All About Love: drama slot akasia jam7.00 malam tv3
Showing posts with label drama slot akasia jam7.00 malam tv3. Show all posts
Showing posts with label drama slot akasia jam7.00 malam tv3. Show all posts

Wednesday, April 3, 2013

Sedetik Cinta Slot Akasia Bermula 03.04.2013

9:29 AM
Sedetik Cinta Slot Akasia Bermula 03.04.2013
Assalammualaikum...

Sedetik Cinta lakonan Awal Ashari(lama tak tengok dia berlakon) dengan Hanez suraya akan mengantikan drama Rindu Bertamu DI Abu Dhabi...Tengok sinopsis macam best...Macam cerita satu novel yang MV baca..tajuknya"ada cinta di hati"...

Jom baca sinopsisnya :


Seminggu sebelum perkahwinan Hakimi dengan Elisya, suasana menjadi gempar apabila Elisya mengambil keputusan nekad untuk melarikan diri setelah mendapat tawaran memperagakan fesyen ciptaan anak Malaysia di luar negara yang kebetulan jatuh pada hari perkahwinannya. Memandangkan tawaran itu hanya datang sekali dalam seumur hidupnya, Elisya membuat keputusan sendiri tanpa memikirkan akibat yang terpaksa ditanggung oleh kedua-dua pihak keluarga. 

Emylia telah dipujuk oleh ibu bapanya, Taufik dan Ramlah supaya menggantikan tempat kakaknya kerana segala persediaan telah diatur. Emylia terpaksa akur kerana mahu menjaga maruah keluarga. Pada mulanya, Hakimi enggan menerima ‘pertukaran’ tersebut kerana menganggap maruahnya sudah tercalar. Selepas Taufiq menawarkan 50% daripada hartanya kepada Hakimi sekiranya Hakimi bersedia menyelamatkan maruah keluarga mereka dengan syarat tidak boleh sama sekali menceraikan Emylia. Akhirnya, Hakimi bersetuju tetapi hatinya menyimpan dendam.

Perkahwinan tersebut telah mencetuskan pelbagai konflik. Ibu Emylia, Ramlah diburu rasa bersalah kerana terpaksa mengorbankan perasaan Emylia. Sejak kecil Emylia seorang anak yang naif kerana sering berdepan dengan penyakit asma. Justeru, Ramlah terpaksa memberi perhatian lebih kepada Emylia sehinggakan menimbulkan rasa kurang senang kepada Elisya yang berlarutan sehingga meningkat dewasa.

Elisya seorang yang keras kepala, bertindak tanpa memikirkan perasaan orang lain. Elisya sanggup menangguhkan pengajiannya di IPTA demi mengejar glamor sebagai seorang model. Ramlah terkilan dan berharap agar Elisya juga bersikap seperti Emylia yang tidak pernah membantah cakap orang tua. Sejak itu Elisya makin mencemburui Emylia dan sering mempergunakan Emylia jika berlaku masalah ataupun untuk mencapai tujuannya. 

Emylia selalu diam diri dan dibebani dengan setiap kesalahan yang dilakukan oleh Elisya. Kini, dia terpaksa menanggung satu lagi beban yang amat besar dalam kehidupannya. Perkahwinannya dengan Hakimi menyebabkan hubungan cintanya dengan Fuad terputus. Fuad sedia menunggunya dan sanggup menerima Emylia sekiranya Hakimi menceraikan Emylia.

Hakimi dan Emylia tidak mempunyai perasaan cinta walaupun sudah menjadi suami isteri yang sah. Fuad cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan Emylia tetapi Emylia akur dengan takdir. Hakimi yang sakit hati kerana dipermainkan oleh Elisya menyebabkan Hakimi mengambil peluang untuk membalas dendam terhadap Emylia dan keluarganya. Walaupun begitu, Emylia tetap melayan Hakimi sebaik mungkin dan tidak pernah membantah ataupun meninggikan suara terhadap perbuatan Hakimi. 

Sikap Hakimi terhadap Emylia amat tidak disenangi oleh ibu Hakimi, Mastura. Mastura cuba menyedarkan Hakimi tentang tanggungjawabnya sebagai seorang suami, bagaimanapun Hakimi tetap tidak berubah sehinggalah suatu hari Hakimi  terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan kakinya patah. Ketabahan Emylia menjaga Hakimi sepanjang Hakimi sakit mula mengubah sikap Hakimi selama ini. Sedikit demi sedikit dia mula kagum dan menyintai Emylia. Apabila Hakimi dan Emylia mula menjalin cinta, Elisya telah pulang ke Malaysia. Apakah yang akan berlaku seterusnya? (**Credit untuk SINI)

Nah terpanjang sudah sinopsis...macam best kan..lagipun lama nda tengok awal berlakon....

Adakah drama ni akan sehangat Setia Hujung Nyawa??atau sesedih RBDAD???Sama-sama kita saksikan nanti
Read More