Dia Bukan Kamu - All About Love

Friday, August 28, 2015

Dia Bukan Kamu

Assalammualaikum...

Angin meniup mendinginkan
Pohon-pohon menari mengikut tiupan angin
deruan angin memecah kesunyian
tersentak dikala kedinginan

pedih sayu menerpa
kenapa harus aku
iya mengapa perlu aku??

Merintih seolah tak punya pegangan agama
namun itu bukan mauku
kerna aku juga kalau boleh tak mau
tak mau begitu

tapi hatiku sudah begitu
hancur luluh bak kapur yang ditumbuk lesung batu
terlalu lama menyimpan 
terlalu lama menunggu 

kalau aku mampu
mampu mengulang waktu
akan aku elak bertemu denganmu
kenal dengan kamu....

Kerna aku tau 
masa itu tak boleh diulang kembali
jadi aku mesti belajar
belajar menerima bahawa kamu

 Kamu dan juga aku
bukan sesuatu
dan takkan ada sesuatu

Kerna kamu!!
sudah ada yang menunggu
pilihan kamu yang lebih baik dari aku

Cuma aku...
aku terus menunggu 
Dia yang akan hadir dalam hidupku
Yang pasti 
Dan aku mau
Dia lebih baik dari kamu

**hahaha..dah lama tak bersastera....ok layan

 

4 comments:

  1. Salam. Amboi tak ku sangka awak berbakat dalam sastera..hahahaha. comel je awak ni!

    ReplyDelete
  2. salam singgah sini sis...wahh...ada bakat ni sis...

    *minat aj sis tpi kos penghantaran k sabah tu kadang mahal...hihi

    ReplyDelete