All About Love

Friday, May 20, 2016

Karnival taklimat waran perjalanan udara awam WPUA 2016 Air asia Sabah

10:23 AM
Karnival taklimat waran perjalanan udara awam WPUA 2016 Air asia Sabah

Assalammualaikum

Khamis MV sempat join Karnival taklimat waran perjalanan udara awam WPUA 2016 Air asia Sabah bertempat di dewan serbaguna KPKps..

Join sebab saja nak dengar  and tambah hari berkursus.. Lagi satu sebab ada luck draw..

Tapi mv x lucky pun.. Ada 43 cabutan.. 32 barang elektrik.. 4 beg goodies.. 3 tiket penerbangan..

Tiket penerbangan  kk kl kk untuk 2 org .. Kk jakarta  kk.. Kk china(lupa destinasi)  kk...

Best ni program mcm ni.. Klo ada rezeki bawa hadiah balik. Air asia next year buat lg tau. Hihi

Read More

Ujian Saringan Kesihatan

7:30 AM
Ujian Saringan Kesihatan
Assalammualaikum...

pre obese..lagi 10 kg baru ble normal
Hospital Likas ada datang ke KOmpleks tempat MV bekerja..dorang ada buat pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada semua penjawat awam. Pemeriksaan gula dalam darah,tekanan darah,pap smear dan mammogram ...

Tapi MV tak buat pap smear sebab baru buat Feb 2016..Mammogram MV tak boleh buat sebab syamimi masih BF...SO MV hanya buat pemeriksaan gula dalam darah dan tekanan darah...

Lepas tue ada pula ujian minda sihat..alhamdulillah tak dalam kategori orang stress,,,Gula pula ok..walaupun ambil darah lepas makan.Denyutan jantung ok..tekanan darah ok ...cuma yang tak ok...BMI
yeah i x stress...
BMI MV 27..dalam kategori pre obes...MV kena turunkan lagi 10 kg .....untuk Berat badan ideal....takpa...MV akan usaha kan supaya dapat BMI  yang normal....ni kali kira selepas 6 bulan MV buat...

Last buat masa bulan 11 2015..masa tue bacaan gula tak normal..berat 74kg...obesiti ..,,akan cuba menurunkan lagi berat badan...tadi nurse sarankan buat lagi ujian dalam tempoh 6 bln atau setahun ....

Bagus ni buat,..,,biar kita tau apa masalah kesihatan kita...


Read More

Thursday, May 19, 2016

Prank tapi tak sesuai

12:10 PM
Prank tapi tak sesuai

Assalamualaikum

Viral pasal sate era buat prank call dekat satu orang ni. Zal namanya.. Nyanyi di applikasi smule...

Drg buat prank call konon ada syarikat rakaman di kl buat tawar dia jadi artis rakaman..

Dan zal ni kalau korang tau dia asal Sabah.. Dia punya excited smpi dia cakap dia akan kumpul duit untuk ke kl..

Walaupun mv nda dengar itu prank call tp jujur apa bh di fikiran drg masa buat gini...

Kamu bgi harapan dengn org.. Peluang kerjaya pula... Yg akan mmbntu mengubah hidupnya

Bgini lah prank call mcm ni melibatkan emosi perasaan  mak ai teruk bh sdh.. Mv ni mmg pernh sdh kena prank call jadi tau perasaannya..

Read More

CELESTIAL CLASSIC MOVIES Ch321 ASTRO

7:30 AM
CELESTIAL CLASSIC MOVIES Ch321 ASTRO
Assalammualaikum..

layan drama 321
CELESTIAL CLASSIC MOVIES Ch321 ASTRO...masa cuti selasa haritu MV memang layan channel ni...semuanya drama chinese...hihi...dari drama hantu..drama kungfu..dan macam-macam lagi...

Anak MV pun suka layan channel ni selain 393...sebab dorang cakap drama dia best....balik rumah mak bapa MV pun layan drama ni..Sebab drg pasang astro njoi..so channel i jer yang ada...

MV pula memang dari kecil suka layan drama cina..jangan tanya kenapa..sudah namanya anak cina kan...mesti layan drama cina...dulu2 masa sekolah semua drama cina yang main kat NTV7 , TV 3 TV 2 ...semua MV layan...

Sekarang ni ada channel 321 ni boleh lah layan drama cina...hihi..korang tengok tak channel ni?
Read More

Wednesday, May 18, 2016

Hadiah Menang Mini Giveaway

4:08 PM
Hadiah Menang Mini Giveaway
Assalammualaikum...

hadiah contest dah dapat 
Gift join mini giveaway #46 & #47  blog  Intan Berlian....tq kak ina..batang mancis boleh MV guna untuk sesi pembelajaran bersama syamimi dan wani.

Kalau korang nak tau kak ina ni antara  ibu yang buat home schooling.Suka baca status dia kat facebook ...memang membantu sangat ,,,anak kak ina alisha sebaya wani.So kalau ada kak ina share MV boleh print untuk digunakan oleh wani.

Facebook kak ina ni macam-macam ada..So korang kalau nak tau pasal home schooling boleh tengok kat fb dan blog dia.

Tq yea kak ina for this gift
Read More

Wordless Wednesday#Anak Harta Paling Berharga#

7:30 AM
Wordless Wednesday#Anak Harta Paling Berharga#
Assalammualaikum...
gaya bebas
seorang merajuk..sorang memang susah nak snap picture
see tengok syamimi tue

Kesayangan Mama babah
**Hari ni entry gambar...anak harta paling berharga
Read More

Tuesday, May 17, 2016

Siapa Orang Gajiku -Azimah Lily -

8:00 AM
Siapa Orang Gajiku -Azimah Lily -
Assalammualaikum...

Pinjam Google
Sinopsis belakang novel 

Semuanya gara-gara Datin Sharifah Mawar. Kerana ingin melarikan diri dari ibunya, Aina bersetuju dengan tawaran nenek Rina, Tengku Fauziah.
Orang Gaji!!! Itu pilihan kerja yang dia ada sementara menyembunyikan diri dari kehendak ibunya sendiri. Selain itu, Tengku Fauziah juga meletakkan syarat yang lain pula. Orang gaji hanyalah alasan sahaja. Tujuan sebenar Aina adalah untuk merawat cucu Tengku Fauziah, Tengku Haikal Iskandar.
“Saya tak sangka masa tuan kecil dulu, tuan suka pakai pakaian perempuan.” – Sharifah Aina Aishah
"Kau ingat aku pakai baju ni dengan rela hati ke? Ini semua salah Mamee Monster tu. Eh… macam mana kau dapat gambar ni, hah?” Tengku Haikal Iskandar
"Rahsia. Inilah urus niaga yang saya cakapkan tadi. Mulai esok tuan mesti mula bekerja di pejabat.” –Sharifah Aina Aishah
Kehilangan tunangnya, Sofea pada hari pernikahan mereka menyebabkan Tengku Haikal Iskandar kecewa dan putus harapan untuk hidup. Sikap Tengku Haikal Iskandar yang degil dan kurang ajar menyebabkan Aina hilang sabar. Walau apapun, Aina harus melaksanakan tugasnya. Sementara itu, kehadiran Aina tidak disenangi oleh ibu Tengku Haikal, Tengku Fazira. Baginya, Aina ada agenda.
Sehingga bila Aina dapat menyembunyikan identitinya yang sebenar? Dapatkah Aina meneruskan hari-harinya di rumah itu dengan tenang? Semakin hari, Tengku Haikal Iskandar mencurigai identiti Aina. Dapatkah Aina merahsiakan identitinya sebagai Sharifah Aina Aishah?

Akhirnya ada masa juga baca buku yang dah lama dipinjam ni..Siapa orang gajiku..MV bagi 5 bintang..hihi...watak Aina Aishah sangat menarik minat MV..sampai baca terbayangkan Nad Zainal...hihi kenapa jangan tanya..cuma terbayangkan dia...

Novel MV suka...Sebab memang ada ibu yang Mcm Datin Sharifah Mawar,,,Asyik nak control hidup anak sampai anak kalau ble x mau balik rumah sebab tak mau di tekan.Atuknya pula sangat sporting..best kalau dapat atuk mcm ni...

Bagi MV jalan ceritanya menarik...bila start baca kita rasa nak baca dan terus baca...Start baca petang 15.05.2016..habis 16.06.2016 waktu rehat...


**Ini entry autopublish..MV cuti hari ni
Read More