All About Love: perkembangan anak di taska
Showing posts with label perkembangan anak di taska. Show all posts
Showing posts with label perkembangan anak di taska. Show all posts

Sunday, February 28, 2016

Perkembangan Syamimi 2 tahun 2 bulan

7:30 AM
Perkembangan Syamimi 2 tahun 2 bulan
Assalammualaikum...


sudah 2 tahun 2 bulan anak MV ni...selalu orang keliru tengok dia..sebab wajah yang lebih pada chinese look....ketinggian yang tak sesuai untuk umur,bercakap & menyanyi macam budak 4 tahun ....


Ni gambar masa MV terlewat ambil dia dan kakak wani sebab MV ada mesyuarat MBJ...dia sudah terbiasa..4.30 petang jak..memang dia tau mama dia akan ambil....haritu dia cakap "mana mama adik??" bila MV dah lewat ....


Dia sekarang dah pandai nyanyi lagu negaraku,sabah tanah airku dan ikrar....baca doa makan ,doa selepas makan...mungkin takda yang nak di banggakan...tapi MV tetap bangga sebab usia dia baru 2 tahun 2 bulan....


Semoga dia terus belajar dan belajar di Taska Permata...AMin 

Read More

Monday, August 17, 2015

1 tahun 7 bulan 27 hari

10:17 AM
1 tahun 7 bulan 27 hari
Assalammualaikum...


1 Tahun 7 bulan 27 hari
Salam pagi isnin yang redup di bumi Sabah...apa khabar semua....sihat....hari ni dan minggu ni..sehingga lah penghujung bulan ogos...kenapa????sebab ofismate sibuk latihan perbarisan sempena sambutan hari kemerdekaan pada 31.08.2015....

#Sehatisejiwa .... sesuai jer tema kemerdekaan tahun ni kan....tapi MV bukan lah nak story pasal merdeka...hari ni kongsi sikit perkembangan syamimi di usia 1 tahun 7 bulan 27 hari....

dia ni mengikut jejak wani kot..sebab dkg dia dah mula bercakap....pantang nampak makanan..mula lah "mama minta..."hihi... kalau bangun tidur...orang yg dia cari "tata" means kakak.....

Kalau abah dia tanya adik ni anak siapa....dia akan jawab anak mama...tapi kalau dia marah kan MV ...dia akan jawab dia anak papa....hahaha...pintar betul....macam2 ragamnya....

kalau dengar muzik...dia akan goyang satu badan....kalau makan dia org pertama yang akan tangan untuk mengaminkan doa...

paling sukakan kucing...bayangkan dia boleh cium mulut kucing..oh adik....bukan takat tue..siap boleh dukung kucing yang besar pulak tue....dia ni..tak berapa suka sangat tgk tv...

dia lebih suka main mainan...patung n buku....sebab tue bila kakak abang study dia pun sibuk nak kacau warna n buku orang....bila tak dapat mulalah merengek..itu point dia...merengek..sebab dia tau...abang kakak akan kalah dengat tangisan dia....

bab makan tak memilih...paling suka makan sayur...dan dia ni hantu durian....pantang nampak orang makan durian dia akan duduk dan makan sekali...

harap2 tahun depan syamimi dapat masuk taska permata...mesti banyak lagi dia dapat belajar kat sana....Insyaallah..Amin


Read More

Monday, November 17, 2014

Lagu Si Rama-Rama

5:12 PM
Lagu Si Rama-Rama
Assalammualaikum....

my wani yg pintar
Rama-rama terbang ke pokok
sungguh cantik aneka warna
hisap madu di pokok bunga
tapi sayang hidup tak lama 
itulah dia si Rama-rama

LAgu si rama-rama dari wani untuk auntie n uncle semua..hihi...dah makin pintar my wani ni..esok 18.11.2014 taska ada lawatan ke Zoo Lok kawi tapi wani tak dapat join sebab mama dah takde cuti..

Cuti sehari untuk balik Labuan hujung tahun ni..sorry ya anak mama..next year kita join yer....
Read More

Wednesday, November 12, 2014

Burung Belatuk

7:30 AM
Burung Belatuk
Assalammualaikum....
pinjam google
Burung belatuk ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung belatuk ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan badan yang dilitupi bulu pelepah. Paruh burung belatuk tidak bergigi dan keras seperti mata pahat.

Kebanyakan spesies belatuk Semenanjung Malaysia berwarna terang dan berwarna-warni. Bagaimanapun, belatuk betina biasanya kurang terang dan berwarna-warni (Madoc, 1976). Burung ini boleh dilihat bertenggek secara menegak di atas hujung ekornya yang keras di batang pokok sambil paruhnya yang keras dan berbentuk pahat mematuk batang pokok dengan laju berulangkali seperti tembakan mesin gun (Madoc, 1976) untuk mencari makanan ataupun untuk melubangi pokok untuk membuat sarang. Bunyi patukannya yang agak kuat itu boleh kedengaran dari jauh. Selain itu, belatuk juga mengeluarkan bunyi teriakan kasar dan nyaring. Di udara, belatuk terbang secara berombak-ombak tetapi agak lemah (Tweedie, 1960, 1970; Madoc, 1976). Dari tabiatnya yang suka mematuk dahan atau batang pokok itulah belatuk mendapat namanya. Namanya dalam bahasa Inggeris pun (woodpecker) memberi gambaran yang serupa.

Saiz belatuk Semenanjung Malaysia berubah-ubah dari sebesar punai hingga lebih kecil daripada pipit.

Belatuk boleh didapati di pelbagai kawasan di Semenanjung dari bakau ke pergunungan. Ada yang berupa burung taman (Madoc, 1976).(sumber dari SIni)

Itu dia sedikit mukadimah mengenai burung belatuk...kenapa pula hari tiba2 cerita burung belatuk....hoho ini semua dek wani....asyik2 membebel kalau dia dalam kereta on the way pergi n balik dari sekolah...

"hai kawan2 hari ini..wani mau cerita....cerita anak burung belatuk yang malas....sebab malas dia sikit kena makan ular dan burung besar..nsib baik mama burung belatuk sempat kasi selamat anak dia"

itulah kisah anak burung belatuk yang malas...hahaha....MV bila dengar dia cerita terus tanya....

"wani burung belatuk tue macam mana???" kamu tau apa dia jawab????

"mama ni burung belatuk yg mulutnya tajam bah mama....kalau pokok boleh berlubang"see jawapan yg menyekolahkan mama lagi ok....siap dia pinjam buku cerita di sekolah lagi...buku cerita anak burung belatuk yang pemalas untuk MV baca...

Lepas dia dengar MV baca...dia suruh MV dengar cerita versi dia pulak...begitulah wani....mula2 dia akan suruh org baca buku sebab dia belum pndi baca....bila dia sudah tau cerita dia akan cerita balik....

Kalau takda org mau baca...dia akan buat cerita melalui gambar yg dia nampak....itulah al-kisah kenapa entry burung belatuk ini terhasil...
Read More

Friday, November 7, 2014

Rambutan Ok!!

7:00 AM
Rambutan Ok!!
Assalammualaikum....

watermelon watermelon papaya papaya banana banana rambutan rambutan... 


Wani nyanyi ini lagu....dia belajar  lagu ni disekolah ..mama ni terlebih pintar bah....sibuk tanya wani...siap update di facebook konon keliru nape semua in english tapi rambutan tetap rambutan....

Rupa2nya rambutan in english adalah rambutan jg sebabnya rambutan adalah buah-buahan tempatan...hihi free kena sekolah wani dan rakan2 FB..hahaha

Mama : wani napa nyanyi lagu ni semua dalam english tapi ada rambutan...

Wani : betullah mama..rambutan....

Mama : Watermelon itu apa wani?

Wani : Tembikai

Mama : Papaya(**tak puas hati konon mau soal lagi)

Wani: betiklah banana pisang...rambutan tue rambutan...oklah mama ani penat sdh ani mau rehat

Nampak tak wani sekolahkan MV..hihi....pintar betul....sebenarnya nak test adakah dia tau watermelon papaya n banana tue apa....nampaknya perkembangan otak sedang berkembang..dan sel-sel otak sedang berhubung...

Sekarang minat dia pinjam buku cerita di sekolah then suru mama atau abg kakak baca then dia cerita kan semula dekat kami semua dalam versi dia...tapi still sama seperti dalam buku....

Isnin ni dia konvokesyen untuk taska permata..sebab next year dia dah masuk tadika kelas 5 tahun...nnt MV share gambar yea...
Read More

Tuesday, April 1, 2014

Perkembangan Syamimi di Taska

3:24 PM
Perkembangan Syamimi di Taska
Assalammualaikum...

Alhamdulillah hari ni genap 5 hari baby syamimi tinggal di taska...taska emas Hijau...taska kakak wani dulu...syukur nampaknya syamimi serasi dengan pengasuhnya yang bernama "Cikgu Ana"....

Baby Syamimi dah mula pandai minum susu perahan melalui botol....dan jumlah susu yang diminum pun makin bertambah..dari 12oz ke 16oz...yeah pandainya baby syamimi....dia tak mau mama risau jadi dia pun tak banyak karenah kat taska....

Semalam masa ambil baby syamimi sempat lah berbual dengan cikgu ana.

MV : "Ok juga baby syamimi hari ni..nda juga meragam??"

Cikgu Ana :"ok juga nda juga nangis cuma dia berak tadi..wah banyak juga dia berak"

MV : "Oh ya syamimi berak 3 hari sekali jak..itu yang banyak"

Cikgu Ana :"tadi kak dia meniarap lagi...tapi kali ni dia meniarap sendiri..."

Terkejut bila cikgu ana bagitau syamimi berjaya meniarap sendiri ...yeah anak mama dah pandai tiarap..sebelum ni mmg mv akan tiarapkan dia tapi x lama pun...kali ni dia buat sendiri...good job sayang mama syamimi...

Bab berak tue syamimi mmg berak 3 hari sekali...mula-mula risau tapi bila nurse cakap normal sebab BF tak risau..katanya itu maknanya susu badan tue sesuai dengan dia....Alhamdulillah...
ni gambar latest baby syamimi

ni masa umur 2 bulan...




Read More