All About Love

Thursday, September 7, 2017

Segmen 24 Jam Bloglist #27 Mialiana.com

2:42 PM
Segmen 24 Jam Bloglist #27 Mialiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan Oktober, November dan Disember 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini,  6 September 2017, iaitu tepat jam 3.00 petang sehingga hari esok, 3.00 petang 7 September 2017. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #27 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 September 2017.

** jom support Mia Liana...


Read More

Penulis Zan Zarida

2:39 PM
Penulis Zan Zarida
Assalammualaikum...





Review Novel Alahai Mat Salih! ...pagi tadi buka Facebook nampak ada yang add.. bila tengok nama Zan Zarida...Mv jadi excited...wow penulis novel add MV...terharu...tak sangka tau...

MV memang suka dengan tulisan dia..walaupun baru baca 2 buah novel beliau..tapi MV suka..sebab jalan cerita yang simple dan dantai tue tak menyerabutkan kepala untuk berfikir...

No automatic alt text available.
Sumber dari Zan Zarida
Beliau sudah ada 6 buah novel..MV baru baca 2 buah...novel terbaru beliau 'Dia" My LOve...MV suka covernya....dan jalan ceritanya pun menarik....Promosi bila pre-order novel ni dari beliau..dia akan bagi novel alahai mat salih sebagai cenderahati...bestkan....tapi MV dah ada alahai mat salih...

Image may contain: one or more people
Sumber dari Zan Zarida
so nak cari jugalah novel terbaru beliau ni...Terima kasih sudi add MV..
Read More

Wednesday, September 6, 2017

Sepilok Sandakan

4:30 PM
Sepilok Sandakan
Assalammualaikum...

Image may contain: outdoor

Datang ke Sandakan salah satu tempat yang mv dan family teringin sangat nak pergi ialah Sepilok. Mau tengok orang utan.. 

Selalu tengok d ok tv saja.. Fan dengar cerita orang. Terutamanya MIL katanya kalau pergi sepilom jangan bawa beg nnt orang utan ambik dan bawa lari

Bagi Mv tiket masuk berpatutan.. Lupa pula berapa bayar hahaha... Sebab suami yang bayar.. Mcm rm5 dewasa dan rm2 kanak-kanak ikut rate warga negara Malaysia

Image may contain: 3 people, people standing and outdoor
Masuk jer ke dalam... Terus pergi tempat bagi makan orang utan tapi belum tiba waktunya masa tu nampak lah 3 ekor orang utan..jalan lagi konon petugas tu cakap di dalam ada lagi banyak orang utan.. Anak2 excited sekali pergi lah sikit juga lebih kurang 3 ekor

Image may contain: 4 people, people smiling, people sitting, tree, child, outdoor and nature

Sempatlah tengok orang utan makan tapi cuaca panas dan syamimi mengamuk.. Kami keluar awal... Perasaan kami... Gembira sebab sudah menjejakkan kaki ke sepliok.. 


Cuma sedikit kecewa.. Sebab apa yang mv gambarkan tak sama dengan apa yg dilihat..mungkin bilangan populasi orang utan sudah berkurang.. Sebab  tu kami x dapat tengok orang utan dengan puas... Sebab sikit jer.. 


Apa-apa pun sepilok is the best place utk bawa anak mengenal orang utan dan bunyi unggas di sana buat mv tenang 

Image may contain: 1 person, eyeglasses, closeup and outdoor
Read More

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1

10:57 AM
Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1 | Mohd Zaki Yamani Azman 28, atau lebih di kenali dengan panggilan Zaki Bijak. Berasal dari Jerantut Pahang, Zaki di diagnos menghidap kanser darah atau Hodgkin Lymphoma Tahap 3, ekoran bengkak di belakang leher pada Julai 2014. Namun beliau telah berhasrat ingin melengkapkan misi Hitch Hike ke seluruh kepulauan Borneo dengan hanya berbekalkan RM1 yang telah bermula pada 29 Ogos 2017 lalu.

Dengan membawa misi menjelajah #cancerbukantiketuntukmati dan erti kata lain cancer bukan bermakna kematian. Zaki mejelajah dengan hanya menumpang kenderaan orang awam dalam menyampaikan mesej tersebut. Negeri di bawah bayu, Sabah merupakan destinasi pertama beliau.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Gambar Zaki Bijak Ketika ingin bertolak ke Sabah.
Walaupun beliau menghidap kanser tahap ke 3 , namun beliau tak pernah berputus asa dan menganggap bahawa penyakit ini merupakan satu semangat untuk beliau terus berjuang dan mengembara bagi memberitahu kepada semua bahawa #cancerbukantiketuntukmati.

''Program ini diinspirasikan rakan saya dari Finland yang pernah menumpang di rumah saya semasa mengembara. 

''Jadi, untuk program ini saya menyiapkan diri dengan maklumat berkaitan perjalanan, dokumen penting seperti lesen, mykad, wang RM1, sedikit pakaian dan peralatan khemah. 

''Tetapi, saya sangat bersyukur hidup di bumi Malaysia yang tinggi budi pekerti.. Walaupun tidak saling mengenali, saya bukan sahaja dibenarkan menumpang kenderaan, malah diajak bermalam dan diberi makan di rumah mereka sebelum meneruskan perjalanan pada keesokan hari,'' Zaki Bijak.

Menerusi laman Facebook beliau Zaki Bijak kini beliau telah 50% mengeliligi Kepulauan Sabah. Dan bakal menamatkan kembara Borneo Sabah dan masuk kepulauan Sarawak Pula. Sepanjang perjalananan beliau juga, beliau banyak memuji masyarakat Sabah yang sangat prihatin dan bantuan dari pelbagai bentuk beliau dapat. Alhamdulilah Orang Sabah Bagus Bah !!!!

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.
Kalau korang nak ikuti kisah beliau yang penuh liku-liku, korang boleh la follow Facebook beliau, setiap detik perjalanan beliau akan kongsikan bersama anda. Yang pastinya kekuatan dan ketabahan beliau sungguh luar biasa bukan seperti pesakit Kanser.

Kalau-kalau nampak beliau jangan segan-segan hulurkan bantuan tau.. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima. Bukan wang ringgit yang dipinta namun nilai kemanusia itu lebih bermakna.

Jum kita support Zaki Bijak dalam misi ''CANCER FIGHTER'' Jelajah Borneo Dengan RM1 #cancerbukantikeruntukmati.

Segala pertanyaan atau bantuan yang ingin disalurkan ( mana tahu beliau singgah  di perkampungan kamu ) boleh la berhubung terus dengan beliau. PM je kat facebook Zaki Bijak.

Kredit : Sabahanblogger.com







Read More