All About Love

Friday, July 26, 2013

Tabung HAW

8:30 AM
Tabung HAW
Assalammualaikum...

Hasil dalam tabung HAW
Tabungan untuk anak-nak MV..ni MV printscreen  masa hari selasa hari tue..hari tabungan tue bertambah lagi..alhamdulillah...cuma agak kecewa dengan blin.gd...MV ada buat cashout pada 19/3/2013..sepatutnya bulan 6 MV dah terima bayaran....tapi sampai sekarang pihak blin.gd diam jer.bila email tak direplay...

Takpelah mungkin bukan rezeki..tapi pada kawan2 yang ada join blin tue...mungkin dah boleh stop kot share iklan dari depa...sebab bukan MV seorang yang kena...ramai lagi yang tak terima bayaran....

MV paling berpuas hati dengan NUffnang,8share dan CHurp churp...dan akan terus dengan mereka untuk mencari pendapatan lebih...oh ya terima kasih juga pada kawan2 yang selalu datang blog ni dan tambah2 tabung HAW...

Terima kasih banyak2...

**Hari Nuzul Al-quran dan ada satu drama di TV3 sempena Nuzul al-quran tapi MV rasa tak nak tengok sebab pelakonnya ashraf muslim...huhuhu

TABUNG HAW

Read More

Thursday, July 25, 2013

Giveaway Like Ja Bah!!

9:45 AM
Giveaway Like Ja Bah!!
Assalammualaikum..

Klik Sini Untuk JOIN
Salam 16 Ramadhan...

Hari ni MV nak join Giveaway Like Ja Bah!! by Sha..Syarat2nya mudah jer..

Syarat **Wajib
Follow Blog Sha dan 
Like Blog Opzzpinky 
  

Follow Sponsor
1. Manjaku Little Qalesya
2. Siti Norhaziqah
3. Duan Printing Maju

Like Fan Page Sponsor
     
Buat satu entry, bertajuk "GA Like Ja Bah !! By Sharina", dan linkkan ke blog ini
Tag 3 kawan
Share this entry **Make sure your status in Public
click pada share button bawah entry ya..**wajib

SO MV Tag Permata Biru,Farah,kayyana

Jom Join

Read More

Bantuan khas kewangan kepada penjawat awam Dan pesara

8:34 AM
Bantuan khas kewangan kepada penjawat awam Dan pesara
Assalammualaikum...

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam Gred 1 hingga 54, RM250 kepada pesara. Bayaran dibuat pada 31 Julai ini. - Bernama (credit to Berita harian)


Alhamdulillah....walaupun tak dapat bonus bantuan khas kewangan yang PM umumkan semalam sekurang-kurangnya meringankan beban penjawat awam dan pesara di Malaysia.Syukurlah dapat RM 500 bagi penjawat awam & Rm 250 bagi pesara...

Yalah tak dapat bonus sebulan macam kerajaan negeri Selangor tapi sekurang2nya ada...lebih baik daripada tiada kan...

Tabung HAW

Read More

Pengorbanan Seorang Ibu

12:00 AM
Pengorbanan Seorang Ibu
“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.”Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.”

“Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

Si anak kaku..


**Pernah kawan sepejabat buat kata2 renungan daripada kisah ni....Ya..seorang ibu sanggup berkorban apa2 saja untuk membuat anaknya gembira....begitu juga MV,,,tapi berapa ramai anak yang sanggup berkorban untuk seorang Ibu???renung2kan..
Read More

Wednesday, July 24, 2013

Happy Belated Birthday Jaa

3:00 PM
Happy Belated Birthday Jaa
Assalammualaikum..

Allah selamatkan kamu
Allah Selamatkan kamu
Allah selamatkan Jaa
Allah selamatkan kamu 

Happy Belated Birthday cikgu JAA..patutnya entry ni up pada 23/07/2013...tapi itulah dah lupa dah..nasib baiklah ayu ada up entry tue yang buat entry khas untuk cikgu yang kecik molek,,yang mempunyai senyuman manis..chewah ayat....tapi cikgu jaa mmg manis orangnya kan3X GSF..

SELAMAT HARI JADI JAA
Read More

BE/CPUV Ke-5 Julai 2013

2:37 PM
BE/CPUV Ke-5 Julai 2013
Assalammualaikum..

Be baru lagi...bikin tambah2 duit tabung HAW
Satu lagi Be drpd Nuffnang
Alhamdulillah...dapat Be/Cpuv ke-5 bulan julai daripada Nuffnang...walaupun tak seaktif dulu tapi bersyukur kerana masih diberi rezeki ini...Makanya MV kena rajin2 update blog..oppss salah..kena rajin BW lah..

Memang sekarang kurang berBW..tapi dalam sehari tetap luangkan masa singgah ke blog kawan2...cuma dah tak seaktif dulu..bukan apa....kerja ofis ni kena siapkan...takut nanti bila lepas cuti bersalin banyak keja yang nak kena buat..

Terima kasih pada yang sudi dtg blog picisan mcm blog MV ni...sayang kamu semua..kalau nampak iklan NUffnang kat blog ni..sudi2lah jentik yea..hehehe..

Tabung HAW

Read More

Segmen Kad Raya by DiyanaHani

1:35 PM
 Segmen Kad Raya by DiyanaHani
Assalammualaikum...


 

 Segmen Kad Raya by DiyanaHani berlangsung selama seminggu iaitu bermula pada 20/7/2013 sehingga 27/7/2013.Segmen ini  diadakan untuk memberi penghargaan kepada penyokong-penyokong blog ini bersempena dengan hari raya aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi. 


KLIK BANNER DAH JOIN 



Read More