All About Love

Tuesday, December 27, 2016

Cowboy Town Tuaran

10:32 AM
Cowboy Town Tuaran
Assalammualaikum,,,

Image may contain: sky, bridge, outdoor and water
credit to  Taste of Sabah 
COWBOY TOWN
•••••••••••••••••
Sabandar Leisure Rides (Tuaran, Sabah)

Horse riding hours:
7am to 11am 
2pm to 6pm

RIDE BOOKING HOTLINE:
019 861 1160

Image may contain: cloud, sky, text, outdoor and nature
credit to  Taste of Sabah 
Cowboy Town di Sabandar Tuaran..betul-betul belakang Taman Limbai Ria..Hari ahad masa krismas kebetulan mama dan bapa MV turun KK..jadi bawalah dorang ke Tamu Tuaran..jalan2 beli ikan...

Lepas dari tamu tuaran ..rancang lah mau ke Cowboy Town Tuaran yang viral di facebook baru2 ni..niatnya mau bawa syamimi tengok dan tunggang kuda,,,tapi kan sampai jak sana...pergh ramainya orang...terus niat tue dibatalkan....

Image may contain: outdoor
credit to  Taste of Sabah 
oh ya Mr. Velentine sudah pernah pegi cowboy town ni.bawa rombongan kanak-kanak istimewa ke sana...dia lah yang cakap...best..ada satu restoran paya bakau tue memang best..dengan menu makanan kampung lagi katanya....

Image may contain: outdoor
credit to  Taste of Sabah 
So kami teruskan jak perjalanan ke arah pantai....kira lepas hajat jak lah pusing tempat tue...bawa mimi ke pantai....wah amazing..pantainya pun maju ok..banyak gerai jualan..dan yang penting tandasnya..

Image may contain: car
credit to  Taste of Sabah 
Kenapa tandasnya???macam di 1Borneo...masuk tandas RM1 hahaha....ramai juga orang yang mandi manda di pantai tue..pantai apa MV pun nda tau namanya..adey gagal kan...tapi yang best ada kuda di situ...

Image may contain: sky and outdoor
credit to  Taste of Sabah 

No automatic alt text available.
credit to  Taste of Sabah 

Image may contain: outdoor
credit to  Taste of Sabah 
So MV pun tanya lah...kuda tue boleh dibawa gambar?berapa mau Bayar?Orang tu cakap RM10,,,MV pun on jak lah...ok lah rm10....ingatkan untuk bergambar saja..rupa-rupanya sekali tunggang...
Image may contain: one or more people, horse, sky, cloud, tree, outdoor and nature
credit to  Taste of Sabah 

Image may contain: tree, plant, house, bridge, outdoor and nature
credit to  Taste of Sabah 

No automatic alt text available.
credit to  Taste of Sabah 
Orang tue tanya..sapa mau kasi kawan naik..mama??oh mestilah nda kan...babah lah ..mama..takut haha...takut itu kuda mengamuk then humban mama ke belakang..sakit itu ..kihkih.....
excited dia 

dia lebih fokus kuda dari kamera
sebenarnya Mr.Velentine takut ..tapi oleh kerana dia dengan syamimi..mesti mau kasi tengok dia berani...excited syamimi ceta..dia bilang kuda itu jalan lompat2....
yeah naik kuda
terus dia buat gaya  kuda melompat sambil nyanyi..."macam ni kuda jalan..macam ni kuda jalan..macam ni kuda jalan..."hahaha...adik adik..pintar betul gaya mu....takpe next time kita bawa abang kakak lagi naik kuda...
sya budak comel
mesti dorang suka kan adik..
Read More

Sunday, December 25, 2016

simple but happy

8:00 AM
simple but happy
Assalammualaikum...



Image may contain: 3 people
sambutan birthday syamimi di sekolah
Assalammualaikum...

Akhirnya sambutan hari lahir syamimi yang ketiga selesai sudah..sambutan di buat kat taska sahaja...tapi abang kakak dia datang sama2 sambut..memang dia mau abang kakak dia ada sekali...

Biar simple dengan hanya kek...yang penting dia gembira..dan kawan2 merasa makan kek ...alhamdulillah..terima kasih semua yang mendoakan dan mengucapkan ucapan selamat hari lahir buat syamimi....
Read More

Saturday, December 24, 2016

Yuna ft SonaOne - Pulang (OST Sein dan Luna)

8:30 AM
Yuna ft SonaOne - Pulang (OST Sein dan Luna)

Assalammualaikum...

Layan drama Sien dan Luna ni...Mula2 rasa cerita ni tak menarik ...tapi yang bestnya permulaan ceta ni di kampung...hihi..cantik sangat pemandanganya...

Geram dengan watak Kakak kepada Luna...dan mak kepada Wardah ..haha..sapa yang tengok mesti tau kenapa....

Read More

Friday, December 23, 2016

Menanti Janji - Ronnie Hussein (OST Biar Aku Jadi Penunggu)

7:00 AM
Menanti Janji - Ronnie Hussein (OST Biar Aku Jadi Penunggu)

Assalammualaikum...

Telah lama ku rasa sebegini
Meniti masa silih berganti
Ku harapkan engkau datang kepadaku
Walau sekadar mimpi

Ku cuba untuk mengejar kamu
Makin ku genggam ia terlerai
Sedari diri kian menjauh
Jauh terpisah dari diri kamu

Biar hatiku menanti
Biar ku terus menunggu
Di dalam kegelapan hariku
Tanpa cinta kamu
Biar jiwa terus mati
Menanti janji kamu
Biar aku jadi penunggu

Ku cuba untuk mengejar kamu
Makin ku genggam ia terlerai
Sedari diri kian menjauh
Jauh terpisah dari diri kamu

Biar hatiku menanti
Biar ku terus menunggu
Di dalam kegelapan hariku
Tanpa cinta kamu
Biar jiwa terus mati
Menanti janji kamu
Biar aku jadi penunggu

Biar hatiku menanti
Biar ku terus menunggu
Di dalam kegelapan hariku
Tanpa cinta kamu
Biar jiwa terus mati
Menanti janji kamu
Biar aku jadi penunggu

Biar hatiku menanti
Biar ku terus menunggu
Di dalam kegelapan hariku
Tanpa cinta kamu
Biar jiwa terus mati
Menanti janji kamu
Biar aku jadi penunggu
Biar aku jadi penunggu



Read More

Thursday, December 22, 2016

Biar Aku Jadi Penunggu (Drama Adaptasi Novel)-Slot Akasia TV3

9:28 AM
Biar Aku Jadi Penunggu (Drama Adaptasi Novel)-Slot Akasia TV3
Image result for biar aku jadi penunggu
sumber google

Assalammualaikum...

Biar Aku Jadi Penunggu...drama adaptasi novel tulisan arsna yang akan menggantikan 7 hari mencintaiku ...mula ditayangkan pada 26.12.2016(Isnin)....pelakon utama Asyraf Muslim dan Janna Nick...

dah lama tak tengok Asyraf Muslim berlakon..macam menarik jer lakonan dia kali ni..

Sinopsis belakang novel 

Iffat Hamani dan Afeef Adwan bersahabat sejak di bangku sekolah. Namun, persahabatan yang terjalin disalah guna oleh Afeef apabila menggunakan Iffat sebagai batu loncatan untuk mencapai impian yang sudah lama dirancang.

Iffat yang dalam diam menaruh perasaan terhadap Afeef, menerima lamaran Afeef dengan harapan mereka punya peluang untuk hidup bahagia atas janji yang ditabur oleh Afeef sebaik sahaja lelaki itu pulang semula ke tanah air. Namun, dua tahun yang dijanjikan akhirnya berlanjutan hingga tiga tahun. Lelaki itu mendiamkan diri tanpa sebarang berita. Tetapi Iffat masih berpegang pada janji dan sanggup menunggu lelaki itu walaupun hati sendiri terluka.

Selepas tiga tahun tanpa khabar berita, Afeef muncul kembali bersama si comel. Kebenaran terbongkar apabila si comel itu merupakan anak Afeef bersama Damia. Mereka berkahwin atas nama cinta. Namun, hubungan itu tidak berpanjangan apabila Damia curang hanya kerana tidak sanggup memikul tanggungjawab yang ada.

Afeef kembali dengan harapan baru dan ingin menunaikan segala janjinya dahulu kepada Iffat.

Iffat yang benar-benar terluka atas apa yang dilakukan tidak mampu berbuat apa. Kehadiran si comel diterima dengan hati yang terbuka kerana sememangnya naluri keibuannya begitu menggebu dan sudah menjadi impiannya sebaik sahaja bergelar isteri. Tetapi kesalahan yang dilakukan oleh Afeef membuatkan dia ragu-ragu untuk menerima lelaki itu dalam hidupnya. Dia tidak bersedia untuk menjalani kehidupan sebagai seorang isteri kerana Afeef telah mengkhianati kepercayaannya selama ini.

Rafaal yang sudah lama menaruh perasaan terhadap Iffat hanya mampu memendam perasaan. Harapannya untuk memiliki Iffat kembali terkubur dengan kehadiran Afeef. Dia tahu hati wanita itu hanya untuk Afeef. Afeef tetap berusaha untuk meraih kembali kepercayaan Iffat. Kesanggupan Iffat yang menunggunya hingga hampir empat tahun sudah cukup memberi petanda yang wanita itu mencintainya sepenuh hati.

Iffat yang sememangnya menyimpan rasa kasih buat Afeef reda menerima lelaki itu kembali sungguhpun luka di hatinya masih belum sembuh. Sekali lagi janji terpateri. Namun, kasih yang baru sahaja berputik, diduga dengan kehadiran Damia yang ingin kembali meraih cinta Afeef. Dalam masa yang sama pula, Afeef mengesyaki Iffat punya hubungan kasih dengan orang lain kerana cemburu. Sekali lagi Iffat terpaksa menanggung duka. Dituduh tanpa usul periksa membuatkan hatinya kembali terluka.

“Di mana janji kerana hati, andai ada hati yang disakiti?”

sinopsis drama (credit to kbergetar)

Biar Aku Jadi Penunggu mengisahkan Ifaat Hamani (Janna Nick) yang sebenarnya menaruh perasaan terhadap Afeef Adwan (Ashraf Muslim) dalam diam dan berharap agar mereka dapat hidup dengan bahagia setelah Afeef pulang dari luar negara, seperti mana yang dijanjikan olehnya. 

Namun, perasaan keliru mula wujud dalam hati Ifaat apabila Afeef langsung tidak pernah menghubunginya setelah dia berlepas ke luar negara. Ifaat tertanya-tanya bahawa adakah dia telah melakukan kesilapan dengan mengahwini seorang lelaki yang langsung tidak mencintainya. 

Selepas tiga tahun tanpa sebarang khabar berita, Afeef telah mengejutkan semua orang dengan kepulangannya ke tanahair bersama seorang anak lelaki. Rupa-rupanya, Afeef telah mendirikan rumahtangga bersama Damia di luar negara, tetapi perkahwinan mereka itu gagal dan tidak dapat diselamatkan lagi. 

Oleh itu, Afeef kembali dengan sebuah harapan baharu, dia juga ingin menunaikan segala janjinya kepada Ifaat. Hati Ifaat benar-benar terguris dengan apa yang telah terjadi. Dia menyambut kepulangan suaminya itu dengan dingin. 

Segala kasih sayangnya telah hapus apabila dia mengenangkan perbuatan suaminya yang menyakitkan hati itu. Sikap dingin Ifaat membuat Afeef berasa jauh hati dengan isterinya, lebih-lebih lagi apabila Ifaat sentiasa mengungkit sikap Afeef yang tidak setia dan suka mungkir janji.

Ifaat dan Afeef sering bertengkar dan juga tidak bersependapat kerana masing-masing mempunyai ego yang tinggi dan langsung tidak mahu mengalah. Ifaat juga tidak bersedia untuk menjalani kehidupan sebagai seorang isteri kerana Afeef telah mengkhianati kepercayaannya selama ini. Namun, mampukah Afeef memujuk hati Ifaat yang telah dilukainya itu?


Read More

My Year 2016 In books

7:30 AM
My Year 2016 In books
Assalammualaikum....


My Year 2016 In books....sebenarnya daftar kat web Goodreads sebab nampak Sha post tentang ni...lama juga daftar...last-last bulan 10 baru aktif nak masukkan target berapa buku yang nak baca tahun ni...So untuk permulaan MV target 10 buah buku jer...alhamdulillah MV dah baca 12 buah buku...yeah kira tercapai lah kan....


Buku yang paling nipis MV baca adalah Dia bukan Arissa...yang MV habis baca dalam tempoh 4 jam... dan yang paling tebal...tentulah 7 hari mencintaiku.... tapi baca ni pun nda lama...dalam 3 hari sebab jalan ceritanya yang menarik...


Semuanya novel hihi...takpe next year kita cuba baca yang bukan fiction ya hahaha...



Read More

Wednesday, December 21, 2016