All About Love

Thursday, December 15, 2016

Sayangku Mr. Busybody

3:08 PM
Sayangku Mr. Busybody
Assalammualaikum...



Sayangku Mr. Busybody hasil tulisan hee-da ini mengisahkan Hanis yangterpaksa berkahwin dengan iqram bagi menggantikan Nurin. Iqram yang marah dengan penipuan ini terus menyeksa Hanis .Begitu juga ibunya iaitu Datin RIna..

Hanis di jual kepada Ibu Ayam semasa ketiadaan bapa mentuanya yang ke US untuk bertemu Datuk Helmi. Namun Hanis berjaya menyelamatkan diri dari rumah pelacuran Mama MOna...dia diselamatkan oleh Daniel(abang kepada Iqram)

Berlaku salah faham antara Daniel dan Hanis...Daniel mengganggap Hanis aa seorang perempuan murahan..Kerana hubungan Hanis dengan Datuk Helmi..Rupa2nya hanis adalah anak kepada Datuk Helmi...ibunya Halimah adalah isteri pertama datuk Helmi yang terpaka menjadi orang gaji di rumah suaminya sendiri...

Kematian Ibu hanis (**dibunuh oleh Datin SOfiah) membongkar identiti Hanis...Manakala Shahrul bekas kekasihnya pula muncul meraih cinta...

Daniel yang dianggap stalker oleh Hanis akhirnya mula mencintai Hanis...segala salah faham Daniel terhadap Hanis terungkai apabila dia mengetahui rupa2nya Hanis adalah bekas isteri iqram(namun perkahwinan itu x sah kerana kahwin sindiket yang dirancang nurin kakak Hanis)....

Kemudian satu dami satu rahsia terbongkar,  kenapa bapa Shahrul beriya supaya shahrul berkahwin dengan Erika, Siapa mama mona dan apa kaitannya dengan keluarga Datuk Izhar, Siapa Iqram sebenarnya?

Apa rahsia besar yang disimpan oleh datin Rina? Perpecahan dua keluarga.... berakhir dengan kebahagian buat hanis dan daniel....

(**baca 10.12.2016 habis 15.12.2016)

Read More

Cermin Mata

7:30 AM
Cermin Mata
Hitam juga jadi pilihan 
Assalammualaikum...

Kaca mata baru untuk wani....pilihannya mau warna pink..tapi semua yang warna pink tue nda sesuai dengan dia..last2 pilih lagi warna hitam macam haritu...harap2 yang ni bertahan lah...

kalau ikutkan degree wani tak berubah..cuma cermin mata dia patah...itu yang belikan yang baru ....cermin mata ni bingkainya buy 1 free 1...so MV beli satu bingkai untuk kakak Ayu...nanti baru pasang cerminnya...

Harga frame ni RM78(2 Pasang)...untuk cermin wani RM45..MV ambik yang biasa jer....SO total semua RM123...Insyaallah nanti mau tukar untuk abang dan kakak lagi...tapi kena beli dulu frame untuk abang...baru ble tukar yang baru....

Kosnya RM123(2 pasang frame+ Cermin) untuk abang haikal, Kakak Ayu Pula RM45(**cermin sahaja sebab frame ada sudah)....so total dalam RM168.00...  Ni MV buat di Kedai cermin mata Bee di 1borneo hypermall kota kinabalu....

Itupun selepas temujanji dengan doktor pakar mata di Hospital .....sebab kes dorang ni lain sikit..rabun dekat...jadi memang nda berani bawa check di kedai....
Read More

Wednesday, December 14, 2016

AFF SUZUKI CUP FINAL 1 2016 (INDONESIA VS THAILAND)

10:05 PM
AFF SUZUKI CUP FINAL 1 2016 (INDONESIA VS THAILAND)
Assalammualaikum..


AFF SUZUKI CUP FINAL 1 2016 ANTARA INDONESIA VS THAILAND BERAKHIR DENGAN KELEBIHAN BUAT INDONESIA DENGAN KEMENANGAN 2-1..

BERMAIN SELAMA 94MINIT TERMASUK MASA TAMBAHAN MEMANG MENDEBARKAN...THAILAND MENDAHULUI 1-O DI SEPARUH MASA PERTAMA...

NAMUN JARINGAN RIZKY PORA MENAIKKAN SEMANGAT INDONESIA...GOL PENYAMAAN RIZKY PADA MINIT KE-65 ...BERTAHAN SAMBIL MENYERANG....INDONESIA AKAN KE THAILAND UNTUK FINAL KEDUA YANG BERLANSUNG PADA 24.12 2016..

CHAYOK2X

posted from Bloggeroid

Read More

Sebelum & Selepas

2:29 PM
Sebelum & Selepas
Assalammualaikum...


Muka sebelum dan selepas di makeover...tak jauh beza..sama jer..masih lagi ...first time MV di makeover macam ni..dulu masa kahwin pun makeup biasa jak...kakak MV Yang makeup...

Ni kiranya pun x berat sangat makeup ni...sebab MV minta yang biasa2 jak...MUA MV ni budak giat mara...ada kedai urut di Wawasan Plaza...kalau siapa area Sabah mau makeup ..boleh try contact dia (019-800 4457),,,

Harga berpatutan...henna pun dia ada buat...



Wawasan plaza, 3 floor,
Next to TD plaza hotel ,kk
Aquamist beauty & reflexology
Monday - sunday
10am - 8 pm


Tu alamat kedainya....


Read More

2016 reading challenge

7:00 AM
2016 reading challenge
yeah berjaya juga hahaha
Assalammualaikum...


Berjaya juga  ... GoodReads 2016 reading challenge....walaupun hanya novel...at least membaca juga kan...tahniah untuk MV target 10 buku jak tahun ni...tahun depan kita up lagi ikut kemampuan ....

korang pula mcm mna
Read More

Tuesday, December 13, 2016

Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah 2016

4:49 PM
Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah 2016
Assalammuailaikum...

wefie duluan 
Salam Maulidur Rasul.. semalam sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri sabah bertempat di Beaufort . Sudah menjadi rutin tahunan pejabat MV akan terlibat dalam perarakan seperti tahun sebelumnya....



Tahun ni sambutan di buat di Beaufort Sabah..kampung MV...jadinya kira balik kampung terus lah...tahun ni ayu dan wani ikut sekali berarak ...itu pun last minit sebab nda cukup kontinjen...

terpkasa lah meminjam baju dekat makcik kebetulan ada sepupu MV yang sebaya ayu...dan ada satu baju yang besar untuk wani...



dugaan juga sebab wani ...mengadu penat dan tak larat..hihi...alhamdulillah syukur dia smpi juga ke garisan penamat....



kakak ayu steady jer...berjalan d depan dengan memegang pelakat ....bagus juga melibatkan anak-anak dengan aktiviti macam ni...



tahun ni ..tema baju adalah batik...ditaja oleh pejabat dan sehelai shawl ariani..hihi..sapa2 yang ada join sambutan maulidur rasul hari tu..mari lah share cerita
Read More

Monday, December 12, 2016

Anugerah tokoh maulidur rasul 2016(sabah)

2:42 PM
Anugerah tokoh maulidur rasul 2016(sabah)
Assalammualaikum..

Anugerah tokoh Maulidur Rasul
1) Wanita (datin seri panglima Nursuadah Hj Basah)
2) Lelaki (Dtk Ismail bin Ag Besar)

Sepanduk
1) Kementerian jabatan swasta
(3)pjbt pendidikan bfort
(2) pjbt setiausaha persekutuan sabah
(1) jheains

2) Pertubuhan
(3) persatuan kedayan sabah
(2) bdn dakwah daerah kp
(1) persatuan seni khat sabah

3) qaryah
(3) surau annur padas valley
(2) surau kg pimping
(1) surau masjid jamek kg kebatu

4)Sekolah kebangsaam
(3) sk pekan mesapol
(2) madrasah alhidayah pasir putih putatan (1) san kabidang bfort

5) Smk
(3) smk bfort ll
(2) smk pdg berempah sptang
(1) sman Bfort


Kontinjen Terbaik
- kementerian jabatan & swasta (jbtan penjara malaysia)
- pertubuhan (badan perhubungan umno negeri sabah)
- qaryah (rukun tetangga krt bfort)
- sk (madrasah alhidayah kg pasir putih putatan
- smk (smk bfort ll)

Kontinjen Teramai
- 210 org sempena Maulidurrasul  (madrasah alhidayah kg pasir putih putatan)

*alhamdulillah pebajat mv menang nombor dua kategori sepanduk..

posted from Bloggeroid

Read More