All About Love

Friday, April 14, 2017

Pemadam dan pensil

5:07 PM
Pemadam dan pensil

Assalammualaikum
pinjam pensil dan pemadam
Seronok pulak baca cerita ni..Perbualan antara pemadam dan pensilApa khabar kawan?
Pensil:-Aku bukan kawanmu.
Pemadam :-Kenapa?
Pensil:Kerana aku benci kamu.
Pemadam:Kenapa engkau membenci aku?
Pensil:Kerana engkau suka padam apa yang aku tulis
Pemadam:Aku tidak padam melainkan yang salah!
Pensil:Kenapa engkau sibuk?
Pemadam:Aku pemadam, ini kerjaku
Pensil:Ini bukannya kerja!
Pemadam:Kerja aku bermanfaat, macam kerja engkau jugak.
Pensil:Engkau salah dan sombong!
Pemadam:Kenapa?
Pensil:Kerana yang menulis lebih baik dari yang memadam.
Pemadam:Memadamkan kesalahan sama seperti menulis yang benar.

Pensil terdiam seketika, kemudian mengangkat wajahnya: Engkau benar sahabatku!
Pemadam:Engkau masih bencikan aku?
Pensil:Aku tidak akan benci orang yang memadamkan kesalahanku
Pemadam:Dan aku juga tidak akan memadamkan sesuatu yg betul
Pensil:Tapi aku lihat engkau semakin kecil dari sehari ke sehari!
Pemadam:Kerana aku mengorbankan sebahagian dari tubuhku setiap kali aku memadam kesalahan.
Pensil:Aku juga merasakan bahawa aku semakin pendek dari sehari ke sehari.
Pemadam:Pemadam memujuk:
Kita tidak akan dapat memberi faedah kepada orang lain melainkan kita sanggup berkorban untuk mereka.

Pensil berkata dengan gembira: Betapa mulianya engkau sahabatku, alangkah indahnya kata-katamu.

Pemadam dan pensil berasa gembira, lalu mereka pun hidup sebagai sahabat baik, tidak berpisah dan tidak berselisih faham.

Sahabat-sahabatku sayang Kenapa kita tidak berterimakasih terhadap orang yang memadamkan kesalahan kita dan menunjukkan kita jalan kebenaran, tidakkah mereka berhak terhadap ucapan terimakasih?
Moral dari cerita ini juga.

Jadilah diri kita ini seperti pensil. Menulis yang berguna dan dapat manfaatkan untuk orang yang membaca.

Apabila tumpul ia perlu diasah. Sakitnya diasah itu seperti cabaran hidup yang kita hadapi dan usia kita juga seperti pensil. Semakin lama semakin pendek.
Oleh itu manfaatkan kehidupan kita dengan sebaik-baiknya.

***siapa pun kita..pemadam atau pensil ..kita perlu berkorban untuk membantu orang lain..hidup ni sentiasa perlukan pengorbanan

Read More

Tak bermusuh selepas cerai

12:47 PM
Tak bermusuh selepas cerai
Assalammualaikum

Tak bermusuh selepas cerai..satu topik yang hangat di whi tv3 hari ni..terbuka minda dan fikiran MV..

Tetamu jemputan Fauzi Nawawi bersama anak gadisnya..Datuk Mohamad Fadhilah kamsah pakar motivasi terkenal malaysia..

"jangan benci pasangan tetapi berbaiklah ..baik demi anak,mertua...kalau tiada anak atau mertua buat baik demk diri sendiri...takut nnt bila kita terima pasangan baru nnt ..pasangan baru tersebut lebih teruk dari bekas pasangan."

"masalah rumahtangga anak-anak..mertua jangan jadi punca masalah tapi jadilah orang tua..yang sentiasa berfikiran waras dalam menyelesaikan masalah"

"anak yang ibubapanya berpisah sebolehnya mau ibubapa mereka berdamai...mereka boleh menerima perpisahan tapi tnpa pergaduhan supaya mereka tidak merasai perubahan  dari perpisahan yang terjadi dan tetap merasa kasih sayang yang sama seperti sebelumnya"

Read More

Thursday, April 13, 2017

Barang Dapur buat Mainan

4:50 PM
Barang Dapur buat Mainan

Assalammualaikum...

Yang ni MV setuju..kita beli barang mainan untuk anak main..sekali tengok barang mainan febret dia adalah kita punya mangkuk sudip di dapur....

Syamimi pun macam tue juga..bertabahlah ya ibu-ibu
Read More

Sambutan Birthday TAbika Kemas Jan-April 2017

3:32 PM
Sambutan Birthday TAbika Kemas  Jan-April 2017

Assalammualaikum...
antara yang meraikan birthday
Sambutan Birthday TAbika Kemas  Jan-April 2017..MV sebagai Pengerusi Tabika dijemput hadir ke Majlis Sambutan ni...Meriah juga lah...banyak kek...so hari ni memang diet ke laut hahaha...tambah2 lagi ada coklat moist....memang lupa lah...hahaha
pemenang game bawa bola ping pong dalam sudu
Cikgu-cikgu sediakan juga aktiviti pertandingan untuk semua pelajar...untuk fun-fun sahaja....tapi budak-budak ni gembira..tak juga kurang ada yang menangis sebab tak dapat hadiah....
ready to musical chair
MV juga dijemput menyampaikan hadiah untuk semua pemenang....hahaha...tapi kan kenapa gemuk tue ..hahaha...sebab yg kawan bergambar semua comel loteh jak hahaha
pemenang musical chair
ni pemenang lari tangan ikat ke belakang
yg baju kuning 2 beradik
antara girl
antara boy yang aktif

**maaf ya belum terBW..sibuk sikit...mau cari list buku untuk pembelian library
Read More

Wednesday, April 12, 2017

Capasitor lampu terbakar

9:41 AM
Capasitor lampu terbakar
Assalammualaikum...

Capasitor lampu terbakar ..ingat lagi entry kebakaran kecil di library  .... kejadian yang sama berlaku lagi tadi....tengah MV duduk dikaunter menghadap pc untuk mohon stok melalui sistem online..


Tiba-tiba bau hangus menerpa di lubang hidung..hahaha...(maafkan andai entry ni akan lebih sastera metafora dan personafikasi)....hihi...MV dari duduk terus terbediri....nah faham kamu maksud...

Bukan apa..wayar semua di bawah meja dekat dengan kaki MV..manalah tahu kan...tiba-tiba yang punca bau hangus tu dari wayar di bawah meja.....andu bah kesianlah nanti kaki MV yang comel dijilat api...hihi...

cari pun cari mana punca nya..sampai nombor juruteknik pun sudah didail...tup tup bila bau hangus makin kuat dan menghampiri....MV ternampak asap dari lampu....ok faham....capasitor lampu terbakar....

kebetulan juruteknik lalu..dan MV panggil...dia pun matikan suis lampu...dia cakap"nasib kau nda panik kan..." hahaha...maunya nda panik...panik ok ....kalau ikut hati rasanya lari sudah..tapi ikut kaki...kaki bilang stay saja dulu.....tiada apa2 ....

Betullah ,,,,dalam keadaan macam jangan panik...walaupun tadi tangan MV yang memang sudah sejuk dek aircond..bertambah sejuk dek panik hahaha
Read More

Wordless Wednesday #show off#

7:00 AM
Wordless Wednesday #show off#

Tuesday, April 11, 2017

#1 Giveaway by The Aaisy

4:07 PM
#1 Giveaway by The Aaisy
Assalammualaikum...

klik banner untuk join 
Giveaway akan bermula pada 29.3.2017 dan tamat pada 12:00 malam 29.4.2017
Read More

Apresiasi & Majlis Perpisahan

9:59 AM
Apresiasi & Majlis Perpisahan
mantan datuk SUP yang sangat ohsem
Assalammualaikum...

Apresiasi & Majlis Perpisahan Datuk Borhan Bin Dolah Mantan Setiausaha Persekutuan Sabah yang kini menjadi Ketua Setiausaha  Kementerian Luar Bandar dan Wilayah...

Majlis ni dibuat pada jumaat lepas 7.04.2017 malam....majlis meraikan kenaikan pangkat dan sebagai perpisahan.....

with kak mary & dahlia
with kak sarimah, cc r, dan lia
bersama pengarah Jabatan Imigresen Sabah
PSUPSIan
menunggu untuk makan
**layan gambar saja ya...xda mood ni..mood hilang ke laut huhu
Read More

Monday, April 10, 2017

Perempuan & Makeup

11:51 AM
Perempuan & Makeup

Assalammualaikum...

PEREMPUAN

Kalau pakai makeup tak semestinya dia nak memikat lelaki tapi untuk kepuasan diri sendiri, Fitrah wanita sukakan kecantikan .

**Bagi MV bermakeup bukan sebab nak memikat ker apa...just untuk imej...pernah ditegur sebab tak bermakeup oleh bos...dek kerana itu ...belajar slow...dari hanya bedak ,lipstik n eyeshadow..

kemudian..berblusher...then eye brow..maskara..contour,concealer....alhamdulillah...lepas lah kalau setakat simple makeup harian dan dinner yang simple


Read More

31 Years Old

9:49 AM
31 Years Old
Image may contain: 1 person, food
Happy birthday our Velentine
Assalammualaikum....

08.04.2017...Happy birthday our Velentine..31 tahun sudah....simple celebration..hanya bersama anak-anak..kek pun biasa jer..Chesee cake 800g RM28.00...

our small family
Mr Velentine cakap dia tua sudah....so kalau dia tua MV lagi tua..haha..sebab kami ni beza stahun..dia muda setahun dari MV...Semoga abg dikurniakan kesihatan yang sempurna ...dimurahkan rezeki dan sentiasa ingat sayang dan anak-anak...

chese cake..
Kenapa chesse cake??sebab anak-anak dan abah berkongsi citarasa yang sama..kalau MV...pastinya coklat moist cake...nampak tak wani n syamimi...tunggu depan cake..sebenarnya dari pagi lagi mau makan kek..tapi malam baru kena sambut..

Hanya ini jak yang dapat disediakan untuk abg....hadiah nanti ya..hihi
Read More

Saturday, April 8, 2017

Cuba selagi berdaya

10:00 AM
Cuba selagi berdaya
Add caption

Assalammualaikum...

Jika kita percaya setiap dugaan yang diterima ada hikmahnya, kita tidak akan pernah kenal erti putus asa. Cubalah selagi berdaya!

Insyallah ada ganjarannya...

**pegang kata-kata ni..setiap apa yang kita diduga pasti ada hikmah...yang penting jangan kita lemah dan putus asa....itulah norma dalam kehidupan

Read More

Friday, April 7, 2017

Kad Ucapan Tulisan Jawi

10:00 AM
Kad Ucapan Tulisan Jawi
tq kakak ayu 
Assalammualaikum...

Dapat kad dari kakak ayu..kad berbentuk hati..dibuat sendiri....MV tak perasan kad ni..dia letak di atas bantal MV...Syamimi yang pegang...terus MV ambil..bila baca...oh kad dari kakak AYU...

Kad ucapan hasil kerja pendidikan islam..ustazah suru buat...lepas tu kena bagi ibu...dia malu mungkin..jadi dia letak jak di bantal...

Tulisan jawi....terima kasih kakak Ayu bagi mama kad ni..Mama pun sayang kakak AYu...semoga kakak membesar dan menjadi anak yang solehah..Amin
ucapan dalam tulisan jawi 
Read More

Sabarlah

7:30 AM
Sabarlah
Image may contain: one or more people and text

Assalammualaikum....

Kadang-kadang kita terlalu berusaha untuk tidak menyakiti hati orang lain. Tetapi orang lain tidak pernah terfikir untuk jaga hati kita...Sabarlah....

**selalu..selagi sabar bolehlah tahan..tapi bila sudah hilang sabar terluah juga akhirnya nanti 
Read More

Thursday, April 6, 2017

JANGAN SOMBONG DENGAN JAWATAN

3:13 PM
JANGAN SOMBONG DENGAN JAWATAN
Assalammualaikum
sekadar gambar hiasan (sumber google)
*JANGAN SOMBONG DENGAN JAWATAN*

Seorang wanita berumur 40 tahun..baru saja menjadi Pengarah disebuah syarikat membawa anaknya datang ke pejabat untuk makan.

Selesai makan anaknya membuang plastik bekas makanannya dilantai. Datanglah seorang nenek dengan penyapunya dan menyapu bersih sampah tadi. Wanita yang baru saja menjadi Pgarah ini hnya melihat nenek ini menyapu.. Wajahnya sudah berkerut bukan pencen, tetapi sebaliknya harus jadi tukang sapu. Kerana itu dengan senyum sinisnya, wanita itu berkata kepada anaknya "Nak sudah besar nanti, jangan jadi seperti dia. Tu sudah tua masih lagi pungut sampah". Anaknya hanya mengangguk kepala kerana masih belum mengerti apa-apa. Nenek ini melihat kesombongan wanita itu lalu dia bertanya. "Mohon maaf, tumpang tanya.. Puan ini siapa?", katanya tenang. Dengan angkuhnya wanita itu menjawab "saya Pengarah baru disini, kenapa?!. "

Nenek ini hanya mengangguk, tidak menjawab. Dari jauh datang seorang lelaki dengan baju rapi menghampiri nenek tua itu. "Puan CEO, silakan masuk ke ruangan puan". Nenek tua ini membuka jaket lesunya, dan terlihat baju dan jas rapi dibalik jaket lesunya. *Ternyata dia adalah pengasas syarikat ini!*

Tanpa mengubah expresinya, dia berkata kepada lelaki itu. "Tolong tarik balik jawatan wanita sombong ini. Kita tidak perlu orang sombong seperti dia di syarikat ini".

Lelaki itu pun mencatat nombor pekerja wanita itu dan dihari itu juga dia dipecat. Wanita itu tidak bisa menjawab apa -apa terpaku. Nenek CEO ini berkata ke anaknya,"aku memecat mamamu  & berharap kamu mengerti,  MENJADI ORANG BESAR BUKAN DITENTUKAN DENGAN KEPINTARAN ORANG ITU, TETAPI BAGAIMANA KITA, ORANG BESAR MAMPU MENGHARGAI ORANG-0RANG YANG RENDAH DIBAWAH DAN MEMBANTU MEREKA.

*MESEJ*
Hidup ini seperti roda. Banyak liku2 kehidupan orang lain yang tidak kita fahami. Jangan pandang seseorang hanya dari luar fizikalnya semata mata. Jgn sombong.


Muhasabah diri
Read More

Menang GIVEAWAY BY LYANA ISHAK & EYJA MASLIZA

8:21 AM
Menang  GIVEAWAY BY LYANA ISHAK & EYJA MASLIZA
alhamdulillah rezeki bulan April 
Assalammualaikum...

Rezeki bulan april bila mv dapat komen dari eyja

Assalamualaikum.. BLOG EYJA dah keluarkan keputusan pemenang bagi Giveaway Lyana Ishak & Eyja Masliza. Boleh semak keputusan kat sini

http://www.blogeyja.com/2017/04/pemenang-pemenang-giveaway-by-lyana.html

Semoga andalah pemenang yang kami cari. Terima kasih sudi join. Mohon maaf sekiranya ada salah silap. :)


Tahniah juga buat semua pemenang dan terima kasih buat penganjur sebab anjurkan GA ni

Read More

Wednesday, April 5, 2017

Rezeki Allah

12:33 PM
Rezeki Allah
Image may contain: text

Assalammualaikum

"Salah satu bentuk rezeki Allah kepada kita,Dia Kelilingi kita dengan orang-orang yang baik"...

rezeki Allah beri dalam pelbagai bentuk..bukan hanya dari wang ringgit tapi persekitaran kita...dikelilingi orang-orang yang baik juga adalah salah satu rezeki Allah 
Read More

Adik beradik lebih utama

7:30 AM
Adik beradik lebih utama
Image may contain: 1 person, text

Assalammualaiku,,

Ramai Yang lebih suka tolong orang luar berbanding adik beradik sendiri...sebab orang luar kita dapat nama dan puji..Tapi kita lupa Nabi SAW dah pesan; sedekah kepada adik beradik yang miskin akan dapat 2 fadhilat berbanding sedekah kepada orang lain ..iaitu dapat pahala & silaturrahim

**Muhasabah diri....sentiasa MV ingat sebab tu sedaya upaya akan tolong adik beradik mana yang termampu 
Read More

Tuesday, April 4, 2017

Bila Stamp Pad jadi mainan

3:24 PM
Bila Stamp Pad jadi mainan
Assalammualaikum..

Image may contain: one or more people, people standing and child
buat kecoh awal pagi
ALkisah hari ni...bila syamimi main stamp pad mama...adui adik adik...awal pagi buat kecoh..sudah buat nda lagi rasa bersalah ....cerita bila

Mama pegi tandas..sekali masuk library ...tengok meja habis sudah warna biry biru kena stamp pad..terus cari si kecik ni dan panggil nama dia...dia boleh betapuk di bawah meja....sambil genggam tangan...syamimi main stamp pad okey.ada satu stamp pad lagi di tangan dia warna hitam....adui anak ..akal mu ni ar...bila dicuci nda hilang...lepas tue pandai pula dia tapuk2 tangan di belakang bila pegi sekolah..

Gayamu ar adik....mau marah tapi dalam masa yang sama bikin geli hati juga...Bersabar sajalah mama sama adik ni kan....
Read More

24 April Hari Kelepasan AM

9:26 AM
24 April Hari Kelepasan AM
Assalammualaikum,,,

Pertabalan Yang di-Pertuan Agong 24 April 2017
24 April diumumkan sebagai Hari Kelepasan AM sempena istiadat Pertabalan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang  di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V.

yeah Sabah pun cuti 
Dan Jemaah Menteri Negeri Sabah turut bersetuju mengisytiharkan yang pada hari berkenaan Sabah pun cuti...Yeahhhh..amboi kalau cuti cepat saja kan..Semoga istiadat Pertabalan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang  di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V berjalan dengan lancar.Amin
Read More

Monday, April 3, 2017

Datuk Borhan bin Dolah ,KSU KKLW

10:08 PM
Datuk Borhan  bin Dolah ,KSU KKLW
Assalammualaikum


Datuk Borhan  bin Dolah ,KSu KKLW(KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH) mulai 5.julai.2017... 

Tahniah Datuk...bekerja di bawah Datuk adalah satu pengalaman yang sangat berharga walaupun dalam masa yang singkat..

Akan merindu Datuk selepas ini..semoga Datuk terus sukses di tempat baru.

**inilah bos Mv ..sangat penyayang dan berdedikasi..bertugas sebagai Setiausaha Persekutuan Sabah sebelum ni...

**terima kasih atas tunjuk ajar dan layanan Datuk kepada kami semua warga PSUPS.

Read More

Beg RM1

2:53 PM
Beg RM1
beli 3 untuk haikalayuwani
Assalammualaikum...

Beg harga RM1..beli untuk dorang haikalayuwani ..beli di bundle kat bazar di ofis MV....mula-mula heran lah apa yang dorang semua sibuk pilih...bila dorang cakap beg rm1..MV ternampak beg biru tue..terus dalam hati eh sesuai pula untuk sekolah agama...

terus duduk kejap dengan kakak ayu then turut memilih beg hahaha.....dapat 3 beg sandang .....merah untuk kakak Ayu...biru untuk abang haikal...yang coklat untuk wani...murah tapi berbaloi..sebab nampak cantik lagi....

Terus tadi pagi kawan wani marah" wani kenapa bah kau balik2 tukar beg"kesian wani...dia balik2 tukar beg sebab dia pakai beg lama kakak...bila beg dia rosak...MV tak beli baru sebab wani tak mau...

Tapi bila jumpa beg yang murah mcm ni dan bagus...MV terus beli untuk dorang....beg sekolah agama tak perlu besar..kecik sahaja pun cukup sudah.....
Read More

ulangkaji jawi

11:34 AM
ulangkaji jawi
semoga wani dapat membaca jawi dengan lancar
Assalammualaikum....

Hasil tulisan wani...katanya untuk ulang kaji jawi...supaya cepat pandai baca jawi di sekolah agama sebab di sekolah rendah sudah boleh baca rumi..dia pergi cari balik buku jawi dia masa belajar di kemas...Semoga wani cepat pandai baca jawi dengan lancar...

Amin
Read More

Sunday, April 2, 2017

Pengawas Garang

1:00 PM
Pengawas Garang
pergh kakak posingmu 
Assalammualaikum....

Pengawas Garang ...bila MV update gambar ni Instagram..kawan MV cakap...garangnya kakak AYu....patutlah cikgu lantik jadi briged bestari...oh ya...vest tue,,MV tak beli sebab takda jual warna grey ni...

Jadi MV beli kain di kamdar dalam harga RM9...then minta jahit dengan orang taman tempat MV tinggal,,,upah pun berpatutan RM20..lepas siap hantar sulam di MJ sport sulaman .....rm7...so total dalam RM36....

Kalau beli di kedai mahal...RM39....so kira dapat jimat lah juga...rsanya nda sampai 36 pun ni sebab lupa harga kain beli di kamdar ini pun MV main agak jak....
Read More

Model JPN

9:00 AM
Model JPN
Kali ni dia jadi MOdel JPN pula
Assalammualaikum

Teman adik MV buat  ic baru hari rabu haritu ....chip ic dia rosak tambahan pula gambar dalam ic tu masa dia 15 tahun kalau x silap...muka budak lagi .....bayar rm10 untuk buat ic...kebetulan tempat bangunan MV kerja...jadi mestilah ada si kecik syamimi...

Kali ni dia minta MV ambil gambar dia di Jabatan Pendaftaran pula...jadi model di sana siap tayang baju sukan baru taska dia....

Pink hijau...sweet jak kombinasi warna ni kan..sesuai sangat dengan kanak-kanak .....tiba-tiba sejak akhir-akhir ni ...dia rajin pula minta di ambil gambar jadi mama pun layankan sajalah...
Read More

Suku akhir pertama piala fa 2017 - Sabah vs Negeri Sembilan

12:59 AM
Suku akhir pertama piala fa 2017 - Sabah vs Negeri Sembilan

Assalammualaikum

Suku akhir pertama piala fa 2017 - Sabah vs Negeri Sembilan...main di stadium likas..dengan kemenangan berpihak pada pihak lawan...

Sabah kalah di tempat sendiri dengan jaringan 1-0..agak kecewa sebenarnya dengan mutu pengadilan pengadil yang bertugas...malas mau komen lebih..tapi rata2 yg pegi stadium tadi semua x puas hati..sampaikan pengadil keempat pun x pyas hati

Nampaknya jurulatih baru Sabah iaitu Julius Ating bekas pemain sabah era 90an perlu bekerja keras untuk memastikan perlawanan kedua di tempat lawan pemainnya memberikan satu permainan yang  baik...

Kecewa juga dengan corak permainan Sabah malam ni...takda penyudah...buat penjaga gol Sabah...tolonglah berikan satu mutu permainan yang terbaek.

Semoga perlawanan timbal balik di Negeri sembilan nanti memberikan peluang utk ke separuh akhir..tapi itu pun dgn usaha dan kerjasama antara semua pemain

Sekarang kelebihan buat negeri sembilan..gol di tempat lawan...so sabah kena gol dulu d tempat lawan dan mesti dapatkan jaringan lebih dari satu...

Read More

Saturday, April 1, 2017

Library Jadi Rumah

7:30 AM
Library Jadi Rumah

Assalammualaikum....
tu dia dibuk susun lukisan 
Bila Library dijadikan rumah oleh syamimi....Semua tau kan yang MV kerja di library dan syamimi pula sekolah di taska di bangunan MV kerja...jadi memang 20 hari sebulan syamimi akan datang library kecuali kalau MV cuti atau cuti umum...

misi susun lukisan 
Kalau sebelum ni kerjanya membongkar rak...kali ni dia pegi main lukisan yang diwarna oleh pelajar tabika kemas dan taska kemas...dia cakap pinjam..adik mau main....bikin main...dia susun lukisan tue....lepas tue dia letak setiap lukisan 1 batang warna....
dah siap bersusun
lepas tue dia berlagak lah macam cikgu..siap bercakap-cakap...cakap apa MV pun tak dengar...MV biarkan jak asal dia nda mengacau..memang tiap petang dia lah yang dok main di library
ni dia budak nya yang buat library macam rumah sendiri
tapi lepas main ikut Mood ..kadang susun kadang nda susun..kalau nda susun..mama lah yang jadi mangsa kena susun...kalau marah dia bongkar buku ...dia bilang nnti mamalah susun..kan mama kerja library...

nampak win nda jawapan dia
Read More

Friday, March 31, 2017

Medal Merentas Desa 2017

2:00 PM
Medal Merentas Desa 2017
medal kakak Ayu menang merentas desa
Assalammualaikum....

Medal merentas desa kakak AYu...dia menang kategori pelajar perempuan tahun 4..lama dia tunggu hadiah ni mau 2 bulan....hahaha..siap balik balik tanya..kenapa bah lambat hadiah....

Bila dapat hadiah hari isnin haritu punya excited dia bagi mama Tengok..tahniah kakak..teruskan lagi untuk tahun akan datang
Read More

Abangku,Ceo sengal!-Mastura Abdullah-

10:00 AM
Abangku,Ceo sengal!-Mastura Abdullah-
Assalammualaikum...

Abangku,ceo sengal! Cikgu Iris Suhayla dan ceo Izzul Haq..iris suhayla seorang guru baru yang dikahwinkan dengan pilihan keluarga..

Tanpa mengenali siapa lelaki yang merisiknya..dia hanya bertemu lelaki itu semasa ari pertunangannya


Iris suhayla ditempatkan di sekolah yang terletak di Labuan..kelengkapannya di Labuan diuruskan oleh izzul lengkap dengan kereta.

Di labuan iris menjadi rebutan terutamanya cikgu zakwan..izzul pula diburu gosip dgn putri ariana...Iris terkejut apabila tahu yang tunangnya adalah seorang ceo 

Keputusan izzul mempercepatkan perkahwinan mereka mengundang kekecewaan antara cikgu zakwan dan putri ariana

Setelah berkahwin baru iris tahu yg izzul sebenarnya jejaka yg menjadi cinta pertamanya yang dia tidak pernah bertemu ....

Siti hajar teman serumahnya menjadi kakak ipar..hakimi pula merencanakan sesuatu untuk menjatuhkan izzul..

Kenapa dato' izhar membenci izzul haq?apa kesudahan cerita mereka..

Baca novel ni best memang sweet....macam mana rasa benci dan x suka itu akhirnya menjadi cinta..


Read More

Tembikar

7:30 AM
Tembikar
bila mama tak kreatif ni lah hasilnya
Assalammualaikum...

Tembikar...Nampak kamu ...ada rupa tembikar kah juga?ni kerja Dunia Seni Visual dorang haikalayu...buat tembikar dari play douh...ni lah anak-anak MV...bab-bab macam ni serah sama mama...

macamlah mama yang sekolah..adui anak...pesan lagi..jangan cantik-cantik nanti nampak bukan kami yang buat..hahaha...memang nda akan cantik lah anak ....mama kamu ni nda kreatif...

Kalau kakak AYu boleh menangis jawab Pendidikan seni tahun 1 dulu..mama pun sama juga..kalau exam pendidikan seni ...mama macam mau menangis juga buat..sebab mama nda ada seni langsung...

So inilah hasilnya..tembikar design mata-mata....yang pink kakak AYu dan yang brown abg haikal...rasa-rasa berapa markah jak dapat ni nanti..nda sabar pula mau tunggu hahaha
Read More

Thursday, March 30, 2017

Teman roh -Muhammad Fatrim-

4:10 PM
Teman roh -Muhammad Fatrim-
teman roh...tq Fatrim Syah
Assalammualaikum..

Sampai sudah Novel Teman Roh tulisan Muhammad Fatrim...tak sabar nak baca...Sekarang ada 4 novel waiting untuk di baca...tunggu habis baca Abangku, Ceo Sengal !Lepas ni nak beli novel Revenge pula....


Read More

10 Tahun Berkhidmat

7:00 AM
10 Tahun Berkhidmat
Assalammualaikum...

22.02.2007 - 22.02.2017...10 tahun sudah Mv berkhidmat sebagai Penjawat awam...pejam celik pejam celik sudah 10 tahun..nda sedar kan...mula-mula kerja..MV postng nun di Tangkak Johor....

Selama 2 tahun 6 bulan juga MV di Kolej Matrikulasi Johor,,,,Mula-mula kerja..MV tak balik raya..Beraya di perantauan....Nasib baik ada abang satu ni bawa MV beraya kat Muar...raya rumah kawan-kawan...

Tak lah sedih sangat...dek kerana pengalaman raya tempat orang lah..MV kalau raya akan mencari menu sayur lodeh,dan lontong di pagi raya....Siap Menu tue jadi Menu wajib di rumah mak MV...

Masa di Johor ..tiap hujung minggu MV suka beli ikan fatin dan ikan keli...di Sabah ni..kedua2 jenis ikan ni mak ai ...mahal betul....dan ada satu menu yang sampai sekarang MV teringin nak makan....Nasi Ambeng...mula-mula makan rasa pelik..tapi lama-lama memang cari setiap hujung minggu...

Kawan-kawan cakap kalau rindu buat lah sendiri..tapi bila buat sendiri ni kan lain lah...air tangan kita kan....hihi...

Tahun 2009 dalam bulan jun MV transfer ke Sabah....tempat MV bertugas sekarang..Masa ni lah ada kejutan sedikit ...dulu sarapan pagi rm5 pun dah cukup untuk MV dan suami..di sabah ni sarapan pagi untuk berdua jak mau lebih rm10...

Memang terkejut lah..hahaha...kalau dulu di Johor..cuti jarang habis,,,,paling2 raya..tapi di Sabah ni selalu jak mau cuti ...Oh ya sudah 10 tahun ni..CUti tahunan pun sudah bertambah..

Dulu 20 sekarang sudah 25 untuk setahun..alhamdulillah boleh lah plan cuti2 dengan anak...tambahan pula anak-anak pun semua sudah bersekolah..masa masih kecik2 cuti habis kalau anak2 sakit..sebab MV kena cuti jaga dorang....

10 tahun bertugas sebagai pembantu pustakawan yang dulunya Pembantu perpustakaan banyak memberi MV pengalaman baru,siapa cakap kerja lebih hanya duduk baca buku,sebenarnya banyak yang kami buat,tapi sedih jugalah bila orang cop "alah orang library bukan ada kerja"

MV suka kerja MV....walaupun orang selalu pandang rendah kerja kami...Mv dan buku berpisah tiada..bulikah itu..dari kita saja baitu ...kan dia bilang


Read More

Wednesday, March 29, 2017

Fraud click Nuffnang

4:20 PM
Fraud click Nuffnang
Assalammualaikum...

Sedih....kecewa pun ada....bila Status  Cashout Nuffnang MV tiba-tiba hilang then dia refund semula dalam 23 ringgit sahaja dari 155 yang MV cashout..nampaknya bukan rezeki MV lah nampaknya...

Kumpul earning tu agak lama juga ..dari tahun 2015...nampaknya terpaksa lah kumpul balik...walaupun agak kecik hati...

Apa itu fraud click?

Bila kita sendiri klik iklan kita berkali2 dalam sehari...bila ada yang klik then komen done klik iklan...bila kita suruh orang klik iklan dalam entry...

Ok kawan-kawan..lepas ni kena berjaga-jaga dengan benda ni..huhu...bukan rezeki MV nampaknya...

**sedih...
Read More