All About Love

Monday, December 14, 2015

Koleksi Nike Roshe Run Wanita

3:57 PM
Koleksi Nike Roshe Run Wanita
Assalammualaikum




NIKE..Iya Pasti anda pernah mendengarnya....Sebut saja NIKE semua pasti mengenalinya dan tidak dinafikan bahawa NIKE  merupakan jenama pilihan berjuta penggemar di seluruh dunia. Bukan sahaja kerana kualiti barangan NIKE yang tidak pernah menghampakan pembelinya, malah koleksi barangan sukan NIKE juga sentiasa mengikuti trend fesyen terkini. Rekaan kasut khususnya, NIKE amat terkenal dengan koleksi kasut yang cukup berkualiti dan dan selesa dipakai. Dan antara semua edisi kasut keluaran NIKE, tanpa diragui lagi edisi kasut Nike Roshe Run adalah merupakan edisi yang paling digemari dan telah mencetus fenomena di kalangan penggemar setia NIKE.

Apa yang menarik mengenai keluaran Roshe Run ini adalah ia boleh dipakai untuk aktiviti kasual mahupun ketika sesi latihan. Ia juga berkonsepkan kesederhanaan atau ‘simplicity’. Anda juga boleh melihat kesemua rekaan koleksi termasuklah  Nike Roshe Run wanita yang direka dengan rekaan yang cukup ringkas dan minimal seperti 3 rekaan paling popular seperti berikut;
Nike Roshe Run One

Ianya merupakan rekaan Nike Roshe Run yang paling digemari ramai dimana material yang digunakan adalah lebih ‘smooth’ dengan rekaan yang minimal.
Nike Roshe Run Flyknit
Untuk rekaan yang kedua ini pula menggunakan material yang lebih ‘rough’ berbanding koleksi Roshe Run One namun rekaan yang lain masih sama.
Nike Roshe Run One Print
Dan ini pula merupakan rekaan Roshe Run yang menggunakan material bercorak atau dikenali sebagai Nike Roshe Run One Print. 

Kalau Bagi MV..MV tertarik dengan ketiga-tiga design...ianya amat sesuai untuk pengguna wanita seperti MV...dengan design yang comel dan warna yang menarik..tentu mana-mana wanita akan tertarik dengan design ini....Simple tapi menarik.
Read More

Tudung Aidijuma White Label Release 12.12.2015

3:31 PM
Tudung Aidijuma White Label Release 12.12.2015
Assalammualaikum..

Maaf agak mengabaikan blog ni huhu..kenapakah.....hari ni MV update blog dengan berkongsi kegilaan...Kegilaan??/hahaha,,,,bolehkah ia disebut kegilaan??ada terjebak?agak kemaruk??atau hobi..

hasil candatan pagi ahad
Ni semua adalah tentang  tudung aidijuma yang semakin hari semakin cun gitu....dengan AJ anda akan nampak yakin dan bertambah muda daripada usia yang sebenar...ok Bukan MV yang cakap tapi rata2 semua pengguna tudung ni semuanya terkena aura yang sama....
yang ni pun comel
 MV kongsikan hasil candatan tudung WL yang release minggu lepas pada sabtu tapi MV hanya sempat beli pada ahad..itu pun kira untunglah kali ni pergi ahad pun masih dapat grab 5 desin dari 7 design....beli untuk sendiri...dan ambik lebih buat jual...jual ikut harga mampu milik jer..sehelai RM15..biasanya jual dengan kawan yang jauh dari COncept store....
sesuai utk yg buat cake
 Korang ada tak yang dapat Green Label Hello Kitty..MV nak sangat yang tue..sebab cute..tapi sayangnya design tue dah habis...huhu....kempunan .....5 design wl ni lah penubat hati yang lara....
sweet sesuai dgn tailor
asyik beli tudung jer..takpa..anak dara MV ramai..AYUWANIMIMI...besaq nanti boleh waris tudung mama ok....korang ada tak yang sama perangai macam MV....kalau ada design baru jer mesti nak beli..terutamanya WL sebab murah..hanya RM10.... 
comel kan pil2 ni
 Kalau design comel2 lagi lah hati macam digaru2..gatal jer....tapi kalau kena bulan tua...duduk diam2 jer..tengok orang post mencandat....kalau yang label YL ataupun untuk reseller pun MV jarang ambik...
ziq zaq
Semua MV beli kat Concept Store ata Gudang Store,,,,nak tanya adakah ini penyakit?kegilaan??tapi Mr Velentine cakap...MV ni hantu AJ...hahaha
Read More

Monday, December 7, 2015

Zero AIDS Run 2015

2:29 PM
Zero AIDS Run 2015
Assalammualaikum..


Dah lepas habis 9km run 
05.12.2015 first time ikut run sempena hari Sambutan Hari Aids...MV & rakan ofis join Zero AIDS Run 2015 bertempat di Nexus Karambunai,Sepanggar.Larian sejauh 9km.....

Pengalaman pertama setelah bertahun2 tak lari kali ni agak penat dan sakit2 badan...tapi berjaya juga menghabiskan dalam tempoh 1jam lebih....walaupun banyak jalan dari lari itu cukup baik lah sebab tak pengsan...

Lepas ni nak join SIDMA  RUN 2016 anjuran UNITAR....kali ni bawa HAIKALAYU sekali...ambik yang 5km jer...nak pupuk minat anak2 MV......


Read More

Saturday, December 5, 2015

2 bulan Diet Atkins

7:30 AM
2 bulan Diet Atkins
Assalammualaikum...

Abaikan Patung & muka Yg tak berapa nak cun ni k
Al-kisahnya bulan oktober tue masa pergi seminar INI....berat masa tue 73kg...mak ai tension kita tengok...tinggi kemetot jer 155cm....so korang faham tak apa maksudnya....obes 1 lah huhu....

So MV ambik keputusan join diet atkins....

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan.
Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai sumber tenaga
. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut. Prinsip Diet Atkins 'adalah bahawa, dengan menyekat karbohidrat, tubuh kita dipaksa untuk membakar lemak yang disimpan, bukan karbohidrat untuk bahan bakar. Pendekatan Diet Atkins boleh memberi kesan positif kepada kehidupan orang menghadapi risiko berkaitan dengan diabetes, penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi. Ia juga boleh mengurangkan masalah gastrousus, dan alahan tertentu, sakit kronik dan lemah sistem imun.

  • Kebanyakan diet anda akan berlapar. Apabila anda melakukan Atkins tidak perlu berlapar.
  • Kebanyakan diet perlu mengira kalori. Apabila anda melakukan Atkins tidak ada perlu untuk mengira kalori.
  • Kebanyakan diet anda masih ketagih makanan karbohidrat tinggi & manis. Apabila anda melakukan Atkins, anda dengan cepat akan belajar bagaimana untuk mengatasi ketagihan anda.
  • Kebanyakan diet anda tidak akan belajar bagaimana untuk membuat peralihan beransur-ansur kepada penyelenggaraan seumur hidup.
  • Kebanyakan diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun anda mengehadkan makanan berlemak, anda masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula.(sumber SINI)


MV tak ikut fasa 1 sebab mimi still breastfeeding....sebab tue penurunan berat tue lambat kot....sepanjang 2 bulan ni..MV turun 6 kg....Skg berat MV 67 kg..kira oklah Inchloss pun banyak....kebanyakan baju dah boleh muat...

Diet bukan sebab nak cantik tapi untuk kesihatan....bila berata terlampau berlebihan potensi untuk kencing manis tinggi,,,apatah lagi MV masa mengandung Syamimi ada GDM(kencing manis waktu mengandung)

Walaupun agak payah awalnya...skg dah ok....3 bulan tanpa nasi..alhamdulillah tak pernah pula gastrik lagi....badan pun dah ringgan...soalan "ui kenapa ko gemuk ni?" "mengandung lagi kah?" tak sdh didengar.....


Misi Mencapai 55 kg ikut berat ideal...so lagi 12 kg nak kejar....tapi ada yg suggest jangan ikut sangat 55..sebab MV ni rangka besar 67 pun dah nampak kurus(kurus kah??hahaha)...korang doakan MV berjaya dalam misi ni ya....

Untuk kesihatan sendiri juga,,,Insyaallah...kita berusaha...tapi Bukan takat diet jer..MV buat workout juga kat umah....simple2 jer...macam squat....dan senaman yg Kevin Zahri ajar....

Korang ada tak yg pernah ikut Diet ATkins ni.....
Read More

Friday, December 4, 2015

Silent Release Tudung White Label Baru Aidijuma 04.12.2015

4:27 PM
Silent Release Tudung White Label Baru Aidijuma 04.12.2015
Assalammualaikum...

mama & kakak MV punya 
 Hari ni Aidijuma buat silent Tudung White Label Baru Aidijuma 04.12.2015....sempatlah MV pegi tadi waktu lunch our...beli untuk kakak mak dan diri sendiri....
yang ni MV punya 
 mv beli lebih juga...then jual kat kawan2 yang jauh....korang ada beli tak tudung aj hari ni
Wl raining

wl love

wl cars

wl snowman

wl pizza time

Read More

Thursday, December 3, 2015

Sesi Flashback Pembelajaran Wani

9:07 AM
Sesi Flashback Pembelajaran Wani
Assalammualaikum....



Cuti sekolah dah nak masuk sebulan kalau wani...So MV kena uji dia apa yang dia belajar....supaya next year untuk tabika 6 tahun dia dah masih ingat apa yg dia belajar sebelum ni....

 MV uji dia baca semula suka kata  BA BE BI BO BU sampai ZA ZE ZI ZO ZU....alhamdulillah wani boleh baca semuanya.....bab huruf A-Z pun dia dah kenal and boleh tulis....walaupun kadang dia tersalah antara u & n , b  & d..

 Untuk nombor pun alhamdulillah dia boleh kenal...cuma nak di ajar mengira sikit dia masih binggung2..takpa...tak boleh push sangat.....slow2 kita ajar....

 ajar juga dia perbandingan paling besar,besar,kecil...itu dia boleh buat...lepas ni ajar dia lagi...kita usaha mana yang mampu x ble nak harap cikgu semua..dan tak boleh salahkan cikgu kalau anak tak le membaca..


 kita sebagai ibubapa pun kena ambil peranan,,,budak2 skg lain..dulu kita takda Linus...skg dah ada....syukur abg kakak lepas ujian LINUS....Semoga wani pun berjaya lepas ujian LINUS untuk tahun 1 nanti.AMin

Read More

Wednesday, December 2, 2015

THrowback Hari Terbuka Perpustakaan PSUPS & Pelancaran Seksyen Kanak-Kanak

11:51 AM
THrowback Hari Terbuka Perpustakaan PSUPS & Pelancaran Seksyen Kanak-Kanak
Assalammualaikum...
Abang haikal menang cabutan bertuah ,,
Ni cerita 12.11.2015...Perpustakaan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah mengadakan Hari Terbuka Perpustakaan & Pelancaran Seksyen Kanak-kanak dengan kerjasama Taska/Tabika Kemas KPKPS....

pelajar tabika kemas kpkps
Dimeriahkan lagi dengan kehadiran Geng Bubut Sabah FM,Bahagian Galakan Membaca Perpustakaan Negeri Sabah...Bank Rakyat Penampang,Grolier,Tung Nan Book Store,Zenithway Sdn Bhd(buka booth)

beratur sebelum pertandingan mewarna
Antara aktiviti yang dijalankan..pertandingan mewarna kategori Tabika 5 tahun dan Tabika 6 tahun,Kategori Terbuka untuk anak-anak staf....selain itu ada juga sesi belajar origami dengan Bahagian Galakan Membaca Perpustakaan Negeri Sabah,
sebelum pertandingan mewarna
 Sesi soal jawab dengan Geng Bubut RTM....dan yang paling budak2 ni suka sesi bersama badut daripada Bahagian Galakan Membaca Perpustakaan Negeri Sabah
sesi perasmian 


Tuan Haji Musa Bin Sulaiman(Timbalan Setiausaha Persekutuan) merasmikan seksyen kanak-kanak

kusyuk mewarna (kategori anak2 staf)

seriusnya abang haikal

sesi bersama Staf Perpustakaan Negeri Sabah

sesi belajar origami

belajar origami 

wani dalam kategori 5 tahun 

kategori 6 tahun 

kakak ayu

kusyuk mewarna

peserta paling muda (2 tahun setengah)
Walaupun penat tapi berbaloi..tq untuk kerjasama daripada semua pihak.....

Read More

Tuesday, December 1, 2015

8 Years Old Already

11:05 AM
8 Years Old Already
Assalammualaikum...

8 Tahun Sudah 
1.12.2015 kakak ayu genap 8 tahun sudah...semoga menjadi anak yg solehah...semoga berjaya dunia dan akhirat.jadi lh contoh terbaek buat adik2..u are my lovely daughter...walaupun cerewetmu boleh tahan tapi galak tawamu pengubat kesunyian..Sannah Helwah kakak...nanti kita celebrate birthday dengan adik ji hyo 21.12.2015...khamis kita jumpa ya.. with love MamaAbahHaikalWaniMimi


Selamat hari jadi kakak AYu....semoga kakak terus berjaya dalam pelajaran...jadi anak yang solehah....ikhlas dari MAMABABAHABG&ADIK...


HAPPY BIRTHDAY 



Read More

Monday, November 30, 2015

Throwback Lawatan Beg Terbesar Di Dunia At Suria Sabah

8:25 AM
Throwback Lawatan  Beg Terbesar Di Dunia At Suria Sabah
Assalammualaikum
Posing anak teruna MV
Ini cerita 13.11.2015..pejabat buat rombongan melawat beg terbesar di dunia at suria sabah...beg terbesar ni boleh buat 2 biji kereta myvi dalamnya...

With My Kembar Tahun
Kat dalam beg ni ada bermacam2 jenis beg...ada handbag ada beg sandang ...yang dijahit sendiri....oleh lapisan umur......dan beg terbesar ni diperbuat daripada cebisan2 kain pesertanya...yang mana setiap peserta itu ada ceritanya tersendiri....
Overnya kakak
semua beg dalam beg terbesar ni buatan sendiri dan ada kisahnya
Sekian cerita MV hari ni..Salam takziah buat keluarga Arwah Pak Yus Jambu yang meninggal dunia semlam akibat serangan Jantung.Al-Fatihah.
Read More

Wednesday, November 25, 2015

1 Tahun 11 Bulan 4 Hari

5:42 PM
1 Tahun 11 Bulan 4 Hari
Assalammualaikum...
posing with abah
It all about you sayang...time flies so fast...21.12.2015 you turn 2 years old....wow...opening orang putih gitu...waznah syamimi tak lama lagi nak masuk 2 tahun...MV mula ajar syamimi untuk pergi sekolah jalan sendiri...no more dukung ...
mama yg over dari mimi
Mana tau ada rezeki next year mimi dapat masu taska permata kat ofis senang....sebab dia dah pandai berdikari...walaupun dia nampak kecik tapi dia matang...di usia skg dia sudah petah bercakap....dah pandai menyanyi lagu2(burung kakak tua,bapaku pulang dari kota,nenek2 bongkok 3,air pasang dalam & banyak lagi).....tak sangka sebenarnya dia cepat belajar.....
dah besar dah dia
Dia sudah pandai mengira 1-1o..one two three.....syamimi ni memang MV tak bagi main gajet2...sebab takut nanti macam wani...nak pegang pensil pun lama kita ajar...mmg MV dah tak bagi dorang main gajet.....MV lebih pada buku & alat bantuan mengajar bentuk mainan....

Doakan anak2 MV akan terus belajar & berjaya...Insyaallah...
Read More

Friday, November 20, 2015

30 sudah

5:33 PM
30 sudah
Assalammualaikum....


Saya 30tahun sudah,,,,
18.11.2015 haritu MV sudah 30 tahun..wah tua sudah tapi takpa janji jiwa muda....ok bye..haha
Read More