All About Love

Tuesday, March 26, 2013

Menang Top Up & Di Review

4:26 PM
Menang Top Up  & Di Review
Assalammualaikum...

MV ada join Mrs.Erry 1st Giveaway 2013 dan hari ni Deqla dah keluarkan senarai pemenang di SINI...

no pemenang(pinjam dr deqla)

Yeah MV menang...MV peserta nombor 1...dan MV dapat top up RM5:


5 pemenang topup RM5 tajaan http://karukordjagaus.blogspot.com :-


ALhamdulillah rezeki menang top up kali kedua untuk bulan ni...hehehe..takyah top up dah....

MV juga direview oleh Solehah sebab Mv terpilih diantara 13 orang yang mengundi header solehah..Baca SINI

Untuk baca review yang solehah buat..jom baca sini..tersipu-sipu baca review dari solehah:

Merupakan seorang blogger Sabahan yang cukup manis persis seperti anak dara yang masih cun-melecun. Ewah kak, jangan tersipu-sipu malu ya. Saya perkenalkan akak Suzyanna kepada korang semua. Seorang mama kepada 3 orang cahaya mata iaitu Haikal, Ayu dan Wani. Kepada sesiapa yang mahu berkenalan dengan akak ni, bolehla jenguk ke blog beliau ataupun datang melawat ke Kota Kinabalu. Pasti best KK! :)

Terima kasih solehah & deqla....
Read More

Perlawanan Amal Malaysia Vs Palestin-26.03.2013(selasa)

10:17 AM
Perlawanan Amal Malaysia Vs Palestin-26.03.2013(selasa)
Assalammualaikum..
 
Hari ni 26.03.2013(selasa) akan ada perlawanan amal antara Malaysia Vs Palestin bertempat di Stadium Darul Makmur pada jam 8.45 malam...

Perlawanan amal ni bagi mengutip dana untuk tabung Saudara kita di Palestin Dan juga untuk tabung Wira Lahad Datu..Tiket RM 20.00(Dewasa),Rm10.00(kanak 12 tahun ke bawah)...Dan VIp RM150(kalau tak silap)

Target untuk kutipan adalah sebanya RM1 juta..BAh pada yang berada di Pahang jom kita beramal dan sambil tengok Harimau Malaya...
 
**curi2 update tengah jadi urusetia  Mesyuarat Perhubungan Ketua2 Jabatan

 
Read More

Koperasi Sektor Awam 1Malaysia(KSA1M)

12:30 AM
Koperasi Sektor Awam 1Malaysia(KSA1M)
 Assalammualaikum..

Pernah dengar pasal  Koperasi Sektor Awam 1Malaysia (KSA1M)??MV baru dengar hari ni(**Buli buli ar)..Presiden Cuepacs,Datuk Omar Osman menyarankan agar KSA1M mewujudkan skim pinjaman mudah untuk penjawat awam.

Cadangan ini adalah bagi mengelakkan penjawat awam daripada membuat pinjaman drpd Along @ agensi pinjaman wang yang mengenakan faedah yang tinggi dan membebankan.Memang kalau terdesak kadang2 sampai pinjam along,,

"Skim pinjaman ini sesuai untuk perkara seperti kematian, persekolahan anak dan memperbaharui cukai jalan yang membolehkan peminjam memperoleh wang segera tanpa penjamin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat agung pertama KSA1M di Wisma CUEPACS di sini, hari ini. (tau2 jer Presiden cuepacs ni...bab renew roadtax sgt setuju)

Omar berkata, melalui skim itu, penjawat awam misalnya boleh meminjam maksimum RM2,000 dengan tempoh bayaran balik selama tiga hingga enam bulan melalui potongan gaji.(Potongan gaji oklah..tak sedar tup2 dah nak habis bayar tapi lepas tue buat lagi pinjaman..hahahaa)

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Saripuddin Kasim.

Dalam pada itu, Omar menggesa semua penjawat awam menjadi anggota KSA1M untuk menikmati kemudahan yang disediakan. Sehingga kini, 200 penjawat awam sudah mendaftar sebagai anggota koperasi itu. (MV pun x daftar lagi..mcm mn nak daftar tue?)

Dalam pada itu, beliau berkata KSA1M akan mengendalikan dua Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) iaitu di Bandar Tun Razak di sini dan Presint 16, Putrajaya selain peruntukan RM1.3 juta yang disalurkan KPDNKK untuk tujuan itu. Omar berkata, kedua-dua kedai dan peruntukan itu akan diserahkan secara rasmi April ini.

KSA1M ditubuhkan Februari tahun lalu dan keanggotaannya terbuka kepada semua penjawat awam untuk menambah pendapatan kumpulan pekerja itu.

Ada sesiapa yang sudah jadi ahli KSA1M ni??atau ada yang pernah dengar??Ataupun baru first time dengar??
Read More

Monday, March 25, 2013

Pusat Internet 1Malaysia(PL1M) di Pantai Dalam

7:30 PM
Pusat Internet 1Malaysia(PL1M) di Pantai Dalam
Assalammualaikum...

Menarik bila MV terbaca di Berita harian tantang Pusat Internet 1Malaysia(PL1M)..PL1M pertama di Malaysia yang beroperasi di Projek Perumahan Rakyat Seri Pantai, Kerinchi, Pantai Dalam...

Dilancarkan oleh Datuk Rais Yatim Bersama  Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.PI1M di bandar adalah sebahagian inisiatif kerajaan yang diumumkan di bawah Belanjawan 2013 untuk membolehkan rakyat berpendapatan rendah di bandar menikmati kemudahan internet berkelajuan tinggi selain perkhidmatan lain seperti latihan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). 

Sebanyak 100 PI1M bandar akan dibina dalam dua fasa tahun ini. Selain kemudahan jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan WiFi dan latihan ICT juga akan disediakan melalui PI1M bandar. bah harap2 di Sabah ni adalah kena bina PL1M..barulah nda payah guna broadband(Tapi line lajukah???hehehe..jangan marah..)

Bagi perkhidmatan WiFi, pengguna hanya perlu membayar yuran pendaftaran RM5 untuk menggunakannya manakala perkhidmatan internet di PI1M adalah percuma untuk 30 minit pertama dan setiap sejam berikutnya dicaj RM1 dan 50 sen masing-masing untuk dewasa dan kanak-kanak. Nah murah sudah ni...berharap ni ada di Sabah..nah dua kali sudah mention..hehehe



Read More