All About Love

Monday, November 7, 2016

Awak Sangat Nakal!

8:55 AM
Awak Sangat Nakal!
Assalammualaikum...
Image result for awak sangat nakal sinopsis
PInjam Google
Awak sangat nakal drama yang menggantikan suri hati Mr.Pilot yang akan start malam ni di astro ria dan ria hd jam 10.00 malam..setiap isnin hingga khamis...

MV tertarik dengan watak ayda jebat..kalau nak follow drama ni memang x dapat lah..so kita dalam misi mencari novel ni dekat popular hihi

Bila baca sinopsis dari novel ni,terus makin laju betul mau membeli ni novel..harap2 dapat lah...

Pertemuan antara Johan Rizqin dan Erine Johanna bermula apabila gadis itu ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah. Oleh sebab dia kebosanan duduk di kampung, Erine menjadikan Johan Rizqin, mangsa usikannya. 

“Eh, saya nak panggil awak apa eh? Johan Rizqin tu, nama yang panjang tu.”
“Jo..”
“Jo apa? Joe Jambul? Jongang? Joyah? Jongos?”

Masalahnya, Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humaira, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan perasaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran. 

Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta, tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah itu. 

Gara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasi yang disimpan Mak Munah selama 23 tahun. Erine kemudian mula merancang dan membuat pakatan sulit untuk menyelamatkan Johan daripada dibunuh. Tapi, sehebat mana pun rancangannya, hebat lagi perancangan Allah SWT. 

Adakah pengorbanan Erine kepada Johan, tidak sia-sia? Atau, hidupnya berakhir dengan hukuman mati?

“Apa abang pula... Ini dia, depan abang ni, budak nakal. She turned her can’ts into cans, and her dreams into plans. She is Erine Johanna. Awak sangat nakal, tapi sebab itulah abang sayang.”

Kalau tak boleh... paksa sampai boleh!

Read More

Sunday, November 6, 2016

OST Suri Hati Mr Pilot (selamanya Cinta)

2:30 PM
OST Suri Hati Mr Pilot (selamanya Cinta)


Assalammualaikum....

Lagi belanja ost suri hati mr.pilot..kali ni lagu selamanya cinta dari shilla hamzah dan alif satar...

Pabila Ku Lihat Senyumanmu,
Terdetik Memori Pertemuan,
Kali Pertama Kita Berdua.

Ada Sesuatu Tentang Kita,
Kemesraan Bersama Membuatku Alpa,
Tak Pernah Terlintas Untuk Aku,
Kehilanganmu.

Aku Tahu..
Aku Tahu Kau Juga Pun Turut Rasakan Itu,
Lebarkanlah Sayapmu Ke Pangkuanku,
Agar Bayangan Hitamku ….. Berlalu.

Tanpa Cintamu,
Ku Merasakan Hidup Tak Lagi Bererti,
Tanpa Dirimu … Aku Rapuh.

Tiada Tanda Tanya,
Tentang Ketulusan Kasih Kita Berdua,
Bersemi Cinta,
Ku Harap Kita Kan Selamanya Cinta.

Ho …Hooo,
Jarak Itu…
Buat Ku Celaru…
Memikirkanmu Merindukanmu,
Namun Itulah … Menguatkan Cinta Kita.

Tanpa Cintamu,
Ku Merasakan Hidup Tak Lagi Bererti,
Tanpa Dirimu Aku Rapuh.

Tiada Tanda Tanya,
Tentang Ketulusan Kasih Kita Berdua,
Bersemi Cinta,
Ku Harap Kita Kan Selamanya Cinta,

Tanpa Cintamu,
Ku Merasakan Hidup Tak Lagi Bererti,
Tanpa Dirimu Aku Rapuh,

Tiada Tanda Tanya,
Tentang Ketulusan Kasih Kita Berdua,
Bersemi Cinta,
Ku Harap Kita Kan Selamanya Cinta,
Bersemi Cinta,
Ku Harap Kita Kan Selamanya Cinta.(credit untuk SINI)

**hari ni entry pasal lagu jer.haha
Read More

IRFAN HARIS - REDHA (OST. SURI HATI MR PILOT)

7:00 AM
IRFAN HARIS - REDHA (OST. SURI HATI MR PILOT)

Assalammualaikum....

Belanja lagu ni untuk peminat drama Suri hati Mr .pilot...Wardah dan ejaz...Semua mesti rindu kat diorang kan..MV tak follow..tapi MV suka lagu ni...
Read More

Saturday, November 5, 2016

Tajul - Sedalam Dalam Rindu (Official Lyric Video)

12:56 PM
Tajul - Sedalam Dalam Rindu (Official Lyric Video)


Assalammualaikum...

Layan lagu sedalam dalam rindu terus teringat arwah Achik SPin....Mula-mula dengar terus aik suara macam pernah dengar ....bila tengok muka terus cakap ...macam arwah achik spin..

then scroll lah mau tau sapa Tajul ni...bila baca komen..oh adik kepada ARwah Achik spin .....patut lah sama....

Oh ya...dengar lagu ni terus teringat zaman 90an..lagu tangkap leleh macam ni...biarpun mendayu tapi laku keras.....suka bila lagu rentak macam ni ada semula.....

Layan yea...(**MV kerja hari ni....misi siapkan katalog..kebetulan bertugas buka bilik seminar so kit abuat kerja apa yang patut...shelving buku then katalog)
Read More

Hasil

7:00 AM
Hasil
dah boleh cashout
Assalammualaikum....

MV memang aktif dengan 8Share .... walaupun lambar orang bilang tapi dengan 8share ni dah banyak kali juga cashout... ras2nya kalau kumpul mau 5++ juga sudah .... dari zaman says.com lagi...memang terbaik dorang ni..

kita cashout memang  kita dapat duit tue....so korang kalau yang berminat boleh lah daftar kat sini 


Untuk nuffnang pun duit makin bertambah....tapi belum masanya mau cashout...tunggu lah hujung tahun ni..tengok macam mana ..setakat ni dah 4 kali buat pengeluaran.... paling last 2014....sebab masa tue aktif lagi...

bayangkan bah...dari 2015 sampai 2016..setahun sudah baru dapat rm141.24 hihi...bolehlah kan...sebab blog biasa2 jak kan....berblog pun sebab suka menulis...so dapat side income macam ni kira rezeki lah kan...
Read More

Friday, November 4, 2016

Mr.Donut Karamel dan Lengloi

8:50 AM
Mr.Donut Karamel dan Lengloi
2  lagi tambahan koleksi novel

Assalammualaikum...

Menambah Koleksi Novel... Mr. Donut Karamel menjadi pilihan bersama LengLoi...takpa MV siapkan dulu buku-buku yang mau dikatalog..lepas ni baru fokus baca novel dengan aman hihi...

Oh ya Mr donut Karamel ni tengah main kat TV...Slot lestary TV3 jam 9 Malam.... Ni Mv kongsikan Sinopsis dari belakang novel 

Kisah seorang novelis bernama Anggun Qairah yang kerjanya menulis dan makan donat karamel di sebuah kafe. Hari-hari tanpa jemu. Di situ dia mencurahkan ilham. Di situ dia khusyuk dan tenggelam dalam dunia ciptaannya.

Suatu hari dia bertemu dengan Faiq Faiqal secara tidak sengaja dalam satu kemalangan kecil yang merosakkan segala khazanah pentingnya. Cermin mata dan komputer ribanya hancur digilis kereta. Dengan rasa simpati, Faiq membantu Anggun dan menggantikan dua barang penting milik Anggun. Anggun yang rabun, tidak cam siapa lelaki yang melanggarnya.

Faiq pula sudah gila bayang. Dia, CEO Design Dynamic Berhad turun pangkat sebagai pelayan di Kafe Donat Karamel semata-mata kerana mahu mendekati gadis idamannya dengan menyamar sebagai Rafiqi. Rafiqi yang konon-kononnya meminati semua karya garapan Anggun.

“Kenapa? Cik ingat tak ada lelaki yang baca novel ke? Lelaki yang baca novel tu sangat gentleman tau, cik.”

Hari demi hari hubungan mereka semakin berkembang mekar sehinggalah Zhariff, lelaki sekampung dengan Anggun, mula mengganggu hubungan mereka. Namun, hubungan mereka tetap kukuh sehinggalah hari bersejarah mereka.

Anggun kecewa bila tahu Rafiqi yang sebenarnya adalah Faiq. Dia rasakan Faiq tidak ikhlas bila Faiq tidak jujur dan menipunya selama ini. Bermulalah misi ops pikat isteri yang dijalankan oleh Faiq. Pelbagai adegan lucu yang Faiq ciptakan.

Zhariff pula tidak jemu meminta-minta Anggun daripada Faiq. Sebagai suami Faiq rasa tercabar. Anggun pula salah faham bila terdengar pertengkaran mereka lalu membawa diri ke kampung. Bahagiakah Anggun di sisi Faiq? Faiq pula, masih ada lagikah kesabaran dalam menempuh rumah tangga yang dibina? Cinta perlukan kesabaran. Faiq pasti, akan ada bahagia di penghujung jalan.

Nampak menarik kan..nanti MV review yea.... dan MV bagi juga sinopsis novel lengloi 

Seorang demi seorang cuba membuka perniagaan di Lot 55, sayangnya semua berhadapan dengan gangguan yang menakutkan. Seorang demi seorang mati dalam keadaan tragis menjadikan kedai di Lot 55 itu semakin digeruni dan dikatakan berpuaka. Semuanya tewas di tangan Lengloi. Kehilangan Suzy juga langsung tidak dapat dikesan. Siapakah yang dipanggil Lengloi? Dari mana asalnya dan kenapa dia menghuni Lot 55? Apa yang dimahunya? Ke mana Suzy menghilang?

“Kematian seseorang manusia itu tak dapat dilewatkan atau dicepatkan walau sesaat. Apabila sampai masanya, tercabutlah roh dari jasad. Cara sahaja yang berbeza.” –PAK CIK KASIM

“Saya akan cari jalan. Saya mahu bomoh bunuh itu hantu.” LIM 

“Gua cinta lu sampei gua mati.” – SUZY


Nda sabar mau baca.....hihi...lepas habis satu novel baru baca 2 novel ni....




Read More

Throwback #spent time with family#

7:30 AM
Throwback #spent time with family#

Assalammualaikum...

Ni gambar masa bawa anak2 jalan masa hujung minggu ...tak ingat bila..tapi saja bawa dorang jalan2 pegi 1b dan belikan dorang barang...

Anak-anak ni kadang2 kita belikan barang yang murah pun dah puas hati ,

Read More