All About Love

Saturday, September 10, 2016

Instant Bubble Shawl

7:00 AM
Instant Bubble Shawl

Assalammualaikum,,,   

Instant Bubble Shawl.....Datang dengan pelbagai pilihan warna. berkualiti dengan jahitan homemade..ya Homemade ok bukan dari kilang ya kawan-kawan...Akak dalam gambar tue yang jahit sendiri,,,

Harga pun mampu milik ok RM35 sahaja..Berminat boleh wasap MV di 0168040362.. Cepat2 janganlepaskan peluang anda

Read More

Friday, September 9, 2016

Sambutan Kemerdekaan TAska Permata/Tadika Kemas KPKPS

7:30 AM
Sambutan Kemerdekaan TAska Permata/Tadika Kemas KPKPS


Assalammualaikum...


sambutan birthday mei - september
Sambutan Kemerdekaan TAska Permata/Tadika Kemas KPKPS  anjuran bersama dengan Perpustakaan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah(tempat MV bekerja)... seperti tahun sebelumnya alhamdulillah sekali lagi sambutan kemerdekaan berjaya di sambut dengan meriah walaupun simple.

aktiviti mewarna bendera malaysia
Antara aktiviti pada hari tersebut adalah :-

  1. sambutan harijadi kanak-kanak taska permata/tadika kemas kpkps yang lahir pada bulan mei hingga september.
  2. aktiviti pertandingan mewarna kanak-kanak tadika
  3. aktiviti mewarna kanak-kanak taska permata
hadiah dan hasil kerja kanak2
Tahun ni tiada perarakan sebab kanak-kanak Tadika kemas sudah terlibat  dengan Perbarisan pada 01.09.2016 haritu . Ini kira sambutan dalaman iaitu peringkat  sekolah.
syamimi dengan baju jalur gemilangnya
Syamimi antara yang paling excited pada hari tersebut sebab dia sudah ready dengan baju jalur gemilangnya yang dijahit oleh makcik MV merangkap nenek saudara syamimi...dia minta jahit sebab dia nampak kakak ayu minta jahit baju bendera untuk sambutan sekolah nanti..

oleh kerana ada lebihan bendera maka terhasillah baju jalur gemilang ni untuk syamimi...oh ya masa ni wani sambut birthday kali ke 3 ..kali ni dengan kawan sekolah....meriah sungguh majlis pada haritu...

Semoga sambutan seperti ini akan terus dijalankan pada masa akan datang.
Read More

Thursday, September 8, 2016

One Hour With Al-quran

2:07 PM
One Hour With Al-quran
Assalammualaikum..


Save the Date:-

Ahad  11.09.2016 jam 9.00 am... Jom baca al-quran berssama selama 1 jam...buat kat rumah sendiri dengan keluarga pun boleh...
Read More

7 picture nude kak ros in upin ipin ???

9:27 AM
7 picture nude kak ros in upin ipin ???

Assalammualaikum....

7 picture nude kak ros in upin ipin .Terkejut MV bila check keywords kat nuffnang. Tak sangka ada juga spesis macam ni erk. 

Baru-baru ni heboh pasal kartun frozen,doreamon dan upin ipin dilucahkan... maksudnya versi lucah ....ada kat You tube...sebab tue MV dah berhenti kan penggunaan Hp atau tab untuk anak2...

Kalau nak tengok You Tube pun yang MV dah save....berbalik pada tajuk entry huhu menakutkan ....lepas ni kita kena extra beri perhatian pada anak2 apabila menggunakan hp atau tab...

Takut sebab sekarang kartun pun dah ada versi porno....Maaflah ya tajuk entry ni agak erm..


Read More

Aktiviti 2 beradik

7:30 AM
Aktiviti 2 beradik
Assalammualaikum...


tengok abang haikal seronok main ..berjemur
Memanfaat cuti minggu lepas dua hari...cuti lepas merdeka..cuti sekolah rendah tapi agama tak cuti..kiranya ponteng sekolah agama ...sebabnya mau ikut atuk dan nenak ke Ranau..lama sudah nda balik ranau....


haikalayu cakap nanas tue nda pandai masak..lama sudah..haha
AKtiviti dorang di sana ...menjenguk kebun.....memancing..dorang balik bawa rambutan,pisang dan ikan keli 2 ekor...ikan keli ni di dalam kolam...dulu mama mertua MV beli ikan ni masukkan ke kolam...

So haikalayu ni memancing..abang haikal dapat 2 ekor...kakak ayu takda....sampai jak di rumah ...terus misi mama pula yang mensiang ikan..ikan keli ni hidup lagi....


Caranya tabur garam kat ikan supaya ikan tue mati then boleh lah di siang....dah siap siang... masak kari....pegh makan memang terangkat..haha...mama dia masak anak2 suka walaupun tak sedap mana..haha .

Read More

Wednesday, September 7, 2016

Melissa Shoes

2:29 PM
Melissa Shoes
Assalammualaikum...


Dalam insdustri fesyen terdapat banyak jenis koleksi fesyen yang kita boleh temui. Ini disebabkan ia mempunyai pelbagai cabang produk yang berbeza dan setiap satunya memberikan pelbagai pilihan yang boleh kita pilih. Antaranya ialah kasut. Kalau anda tidak tahu sebenarnya kasut fesyen mempunyai nilai pasaran yang sangat tinggi bernilai ratusan jutaan dollar ataupun mungkin lebih! Ini kerana saban tahun kita akan dapat melihat banyak koleksi kasut yang diketengahkan bersama pelbagai pilihan rekaan baru sesuai dengan arus trend fesyen terkini. 

Banyak juga jenama kasut yang kita boleh dapatkan di luar sana dengan cukup mudah. Daripada yang dikenali ramai sehinggalah yang baru ataupun jenama tempatan. Tetapi tidak semua orang sedar bahawa membeli kasut ini umpama membuat satu bentuk pelaburan. Anda pasti hanya mahu gunakan wang anda untuk sesuatu yang boleh dipakai bagi tempoh masa yang lama, bukan? Oleh itu selepas ini anda haruslah membeli dengan bijak. Pilih jenama yang hanya menawarkan koleksi kasut wanita yang berkualiti sahaja. Jangan gunakan wang anda untuk produk kasut yang tidak mempunyai nama ataupun brand. Kerana kasut yang tidak baik kualitinya tidak tahan lama!



Jika anda sedang mencari jenama kasut untuk koleksi anda di rumah apa kata lihat jenama kasut Melissa. Melissa telah mencipta sejarahnya tersendiri apabila bekerjasama dengan nama-nama besar dalam industry fesyen antarabangsa dalam menghasilkan koleksi kasutnya tersendiri. Apa yang lebih menarik ialah tidak seperti jenama-jenama lain, mereka telah muncul dengan koleksi terbaru Melissa shoes yang diperbuat daripada plastik! 




Koleksi kasut Melissa yang cukup unik ini telah menarik perhatian ramai dan menjadi pilihan selebriti-selebriti terkenal di Hollywood. Kini jenama ini boleh didapati di Malaysia dan bagi anda yang berminat boleh dapatkan secara online juga. Ada website online shopping Malaysia yang menawarkan koleksi kasut terkini wanita daripada Malaysia di butik online mereka. 

Nampak menarik bukan! kasut plastik yang bermacam fesyen mengikut trend terkini..Bagi MV ianya satu koleksi yang patut di miliki.

Read More

D'Saiful Restoran

7:30 AM
D'Saiful Restoran
Assalammualaikum...

Sarapan pagi dengan nasi lemak berharga rm2.90????

Makan tengah hari dengan Nasi lemak + Lauk , Nasi Kerabu + Lauk  dengan harga serendah RM3.90!!!!

Jangan tak percaya ok....ini betul-betul punya..bukan main-main... kalau kamu orang Sabah dan tinggal area kota kinabalu...Mari try datang D'Saiful Restoran ....lauk yang erm marbelossss,,,

Nasi kerabu dia memang ohsem...lauk pun tak kedekut..memang terbaek lah.... restoran ni terletak di alam mesra...senang juga nak cari,,, ni mv kongsikan alamatnya

97, Lorong Plaza Permai, 
Plaza Permai, 88400 
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Kamu boleh try ...sambal nasi lemak dia pun memang sedap sangat... dan satu info penting mengenai restoran ini ialah 

SEBUAH RESTORAN YANG TERDIRI DARIPADA STAFF MEREKA MEJORITINYA STUDENT... D'SAIFUL RESTORAN MENCIPTA SATU PEMBAHARUAN ALAM PEKERJAAN SAMPINGAN.


**mula-mula tak percaya tapi bila pergi dan masuk ,,makan dan bayar..yes ...only RM3.90 for one dishes. kira jimat lah..Semoga D'Saiful Restoran  terus sukses
Read More