All About Love

Tuesday, June 17, 2014

Welcome To alam Perkahwinan

5:30 PM
Welcome To alam Perkahwinan
Assalammualaikum...

amboi over pulak MV
Selamat pengantin baru buat pak cik MV..ni adik bongsu mak MV..umur dia sebaya kakak MV..30 tahun...alhamdulillah bertemu jodoh juga akhirnya pakcikku ini...


semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa...jaga isteri baik2..jadilah seorang suami yang bertanggungjawab....Amin



Read More

Tawaran Mengikuti Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak (Tabika / Taska) KEMAS Tahun 2014

3:58 PM
 Tawaran Mengikuti Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak (Tabika / Taska) KEMAS Tahun 2014
Assalammualaikum...

SYARAT & KELAYAKAN PEMOHON BAGI MENGIKUTI KURSUS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK TABIKA/TASKA KEMAS

 APAKAH SYARAT UTAMA? APAKAH SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK?
Warganegara : MALAYSIA

Umur : 21 - 35 TAHUN PADA TARIKH TUTUP IKLAN

Lain-lain : Kakitangan kerajaan bertaraf TETAP, lulusan Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak layak untuk memohon jawatan ini

Hanya calon yang telah menamatkan pengajian diperingkat diploma dan telah bergraduasi
(a) DIPLOMA yang diiktiraf oleh Kerajaan (keutamaan kepada calon yang memiliki Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak);

(b) Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

BAGAIMANA UNTUK MEMOHON? DIMANAKAH SAYA BOLEH MEMPEROLEHI BORANG PERMOHONAN?
DIMANAKAH SAYA PERLU MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN?
Borang : BORANG KEMAS SPAKK PIN. 2013

Borang juga boleh didapati di:
a)       Laman Web KEMAS : http://www.kemas.gov.my/

b)      Facebook KEMAS : http://www.facebook.com/jabatankemajuankemas

Borang hendaklah dihantar ke PEJABAT KEMAS NEGERI yang dipilih SEBELUM tarikh tutup permohonan. Alamat PEJABAT KEMAS NEGERI adalah seperti berikut: https://www.facebook.com/notes/jabatan-kemajuan-masyarakat-kemas/direktori-jabatan-kemajuan-masyarakat-kemas-negeri/500001019960

Sebarang kelewatan permohonan tidak akan dipertimbangkan

Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan

DI MANAKAH KURSUS DIJALANKAN? BERAPA LAMA TEMPOH KURSUS?
TEMUDUGA & KEPUTUSAN
Maklumat Asas : KURSUS SEPENUH MASA

Tempat : INSTITUT / PUSAT LATIHAN KEMAS

Tempoh : Tiga (3) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan

Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk temu duga

Calon-calon yang tidak dihubungi selepas empat (4) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

Surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan.

BILAKAH TARIKH TUTUP PERMOHONAN?
27 Jun 2014

Sumber dari SINI
Sumber dari SINI

Sumber dari SINI
Sumber dari SINI

**sape berminat mohonlah mana lah tau ada rezeki jadi cikgu kemas....good luck


Read More

Thursday, June 12, 2014

Kumpula A-H World Cup Brazil 2014

4:01 PM
Kumpula A-H World Cup Brazil 2014
Assalammualaikum..

sumber dari Sini

Tue dia senarai Kumpulan Untuk World CUp Brazil 2014..dari kumpulan A hingga H...Pastinya tumpuan anda kepada team febret kan...MV seperti biasa....England the three lions,,,hihi....semangat bola tiba2 merasuk wakaka...

Pilihan kedua semestinya crotia...so pagi esok brazil vs crotia..MV sokong crotia...hahahaha..ini semua penangan Davor Suker...walaupun dia dah bersara tapi MV still suka dengan crotia..hahaha
  
sumber dari google


Read More

Wednesday, June 11, 2014

Jadual Perlawanan World CUp 2014

10:43 AM
Jadual Perlawanan World CUp 2014
Sumber dari SINI
Assalammualaikum....

13 Jun 2014 dengan rasminya World Cup 2014 akan bermula dengan perlawanan pertama antara brazil Vs Crotia....maka bermulalah demam piala dunia....hihihi.....MV pun dengan member ofis dah posing piala dunia..nanti upload picture tue...hihi..

Ni Mv kongsikan jadual perlawanan yang akan berlangsung pada kak Niena...meh layan bola..hihi..
Read More

Tuesday, June 10, 2014

Perpustakaan Bestari Samsung,Perpustakaan Negara Malaysia

4:16 PM
Perpustakaan Bestari Samsung,Perpustakaan Negara Malaysia
Assalammualaikum...

Sumber dari  Perpustakaan Negara Malaysia
Sumber dari  Perpustakaan Negara Malaysia
Sumber dari  Perpustakaan Negara Malaysia

Sumber dari  Perpustakaan Negara Malaysia
Sumber dari  Perpustakaan Negara Malaysia

Sumber dari  Perpustakaan Negara Malaysia
Perpustakaan Bestari Samsung,Perpustakaan Negara Malaysia terletak di Aras 1,Anjung Bestari Perpustakaan Negara Malaysia.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu membawa kad pengenalan untuk mendaftar keahlian di kaunter perkhidmatan Perpustakaan Bestari Samsung.

Selepas menjadi ahli,anda boleh akses fasiliti dan teknologi dengan user email sendiri bersama password nombor kad pengenalan sendiri.Penggunaan individu adalah selama 3 jam.

Kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas dibenarkan masuk ke perpustakaan bestari samsung ini.Perpustakaan ini dibuka pada :

Selasa hingga Sabtu 
Jam 10.00 pagi hingga 7.00 petang
Ahad (10.00 pagi -6.00 petang)

Isnin (tutup)
**sumber dari SINI
Read More

Sunday, June 8, 2014

Santai

7:30 AM
Santai
Assalammualaikum...
tengok syamimi....suka betul
macam org besar tgk lappy

see kakak ayu posing
Read More