All About Love

Saturday, March 2, 2013

Babah Diam!!

8:30 AM
Babah Diam!!

Assalammualaikum...

BABAH DIAM!!...itulah yang wani cakap dekat abah dia masa kami jalan hari tue...Masa tue MV cuti sakit..tp Hubby bawa pg makan..SO MV pun ikut...MY hubby sibuk dok borak2 dgn MV...

Lepas tue kami layan lagu kat radio..Wani Bilang"mama kasi mati tue radio..Bising"...Tapi kami berdua buat2 tak dengar..lepas tue MY Hubby nyanyi ikut lagu di Radio...MV just senyum jak...sebab tau My Hubby mau menyakat si Adik...


Lepas tue adik ambik tuala...dan tutup mulut abah,,sambil berkata"babah diam!!!",,,hahaha,,akhirnya my hubby diam..sebab mulut sudah ditutup...dan MV sempat ambil gambar...



See...My Hubby x boleh buat apa2..sebab Wani dah tutup mulut abah dia....hehehe...padan muka..tuelah menyakat adik lagi... 



Semangat betul diamau tutup mulut abah..adik2 kau ni kan..kalau mama & abah bercakap kau bilang bising...kalau mama dengar radio kau suruh tutup..tp bila kami tutup radio disuruh pasang"mama please...pasang radio ani mau anank kampung"

Macamlah radio tue pasang lagu anak kampung jak...dan ntah mungkin kebetulan kali..tiap kali dia minta pasang mesti lagu anak kampung juga yg sedang dimainkan....


Read More

Friday, March 1, 2013

Tengok TV Sambil Makan.

9:00 PM
Tengok TV Sambil Makan.
Asalammualaikum..

MY Haikal...mmg kuat makan...tengah malam pun boleh makan smbil layan TV...kadang2 siap request nasi goreng bagai...anak2...sebab tue MV kalau masak mmg lebih..sebab tau dia akan pandai ke dapur cari makanan...

Paling dia suka makan..Sayur....mcm MV juga..ke mana tumpahnya kuah kalau x ke nasi kan..hehehe....


Tengok makan sambil tengok TV..mangkuk nasi kat tangan...sayur tue dia simpan di bawah...dia nda sedar ni MV ambill gambar..hehehe


Alamak sedar sudah....tp dia nda tau mama mau kasi masuk di blog..hehehe..dia ni makan lah banyak mana..badan tetap slim river...gegege....


tengok tue...kaki dia siap silangkan lagi..amboi2...dan sila pura2 nda nampak org yg tengah buat kereta tue....kamu kalau malam makan ke???MV takut sebab badan akan naik..hehehe
Read More

Doakan Semuanya Selamat di Lahad Datu

3:07 PM
Doakan Semuanya Selamat di Lahad Datu
Assalammualaikum..

MV doakan yang baik2 sahaja buat Sabahan yg berada di bumi Lahad Datu...Heboh di Facebook kononnya sedang berperang..bertempur antara anggota keselamatan kita dengan penceroboh di Lahad Datu....

Rata2 post di FB semuanya update pasal ni....MV doakan blogger kak atie yang berada di Lahad datu selamat....Semoga Lahad Datu selamat....Dan  buat anggota keselamatan kita semoga semuanya terkawal..

Ada info mengatakan 10 cedera & 4 terbunuh dalam pertempuran..MV tak boleh nak confirm kan..sebab benda ni semua MV terbaca di Facebook...betul atau tak..belum dapat disahihkan lagi...

Mohon semua rakyat Malaysia agar mendoakan keselamatan mereka yang berada di Lahad Datu...dan kami yang berada di bumi sabah ini...

MV doakan semoga semuanya selamat...walaupun berada jauh di sini (kota kinabalu)..tapi ketakutan tue terasa jua....Ya Allah..selamatkan Sabah..amin..
Read More

Jadual Perlawanan LIga SUper 01.03.2013

1:30 PM
Jadual Perlawanan LIga SUper 01.03.2013
Assalammualaikum...

kalau tadi MV bagi jadual liga perdana kali MV kongsikan jadual LIga Super pula..untuk hari ni 01.03.2013..Jom tengok:


  • ATM Vs Pahang
  • Kelantan Vs Perak
Atm Vs Pahang akan bermain di Stadium TAR,Paroi..sepak mula pada 8.45 mlm...Dan ATM perlu menang untuk menjarakkan mata untuk kekal di tangga teratas Liga...

Manakala Kelantan VS Perak akan bermain di Stadium SUltan Muhammad...sepak mula juga jam 8.45 mlm...

Dan MV nda dapatlah tengok perlawanan ni sebab tiada siaran langsung di Tv1....tapi akan cuba kongsikan keputusan penuh dgn kamu nnt 


Read More

Jadual Perlawanan Liga Perdana 01.03.2013

12:00 PM
Jadual Perlawanan Liga Perdana 01.03.2013
Assalammualaikum...

01.03.2013 perlawanan liga perdana Malaysia akan berlangsung hari seperti di bawah:


  • NS Betaria Vs Kedah
  • Sime darby Vs UITM
  • Spa Putrajaya VS Pos Malaysia
  • Perlis Vs Polis
  • Sabah Vs Johor FA
  • Kuala Lumpur Vs Sarawak
Kesemua perlawanan akan berlangsung pada 4.45 ptg nnt..dan Semestinya MV sokong Sabah...ulang kejayaan kamu apabila seri 3-3 dgn POLIS hari tue..Chayok2..
Read More

Bapa Borek ,Anak .....

11:05 AM
Bapa Borek ,Anak .....
Assalammualaikum...

Salam pagi jumaat yg berkat...Bapa borek,Anak dot dot...itulah tajuk entry MV pagi ni..Yang Mv ambil daripada Tajuk Forum Perdana Ehwal Islam semalam bersama pengacara pada malam semalam iaitu Dr.Mohd Ridhuan Tee ..bersama dua panel jemputan prof madya dr mohamed fadzil bin che din & prof madya dr sharifah hayati.
Pinjam dr google
Dr.fadzil memulakan dengan menerangkan apa itu institusi keluarga..katanya keluarga terdiri drpd ibu bapa & anak.Anak dtg drpd sistem keluarga 7 bukannya dtg drpd tempat lain spt pejabat pos ataupun stesen keretapi..Beliau juga berkata yg Institusi keluarga sekarang semakin kecil & tak jelas..tugas hakiki yang dimainkan oleh ibubapa diambill oleh orang lain.
Pinjam dr google
Dr. Sharifah hayati,(**manis orangnyamlemah lembut) berkata ingatlah apa yang kita ada skg adalah hasil keringat ibubapa kita..jadi jangan sekali2 kita melupakan mereka ketika mereka masih ada..dan juga jangan melupakan mereka sekiranya mereka telah tiada,selalulah mendoakan ibubapa ketika..walaupun mereka telah meninggal dunia.
Pinjam dr google
Berpesan2 lah sesama kita utk memperkukuhkan peranan Institusi keluarga.Dan ingatlah bahawa anak2 adalah anugerah.Anugerah itu adalah nikmat drpd Allah SWT.Ketika matipun kita akan mendapat nikmat drpd anak iaitu melalui Al-fatihah yg disedekahkan oleh anak.Kita sebagai ibubapa adalah pemegang amanah,jd jangan sekali2 pecah amanah,,dalam rumah tangga mahupun dlm mendidik anak2 kt..

MV bersetuju dgn Dr Fadzil,jangan sesekali putus asa dlm mendidik anak.Gunakanlah 16 jam ketika mereka berada diRUmah dgn sebaiknya...jgn diabaikan..kenali dulu anak sendiri..sebelum meletakkan kesalahan di tangan org lain.Cthnya:kes ponteng sekolah.

Bak kata Dr Sharifah,syair arab mengenai anak yatim itu adalah anak yg x dipedulikan ibubapa,jadi selalu lah mengingatkan anak2..jgn jadikan mereka anak yatim..doakan lah kesejahteraan anak2 kerana org yg mendoakan anak2 akan dirahmati..

Dan bila sesi soal jawab MV terlepas satu soalan sebab ke tandas..jadi MV kongsikan 2 soalan berserta jwapan,..

Soalan pertama:kadangkala ada ibubapa yg terlalu prihatin thdp anak2.Apakah faktor & tips yg boleh mempengaruhi anak?(**lebih kuranglah..)>>dan MV suka jawapan yg panel jawab..katanya:ada dua pesekitaran iaitu dalaman(TV,Video game,internet dirumah) & luaran(cyber cafe)..oleh itu kena ada pengawasan drpd ibubapa..dan berpeganglah pada kata2 ini"PEGANGLAH PADA TALI IBARAT LAYANG-LAYANG"..kalau putus tali hilanglah layang2...mendalam kan maksudnya...akidah kena jaga iman pun juga...jadi kenal siapa kawan dia.ambil berat pasal anak2..& masyarakat juga perlu membantu...

Soalan kedua:Ibubapa seolah2 tak menghargai pencapaian anak,,sehingga tidak hadir pada hari potensi & PIBG(**ayat versi MV)..Ada dua jawapan drpd dua panel tp mempunyai pandangan yg sama iaitu..

Dr Fadzil:Menurut kajian yg dilakukan oleh LPPKN x semua ibubapa pandang negatif..ada 40-60% masih ambil berat mengenai anak2 mereka..Cuma anak2 kena faham yang sistem kehidupan skg x mcm dulu...Masa,Kerja,Komuniti...Perkembangan kerjaya mengikat masa ibubapa..KEluarga hari ni tak lagi mcm dulu..kalau dulu ada campur tangan saudara mara..tapi skg x..Dan ibubapa pula kenalah ingat..anak adalah manusia yang perlukan perhatian..berinteraksi lah sesama mereka dan berikan pengiktirafan apabila anak beroleh kejayaan.

Dr.Sharifah:Perkara yang kita terlepas pandang akan menjadi keluhan anak.Kita sebagai ibubapa perlu ada 1 sikap,walau sibuk mana pun kita,bimbanglah sekoranya nak berfikir kita x syg kan dia..kerana kita akan jauh dr Allah...Tapi anak2 pula janganlah kerana ibubapa x dtg sekali ibubapa x syang kan kamu..tp komitmen masa mengekang..Jadi sistem keluarga itu penting..berkomunikasilah dgn anak2..peluklah mereka..kerana takutlah kalau anak jauh dr kita maka kita akan jauh dr Allah..

Dan penutupnya MV suka apabila Dr FAdzil berkata "ibubapa tidak tahu yg anak2 mereka ada facebook,tp anak2 boleh jawab adakah mereka tahu ibubapa mereka punya akaun Facebook..Menurut kajian di malaysia remaja kita mempunyai friend sebanyak 230..berbanding dgn jepun 23 org"

Dan pesanan DR Ridhuan tee"kita perlu menjadi yang terbaik kerana anak lebih terpengaruh dgn apa yg kita buat & bukannya apa yg kita ckp...Buat anak2 pula sekiranya ibubapa kamu tidak memberi petunjuk yg baik..tp kamu masih ada peluang utk jadi yg terbaik.."

Maaf entry ni terpanjanglah pula...tp MV just kongsikan apa yg MV dpt semalam...jadi renung2kan

Read More

Iklan ROkok Yang Menyentuh Hati

8:48 AM
Iklan ROkok Yang Menyentuh Hati