All About Love: sinopsis drama dia semanis honey
Showing posts with label sinopsis drama dia semanis honey. Show all posts
Showing posts with label sinopsis drama dia semanis honey. Show all posts

Tuesday, May 3, 2016

Drama Dia Semanis Honey

11:14 AM
Drama Dia Semanis Honey
Assalammualaikum...

pinjam google
Dia semanis Honey...siri drama baru di astro ria mengantikan suami tanpa cinta jam 10 malam di astro ria ...lakonan siti nordiana...alif satar...lakonan siti nordiana setelah lama tak berlakon...dan drama ni adaptasi dari novel dila dyna...

pinjam google 
Bila baca sinopsis novel 

Sinopsis:-

Bagi Hani, pertunangan ni tak sepatutnya berlaku. Bagi Ahnaf pula, pertunangan ini diterima hanya kerana taatnya seorang anak.

Perbalahan semi perbalahan akhirnya membibitkan cinta. Tetapi saat diri sudah bersedia untuk bergelar suami, muncul pula Ariana menghancurkan segala impiannya untuk hidup bersama Hani. Hani ditinggalkan….

Tiga tahun berlalu, Ahnaf kembali setelah sekian lama menyepi. Kembalinya lelaki itu saat Hani punya Adam di sisi, dan kehadiran Bella di sisi Ahnaf mengukuhkan lagi tembok pemisah antara mereka.

“Buat apa pulak I nak terhegeh-hegeh berbaik dengan you sedangkan you dah ada Bella, dan I dah ada
Adam!” ~ Hani.

“You tak perlu ingatkan I pasal Adam. Sebab I dah jelas dengan kedudukan kita sekarang!” ~Ahnaf.

“Baguslah kalau you dah tau. Lepas ni, tolong jangan tanya soalan yang berkaitan dengan ‘kita’. Sebab perkataan ‘kita’ tu dah lama tak wujud antara you dengan I.” ~Hani.

Adakah perkataan ‘sahabat’ itu hanya dibibir saja, sedangkan hati berbisik mengimpikan sesuatu yang lebih dari sekadar sahabat. Akan bersatu semula dua hati yang masih memendam cinta di hati masing-masing, atau pertemuan ini hanya akan berakhir dengan perpisahan sekali lagi?

Adakah pertemuan sekali lagi ini akan mencipta sekali lagi perpisahan? Atau… akan menjadi titik penyatuan dua hati untuk selama-lamanya?”

“Kita bertemu, kita berpisah dan kemudian bertemu semula….”

Bila baca sinopsis nampak menarik drama ni..semalam episod 1 pun dah ok..pelakon pun ok...lagu ost drama ni pun nostalgia...memori berkasih...teringat zaman bercinta hihi..nak kena cari novelnya ni..baru lah best...membaca itu lain moodnya kan..hihi..

Sapa follow ceta ni...kita geng 
Read More