All About Love

Thursday, April 4, 2013

LIGA SUPER ASEAN

10:14 AM
LIGA SUPER ASEAN
ASSALAMMUALAIKUM...

PERSEKUTUAN BOLA SEPAK  ASEAN (AFF) MENGUMUMKAN PENUBUHAN LIGA SUPER ASEAN YANG AKAN DILANCARKN PADA 2015.

PENGUMUMAN INI DIBUAT OLEH TIMBALAN PRESIDEN FAM  TENGKU ABDULLAH SULTAN AHMAD SHAH YANG JUGA AHLIJAWATANKUASA AFF..

16 PASUKAN AKAN MENYERTAI LIGA INI DI MANA SETIAP NEGARA BOLEH MENGHANTAR 2 PASUKAN..PERTANDINGAN AKAN DIBUAT SECARA FRANCAIS DAN SETIAP PASUKAN BOLEH MEMPUNYAI 2 PEMAIN DR NEGARA ASEAN  DAN 6 PEMAIN BUKAN DR NEGARA ASEAN.

MESTI BEST NI LIGA KAN,.,KAMU RASA MACAM MANA?MV CADANGKAN HANTAR HARIMAU MUDA DAN PASUKAN LIGA PRESIDEN KITA UNTUK MEREKA MENINGKATKAN SKILL ..
Read More

MC-CABUT GIGI-

9:56 AM
MC-CABUT GIGI-
Assalammualaikum...

MV MC HARI NI..SEMALAM GIGI MV SAKIT SANGAT MCM KES CIK NUR...TAPI TAK NANGISLAH HEHE...CUMA ASYIK MEMBEBEL JER..LEPAS TUE WANI PULA TAK TIDUR2....ASYIK NK AJAK MV TENGOK TV...TENGOK MIMPI KE BINTANG KATANYA...

ADUI ANAK HABIS SUDAH MIMPI KE BINTANG.....JADI TADI MV PERGI KLINIK TEH & CHAN DENTAL SURGERY KAT KINGFISHER....DENGAN TUJUAN NAK CABUT GIGI....

TERBAEK KLINIK NI...STAF DIA MESRA..DOKTOR PUN DEDIKASI SANGAT.....DOKTOR CADANGKN DUA PENYELESAIAN..,,


  1. CABUT(MURAH )
  2. BUAT RAWATAN AKAR(MAHAL SIKIT DLM RM2++)
MV PILIH CADANGAN NO.1...KENAPA????SEBAB MV MALAS SUDAH MAU TAHAN SAKIT..WALAUPUN SEBENARNYA PERASAAN TAKUT NAK KENA CABUT GIGI TUE MILA MENGACAU JIWA MV YG SEDIA KACAU....

FIRST DOKTOR JARUM UNTUK BIUS....JARUM NI TAK SAKIT LAH..2 KALI JSRUM LEPAS TUNGGU KAT LUAR..HATI BERDEBAR2 OH.TAKUT.ADUH MESTI SAKIT..DUP DAP DUP DAP MY HEART..

DAN MASA YG DITUNGGU TIBA...MASA UNTUK CABUT TIBA AKHIRNYA,,APA YANG MV SUKA DOKTOR NI SANGAT TELITI...SIAP BAGI MV PEGANG CERMIN UNTUK CONFIRM KAN GIGI YANG NAK DICABUT.SANGAT TERBAEK...

YANG BUAT MV SANGST TERUJA BILA MV LANGSUNG TAK RASA SAKIT.TAU2 GIGI DAH SIAP CABUT...DOKTOR JUST GOYANG2KAN GUNA ALAT PENYABUT..TUP TUP DAH CABUT....MMG TAK SAKIT MCM MASA MV PERGI KAT KLINIK DOT DOT(TAK BLE CAKAP NNT KENA SAMAN HAHA)

MASA CABUT MV DIBAGI PAKAI CERMIN MATA UNTUK ELAKKN CAHAYA LAMPU...HARGA YANG MV BAYAR HNY RM50.00..SANGAT BERBALOI...KESAN BIUS MASIH LAGI BELUM HILANG....

MAAF ENTRY XDA GAMBAR..MV UPDATE GUNA TAB...LINE PULA SANGAT LAJU...SEBAB TUE TULISAN SEMUA CAPSLOCK..SEBAB MALAS MAU ADJUST

Read More

Sorry !!!

12:00 AM
Sorry !!!
ASSALAMMUALAIKUM....


ENTRY NI MV BUAT UNTUK MINTA MAAF PADA SEMUA KAWAN2 SEBAB X BW DAN JENGUK BLOG KAMU.KALAU ADA YG SEMPAT DIJENGUK PUN SIKIT JER,,,,,

SEBAB MV BUSY MINGGU NI.KAT UMAH PULA LINE TAK SPORTING,,,,SORY SANGAT2.HARAP KAMU FAHAM..

TAPI MV AKAN CUBA BALAS JEJAK BLOG KAMU NNT.SORRY TAU
Read More

Wednesday, April 3, 2013

Keyword Bulan Mac

3:30 PM
Keyword Bulan Mac
Assalammualaikum...

Keyword yang dicari sepanjang bulan Mac
Keyword yang dicari di blog MV sepanjang Mac 2013..taklah banyak mana jika dibandingkan dengan blog yang popular..tapi bersyukur sekurang2nya ada entry MV yang dapat membantu mereka...

Mappa ke-13 menjadi carian paling tinggi..diikuti Pray for Sabah...berikutan kejadian pencerobohan di Lahad Datu yang menragut nyawa 10 anggota keselamatan kita..Al-fatihah buat mereka yang terkorban.

Doa belajar...Mungkin pasal entry INI...Yang menarik MV rasa ialah Keyword iklan kak Ton comel??,hahaha comel tak kak TOn..memang tersedak kak ton bulan lepas...Oh ya sebut pasal kak ton hari tue dia keluar dalam WHI jumaat 29.03.2013...masa tue mata kak TOn bengkak sebelah..

MY Hubby cakap"comel tak kak ton??takcomel dah sebab mata bengkak"...pandai pula dia melawak..kesian kak TOn..kak TOn jangan marah tau...

Pastinya keyword bola mesti ada....& tempat menarik di Sabah...Itu keyword yang meletop bulan lepas...Tak lah banyak tapi boleh lah dari tiada....
Read More

Palimen Bubar Hari INi 03.04.2013

11:55 AM
Palimen Bubar Hari INi 03.04.2013
Assalammualaikum...


“Saya telah menghadap Yang Dipertuan Agong pagi tadi & baginda berkenan agar Parlimen ke-12 dibubarkan berkuatkuasa hari ini.”

“Pembubaran ini sekali gus memberi laluan kepada . Pilihan raya pertama yang diadakan di negara ini adalah pada tahun 1959.”

“Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen & Raja Berperlembagaan. Kuasa mutlak utk memilih Kerajaan berada di tangan rakyat”

“Setiap parti yang terlibat perlulah bertanggungjawab & sama-samalah kita menjaga integriti proses pilihan raya di negara ini.”




Parlimen dibubarkan pada hari ini 03.04.2013 menurut sumber daripada Twitter PM...dan PRU ke-13 akan diadakan...

Yeah Saya pilih mengundi(**ada kena mengena kah??)



Read More

Ucapan langsung PM di TV

11:47 AM
Ucapan langsung PM di TV
Assalammualaikum...


KUALA LUMPUR 3 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan akan berucap secara langsung di televisyen dari pejabatnya di sini, pukul 11.30 pagi ini, kata kenyataan Jabatan Perdana Menteri.

Ucapan tersebut dipercayai bagi mengumumkan pembubaran Parlimen sekali gus membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan dalam tempoh 60 hari.credit :UTUSAN


Siapa Yang sedang tengok ucapan PM kat TV sekarang...MV kat Ofis ni..Kat Library ni takde TV pulak..Live streaming untuk ucapan ni ada tak???

Dengar-dengar Parlimen sudah dibubarkan???bah siapa yang ada info cua share2

Read More

Sedetik Cinta Slot Akasia Bermula 03.04.2013

9:29 AM
Sedetik Cinta Slot Akasia Bermula 03.04.2013
Assalammualaikum...

Sedetik Cinta lakonan Awal Ashari(lama tak tengok dia berlakon) dengan Hanez suraya akan mengantikan drama Rindu Bertamu DI Abu Dhabi...Tengok sinopsis macam best...Macam cerita satu novel yang MV baca..tajuknya"ada cinta di hati"...

Jom baca sinopsisnya :


Seminggu sebelum perkahwinan Hakimi dengan Elisya, suasana menjadi gempar apabila Elisya mengambil keputusan nekad untuk melarikan diri setelah mendapat tawaran memperagakan fesyen ciptaan anak Malaysia di luar negara yang kebetulan jatuh pada hari perkahwinannya. Memandangkan tawaran itu hanya datang sekali dalam seumur hidupnya, Elisya membuat keputusan sendiri tanpa memikirkan akibat yang terpaksa ditanggung oleh kedua-dua pihak keluarga. 

Emylia telah dipujuk oleh ibu bapanya, Taufik dan Ramlah supaya menggantikan tempat kakaknya kerana segala persediaan telah diatur. Emylia terpaksa akur kerana mahu menjaga maruah keluarga. Pada mulanya, Hakimi enggan menerima ‘pertukaran’ tersebut kerana menganggap maruahnya sudah tercalar. Selepas Taufiq menawarkan 50% daripada hartanya kepada Hakimi sekiranya Hakimi bersedia menyelamatkan maruah keluarga mereka dengan syarat tidak boleh sama sekali menceraikan Emylia. Akhirnya, Hakimi bersetuju tetapi hatinya menyimpan dendam.

Perkahwinan tersebut telah mencetuskan pelbagai konflik. Ibu Emylia, Ramlah diburu rasa bersalah kerana terpaksa mengorbankan perasaan Emylia. Sejak kecil Emylia seorang anak yang naif kerana sering berdepan dengan penyakit asma. Justeru, Ramlah terpaksa memberi perhatian lebih kepada Emylia sehinggakan menimbulkan rasa kurang senang kepada Elisya yang berlarutan sehingga meningkat dewasa.

Elisya seorang yang keras kepala, bertindak tanpa memikirkan perasaan orang lain. Elisya sanggup menangguhkan pengajiannya di IPTA demi mengejar glamor sebagai seorang model. Ramlah terkilan dan berharap agar Elisya juga bersikap seperti Emylia yang tidak pernah membantah cakap orang tua. Sejak itu Elisya makin mencemburui Emylia dan sering mempergunakan Emylia jika berlaku masalah ataupun untuk mencapai tujuannya. 

Emylia selalu diam diri dan dibebani dengan setiap kesalahan yang dilakukan oleh Elisya. Kini, dia terpaksa menanggung satu lagi beban yang amat besar dalam kehidupannya. Perkahwinannya dengan Hakimi menyebabkan hubungan cintanya dengan Fuad terputus. Fuad sedia menunggunya dan sanggup menerima Emylia sekiranya Hakimi menceraikan Emylia.

Hakimi dan Emylia tidak mempunyai perasaan cinta walaupun sudah menjadi suami isteri yang sah. Fuad cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan Emylia tetapi Emylia akur dengan takdir. Hakimi yang sakit hati kerana dipermainkan oleh Elisya menyebabkan Hakimi mengambil peluang untuk membalas dendam terhadap Emylia dan keluarganya. Walaupun begitu, Emylia tetap melayan Hakimi sebaik mungkin dan tidak pernah membantah ataupun meninggikan suara terhadap perbuatan Hakimi. 

Sikap Hakimi terhadap Emylia amat tidak disenangi oleh ibu Hakimi, Mastura. Mastura cuba menyedarkan Hakimi tentang tanggungjawabnya sebagai seorang suami, bagaimanapun Hakimi tetap tidak berubah sehinggalah suatu hari Hakimi  terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan kakinya patah. Ketabahan Emylia menjaga Hakimi sepanjang Hakimi sakit mula mengubah sikap Hakimi selama ini. Sedikit demi sedikit dia mula kagum dan menyintai Emylia. Apabila Hakimi dan Emylia mula menjalin cinta, Elisya telah pulang ke Malaysia. Apakah yang akan berlaku seterusnya? (**Credit untuk SINI)

Nah terpanjang sudah sinopsis...macam best kan..lagipun lama nda tengok awal berlakon....

Adakah drama ni akan sehangat Setia Hujung Nyawa??atau sesedih RBDAD???Sama-sama kita saksikan nanti
Read More