All About Love

Wednesday, April 3, 2013

Zaini Bayang In The House

12:30 AM
Zaini Bayang In The House
Assalammualaikum...

Ingat tak lagi dengan program Mimpi Ke Bintang yang MV ada update Kat Sini dan SIni..semalam sebelum mula kerja sempat tengok blog...Dan MV terpandang kat ruang Shoutbox...Zaini Bayang Komen...

MV buat tak tau..lepas tue terus check komen...terus terpandang lagi...Zaini bayang Komen  kat entry...


MV printscreen untuk kamu
Wah dalam hati dah berbunga2,..hahaha..iyalah finalis Mimpi ke bintang tue..datang blog siap tinggalkan komen....pergh bangga jugalah..sebab dia sudi baca blog picisan MV ini...

Keterujaan tue berlarutan(**pergh ayat) bila MV bukak FB...dan nampak..Nampak Apa??jom tengok kat bawah:
MV dah accept friend baru Printscreen
Zaini Bayang  add friend kat FB pulak..oh macam tak percaya..tapi inilah hakikatnya...MV pun approve..then pegi jenguk FB ZB...dan terharunya MV bila tengok 

Zaini Bayang promote entry MV..hehehe
Terima kasih Zaini Bayang sebab promote entry tue..walaupun orang tak baca tapi MV sangat terharu sebab ada yang menghargainya...

Opps..teruja teruja juga..tapi korang kenal tak Zaini Bayang ni???Zaini Bayang adalah salah seorang finalis Mimpi ke Bintang..yang mempersembahkan silap mata...ZB pernah buat juri dan penonton terkejut apabila beliau yang sepatutnya berada di dalam kotakberada di belakang juri..

Pada malam final beliau mengulangi aksi yang sama..tapi kali ini lagi bahaya..
Nak kenal Zaini Bayang dengan lebih lanjut..Just Add ZB di Facebook

Pinjam dr Zaini Bayang 

pinjam dr Zaini Bayang 
Read More

Tuesday, April 2, 2013

Parlimen BUbar Esok???

12:44 PM
Parlimen BUbar Esok???
Assalammualaikum...

Parlimen akan dibubarkan seawal esok..MV dengar2 bisik dulu Parlimen akan bubar dalam sebelum 4.04.2013..dan tadi baca berita harian DI SINi...

Perdana Menteri dijangka buat pengumuman selepas mesyuarat terakhir kabinet

Kuala Lumpur: Parlimen dijangka dibubarkan seawal esok selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan. 


Ini berikutan pengedaran surat daripada Jabatan Perdana Menteri meminta semua Ahli Jemaah Menteri hadir pada mesyuarat itu lengkap berpakaian lounge suit berwarna gelap dan bertali leher berwarna merah untuk sesi bergambar. 

jika Parlimen dibubar esok, SPR akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi” Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR

Mengikut amalan sebelum ini, Ahli Jemaah Menteri akan bergambar bersama Perdana Menteri dan timbalannya pada mesyuarat terakhir Kabinet sebelum pengumuman pembubaran Parlimen selepas mesyuarat.

Difahamkan sesi bergambar diadakan sebelum mesyuarat Kabinet esok dan Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang media bagi mengumumkan pembubaran Parlimen selepas itu. 

Mengikut kelaziman, Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat Kabinet bagi memohon perkenan pembubaran Parlimen.

Beberapa Menteri yang dihubungi mengesahkan menerima surat itu dan tidak menolak kemungkinan Najib mengumumkan pembubaran Parlimen selepas mesyuarat Kabinet esok seperti kelaziman sebelum ini. (baca lebih lanjut di SINI)


Esok 03.04.2013...betul atau tak Parlimen bubar esok sama2 kita tgu esok..hehehe..sila jangan excited sangat ya MV(**first time mengundi...umur dah 28..sebab lambat daftar mengundi..lagipun masa tue kat tangkak lagi.hehe)...Sila jangan ikut mcm MV ok..
Read More

Rindu Bertamu Di Abu Dhabi Last Episod

10:28 AM
Rindu Bertamu Di Abu Dhabi Last Episod
Assalammualaikum...

MV minta maaf atas keterujaan MV sampai mengatakan semalam adalah episod akhir  Rindu Bertamu Di abu Dhabi..Terima kasih Kak M yang tegur MV...dan terima kasih juga taas respon kamu semua di entry INI

Semalam bukanlah episod akhir tapi hari ini...episod semalam merungkai banyak persoalan...Firdaus yang baru dapat tahu mira Berpacaran dengan adiknya sendiri iaitu Farish...Dan Fatin pula mempercepatkan pertunangan dengan Adam..

Manakala Salina Ibu fifie(tunang Faiz) rupa2nya ibu kandung firdaus...nah makin best cerita ni..diawal2 mmg nampak slow tapi sampi kemuncak ada ketegangan sudah....Haji Ilham yang terpaku melihat Salina & firdaus yang datang ke rumah...

Apakah kebenaran yang cuba dicari oleh Salina?Firdaus anak kandung haji Ilham???Faiz & Fifie mencari Firdaus untuk apa????Adakah Fatin akan menerima firdaus???akan adakah kemaafan untuk firdaus & haji Ilham??

Sama2 kita saksikan malam ni jam 7.00 malam di TV3..ini betul2 sudah last episod kalau kemarin punya entry MV excited jer..hehehe...sorry..


pinjam google
Read More

Episod Akhir Cinta Qaseh

8:36 AM
Episod Akhir Cinta Qaseh
Assalammualaikum...

Confirm..hehehe...hari ni episod terakhir bagi drama CInta Qaseh...lakonan Wawa zainal,adi putra & Shah Jaszle...ni betul2 punya..hahahaha..sebab semalam ada salah faham..hoho..pasal episod akhir RBDAD...

Drama yang ditayangkan setiap selasa jam 9.00 malam di TV3..pastinya pengikut setia drama ni akan ternanti2 apakah kesudahan drama ini??

Siapakah yang menjadi pilihan Qaseh???cinta Pertama atau Cinta Sejati???siapakah yang akan Dia pilih bekas kekasih atau Sang suami???

Kembali ingatkah Qaseh tentang suaminya??atau dia akan terus diabayangi dengan nama arash..sedangkan dia tidak kenal akan orangnya...Atau ada ruangkah untuk wahyu di hati Qaseh...

Dan bagaimana pula nasib airin??adakah dia mampu meraih cinta arash?seperti dia meraih kasih ibu arash??Saksikan episod akhir drama cinta qaseh hari ni jam 9.00 malam di TV3



Pinjam google

**entry autopublish MV ada taklimat di tingkat 7..

Read More