All About Love

Tuesday, March 5, 2013

777

1:30 PM
777
Assalammualaikum

 

777,,,alhamdulillah follower MV sudah 779,,dan entry ni utk memperkenalkan follower ke 777 MV..hari tue 444,555,666 dan skg 777...

Alia Laila,,,muda lagi org lahir tahun 1993...kalau betul lah..alia tolong jawab yea dik,, tadi MV dtg jenguk entry  dia..dan MV nampak biskut yang sedap..










Nak cari gambar si gadis manis ni..tp x le copy..so apa kata kamu semua g terjah blog dia...Tq dear sudi follow blog yg x seberapa ni




Read More

Tidurlah!!Tribute To The Fallen Heroes Of Lahad Datu

10:30 AM
Tidurlah!!Tribute To The Fallen Heroes Of Lahad Datu

Assalammualaikum...



NAmapak lagu ni facebook..terharu,,,tanpa sedar air mata mengalir...dan bila MV tengok satu komen di You tube tentang video ni:

dulu masa kecik org sabah ckp semenanjung jahat ,mereka salah ,sekarang org semenanjung telah buktikan jika sekali sabah kene usik,maka bermati matianlah mereka menjaga sabah ..kerana kita adalah adek beradik.....

Siapa cakap orang semenanjung jahat!!Itu kamu silap....kita adalah 1 Malaysia....mcm komen tadi..mereka di semenanjung telah buktikannya.Terima kasih Semua.



Read More

Lagu Zaman itu 2

8:44 AM
Lagu Zaman itu 2
Assalammualaikum...



ni lagu ke dua pilihan MV...Mengusung rindu dr kumpulan spin..masa ni kalau tak silap MV tingkatan 3...hehehehe....dan masa minat lagu sebab kesinambungan lagu rindu serindu rindu nya & memori sekuntum rindu...

suka lagu ni sebab best,,,mmg jiwang tapi asa ni pun belum ada pujaan hati..single mingle lagi MV masa ni..sebab muka nda cute((***percayalah...hahahaha))

Ada sesiapa minat lagu ni???



***MV cuti hari ni sebab nak g klinik gigi...slow2 blas komen kamu...banyak hutang sudah ni

Read More

Monday, March 4, 2013

JASA DAN PENGORBANANMU DIKENANG

3:05 PM
JASA DAN PENGORBANANMU DIKENANG
Assalammualaikum...

Sumber dr Malaysian update
Jasa & pengorbananmu dikenang....6 anggota polis yang terkorban dalam serangan hendap di Semporna 2 hari lalu akan dikebumikan & disemadikan pada hari ini...


Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.

Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.

Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini.

Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.

Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.

Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.

credit to Malaysian update

Sama3 kita sedekah kan al-fatihah...Sesungguhnya jasa & pengorbanan mereka tidak akan dilupakan oleh seluruh rakyat Malaysia & juga penduduk Sabah...Sama2lah kita mendokan Keselamatan semua anggota keselamatan yg bertugas DI sabah skg...

Read More

Selamat hari Tua KJ

2:56 PM
Selamat hari Tua KJ
Assalammualaikum...



Selamat hari jadi Buat karukord jagaus...yang ke -17..hehehe...17 lah sangat...kalau nak tau kena tanya tuan empunya badan aka Birthday boy..hehe


Happy birthday to you Jagaus
Selamat hari jadi jagaus
Sannah helwah jagaus



Read More

Rezeki

1:58 PM
Rezeki
Assalammualaikum....

Ingat lagi entry NI..Segmen "2nd year Ohsem Anniversary Aku cuma seorang kulikutif !!! Give away"....MV join segmen ni..agak lewat juga...tapi x sangka bila buka blog tadi(**baru masuk ofis MV pgi klinik gigi)...

MV dapat komen drpd Remy(**penganjur segmen) :

tahniah....... sahabat dah berjaya dlm segmen remy .... 2nd Ohsem Anniversary aku cuma seorang kulikutif !!!! let's check out !!!!!
http://remyhazza-satuperjalanan.blogspot.com/2013/03/tahniah-blogger-bertuah-2nd-year-ohsem.html

Alhamdulillah rezeki..nda sangka boleh menang...tersenarai di antara 15 orang yg bertuah..happy sangat...Terima kasih Remy..MV suka dgn cara dia..dia bagitau pemenang...kalau kita terlupa pun terus jadi ingat..

JOm masuk blog remy ..

Aku Cuma Seorang Kulikutif !!!




Read More

Paip Moden

7:30 AM
Paip Moden
Assalammualaikum

apalah...kalau iya pun mau kasi cantik2 kereta..janganlah begini..sakai jak..hehehe

**kalau tiada air boleh kali ambil disini??(**kalau org lurus bendul mmg kena lah ni owner kereta kan..hahahaha)
Read More