All About Love

Monday, July 7, 2014

Sistem Baru Subsidi Minyak (Diesel Petrol)

9:09 AM
Sistem Baru Subsidi Minyak (Diesel Petrol)
Assalammualaikum...

untuk makluman kawan-kawan..Sesiapa yang belum tukar ic baru yang ada 2 gambar dalam ic tue...diminta tukar segera.Ini untuk membolehkan kita beli petrol kereta mulai september 2014 dengan harga subsidi.Jika tidak kena beli petrol  dengan harga tanpa subsidi.Sumber daripada JPN.

MV dapat wasap berbunyi seperti diatas...hihi mula2 tak percaya tapi tadi dengar kat Hot Fm..itu pun tak jelas sebab hujan lebat..so MV google lah cari sekali dapat yang ni...


Sistem Baru Subsidi Minyak (Diesel Petrol) 1 September 2014 : Semua sedia maklum, rakyat Malaysia akan disajikan dengan mekanisme baru dalam pengagihan subsidi petrol dan diesel bermula September 2014. Sebenarnya bayangan corak sistem subsidi petrol dan diesel yang ingin digunapakai kelak pernah Berita Semasa keluarkan dahulu (DI SINI) pada 5 bulan lepas iaitu awal tahun 2014 ini. Dan akhirnya butirannya terlepas lebih awal daripada dijangka….


Alhamdulillah pada peringkat setakat ini, Berita Semasa dapatkan rasakan corak mekanisme yang ingin digunapakai kelak lebih baik.

Yang mana kerajaan Malaysia merancang untuk mengemaskinikan fungsi MYKAD sedia ada yang akan mengandungi maklumat pendapatan anda semua @
Satu cara lain anda semua boleh juga memohon kad subsidi minyak dari JPJ yang mana butiran seperti maklumat cukai peribadi atau korporat di dalam kad subsidi tersebut.
Kad subsidi akan mengandungi mengandungi maklumat seperti nama pembawa, alamat dan kuota bahan api bulanan.
Ia perlu dilalukan di stesen minyak sebelum mengisi minyak yang diperlukan
Jika pemandu telah melebihi had bahan api yang dibenarkan bagi bulan itu, pemandu tersebut boleh membeli (tambahan) bahan api pada harga pasaran. Sudah bersedia?
subsidi minyak

Butiran Sistem Baru Subsidi Minyak : Jual Petrol Diesel 1 September 2014

Kapasiti enjin Kereta < 2.0 Liter + Gaji <RM5000 Sebulan = Layak Dapat Penuh Subsidi Minyak
Gaji RM5000 – RM10000 Sebulan = Layak Dapat Subsidi Minyak 300 Liter Sebulan
Gaji > RM10000 sebulan = Tidak Layak Dapat Subsidi Minyak
Kereta Plat Asing = Tidak Layak Dapat Subsidi Minyak
Anda tergolong di kategori yang mana satu?
Subsidi Minyak September 2014
Harga Stesen Minyak 2014

Sistem Baru Subsidi Minyak (Petrol Diesel) : Tempoh Perlaksanaan?

Pemilik kereta persendirian : Bermula September 2014
Pemilik kenderaan komersil : Oktober & November 2014

Akhirnya berdasarkan mekanisme seperti di atas ini, kerajaan dapat penjimatan yang tinggi sejumlah RM9.8 bilion. Apa respon balas anda dengan Sistem Baru Subsidi Minyak (Diesel Petrol) 1 September 2014 kali ini? Bersetuju atau tidak? Mengapa?(sumber dari SINI)

So korang dah tukar dah ker ic baru tue??MV dah sebab hari tue Ic hilang dgn duit....huhuhu...kalau belum tukar jomlah tukar...


**betul ker info ni??ada sape2 boleh jawab

Read More

Jadual Perlawanan Separuh AKhir Piala Dunia 2014

8:49 AM
Jadual Perlawanan Separuh AKhir Piala Dunia 2014
Assalammualaikum...

 
Sumber dari SINI
Salam 9 Ramadhan..entry bola lagi..agak lewat sebenarnya entry....sebab semalam MV dah update kat tab tapi ntah xda pula publish so kena retpye balik..hihihi...

Brazil,Germany,Netherlands & Argentina...4 pasukan yang akan mara ke pusingan separuh akhir apabila berjaya melepasi pusingan suku akhir seperti berikut:

Germany Vs Perancis : 1- 0
Brazil VS Colombia : 2-1
Argentina Vs Belgium : 1-0
Netherlands Vs Costa rica : 4-3(Penentuan sepakan penalti)

dengan kemenangan itu maka pusingan separuh akhir piala dunia 2014 adalah seperti berikut:

Brazil Vs Germany - 9 Julai 2014(4.00 am)

Netherlands Vs Argentina - 10 Julai 2014( 4.00 am)

Siapa pilihan korang...MV kena jadi team baru sebab ENgland,belgium dah out...so MV pilih Germany,,,hihi bak kata  contest digi"lalang sampai menang"hihi

CIk rose mesti happy kan sebab Belanda menang.....


Read More

Sunday, July 6, 2014

Selfie kami

1:00 PM
Selfie kami
Assalammualaikum,,,
muka kami sama tak

Baru lepas cucuk 6 bulan
**biarlah org bilang selfie tue sakit jiwa yg penting kami tak selfish
Read More

Saturday, July 5, 2014

Frozen katanya

10:30 AM
Frozen katanya
Assalammualaikum..

My princess Wani Syazwana
Ni peminat tegar frozen..asyik2 nyanyi..let it go let it go..bebaskan bebaskan..hihi....cantik anak dara MV ni..hihi..larik...
Read More

Friday, July 4, 2014

Tunggu Cek Sampai

8:30 AM
Tunggu Cek Sampai
Assalammualaikum..

status dah sent...
Yeahhh cek dah nak sampai..ni cashout ke-3 untuk churp churp biar lah orang bilang sikit janji ada...dan bolehlah bikin tambah2 beli baju raya anak..hihi....sape nak bagi rm 100 free2 kan...

Korang ada yg cashout churpchurp juga kah???
Read More

Thursday, July 3, 2014

Jadual perlawanan Suku Akhir Piala Dunia 2014

9:33 AM
Jadual perlawanan Suku Akhir Piala Dunia 2014
Assalammualaikum...

sumber dari SINI
Hari ini MV kongsikan jadual perlawanan suku akhir Piala Dunia 2014 untuk peminat bola sepak...hihi..oleh kerana pagi tadi takde game so hari ni jalan raya tak jem sgt sebab semua org dok gerak awal kot...

So MV selamat sampai awal dari biasa..selalunya smpi 7.45 pagi..hari smpi sebelum 7.40am...gerak dari rumah 7.18 am...selalunya gerak dr rumah sebelum jam 7 pagi...hihi....

MV pilih Belgium... Selim cakap dia pilih brazil...so korang pula??

Read More

Bantuan Khas Raya Penjawat Awam Dan Pesara Kerajaan 2014

9:11 AM
Bantuan Khas Raya Penjawat Awam Dan Pesara Kerajaan 2014
Assalammualaikum...

Putrajaya: Kerajaan akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai hadiah persiapan menyambut Aidilfitri kepada penjawat awam Gred 1 hingga Gred 54. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar) dalam satu kenyataan semalam, berkata bantuan khas itu akan turut dinikmati 684,000 pesara kerajaan, yang akan menerima RM250 setiap seorang sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka. 

Pembayaran akan dibuat pada 15 Julai ini yang membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta. 

Kerajaan berharap bayaran bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi menyediakan persiapan menyambut Hari Lebaran, katanya.(sumber dari Berita Harian)

Alhamdulillah syukur,,,dapat meringankan beban untuk sambutan perayaan dan belanja harian...RM 500 untuk penjawat awam dan RM 250 untuk pesara kerajaan...Tak nak mengeluh sebaliknya bersyukur...

Orang bilang rezeki jangan ditolak..hihi...dan buat penjawat awam negeri Selangor alhamdulillah bonus sebulan gaji..rezeki masing2..jangan ada yg tak puas hati....


Read More