All About Love

Tuesday, May 3, 2016

Drama Dia Semanis Honey

11:14 AM
Drama Dia Semanis Honey
Assalammualaikum...

pinjam google
Dia semanis Honey...siri drama baru di astro ria mengantikan suami tanpa cinta jam 10 malam di astro ria ...lakonan siti nordiana...alif satar...lakonan siti nordiana setelah lama tak berlakon...dan drama ni adaptasi dari novel dila dyna...

pinjam google 
Bila baca sinopsis novel 

Sinopsis:-

Bagi Hani, pertunangan ni tak sepatutnya berlaku. Bagi Ahnaf pula, pertunangan ini diterima hanya kerana taatnya seorang anak.

Perbalahan semi perbalahan akhirnya membibitkan cinta. Tetapi saat diri sudah bersedia untuk bergelar suami, muncul pula Ariana menghancurkan segala impiannya untuk hidup bersama Hani. Hani ditinggalkan….

Tiga tahun berlalu, Ahnaf kembali setelah sekian lama menyepi. Kembalinya lelaki itu saat Hani punya Adam di sisi, dan kehadiran Bella di sisi Ahnaf mengukuhkan lagi tembok pemisah antara mereka.

“Buat apa pulak I nak terhegeh-hegeh berbaik dengan you sedangkan you dah ada Bella, dan I dah ada
Adam!” ~ Hani.

“You tak perlu ingatkan I pasal Adam. Sebab I dah jelas dengan kedudukan kita sekarang!” ~Ahnaf.

“Baguslah kalau you dah tau. Lepas ni, tolong jangan tanya soalan yang berkaitan dengan ‘kita’. Sebab perkataan ‘kita’ tu dah lama tak wujud antara you dengan I.” ~Hani.

Adakah perkataan ‘sahabat’ itu hanya dibibir saja, sedangkan hati berbisik mengimpikan sesuatu yang lebih dari sekadar sahabat. Akan bersatu semula dua hati yang masih memendam cinta di hati masing-masing, atau pertemuan ini hanya akan berakhir dengan perpisahan sekali lagi?

Adakah pertemuan sekali lagi ini akan mencipta sekali lagi perpisahan? Atau… akan menjadi titik penyatuan dua hati untuk selama-lamanya?”

“Kita bertemu, kita berpisah dan kemudian bertemu semula….”

Bila baca sinopsis nampak menarik drama ni..semalam episod 1 pun dah ok..pelakon pun ok...lagu ost drama ni pun nostalgia...memori berkasih...teringat zaman bercinta hihi..nak kena cari novelnya ni..baru lah best...membaca itu lain moodnya kan..hihi..

Sapa follow ceta ni...kita geng 
Read More

Sunday, May 1, 2016

'Pekerja Tonggak Kemakmuran Negara'

10:57 PM
'Pekerja Tonggak Kemakmuran Negara'

Assalammualaikum...

'Pekerja Tonggak Kemakmuran Negara'..tema sambutan hari pekerja tahun 2016. Cuti hari ni..

Foward smpi esok.. So selasa baru kita kerja. Tapi  tak serupa cuti pun hihi.. Sebab tadi pergi mesyuarat pibg sekolah haikalayu...

Alhamdulillah  hujan hari ni di bumi sabah.. So stay duduk rumah jer.. Masak2..first time masak ayam masak lemon... Tapi gmbr x sempat ambik..

Korang pula pergi mna?

Read More

Kisah KPJ Colour Run 22 April 2016

7:30 AM
Kisah KPJ Colour Run 22 April 2016
Assalammualaikum....
kenapakah aku begitu
Ini cerita KPJ COLOUR RUN 2016... kali ini run bawah HaikalAyu...untuk 5km..Kami drive sendiri pergi tanjung lipat sebab Mr Velentine jaga wani dan syamimi di rumah.Dalam keadaan kakak yang x sihat.tapi mau juga join..MV berharap haritu agar dorang ok2 saja...
peace../.yeah habis juga
Sebelum run kami sempat warm up dengan zumba...walaupun hanya sempat beberapa minit sahaja...masa ni mula risau sebab tengok keadaan kakak...tapi si abang excited punyalah sampai tak sabar mau run...
muka penuh peluh 
Run kali ni 5km sahaja...bila sudah start lari dalam 10 minit tue ..kakak mula nampak pucat dan tak ok...sedangkan abang pula elok jak semangat..dan bila smpi check point pertama..MV bagi kakak minum air..lepas tue dia mula ok
with my kembar tahun 
Tapi abang haikal pula yang mula nampak lemas...siap dia mau duduk..tapi MV paksa dia jalan..sebab kalau dia duduk confirm pengsan..lagipun tiada nampak orang perubatan...so MV paksa dia jalan...
pinjam medal mama & uncle rayner
MV terpaksa tinggalkan dorang di tangjung lipat sebab jauh lagi nak habiskan...dan memang dorang tak mampu ....dorang duduk di simpang...nampaknya dorang hanya mampu 2 km jak...
minum isotonik...refill tenaga
MV teruskan larian sendiri...teruskan dengan selaju yang boleh sebab fikir anak aku di sana...mesti cepat.....
sebelum run 
dan alhamdulillah MV menghabiskan larian kali ni dengan masa 1 jam 1minit 31 saat...agak baik ,,,dari larian sebelumnya....lepas ni mau cari2 next larian..berlari untuk sihat..dulu mula2 lari rasa sakit2 badan....


with my ofismate
sekarang nda sdh...sapa2 sabahan yang follow blog MV(**adakah)..boleh lah share2 run yang akan datang k..
Read More

3 budak kaca mata

7:21 AM
3 budak kaca mata

Assalammualaikum...

Tu dia.. 3 beradik posing.. Siap susun 123..abg haikal kakak ayu kakak wani...

My budak kaca mata... Membesar dengan sihat yea.. Abaikan kata2 orang.. Comel bah ank2 mma ni pki spek...

Semoga dipermudahkan kan peperiksaan abg haikal dan kakak ayu esok.. Jawab elok2..jgn lupa baca bismillah... Baca dan faham soalan k

Read More

Fitness dance 2.0 by lentera tari

7:03 AM
Fitness dance 2.0 by lentera tari

Assalamualaikum

Semalam mv join fitness dance by lentera tari bertempat di stadium universiti malaysia sabah bersama dengan kawan mv dan haikalayuwani.

Bayaran hanya rm2 seorang. Cuma wani rm3 sebab dia daftar di hari kejadian so ada extra rm1.

Berdance selama 2 jam bermula pada jam 4 hingga jam 6..program ni berjya ditamatkan .habis jk terus hujan turun...

Agak kaku di situ sebab kali pertama join. Tapi syukur juga.. Dapat lh membakar lemak mna yg patut..

Ini adalah misi kurus 2016..tapi x mau hnya based on diet.. Tapi kena ada senaman.. Bak hastag semalam #stayhealthystaybeauty...

Jom kita sihat sama2..oklh nak ready to attend meeting pibg sekolh haikalayu...

Read More

Saturday, April 30, 2016

Shawl dua Muka

7:30 AM
Shawl dua Muka
Assalammualaikum...

mama & kakak Ayu terjebak dengan shawl dua muka

Lagi entry tentang shawl dua muka..Ingat tak entry ni...oleh kerana sekarang kakak Ayu dah mula bertudung ..so tiap kali jalan nak bagi dia pakai tudung..kalau kakak ayu yang pilih dia akan pilih satu jenis tudung jer...tudung main masuk..asyik tudung tue jer...

nampak sesuai dengan dia 
Kebetulan MV ada shawl yang MV dapat dari join contest d blog...dengan itu MV gayakan shawl dua muka untuk kakak Ayu...tak payah beli baru..nampak sesuai pula kakak Ayu bershawl...

MV banyak bawal Aidijuma cuma kakak Ayu macam kurang nak pakai..lgpun dia belum pandai mau pakai bawal...so mama lah yg uruskan tudung dia....

Cantik pula dia pakai shawl mcm ni..lebih sesuai...kalau mama pakai tak cantik sgt
Read More

Friday, April 29, 2016

Akhirnya Dapat Iklan CPUV

7:30 AM
Akhirnya Dapat Iklan CPUV
walau tak banyak tapi syukur

Alhamdulillah dapat 6 CPuv ....akhirntya setelah hampir 3 bulan x dapat CPUV..kali ni terima kasih nuffnang...

Korang2 yang sudi datang dan bantu tambah2 nilai nuffnang tq juga ya....sikit lagi nak RM100...tengok nnti kita cashout...

Tak banyak macam korang punya tapi syukur apa adanya.


Read More