Sabah alami fenomena cuaca sejuk hingga Mac - All About Love

Thursday, February 9, 2017

Sabah alami fenomena cuaca sejuk hingga Mac

Assalammualaikum

KOTA KINABALU : 

Sabah mengalami fenomena cuaca sejuk apabila beberapa daerah mencatatkan suhu sejuk antara 15 hingga 21 darjah selsius di antara jam 5 hingga 7 pagi.
Menurut Pengarah Metereologi Sabah, Azemi Daud, Februari adalah antara bulan paling sejuk di Malaysia termasuk di Sabah ekoran Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pada Mac 2017.

Beliau turut memaklumkan pejabat meteorologi di Ranau mencatat suhu terendah iaitu 15 darjah selsius, diikuti Keningau 16 darjah selsius, Kudat 20 darjah selsius, manakala Kota Kinabalu dengan suhu 21 darjah selsius untuk hari ini.

Katanya, antara punca utama penurunan suhu adalah disebabkan oleh tiupan angin sejuk bertekanan tinggi yang datang dari Siberia merentasi negara rantau Asia Tenggara termasuk Sabah.

“Selain itu, faktor kedudukan geografi dan fenomena lain seperti fenomena penyejukan bumi biasa pada tahap maksimum berlaku semasa cuaca baik atau kurangnya awan terbentuk pada waktu malam menyumbang kepada keadaan ini.
“Pejabat Meteorologi Sabah juga akan terus memantau keadaan cuaca ini,”katanya ketika ditemui dipejabatnya pada Rabu. @ PENERANGAN(dapat dari whatsapp)


Fenomena cuaca sejuk ni memang luar biasa...kebetulan gas aircond di rumah habis..so pakai kipas jer...sekali kali ni...memang sejuk..kipas on nombor 4 saja..kadang pegi nombor 3...

kalau bangun subuh ....rasa macam di area ranau kundasang..sejuk jak..padahal nda juga hujan..memang menikmatilah suhu yang begini.....bukan selalu kan 

2 comments:

  1. start kemarin 8/2/17 jun prasan cuaca sejuk lain dr yg lain masa bangun subuh, mau mndi lg laa sandi sejuk ! rasa mcm mreput kejap tu urat HAHAHA rupa ny fenomena angin dr siberia. Alhamdulillah merasa juga cuaca sejuk mcm di kundasang utk bbrapa minggu =)

    ReplyDelete
  2. Uish.. sejuk2 nie memang best berselimut jelah..

    ReplyDelete