All About Love

Sunday, January 27, 2013

Keyword Meletop!!!

9:30 PM
Keyword Meletop!!!
Assalammualaikum...

Minggu ni UV MV naik daripada biasa...drpd 2++ ke 4++(berapa kali mau mention lah)...dan jom kita tengok keyword apa yang meletoppppppppppppssssssssss di blog MV minggu ni....

<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<



Keyword yg baik2 jerlah....keyword Amanat KSN ...Maulidur Rasul...& Liga perdana...Xda yg 18 sx pun...Oklah.....drpd yg cari call girl....

Blog kamu pula keyword apa yg org cari???
Read More

Wajah Kami Di Minggu Ini

5:00 PM
Wajah Kami Di Minggu Ini
Assalammualaikum...

Wajah kami sepanjang minggu ini...Gambar2 yang MV ambil minggu ni..buat kenangan dan ingatan di masa depan...

Semua gambar diambil pada waktu pagi sebelum bergerak Ke pejabat..& hantar anak2 ke sekolah...Sila jangan geram dgn kecomelan(***hahaha jangan muntah) wajah2 dalam gambar ini..kerana ia adalah kecantikan semulajadi..ahakS!!!!

Jom layan Gambar2 dibawah








Comel kan???Bukan MV lah tapi anak2 MV...kalau MV mmg comel pun..hahahaha....jangan marah ar..sekali sekala puji diri sendiri....tapi nda boleh selalu..
Read More

Berjinak-jinak dengan SEO...

11:30 AM
Berjinak-jinak dengan SEO...
Assalammualaikum...

ENtry mengenai SEO lagi...sebelum ni MV ada buat entry mengenai SEO ..dan percubaan kedua pula apabila MV buat entry Salam Maulidur Rasul 2013..kali ni walaupun x menduduk tangga teratas...

Tapi sekurang2nya berada di page 1 carian google....Baru mau belajar main SEO ni..pada yg otai2 tue sila lah beri tunjuk ajar..


Walaupun berada di bawah tapi masih di dalam page 1 carian google rasanya itu sudah cukup untuk newbie mcm MV ni...



Pageview pun boleh tahan jugalah....dan menyebabkan UV MV naik dr 2++ ke 4++..SYukur alhamdulillah..Masih banyak yg perlu dipelajari...Harapnya lepas ni ada yg sudi ajar MV...Walaupun x berapa menjadi tp masih berpuas hati lagi.....

Korang selalu main SEO tak???
Read More

Saturday, January 26, 2013

Aku Yang TerOver

5:00 PM
Aku Yang TerOver
Assalammualaikum...

AKu yang Terover..Siapakah yang Terover????APakah yang Over????OVer dari segi apa kah?????Jom kita tengok saper yang  terlebih sudah...bilang si Stacy...
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<

Tarra Ini dia yang terover....

Ini baju Maulidur RAsul

abaikan latar belakang...
taklah over..saja jak buat gempak sebab jarang2 bah mau upload pic sendri di blog ni..amacam cute tak??ada rupa Yana Samsuddin tak?????wakakaka...Larikkk!!!!!!!!!!!!

Read More

Pembelajaran di Rumah

9:00 AM
Pembelajaran di Rumah
Assalammualaikum...

Pembelajaran bukan hanya di sekolah...Oleh kerana cita-cita MV mau jadi cikgu tidak tercapai maka HaikalAYu juga ada sesi pembelajaran di rumah..Sejam setiap hari isnin hingga jumaat dr jam 8 malam sehingga 9 malam....

Sabtu ahad pembelajaran ikut masa yg ditetapkan..biasanya jam 10.00 pagi smpi 11.00 pagi...jam 2.00 petang smpi 2.30 petang...Dan malam....Kenapa buat sesi pembelajaran di Rumah...

Sebab MY Ayu minta MV  ajar dia..sebab dia x mau kawan2 ckap dia x pandai.."anak2 xda budak yg x pandai..cuma malas @ rajin mau belajar jak...





NAmpak pic di atas itulah yg MV ajar....sampai tanda pun guna pen hitam jak....sebab pen merah xda..bukan cikgu kan..wakakaaka....cer teka tulisan sape  yg abcd tue????hehehehe..dan kadang2 MV buat sesi mewarna dengan HaikalAYu juga...Jom layan hasilnya..







KAdang2 kami akan buat pertandingan siapa yg warna lebih cantik & pemenangnya pastilah MV...hahahaha.....Sebab MV sudah tua dah...budak2 ni baru nak praktis....baru belajar....Tapi MV paling suka saat ajar anak2..lebih2 weekend...



Read More

Friday, January 25, 2013

Model Baju Geng Segar Follower

2:34 PM
Model Baju Geng Segar Follower
Assalammualaikum

Ni adalah model baju Geng segar follower yang tidak berbayar..Hanya baju jak yang berbayar,,,Terima kasih deqla sebab pos baju tue utk MV..terima kasih deqla..Dan tiba2 ada yg sudi jadi model untuk entry penghargaan kali ni..Siapa????


<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<






Terima adik wani..Sebab over diri untuk jadi model dalam entry mama kali ni....bbaju ni baju GAthering GSF di Melaka hari tue..MV x dapat join tapi beli bajunya....suka doodle depan baju ni cute...


Read More

"Segmen Bloglist EcaDwinkyAsha 2013"

10:48 AM
"Segmen Bloglist EcaDwinkyAsha 2013"
Assalammualaikum....




Mv menjoinkan diri untuk "Segmen Bloglist EcaDwinkyAsha 2013"..bAru jer selesai menyusun buku2 ke rak..Akhirnya library kemas sudah..sekarang meng"breakfast diri"....agak telat(lambat)...

Sambil2 tue menjoinkan diri utk segmen Si Manis Eca..Segmen yang simple....Dan syarat pun mudah jak...

Untuk jadi peserta pertama rasanya nda dapat sudah sebab ada sudah yg lebih awal join...MV join segmen ni hanya mau berada di dalam bloglist ECa yg popular....hehehe..kalau dapat hadiah itu rezeki namanya..

Jom join ramai2...Klik Sini..Tarikh Tutup 31.01.2013 jam 11.59 pm

"Segmen Bloglist EcaDwinkyAsha 2013 kelolaan ecadwinkyasha.com"
Read More

Sindiket Pemerdagangan Bayi-Pulau Pinang-

9:02 AM
Sindiket Pemerdagangan Bayi-Pulau Pinang-
Assalammualaikum....

Sindiket pemerdagangan bayi di Pulau Pinang berjaya ditumpaskan....Ini adalah berita utama semalam di TV3...Terus mengucap panjang tengok ni berita....Bayi pun boleh dijadikan bisnes utk mendapatkan duit dengan cepat dan senang...YA Allah!!apa mau jadi sudah dgn dunia ni...

Paling sedih bila antara 33 individu yg ditahan adalah terdiri daripada seoarang doktor(swasta di pulau pinang)...Kakitangan Jabatan Pendaftaran Pulau PInang....dan pasangan yang membeli bayi...

Bayi2 yang dijual adalah anak kepada wanita warga asing yg mengandungkan anak luar nikah...Doktor berkenaan memberi maklumat mengenai kes kalahiran bayi luar nikah...dan bayi mempunyai sijil lahir & my Kid yg asli..

Nilai bayi dijual antara RM18,000.00 sehingga RM30,000.00.....tetapi Si Ibu hanya akan dibayar RM2,500.00 sehingga RM 4,500.00 mengikut rupa paras & jantina bayi...Masyaallah...Kesian bila tengok gambar2 bayi tue di Di TV semalam...

COmel tapi kesian diperdagangkan seperti barang....ANak MV cakap kesian tue baby...kena jual2....bila nafsu menguasai..halal haram langsung x dipedulikan lagi....
Read More

Jadual Pusingan Pertama Piala FA 2013

8:43 AM
Jadual Pusingan Pertama Piala FA 2013
Assalammualaikum....

Hari ni 25.01.2013 Saingan Piala FA akan bermula...DEbaran akan bermula..chewah berdebar lah sangat kan...Berikut adalah jadual perlawanan pusingan pertama Piala FA yang berlangsung hari ini...


  • PKNS VS Lion Xii-4.15 pm
  • PBAPP FC(kelab pulau pinang) VS Preah Khan(dr kemboja)-4.15 pm
  • Kuala Lumpur Vs Pos Malaysia-4.15 pm
  • Uitm Fc VS Negeri Sembilan-4.15 pm
  • Polis Vs Pualau Pinang-4.15 pm
  • SPA KL Vs Terengganu-4.15 pm
  • Sabah Vs Felda United-4.15 pm
  • Johor FA VS Pahang-4.15 pm
  • Shahzan Vs Tentera Darat-4.15 pm
  • T-team Vs Perlis-4.15 pm
  • Sarawak Vs Melaka -8.15 pm
  • Johor DT Vs Perak-8.45pm
  • Kedah Vs NS Betaria-8.45pm
  • Selangor Vs ATM-8.45pm
Yang pastinya Mv Mau tengok perlawanan Selangor VS ATM...Chayok2 ATM...heheheh..dan 3 pasukan liga super pasti akan tersingkir di pusingan pertama ini iaitu antara Selangor,ATM,Perak,Johor DT,PKNS,dan Lion XII...Rasa2 kamu siapa yg akan tersingkir?????

Pemenang Antara PKNS VS Lion xii akan bertemu Kelantan di pusingan kedua kerana Kelantan mendapat Bye..semantara itu pemenang antara Perlis Vs T-team akan bertemu sime darby iaitu naib juara tahun lepas yang juga mendapat bye...

Buat Sabah..Lawan kamu mmg kuat..Fleda UNited...MV harap sesuatu drpd SabahAWks....Chayok2...jangan kalah di pusingan pertama lagi macam musim lepas....Chayok2.....


Read More

Thursday, January 24, 2013

SEO???

9:00 AM
SEO???
Assalammualaikum...

Kamu tau apa tue SEO???SEO adalah Search engine optimization (SEO) is the process of improving the visibility of a website or a web page in search engines via the "natural" or un-paid ("organic" or "algorithmic") search results. In general, the earlier (or higher ranked on the search results page), and more frequently a site appears in the search results list, the more visitors it will receive from the search engine's users. SEO may target different kinds of search, including image search, local search, video search, academic search,[1] news search and industry-specific vertical search engines. 

Sekali bahasa inggeris dah...hahaha...sebenarnya mau kongsi jer..percubaan MV bermain dengan SEO ni apabila entry INI menjadi percubaannya...


Menjadikah permainan Seo MV ni???

MV ni tak arif sangat pasal ni...harapnya adalah yg sudi bantu MV lagi pasal SEO>..Menjadikah Permainan SEO MV NI??(**tanya utk kali kedua)...

**ini entry autopublish

Read More

Salam Maulidur Rasul 2013

12:00 AM
Salam Maulidur Rasul 2013
Assalammualaikum....

Hari ni 24.01.2013 bersamaan 12 Rabiulawal 1434 hijrah...12 Rabiulawal 1434 hijrah merupakan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW..dan disambut di Malaysia dengan sambutan Maulidur RAsul....

Seperti tahun sebelumnya...MV terlibat lagi dalam perarakan Sempena sambutan Maulidur RAsul peringkat Negeri Sabah Mewakili Kontenjen Gabunga Jabatn2 Persekutuan DI Sabah...Dan baju kali ni warna Biru...GAmbar nnt update...

Dan tema Sambutan Maulidur Rasul tahun ni ialah Wassatiyah Tonggak Kesatuan Ummah...Selamat Menyambut Maulidur RAsul Dan selamat bercuti pada semua....

Wassatiyah Tonggak Kesatuan Ummah


***ini entry autopublish....
Read More

Wednesday, January 23, 2013

Wordless Wednesday#Boleh Cashout SUdah #

5:53 PM
Wordless Wednesday#Boleh Cashout SUdah #

Wordless Wednesday# Terima KAsih!!Terima Kasih#

2:07 PM
Wordless Wednesday# Terima KAsih!!Terima Kasih#

Intipati amanat Ketua Setiausaha Negara 2013

12:12 PM
Intipati amanat Ketua Setiausaha Negara 2013
Assalammualaikum...

Berkongsi intipati yang MV dapat daripada Amanat Ketua Setiausaha Negara 2012 yang berlangsung semalam di PICC...

Tahniah kepada diri MV sendiri kerana berjaya mendengar amanat KSN sehingga habis..Tahniah..walaupun mau 5 kali menguap...hahahaha....

Antara yang KSN Dato' Dr Sri Ali Bin Hamsa sampaikan selamat ialah cara beliau dalam memperkasakan Perkhidmatan Awam..Dengan selalu Turun padang dan merakyatkan perkhidmatan awam....

Ya KSN kita yg baru ni mmg selalu turun padang...Tahun lepas di Sabah jer 2 kali MV terlibat dengan Program KSN..Berbuka puasa Jabatan Persekutuan/Badan berkanun di sabah..Dan gotong royang di karambunai.....

KSN juga ada menyebut mengenai UTC..Yang merupakan pertama di dunia...menawarkan perkhidmatan sehingga jam 10.00 malam...BAk kata KSN mana nak cari perkhidmatan mcm ni di dunia selain Malaysia...

UTC adalah singkatan kepada Urban Transformation Centre atau Pusat Transformasi Bandar. Ia adalah salah satu usaha dan inisiatif Kerajaan bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti Bandar di dalam satu pusat sehenti atau di dalam satu bangunan. 

Ia merupakan sebahagian daripada strategi Lautan Biru yang diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui kerjasama strategik antara agensi Kerajaan dan sektor swasta. 

Secara umunya, komuniti Bandar boleh membuat pelbagai urusan dengan jabatan Kerajaan dan swasta dalam satu bangunan dengan menjimatkan masa tanpa perlu pergi ke bangunan-bangunan Kerajaan yang lain. 

UTC turut menyediakan pusat pembangunan dan aktiviti belia, ruang perniagaan produk tempatan dan pusat kegiatan NGOs.(sumber dari SINI)


MV paling suka sesi soal jawab...Soalan pertama mengenai kuartes...Kekurangan kuartes kelas F & G...Yang mana taraf hidup yang tinggi di PUtrajaya iaitu kos sewa rumag Flat jer sudah RM600 sedangkan elaun rumah + cola tak smpi 500 pun kata empunya diri penanya soalan...

Ya MV setuju dgn pertanyaan tentang kekurangan kuartes,,,DI sabah pun alami benda yg Sabah...Kos sewa RUmah di Sabah Lagi mahal..tapi Elaun Rumah & elaun wilayah utk gred sokongan lagi sikit..ada yg tak smpi 400 pun.....

Maklum balas mengenai soalan pertama ni MV suka...KSN jawab..isu kenaikan elaun rumah sedang dikaji..tapi bila saya sebut pasal ni...Orang kewangan semua akan tengok saya..hehehe(**pandai  juga bergura KSN kita ni kan)

Soalan kedua daripada kakitangan UKAS(jabatn lama KSN)...bertanya mengenai budaya pembelajaran dalam perkhidmatan awam....KSN akan minta INTAn utk menyediakan latihan yang bersesuaian....

Soalan ketiga mengenai KEnaikan pangkat,,,Adakah mengikut time based atau sebaliknya...yg ni punya penerangan lebih pada guru iaitu kenaikan mengikut time based..kalau kumpulan sokongan xda kenaikan secara time based ni

Soalan keempat pula dtg drpd Staf kementerian pelajaran...Soalannya ada 3..Pertama mengenai pembangunan...Kedua MV lupa(**buli2 ar)...Yang ketiga berkenaan dengan perlantikan KPPA yang baru....

Sempat KSN bergurau.."yang ni patut kena Listen Listen Listen.."hehehe...dalam menjawab soalan drpd penanya keempat...KSN megesahkan kenaikan gaji utk Kakitangan Awam yg gajinya sudah melanggat dinding(**FAHAM bah kan)

Mengenai perlantikan KPPA...akan dilantik tidak lama lagi..Dan soalan terakhir mengenai peluang kenaikan utk Staf yang mempunyai diploma...JAwapan KSN MV lupa..hehehe

Sorry entry ni panjang sikit...dan ini adalah dari pandangan mata kasar & telinga MV sendiri..hehehe


Read More

Keputusan Penuh Liga SUper 22.01.2013

9:31 AM
Keputusan Penuh Liga SUper 22.01.2013
Assalammualaikum...

Ni edisi bola sepak...Semalam berlangsung perlawanan ke-5 Liga super musim 2013...Seperti biasa hanya tengok secara Live di TV1...Mengharapkan Johor DT yg ditayangkan secara Live..tetapi nampaknya MAsih Pahang Yang menjadi pujaan hati TV1..hehehe

Semalam tengok bola sambil ajar HaikalAyu ulangkaji..tapi limitkan sampai jam 9.00 mlm jer sebab nnt tak tak cukup tidur....Memang best tengok Pahang Vs Terengganu ni sebab MV mau tengok Syed Adney(bekas penjaga gol sabah)....

Dan ternyata..serangan di awal2 permainan sahaja yg MV disajikan...selebihnya hambar...Kiranya Separuh Masa pertama...Buruk(**sorry)...Masuk separuh masa kedua pun finishing kedua2 pasukan tak menjadi....

Geram pula..habis badan hubby kena pukul...tapi pukul2 sayang jer...Dan akhirnya pada minit ke 76..gol yang dinanti2kan datang juga..apabila free kick yang diambil oleh HAfiz(pemain pahang) terus masuk ke gawang terengganu,,Menjadikan keputusan 1-0...

Nampaknya gol pembuka Pahang menaikkan semangat pasukan Pahang Apabila selang 2 minit kemudian Pahang menambah jaringan menerusi FAuzi Roslan..Semua nya bermula drpd BOrji(jangan pandang dia sebelah mata)....PAhang mendahului 2-0...

Selepas itu Terengganu semakin berusaha utk mencari gol...banyak cubaan mereka yg gagal disudahkan...Dan Tahniah buat penjaga Gol Pahang (Nazril)...Beliau banyak menyelamatkan serangan drpd PAsukan Teregganu....

PAda minit ke 85(**kalau x silap..)sekali lagi Terengganu Tersentak dengan gol ketiga PAhang yg juga melalui Hafiz..Ya Defend boleh disalahkan...apasal semua naik ke atas tp biarkan tempat sendiri kosong...

Kesian Syed Adney...Smpi terbaring...Ntah apa yg dia rasa masa ni..hehehehe...TAhniah Pahang kerana terus Unggul di tangga Teratas liga...

Keputusan Penuh perlawanan Semalam :

Pahang Vs terengganu 3-0

T-team VS Lion Xii - 1-0(yeahhhhh lion xii kalah..haha)
Kelantan Vs Negeri sembilan - 0-0(seri jer...Kelantan kena bangun)
ATM Vs Felda 2-0 (ATM naik ke tangga ke dua liga...Terbaekklah )
PKNS Vs Johor DT 1-3(ingatkan JOhor menang tanpa bolos..apa2pun tahniah)
Perak Vs Selangor 1-1(seri juga..)


Read More

Wordless Wednesday#RM0.20 Lagi!!!#

9:00 AM
Wordless Wednesday#RM0.20 Lagi!!!#

Tuesday, January 22, 2013

Setia Hujung Nyawa..

6:00 PM
Setia Hujung Nyawa..
Assalammualaikum....

Setia Hujung Nyawa..Pergi mana2 semua orang dok cerita drama ni...YAng tanya mana nak cari novel ni pun ramai juga....Buka FB ada jer update setia hujung nyawa...Buka blog pun masih SHN(setia hujung nyawa)juga....

MV antara pengikut drama bersiri ni...Memang best...Kadang2 sakit hati dgn Zain...Sibuk dok jaja cerita rumah tangga & aibkan isteri sendiri depan kawn baiknya..padahal si kawan ada udang di sebalik mee.....

Mau jer sms si Zain ni bagitau..yg BFF kau tue nak kan isteri kau....hahahaha emosi seketika....Dan semalam paling best MV rasa..padan muka si Zain bila si ersalina kenakan dia semalam...

Padan muka...Bila ersalina bercakap SI zain kata melawan...padan muka Zain cakap sorang2 hahahaha....Si Ikram ni pun mengoda tak habis2...hish naik geram juga...tapi dalam masa yg sama kesian juga kat dia...(**macam mana tue)...

Dan x sangka My Hubby pun layan ni cerita...Dulu dia layan NOra Elena & Soffiya,,,kali ni laya SHN...mmg dia dok depan TV tak gerak2 hahaha..penangan kes Si Zain selalu marah2 wife dia..Sebab tue dia tertarik tengok...

Sweet kan tp si ammar ashraf ni dah bertunang pun..(**Pinjam dari google)
Pinjam Google juga
Tidak ada Insan Yang Suci Tidak mempunyai Masa Lampau 
Dan tidak ada insan yang berdosa tidak mempunya masa hadapan
Read More

LIve Streaming Amanat Ketua Setiausaha Negara 2013

3:09 PM
LIve Streaming Amanat Ketua Setiausaha Negara 2013
Assalammulaikum.....

Sekarang tengah berlangsung amanat Ketua Setiausaha Negara,Dato' Sri Dr. Ali Bin Hamsa...KAmi sekarang menyaksikan nya secara live streaming di auditorium kerana Amanat Ini berlangsung di PICC(Putrajaya International Convention Centre)...

Kepada penjawat awam lain anda juga boleh mendengar Amanat KSN ini DI SINI melalui pc kamu semua...

Jom dengar amanat KSN ni bersama2...
Read More

Ikrar Rukun Negara

2:11 PM
Ikrar Rukun Negara
Assalammualaikum...



MAKA KAMI, rakyat Malaysia, Berikrar akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip prinsip yang berikut;

Kepercayaan kepada tuhan
Kesetiaan kepada raja dan negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang undang
Kesopanan dan kesusilaan,

Kenapa MV buat entri ni????Semuanya ni ada kena mengena dengan MY hero..Mohamad Haikal Faiz....Satu hari balik dari sekolah dia mula bercerita..biasalah MV setiap hari akan tanya..Belajar apa di sekolah??makan apa??nakal kah???

Dan kali ni dia bertanya.."Mama..tahu kah apa tue iqra???",,,MV pun jawab lah..."iqra tue kan yg alif ba ta...tapi kalau kita baca macam lagu... contohya : aa Ba ta..."

Abg Haikal  : "hish mama ni bukan itu bah...Iqra bah.."Maka Kami..Rakyat Malaysia...."(Lah Ikrar bah pula...abg haikal ni pelat sikit...bukan mcm Kakak Ayu)

MV             : "Abg itu bukan iqra itu ikrar...Kenapa abg tanya???"

Abg Haikal  : " Sebab tadi masa sekolah CIkgu Afy suruh abg pimpin Ikrar(kali ni betul sudah)..tapi abg nda tahu..."

MV             : "oh senang jak bah tue...nnt mama ajar...yg penting kena ingat rukun negara...."

Masa abah dia ambil pun dia tanya macam tue"abah tau apa tue ikrar???"....MV diam sebab takut nnt Abg Haikal Kenakan abah dia...Dan jangkaan meleset bila dengar jwapan My Hubby"tahu bah..Yang "maka Kami..Rakyat Malaysia...Bla Bla (**panjang kalau mau taip sebab My hubby baca sampai Habis)...

"aik Pandai pula abah hari ni"(**penjahat kan punya wife...)...Mestilah Ikrar Rukun negara bah..kalau nda tahu bukan rakyat MAlaysia...Dan Dengar MV terus diam takut kena Kaw kaw oleh HUbby...


**nak g auditorium ni nak tengok amanat Ketua Setiausaha Negara melalui live streaming daripada PICC....
Read More

Persembahan JOzan Kurang Menyerlah Final MLM 2012

12:32 PM
Persembahan JOzan Kurang Menyerlah Final MLM 2012
Assalammualaikum....

Menyirap tak baca tajuk entry MV ni wahai Peminat Jozan?????Sila jangan salah Faham Ok...MV juga adalah salah seorang peminat Jozan.....Tapi Kenapa MV buat Tajuk Mcm ni???semuanya sebab status kawan MV di Facebook...


Macam Sakit Ati pula baca BH hari n sal kemenangan Jozan.psembahan kurang menyerlah dari peserta lain.aku bolih gelak sampai tguling2 dia ckp x lawak..putus urat lawak mungkin penulis tu...(ayat peminat tegar Johan Raja Lawak)

Ni semua gara2 cerita di ruangan Hiburan di Berita Harian....Kononnya persembahan Jozan kurang menyerlah malam Final MLM hari tue...Tapi itu kan berdasarkan undian....dah mereka ramai yg undi..dan mmg sudah rezeki JOzan kenapa harus dipertikaikan pula...

Sama juga lah mcm kes kemenangan Lagu "terukir di BIntang " yang menang AJL baru2 ni....Kenapa harus ada yg tidak puas hati...Bak kata Zizan"mungkin kerana nama Jozan itu sendiri sudah menjadi branding kepada kami,jadi ia akan memberi kelebihan dari segi undian...Kelemahan dan kekurangan diri tetap ada,tetapi kami cuba memperbaikinya"

MV salute dgn JOhan...walaupun baru lepas menjalani pembedahan lutut...Dia turun juga pada malam Final tue walaupun terpaksa menggunakan tongkat...JOzan still BUAT PERSEMBAHAN UTK PEMINATNYA...

tERBAEKLAH jOZAN....Jom layan Video Final JOZan




Read More

Klinik Luyang!!!!!!!!

10:50 AM
Klinik Luyang!!!!!!!!
Assalammualaikum....

Ini sambungan daripada entri INI....hari tue cakap nak sambung..tp ini bukan sambungan cerita yg menyakitkan...Bak kata Izan Mama Mia kalau anda bukan seorang yang sabar..jangan berurusan di Hospital kerajaan....

Oleh kerana Demam Wani tak kebah...lepas jer Hubby balik dr kerja MV terus ajak Hubby bawa adik ke Klinik LUyang...ya klinik kerajaan...Kenapa tak Bawa Ke Klinik Swasta????Bukan xda Klinik Swasta kat kawasan rumah tp dulu pernah bawa Abg Haikal pegi tengah malam....

Tapi apa yg dibayar tak berbaloi dgn rawatan...sekadar cek suhu..lepas tue bagi ubat..doktor pula acuh tak acuh jer...jadi kalau demam yg tinggi mcm ni..MV lebih suka ke Hospital Kerajaan,,,

YA...Klinik luyang dengan tempat tinggal MV mmg jauh...tapi yes berbaloi dgn apa yg kami terima hari tue...Daripada kaunter pendaftaran lagi kami sudah dilayan dengan baik....dtg terus daftar,,,nda sampai 5 minit....

Menunggu utk giliran masuk berjumpa doktor x sampai 20 minit..dah kena panggil...Serius Masa MV masuk dalam bilik...Tengok jer muka doktor tue terus rasa takut..s.ebab mukanya ketat sgt..kelat..hehehe..xda senyum langsung....

Tapi bila dia bersuara....terserlah kewibawaan beliau sebagai seorang doktor...Ya mmg Doktor yg baik...DOktor suruh bawa wani ke bilik rawatan utk masukkan ubat di bontot...MAsuk jer bilik rawatan kami dsambut dengan senyuman oleh jururawat bernama"Dorris LIm"...

Ya mmg layanan terbaeekkkkkk....smpi wani siap main2 lagi dgn nurse disana....dan ada seorang pembantu perubatan tue dia siap buat lawak kat wani.hehehe..serius mg terhibur...

Hampir sejam juga tgu suhu badan wani turun....Dan bila dah nak balik..Wani x mau pakai baju...jadi MV cakap pakai pampers jer lah(**dia pakai pampers moden time tue)...Terus wani jawab"nda malu nnt",,,hehehe...Nurse tue pun ketawa...pintar wani nurse tue cakap...

YA lepas ni...Pegi Klink Luyang jer lah pilihan MV....
Read More

Monday, January 21, 2013

Amboi Ber"mak CIk" pulak!!

10:00 PM
Amboi Ber"mak CIk" pulak!!
Assalammualaikum...

Ingatkan kita jer yg pandai guna kata ganti nama "mak CIk" kepada kawan2 utk bergurau..Rupa2nya budak2 pun guna jugak!!!!!!!!!!!Serius terkejut dengar tadi...Siapa???Cer Teka????????

Siapa??????nak tau sape?????Sape lagi kalau bukan Kakak Ayu....Jom layan dialog dibawah...

Kawan kakak Ayu : "mak cik" bye...(***sambil menciut bahu kakak ayu)

Masa ni MV tak perasan lagi tapi lepas tue...

Kawan Kakak Ayu : "bye bye mak cik!!!(aik nda kan mau bye2 MV pulak)

MV  : Kawan panggil kakak Mak cik..(mv tanya kakak)

Kakak Ayu  : IYa..sebab tadi kakak tegur dia mcm ni"mak cik jangan main lah..."


See...Budak2 pun pandai guna kata ganti nama mcm tue....Terfikir sekejap..Di mana Kakak AYu dengar ni????Dari MV...tak mungkin....Kena cari tahu dr mana puncanya ni...Itu nasib baik dia guna Mak CIk....Kalau dia guna "Der" apa cer.....huhu

Tabung HAW
Pemegang Kad Ambank..Sesuatu utk ANda..
Nak menang Aeon Voucher??
Samsung Galaxy Note ii
Anmum..Sedap!!
Zombi RUN???
Rebat 100% dengan isian tune talk..
JohnsonsSKA
Cantik dengan Nivea???
Read More

Digi iPhone 5

8:00 PM
Digi iPhone 5
Assalammualaikum...


Alhamdulillah rezeki anak2
Alhamdulillah rezeki....MV dapat BE/CPUV lagi daripada NUffnang..SYukur...BE/CPUV yang melekat kali ni ialah Digi iPhone 5..Harap2 BE/CPUV ni melekat lama lah..sebab Ni satu2 BE/CPUV yang masih on going kat blog MV ni


Sape2 yang berminat nak dapatkan Digi iphone 5 ni boleh jenguk DI Sini...Ada 3 plan utk pilihan RM60, Rm93 & RM161...MV berminat juga..tapi kalau ada yang mau sponsor lah..hehehe....

Harga yg ditawarkan pun kira murah juga ni(murah ker????)...So kalau kamu nampak ni iklan sudi2lah jentik..wakaka...tiada paksaan ok.....

Terima kasih sebab masih memberikan peluang utk Blog All About Love ni Merasa BE/CPUV...
Read More

Suprise Dari Kak Mia!!!

5:48 PM
Suprise Dari Kak Mia!!!
Assalammualaikum....

Suprise!!!!!memang suprise....Apa Yang Suprise?????Jom Baca SIni...Yeahhhhhhhhhhh MV dapat Suprise dari Kak Mia sempena birthday Kak Mia ...MV dapat cenderahati daripada kak Mia sebab antara Top Five pengomen di blog beliau....

Ni yg kak mia bagi...


Walaupun x menang Ga KAk Mia..tp merasa juga dapat pendrive ni...mmg suka sangat Kak..tau2 jer MV ni suka benda mcm ni...hehehehe.....

RAsanya tak terlambat nak wish birthday Utk Kak Mia kita...

Selamat Hari Jadi 
Selamat Hari Jadi
Selamat Hari Jadi Kak Mia....
Selamat HAri JAdi

Niat di hati nak ke Petaling JAya...
Jaraknya Jauh maka tak jadi...
MV doakan Kak Mia sentiasa bahagia & berjaya....
Tak lupa Juga Selamat HAri JAdi....


Read More

Bowling Punya cerita

1:55 PM
Bowling Punya cerita
Assalammualaikum....

MAsih Ingat lagi entry INI...MV ada story yg MV bawa pergi main bowling....First time sepanjang usia 27 tahun ni(belum masuk 28 hahahaha...18.11 nnt baru 28...nda mau tua...hehehe)......

Kesakaian jugalah..Sakai ni sama erti dgn jakun....hahaha.....Sabtu MV bawa Kakak AYu sebagai teman...sebab kalau tinggalkan kat Umah nnt mau pengsan Adik MV jaga dorang bertiga....

Dan seperti yang dijangka...longkang tetap jadi pujaan...tapi nda lah point o jer...First punya game MV dapat 55 point,,,Dan second game MV dapat 84 point...yeah..nampak peningkatan tue....MV dapat 2 kali strike..1 spare...

Tapi kakak ayu jugalah..balik2 rumah jer terus cerita...."abg...tadi mama main bowling bikin malu...adakah masuk longkang....Tapi nda juga teruklah sebab ada kawan mama lagi teruk ...balik2 masuk longkang ni..hahahaha"...

See bila Kakak Ayu mula bercerita..sabar jelah..tapi mmg Mama dia masuk longkang juga bah main bowling....hehehe...Dia sebenarnya mau main juga...tp bole semua berat2...Mv pun guna yg 9 kg jak...

Picture MV sedang main takde..hahaha..just picture ramai2 jak....MMg best..lepas ni mau main lagilah.....


***pssst Cik NUr eyeliner yg MV pakai jenis pensil jer....



Read More

Sunday, January 20, 2013

Aku & Dirimu

4:30 PM
Aku & Dirimu
Assalammualaikum...

LAma pula tak menempek gambar tuan punya blog..hahaha....& Dia yg menjadi pujaan hati..& peneman tidur Dimalam hari..hahaha...apa dah..melalut...

Hari ni terasa mau menepek gambar MV & Hubby pula...jadi sila lah jangan ada perasaan cemburu..tak puas hati @ loya dengan gambar yg bakal anda lihat sekejap lagi....





Takde yang cemburu kan...hahaha...gambar ni diambil pada jumaat(18.01.2013)...kenapa ambil pic hari tue??sebab MV sudah sebulan tak pakai eye liner..tiba2 jumaat hari tue mood ber"eyeliner" datang....

MAka terhasilnya makeup yang tak seberapa drpd MV....semuanya COsway...bedak Miyami...Eye shadow..lipsticik..blusher semuanya cosway..Cuma eyeliner jer guna Silkygirl punya....RM7.90 jer...

jangan kutuk lebih2..MV tau makeup MV tak cantik...tapi buli2 lah kan..wakakaada hati lagi....Dan yang paling penting MV suka ni picture sebab My Hubby nampak Hensem sini(**buli2 ar)

TApi Mv pun cantik bah kan???ahaks!!!!soalan x boleh blah.....
Read More

Keyword Listen Listen Listen Menyerang!!!

11:30 AM
Keyword Listen Listen Listen Menyerang!!!
Assalammualaikum....

Fenomena Listen Listen Listen..atau pun virus Listen Listen Listen menjadi keyword yang meletoopppppppp kat Blog All Abou Love MV ni..walaupun x semeletop blog blogger yg terkenal..tp mmg keyword ni menaikkan UV blog MV....

nampakkan ramai yg cari listen3x
Betul2 lah kan..semuanya pasal entry Yang INi & ini....dan merasalah MV dapat UV 4++...hehehe,,,biasalah..selalunya 2++ jer..maklumlah blog x popular..hehehehe....

Rasanya kamu yg buat entry pasal ni pun mmg UV naik mencanak2 kan???

Read More

Cium Aka Kiss

8:30 AM
Cium Aka Kiss
Assalammualaikum..

Cium...Atau bahasa orang putih Kiss....Kakak Ayu bilang kaka nda malu kena cium...kakak suka lagi kena cium depan orang...Kalau nda kena cium..nnt kakak rindu!!!mak ai pengakuan anak dara MV ni boleh buat org terkesima....

Tapi sila baca lagi..Baca Baca Baca..hahaha...terikut2 Listen Listen Listen...jangan marah ar...Sebenarnya Kakak Ayu tanya MV..

KAkak Ayu     :"Mama...kawan bah di sekolah tanya kakak..Ayu nda malu kah kena cium oleh mama Ayu depan kawan2..."

MV               : "jadi apa kakak jawab??kakak malu kah???"

Kakak AYu  : "kakak jawab..buat apa mau malu..mama sendiri juga cium..itu tandanya kena sayang..."lagipun kakak nda boleh bah kalau mama nda cium..kakak rindu bah sama mama...mcm dulu mama pegi KL...2 hari Kakak rasa lama betul..tiada kena cium....


See jawapan dia buat MV terharu...Kakak Ayu bilang...dari kecil lagi mama selalu cium jadi bila 1 hari mama nda cium kakak rindu..alolo...tapi ada betulnya cakap kakak..MMg hari2 MV cium HaikalAYuwani...

Mau ke sekolah...sebelum tidur...masa tidur..bangun tidur...sampai kan si Adik wani pun kalau malam...pandai sudah tgu abah masuk bilik baru tidur..sebab dia bilang"ani belum cium babah lagi..."

Kalau MV xda di bilik..HaikalAyu akan cari MV utk cium dulu baru tidur..Ya anak2 mama...Mama akan cium kamu sampai huung nyawa mama....Abg Haikal bilang"abg pun suka mama cium..abg nda lap..tp kawan2 di sekolah lap muka drg kalau mama drg cium..."

Hehehe...Ciuman tu kan tanda sayang...MV pun cium mak & bapa..RIndu pula dgn mereka berdua

Read More

Saturday, January 19, 2013

Bowling???

10:30 AM
Bowling???
Assalammualaikum..

Hari ni MV nak g Main Bowling..First TIme OK...Anjuran Kelab...Oh tidak...Mesti masuk Longkang nnt...Serius ni adalah first time....huhu...malu nya....

Nnnt MV update pasal First time(sakai) MV mem"Bowlingkan" diri yg tak pernah main bowling....

DUp dap dup dap pula...huhu..tapi sudah bos suruh pegi..kena pegi jugalah....doakan bola tak masuk longkang yea...


***oh ya suara CIk Nur mmg sedap & merdu..lemak berkrim....semalam dia call..nak order PMC....serius mmg mendayu2..hehehehe....
Read More

Bubur Ayam Untuk Wani..

8:30 AM
Bubur Ayam Untuk Wani..
Assalammualaikum...

HAri tue masa wani demam..MV masak bubur ayam utk Wani..sebab masa hari pertama demam dia x mau makan nasi..manja jer..PAling senang nak bagi makan ialah bubur ayam...sebab Mv tahu kalau Wani demam dia akan request bubur ayam MCd...

Tapi sejak McD kena boikot ni jarang pula ke sana..hahaha..nnt kalu pg kang kena kutuk & boikot pulak Mcm Shila Hamzah....Gara2 makan burger Mcd...hehehe....


Pinjam Dari Google..
Hahaha sekadar gurauan...kalau MV pergi ada kah yg mau kutuk???hahaha...OPss sambung cerita ok..MV buat bubur ayam utk Wani...seikhlas & penuh kasih sayang seorang ibu..maka   terhasilnya BUbur Ayam MV Penuh Kasih Syang(**chewah nama..x ble blah langsung)


Tue dia bubur ayam MV Penuh Kasih Sayang..hahaha..abaikan kualiti gambar...sedap tak??ada tercium bau tak???hehehe..jangan marah ya...hahaha..puji masakan sendiri..hehehe..




See keterujaan Wani mau makan bubur yg MV masak...sila abaikan persekitaran dlm picture tue ok...dan kamu mau tau..demam2 dia pun makan 2 mangkuk bubur okey..Wani Wani...Tapi syukur dia suka bubur tue....""Sedap dia bilang"",,

Oh mau terbang rasanya..wakakaka...jangan marah...
Read More

Friday, January 18, 2013

Keseorangan...

5:53 PM
Keseorangan...
Assalammualaikum...




Nampak Gambar di atas....Kakak keseorangan lagi...Abg Haikal demam lagi..dan misi memujuk kakak ke Sekolah mmg payah...dia bilang malas mau sekolah takde abg...

Tengok jer lah muka dia di gambar pertama...Andu bah Kakak..Kelat juga muka kakak ni...senyum bah...Dan bila senyum pula terpaksa....Kakak jangan sedih2 ar...nnt isnin INsyaallah abg Haikal pergi sekolah sudah...

LEpas ni tak mau marah2 ya....Sorry lambat dtg blog kawan2 sebab  MV busy hari ni mesyuarat...kerja...Sorry yea....

TAbung HAW




Read More

Posing Kami Di Pagi Hari

10:00 AM
Posing Kami Di Pagi Hari
Assalammualaikum...

Gambar ni diambil pada hari Selasa (15.01.2013) sebelum ke sekolah...comel kan mereka....


Suka tengok gaya wani dalam gambar ni..cute sgt..hahaha..puji anak sendiri...sila tengok HaikalAyuWani jer k..jangan tengok yg lain2..hahahaha


**ini entry autopublish..MV mesyuarat AJK Tadika KPKPS....
Read More

JAdual Perlawanan Liga Perdana 18.01.2013

9:00 AM
JAdual Perlawanan Liga Perdana 18.01.2013
Assalammualaikum...

Berikut adalah jadual perlawanan Liga perdanan 2013 pada hari ni...

  1. Uitm Fc Vs PDRM -4.45 pm
  2. Betaria FC Vs Perlis  -4.45 pm
  3. Sime darby Vs SPA PC  -4.45 pm
  4. Perlis Vs KL  -4.45 pm
  5. Sarawak Vs Pos Malaysia-8.15 pm
  6. Kedah Vs Johor-8.45pm
**sumber drpd Sini
Read More

Perlawanan Liga Super Sepanjang Januari 2013

7:30 AM
 Perlawanan Liga Super Sepanjang Januari 2013
Assalammualaikum,,,

Berkongsi perlawanan Liga Super yang akan berlangsung sepanjang bulan januari ini...jom tengok dibawah:

18.01.2013

  • Felda United Vs Kelantan - 4.45 pm
  • T-team Vs PKNS -4.45 pm
  • Johor DT Vs ATM - 8.45pm
19.01.2013
  • LIon xii Vs Terengganu  7.45 pm
  • Selangor Vs Pahang   - 8.45pm
  • Negeri Sembilan Vs Perak - 8.45pm
22.01.2013
  • T-team Vs Lion Xii- 4.45 pm
  • Perak Vs Selangor- 8.45pm
  • PKNS Vs Johor DT- 8.45pm
  • Kelantan Vs Negeri Sembilan- 8.45pm
  • Pahang Vs Terengganu- 8.45pm
  • ATM Vs Felda- 8.45pm



Read More