All About Love

Thursday, March 9, 2017

Respect

7:30 AM
Respect
Assalammualaikum

Kenapa ada yang menjual nasi lemak tepi jalan setiap hari tapi tetap tak buka kedai? Sebab dia selesa begitu. Tak suka nak fikir masalah yang complicated. Kenapa ada yang jadi doktor walaupun gaji tidak setimpal tenaga dan masa yang dikorbankan? Sebab passion. Happy bila tengok pesakit baik semula. Kenapa ada yang setia menjala ikan setiap pagi? Sebab hanya itu yang dia tahu. Seronok dapat ikan banyak.

Jangan paksa orang jadi kaya. Jangan sombong dalam kata seolah semua manusia kena kaya dan berharta. Seolah yang memilih 'makan gaji' itu tidak berjiwa besar atau taknak maju dalam hidup. Seolah yang berniaga kecil-kecilan itu takde apa nak dibanggakan. Seolah yang memilih menjadi surirumah tangga sepenuh masa itu 'loser'. Seolah bila bergelar jutawan itu baru definisi kaya dan berjaya.

Kebahagiaan dan rasa cukup manusia itu berbeza. Keperluan dan kehendak manusia itu berbeza. Allah mencipta manusia itu berbeza. Minat berbeza. Kudrat berbeza. Kepakaran berbeza. Pengetahuan berbeza. Latar belakang berbeza. Sihat sakit berbeza. Kerana semua memerlukan antara satu sama lain.

Kalau hari ini kita rasa kita hero, jangan lupa esok kita boleh jadi zero. Hanya dengan KUN FAYAKUN. Buang sombong dan rasa besar dalam diri tu. Tidak memiliki itu sebuah ujian. Memiliki sesuatu juga sebuah ujian-- yang lebih hebat, yang lebih halus. Optimis itu bagus; cuma jangan sampai riak, takabbur, tidak menjaga silaturrahim. Jangan lupa asal usul kita. Semuanya asal dari tanah, dan ke tanah juga kita akan kembali. Apa yang kita ada hari ni, semuanya akan kita tinggalkan. Tak ada satu pun kita akan bawa bersama. Hanya satu yang bernama taqwa.

Respect other's decision.
Embrace diversity.
Pesanan buat diri sendiri..


**dapat ni dari whatsapp..semoga menjadi peringatan sesama kita
Read More

Wednesday, March 8, 2017

Menang Medic Serum & Bio Active Serum Lovely February Giveaway

2:00 PM
Menang Medic Serum & Bio Active Serum Lovely February Giveaway
Assalammualaikum...

dapat medic serum
Hantar hadiah Medic Serum & Bio Active Serum Lovely February Giveaway dekat rumah kak @mrsvelentine tadi. Kak MV cakap mau guna tuk abang Haikal, harap-harap berkesan tuk hilangkan ekzema Haikal.

alhamdulillah MV menang Medic Serum & Bio Active Serum Lovely February Giveaway ..MV dapat hadiah Medic serum...kebetulan abang haikal ada ekzema so try ni untuk dia...terima kasih tau sha...hantar hadiah ni sampai rumah....

Sesiapa yang berminat nak dapatkan Medic Serum & Bio Active Serum bolehlah hubungi eca di wasap 0148594953..


Read More

"PENCARIAN BLOGLIST APRIL - JUN 2017"

9:48 AM
"PENCARIAN BLOGLIST APRIL - JUN 2017"

Selamat Hari Wanita 8 MArch 2017

9:24 AM
Selamat Hari Wanita 8 MArch 2017
Assalammualaikum..


Happy women's Day buat semua wanita di seluruh...wanita seluruh dunia ku ingat kau tahu....haha..menyanyi terus...selamat hari wanita buat semua ibu,kakak,makcik dan kawan....


Hadiah di pagi hari wanita.....bila kakak wani buat kecoh...cermin mata nya tak jumpa...apalagi radio mama pun mula lah berbunyi ...syukur jugalah ada cermin mata lama...bolehlah pakai....nanti balik rumah cari lagi


Betul-betul dugaan hari ni..bila jalan jammed..tiba-tiba ramai pula ORANG PINTAR yang jumping Queue di depan taffic light indah permai tadi...apa kamu ingat kamu punya lambat saja kah...gara-gara kamu lah punca jammed..orang yang tunggu lama tak dapat limpas...pergh geram okey..

Sampai parking ofis...terpaksa exercise..kejar masa mau punch...dukung syamimi bawa handbag dan beg galas...jalan selaju yang yang boleh...tiba-tiba di lif lagi buat hal..bila boleh berbincang masuk lift then keluar balik..adui
senyum walaupun huru hara pagi tadi
Apa-apapun..syukur sempat punch..on time 7.30am.... al kisah MV hari ni..takpe kita senyum saja...insyaallah hari ni pasti berjalan lebih baik...
Read More

Masalah

7:30 AM
Masalah
Inilah dia kakak cantik hahaha
Assalammualaikum....


Hidup kalau ada masalah itu biasa..
Hidup tanpa ada masalah itu luar biasa!! Masalah itu tetap masalah...dari kita saja..macam mana kita menangani masalah kita.. Senyum ...jangan biarkan masalah menguasai kita...


  1. Cuba letak picture kakak cantik tu kat sini...nak tengok kikiki
    ReplyDelete
  2. kakak cantik tunjuklah sikit gambar.. hehehe..
    bebudak nie jujur MV..
    ReplyDelete
**psstt tempek gambar kakak cantik..cantik ker???haha,,,so untuk ELih dan Sha....korang rasa cantikkah???haha bye
Read More

Tuesday, March 7, 2017

BR1M VS SSM

9:05 AM
BR1M VS SSM
Assalammualaikum....

buka fb wall penuh dengan #br1m x lulus sebab #ssm #perkhawinanperlupengesahan...

Terkejut MV..semalam dalam jam 11 lebih macam tue....MV buka FB...pergh sekali wall dari atas sampai bawah semua update pasal BR1M tak lulus...sebab:-


  1.  maklumat pendapatan pemohon/pasangan pelu pengesahan(SSM)
  2. status perkahwinan perlu disahkan
  3.  no.kad pengenalan pasangan/tanggungan tidak melepasi Tapisan JPN
Rata2 yang x dapat ni kawan2 yang bisnes online...kan nak bisnes online mesti daftar SSM...kesian lah..kadang berapa sangat pendapatan dan untung mereka...

Dalam 3 sebab tue..ramai yang kena bab SSM....kalau suami mohon..isteri ada ssm ...permohonan pun tak lulus....dulu masa mula2 ada BR1M..tak pula mention syarat kalau ada SSM tak layak kan....

Sama jugalah dengan Bantuan Khas Awal  Persekolahan 1 Malaysia(BKAP1M)..mula-mula semua anak-anak yang bersekolah dapat RM100...tup tup selepas 2 tahun....diubah syarat...hanya ibubapa yang berpendapatan RM3,000.00 ke bawah sahaja yang dapat...

Tapi ada kawan haikalayu.,,,,ibubapa kerja kerajaan..gaji lebih 3k dapat pula...sama juga lah dengan bantuan Rancangan Makanan Tambahan(RMT)... Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin(KWAMP)

Yang dapat RMT dan KWAMP ni kebanyakan anak-anak kontraktor...yang bekerja sendiri..ada bisnes sendiri..yang tiada slip gajii...kesian pula bila ingat kawan MV kerja di Gaint anak dia tak layak dapat KWAMP sebab gaji dia lebih dari kelayakan....sedangkan yang dapat sudah mencukupi...

Kena kasi semula lagi sistem kita...memang lah yang kerja kerajaan atau yang swasta bergaji besar...tapi kenapa tidak dilihat dari segi tanggungan...

Oppsss..dari BR1M melalu Ke(BKAP1M)..lepas tue ke RMT dan Kwapm....sekian celoteh hari ini...


Read More

Gotong Royong Sekolah Rendah Anak

8:19 AM
Gotong Royong Sekolah Rendah Anak
Assalammualaikum...


pondok sudah siap...tumpang kantin untuk makan2
Sabtu lepas..ada gotong royong di sekolah rendah anak....tahap 2 diwajibkan hadir....so MV yang datang...Mr Velentine...dia ckap tak reti bertukang buat pondok..kalau suru buat kereta oklah...haha...jadi dia jaga wani n syamimi di rumah...

MV abang haikal dan kakak ayu ke sekolah...lelaki buat pondok ...yang wanita bersihkan kelas.....time ni lah dapat berkenalan..dengan ibu2 yang lain....berborak pasal anak2....agak sedih juga bila melihat sambutan daripada ibubapa yang lain...
bersihkan cermin dan kipas...
dari beratus-ratus murid...ibubapa yang hadir tak sampai seratus orang...xpalah MV selagi berdaya dan takda halangan memang akan turun untuk setiap aktiviti yang diadakan sekolah...

masa ni lah kita bantu pihak sekolah..tak dapat bantu dari wang ringgit kita bantu dari segi tenaga...minggu depan ahad ada mesyuarat PIBG pula..yang ni confirm ramai..sebab time ni banyak lah yang nak komplain itu ini....
Read More