All About Love: Pencerobohan di Lahad Datu
Showing posts with label Pencerobohan di Lahad Datu. Show all posts
Showing posts with label Pencerobohan di Lahad Datu. Show all posts

Sunday, March 3, 2013

Selamatkan Sabah Daripada Nafsu Kesultanan Sulu

10:55 AM
Selamatkan Sabah Daripada Nafsu Kesultanan Sulu
Assalammualaikum..

Lagi seorang anggota keselamatan kita terkorban dalam serangan hendap di Semporna semalam.Ya Allah apa sudah jadi skg ni....Penduduk sabah ketakutan di negeri sendiri...Serius...MV merasai ketakutan itu....Kesedihan terkorbannya wira negara....Siapa tidak sedih apabila,...orang tersayang pergi saat ada satu nyawa berada dalam rahim....

Sesungguhnya pengorbanan Wira negara itu akan kami(**penduduk Sabah) ingat hingga ke hujung nyawa,,,Al-fatihah buat yg terkorban...

Pada pihak yg mengatakan insiden di Lahad Datu ni sebagai sandiwara politik Barisan Nasional..Sila berhenti berkata sedemikian....kerana ini bukan main2..sudah 3 nyawa anggota keselamatan kita terkorban...ketepikan politik!!!berfikir atas tiket insaniah....

Kedegilan pencerobohan yg mengelarkab diri mereka tentera kesultanan sulu amat menakutkan...dan MV harap dgn campur tangan Angkatan Tentera Malaysia...Keadaan di Sabah akan lebih terkawal....

Buat semua penduduk Sabah,,,sama2lah kita berdoa agar Sabah dijauhkan daripada Musibah ini...Buat isteri2 anggota keselamatan yg terlibat di Lahad Datu...MV tau kegelisahan hati kamu...MV doakan semuanya selamat di bumi Sabah...

Dan mohon agar semua rakyat Malaysia mendoakan keselamatan kami DI Sabah Bumi Di Bawah Bayu...AMIN




Read More

Friday, March 1, 2013

Doakan Semuanya Selamat di Lahad Datu

3:07 PM
Doakan Semuanya Selamat di Lahad Datu
Assalammualaikum..

MV doakan yang baik2 sahaja buat Sabahan yg berada di bumi Lahad Datu...Heboh di Facebook kononnya sedang berperang..bertempur antara anggota keselamatan kita dengan penceroboh di Lahad Datu....

Rata2 post di FB semuanya update pasal ni....MV doakan blogger kak atie yang berada di Lahad datu selamat....Semoga Lahad Datu selamat....Dan  buat anggota keselamatan kita semoga semuanya terkawal..

Ada info mengatakan 10 cedera & 4 terbunuh dalam pertempuran..MV tak boleh nak confirm kan..sebab benda ni semua MV terbaca di Facebook...betul atau tak..belum dapat disahihkan lagi...

Mohon semua rakyat Malaysia agar mendoakan keselamatan mereka yang berada di Lahad Datu...dan kami yang berada di bumi sabah ini...

MV doakan semoga semuanya selamat...walaupun berada jauh di sini (kota kinabalu)..tapi ketakutan tue terasa jua....Ya Allah..selamatkan Sabah..amin..
Read More

Thursday, February 21, 2013

Pencerobohan Di Lahad Datu

5:30 PM
Pencerobohan Di Lahad Datu
Assalammualaikum...

Umum tahu berkenaan kejadian Lahad Datu,Sabah di serang oleh Tentera yang mendakwa mereka adalah Tentera diraja kesultanan Sulu ..mereka masuk & menceroboh kampung tanduo di lahad datu...

YA..isu ni sangat menakutkan..apatah lagi MV sendiri pun berada di Bumi Sabah...cuma jaraknya agak  jauh dr Lahad Datu..macam spekulasi yg MV dengar...malahan keluarga MV sendiri pernah berdebat(**apalah debat isu ni) pasal ni  masa majlis tunang adik MV hari tue...

Tidak kurang juga yg mengecam tindakan kerajaan Malaysia...yg mahu menyelesaikan kes ni secara rundingan..diplomasi...."Kenapa nda tembak jak tue pencerobohan???lagipun 100 orang jak pun...."

"Kenapa kalau org tempatan bawa parang dalam kereta pun kena tahan polis sudah??"..."Kenapa kalau perhimpunan BERSIH...orang tempatan dipukul??,,tapi yg ni melibatkan senjata kenapa dibiarkan"

Itulah kata2 & pendpat yg MV dengar & baca dr laman sosial..."Ya Kerajaan Malaysia menjaga hubungan baik dgn Filipina...tapi masalahnya Filipina pun nda iktiraf kesultanan sulu..macam mana pula ???"

Tengok banyak pendapat..dan pandangan...Kita cuma mampu mendengar & memberi pandangan...MV rasa mungkin ada sebab kenapa Malaysia memilih utk berunding...lagi pula..penceroboh mau berjumpa individu tertentu..Siapa??itu MV nda tahu sebab baca pun dr Suratkhabar...

APapun MV mendoakan agar semuanya baik2 sahaja..dan keselamatan mereka yg berada di sana terjaga....Dan berharap penceroboh mau keluar dr lahad Datu Sabah...Sama2 kita doakan kes ni selesai dengan cepat & selamat
Read More