahkan telur yang sedia ada namun semuanya sudah terlewat...Apabila Wisel dibunyikan 2 minti kemudian.

German 7 - 1 Brazil
Bintang German  Miroslav Klose mencipta sejarah apabila menjaringkan gol ke 16 miliknya dalam Kejohanan Piala Dunia sekaligus memadamkan  rekod penyerang legenda Brazil, Ronaldo.

Tahniah German..Buat Brazil cuba lagi 4 tahun akan datang di Russia...dan tunggu keputusan Antara Netherlands Vs Argentina..untuk penentuan tempat ke3 dan ke4
Read More

Pray For Gaza

8:21 AM
Pray For Gaza
Assalammualaikum...

Salam Ramadan Ke 11.


12 maut, Israel bedil 50 lagi sasaran di Gaza

Bandaraya Gaza: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh apabila pesawat tempur tentera Israel melepaskan bedilan roket ke Semenanjung Gaza bermula awal pagi semalam dalam kempen terbaru rejim Zionis di wilayah itu.

Di tengah Gaza seorang lelaki terbunuh berhampiran kem pelarian Nusseirat. Sejurus kemudian empat orang di dalam sebuah kereta maut selepas terkena bedilan roket Israel. (baca lebih lanjut di Berita Harian)

Foto
Sumber dari Berita Harian
Ya Allah Lindungilah bumi Gaza dan penduduknya daripada serangan rejim Zionis.Amin...Mereka diserang ketika waktu sahur.Subahanallah ujian yang berat mereka lalui...

Semoga gaza terus dilindungiNYa....Ayuh semua umat Islam Di seluruh dunia terutamanya Malaysia..Mari kita doakan keselamatan Bumi GAza.Amin.


**Tengok bola tak semestinya melupakan saudara Islam kita di Gaza...

Read More

Tuesday, July 8, 2014

Brazil Vs Gremany-Separuh Akhir Piala Dunia 09-07-2014-

2:50 PM
Brazil Vs Gremany-Separuh Akhir Piala Dunia 09-07-2014-

Assalammualaikum....
pinjam en google

VS
pinjam en google
Separuh akhir piala dunia esok 09-07-2014 jam 4.00 pagi..Brazil bertemu GermanY??siapa pilihan kamuorang...MV melalangkan diri menyokong germany..hahaha....

Mampukah brazil ke separuh akhir tanpa neymar dan captain mereka yg kena kad kuning ke2....

Sama2 kita saksikan pagi esok...kena tengok sebab kena jalan awal esok sebelum jam 7..sebab mesti jalan jem giler esok..sebab semua org jalan lambat....

chayok2 brazil n Germany
Read More

'Ramadan Giveaway by WeLoveSusuIbu (Pengedar Shaklee Paling Popular)'

12:09 PM
 'Ramadan Giveaway by WeLoveSusuIbu (Pengedar Shaklee Paling Popular)'
Assalammualaikum...

giveaway 2014, blog contest, peraduan blog


Cara Join:
2-Letakkan pada bloglist anda
3-Letak tajuk entry 'Ramadan Giveaway by WeLoveSusuIbu (Pengedar Shaklee Paling Popular)'
4-Copy banner di atas, dan 'backlink' ke entry ini
5-Tinggalkan 'link' entry giveaway pada bahagian komen di bawah untuk dilawati

Apa Hadiah-hadiahnya?
1-Tempat Pertama: Voucher Tunai Zalora RM150
2-Tempat Kedua: Duit Raya RM40
3-Tempat Ketiga: Duit Raya RM20

Semua peserta akan terima 'Follow' dan dimasukkan ke dalam bloglist http://welovesusuibu.blogspot.com

Tarikh Giveaway:
29 Jun hingga 18 Julai 2014

Pemenang-pemenang akan diumumkan pada 21 Julai 2014

Marilah join beramai-ramai!


Read More

Donut & Kuih sosej in the House

12:00 PM
Donut & Kuih sosej in the House
Assalammualaikum..


Menu berbuka sabtu lepas..
Puasa2 updated entry makanan..tak betullah MV ni..hahaha....saja jer....nak kongsikan yang rupanya MV pandai juga buat donut..wakakaka...siap buat kuih sosej sekali...sebenarnya dah lama nak belajar buat donut...tup2x puasa ni juga baru sempat buat...

Resepi MV dapat dr Mak MV..simple jer...Bahan 
  1. Tepung gandum
  2. Lemak Sayuran
  3. Gula yang dah kisar
  4. garam 
  5. sosej
Memang puas hati bila buat kuih sendiri anak makan pun puas...ni asil tangan MV dan suami...wah bestnya dengar bila suami dan anak2 puji mama n isteri depa ni pandai buat kuih..ahaks...

Jan jeles...hihi..larik...nak belajar banyak lagi ni..
Read More

Khabar Angin Sahaja!!!

9:05 AM
Khabar Angin Sahaja!!!
Assalammualaikum...

Salam Ramadan ke-10..bumi sabah dibasahi hujan..Alhamdulillah sejuk keadaan...hihi..ni yang buat ngantuk ni....oh ya semalam MV ada update entry Sistem BAru Subsidi MInyak...yang mana konon kita kena tukar ic lama ke ic baru yg ada dua gambar tue...kalau tak kita kena beli minyak dengan harga tanpa subsidi,,,,,,

Dan sebenarnya itu semua adalah khabar angin sahaja....PIhak Jabatan Pendaftaran Negara dah buat kenyataan semalam..so semuanya tipu belaka....

Akhirnya terjawab pertanyaan MV mengenai isu ni semalam....
Read More

Carta Perencanaan Anak Soleh

8:30 AM
Carta Perencanaan Anak Soleh

Monday, July 7, 2014

Begedil Sardin

3:17 PM
Begedil Sardin
Assalammualaikum...

begedil sardin homemade
First time buat begedil sardin..buat masa buka puasa jumaat lepas..Masa tue MV cuti....asyik2 nampak iklan cukup rasa....so terus terdetik nak buat begedil sardin kebetulan ada kentang kat umah...

Walaupun bahannya tak cukup hihi....hubby n anak2 puji cakap sedap..sebab makan dengan soto ayam..pergh macam buka puasa kat restoran pula katanya..wahal buka kat rumah jer...

Gambar soto ayam tak ada sebab semua sibuk nak berbuka..hihi...Resepi begedil sardin MV ni mmg sempoi..

Bahan-bahan
  1. kentang
  2. sardin
  3. lada sulah
  4. garam
  5. bawang goreng
  6. tepung jagung
  7. telur
Cara-cara penyediaan.
  1. rebus kentang dan kemudian blendkan tapi jangan hancur sgt
  2. masukkan ikan sardin jer sosnya tak nak 
  3. hancurkan bawang goreng dan tabur dalam kentang n sardin
  4. tambah garam n lada sulah
  5. letak sikit tepung jagung(**untuk senang kita nak bentuk begedil kita)
  6. celupkan begedil yang dah siap dibentuk dalam telur then goreng..
  7. Siap...
Simple kan....MV ni tak lah pandai sangat masak tapi bab2 terjun2 kan bahan paling manang...hihi
Read More

Sistem Baru Subsidi Minyak (Diesel Petrol)

9:09 AM
Sistem Baru Subsidi Minyak (Diesel Petrol)
Assalammualaikum...

untuk makluman kawan-kawan..Sesiapa yang belum tukar ic baru yang ada 2 gambar dalam ic tue...diminta tukar segera.Ini untuk membolehkan kita beli petrol kereta mulai september 2014 dengan harga subsidi.Jika tidak kena beli petrol  dengan harga tanpa subsidi.Sumber daripada JPN.

MV dapat wasap berbunyi seperti diatas...hihi mula2 tak percaya tapi tadi dengar kat Hot Fm..itu pun tak jelas sebab hujan lebat..so MV google lah cari sekali dapat yang ni...


Sistem Baru Subsidi Minyak (Diesel Petrol) 1 September 2014 : Semua sedia maklum, rakyat Malaysia akan disajikan dengan mekanisme baru dalam pengagihan subsidi petrol dan diesel bermula September 2014. Sebenarnya bayangan corak sistem subsidi petrol dan diesel yang ingin digunapakai kelak pernah Berita Semasa keluarkan dahulu (DI SINI) pada 5 bulan lepas iaitu awal tahun 2014 ini. Dan akhirnya butirannya terlepas lebih awal daripada dijangka….


Alhamdulillah pada peringkat setakat ini, Berita Semasa dapatkan rasakan corak mekanisme yang ingin digunapakai kelak lebih baik.

Yang mana kerajaan Malaysia merancang untuk mengemaskinikan fungsi MYKAD sedia ada yang akan mengandungi maklumat pendapatan anda semua @
Satu cara lain anda semua boleh juga memohon kad subsidi minyak dari JPJ yang mana butiran seperti maklumat cukai peribadi atau korporat di dalam kad subsidi tersebut.
Kad subsidi akan mengandungi mengandungi maklumat seperti nama pembawa, alamat dan kuota bahan api bulanan.
Ia perlu dilalukan di stesen minyak sebelum mengisi minyak yang diperlukan
Jika pemandu telah melebihi had bahan api yang dibenarkan bagi bulan itu, pemandu tersebut boleh membeli (tambahan) bahan api pada harga pasaran. Sudah bersedia?
subsidi minyak

Butiran Sistem Baru Subsidi Minyak : Jual Petrol Diesel 1 September 2014

Kapasiti enjin Kereta < 2.0 Liter + Gaji <RM5000 Sebulan = Layak Dapat Penuh Subsidi Minyak
Gaji RM5000 – RM10000 Sebulan = Layak Dapat Subsidi Minyak 300 Liter Sebulan
Gaji > RM10000 sebulan = Tidak Layak Dapat Subsidi Minyak
Kereta Plat Asing = Tidak Layak Dapat Subsidi Minyak
Anda tergolong di kategori yang mana satu?
Subsidi Minyak September 2014
Harga Stesen Minyak 2014

Sistem Baru Subsidi Minyak (Petrol Diesel) : Tempoh Perlaksanaan?

Pemilik kereta persendirian : Bermula September 2014
Pemilik kenderaan komersil : Oktober & November 2014

Akhirnya berdasarkan mekanisme seperti di atas ini, kerajaan dapat penjimatan yang tinggi sejumlah RM9.8 bilion. Apa respon balas anda dengan Sistem Baru Subsidi Minyak (Diesel Petrol) 1 September 2014 kali ini? Bersetuju atau tidak? Mengapa?(sumber dari SINI)

So korang dah tukar dah ker ic baru tue??MV dah sebab hari tue Ic hilang dgn duit....huhuhu...kalau belum tukar jomlah tukar...


**betul ker info ni??ada sape2 boleh jawab

Read More

Jadual Perlawanan Separuh AKhir Piala Dunia 2014

8:49 AM
Jadual Perlawanan Separuh AKhir Piala Dunia 2014
Assalammualaikum...

 
Sumber dari SINI
Salam 9 Ramadhan..entry bola lagi..agak lewat sebenarnya entry....sebab semalam MV dah update kat tab tapi ntah xda pula publish so kena retpye balik..hihihi...

Brazil,Germany,Netherlands & Argentina...4 pasukan yang akan mara ke pusingan separuh akhir apabila berjaya melepasi pusingan suku akhir seperti berikut:

Germany Vs Perancis : 1- 0
Brazil VS Colombia : 2-1
Argentina Vs Belgium : 1-0
Netherlands Vs Costa rica : 4-3(Penentuan sepakan penalti)

dengan kemenangan itu maka pusingan separuh akhir piala dunia 2014 adalah seperti berikut:

Brazil Vs Germany - 9 Julai 2014(4.00 am)

Netherlands Vs Argentina - 10 Julai 2014( 4.00 am)

Siapa pilihan korang...MV kena jadi team baru sebab ENgland,belgium dah out...so MV pilih Germany,,,hihi bak kata  contest digi"lalang sampai menang"hihi

CIk rose mesti happy kan sebab Belanda menang.....


Read More