Review: Lafazkan Kalimah Cintamu - All About Love

Monday, May 15, 2017

Review: Lafazkan Kalimah Cintamu

Assalammualaikum...
No automatic alt text available.
Mv bagi 5 Bintang 
Tengku Aqilah seorang anak yang dahagakan kasih seorang ayah.Seorang adik yang dambakan kasih seorang kakak..dan seorang isteri yang dibenci suaminya sendiri.

Bagaimana seorang anak dibenci oleh ayahnya kerana dituduh menyebabkan kematian ibunya sendiri.Dituduh merampas kekasih hati kakak kandung sendiri.

Membesar tanpa kasih sayang keluarga menjadikan hari Tengku aqilah dingin dan tak berperasaan. Yang mana akhirnya membuatkan hati ayahnya lembut menerima aqilah dalam hidupnya.

Namun bukan semudah itu, dikala dia mengapai bahagia si suami pula berubah...berusaha dia menawan hati suaminya namun tak berjaya..Dikala dia disahkan mengandung dan pada masa yang sama menghidap kanser payudara dia merasakan kisah hidupnya akan seperti arwah ibunya....

Kedinginan layanan dari sang suami dan permintaan si suami..akhirnya 2 berita besar itu disorakkan tanpa pengetahuan Ku Ryan...kehilangan si isteri membuka mata ku Ryan...

Namun semuanya sudah terlambat..isteri yang dibenci kini menghilang dan menderita...Kesudahan yang agak menarik dan saspen bagi MV ...

So korang kena baca ,,,walaupun ni bukan novel baru penulis siti ROsmizah tapi ianya boleh buat anda ketawa marah dan berendam air mata


Start baca 08.05.2017 ...habis pada 14.05.2017


1 comment:

  1. baca sinopsis pun da agak msti ada part2 yg buat kita geram dgn lakonan watak dlm novel ni =)

    ReplyDelete