All About Love

Thursday, April 28, 2016

Karangan Cita-Cita Saya

7:30 AM
Karangan Cita-Cita Saya
Lucu baca ni
Assalammualaikum....

Karangan cita-cita saya,,mesti kamu ingat kan dulu-dulu time sekolah rendah cikgu suruh buat karangan cita-cita saya.Masa tu ramai yang tulis mau jadi cikgu,pegawai bank,polis,doktor,peguam,artis.

MV ingat lagi..masa tue MV tulis mau jadi kerani bank...hahaha..nampak tak..nampak ..punya lah cita2 yang low jak...dan bila HaikalAyu ada task yang sama untuk karangan bahasa melayu dorang,nampaknya ada seseorang yang follow MV...

Abang haikal buat dia mau jadi peguam,supaya dapat beli rumah besar,melancong,bawa mama babah jalan...

Tapi paling nda sangka My Ayu Syamirah buat Cita-cita dia mau jadi Pembantu perpustakaan.Kerja yang MV buat selama 9 tahun.Tergelak bila baca.Tapi dalam masa yang sama ada sedikit bangga dengan anak gadis MV ini...

Nampak macam annoying tapi rupanya dalam diam dia menjadi mama dia ni sebagai idola...Dan dalam hati "ok selama 9 tahun ni aku memang berjaya lah menjalankan tugas sebagai Pembantu Perpustakaan sebab anak aku sendiri mau jadi macam aku"

Menjadi seorang pembantu perpustakaan itu mungkin nampak lucu bagi sesetengah orang..Tapi bagi Mama...Kakak cuba lah usaha yang terbaik...Sebab masuk government ni tak senang....

Semoga cita-cita anak MV tercapai.Amin.Ini mungkin cita-cita dorang masa 9 tahun.Nanti kita tengok tahun akan datang.Biasalah pandai berubah2 itu cita2




Read More

Wednesday, April 27, 2016

Wordless Wednesday#CaraMenghadapiorangyangsukasakitkanhatikita#

2:30 PM
Wordless Wednesday#CaraMenghadapiorangyangsukasakitkanhatikita#

Tengok bola at stadium Likas #sabahvsjdt2#

7:30 AM
Tengok bola at stadium Likas #sabahvsjdt2#
our quality time
Assalammualaikum.... 

Cerita jumaat lepas...Tengok bola Sabah Vs JDT 2...aktiviti santai bersama.Tak menang..Kalah 1-0..Perlawanan yang penuh kontroversi...dengan sepakan penalti yang nda masuk..


Aduina pemain import sabah dari Brazil...Marco Tulio Lopes...Adey kau buat peminat sabah kecewa ok...kenapa kah kau tendang penalti macam gitu...peluang dapat satu mata lebur begitu sahaja...


Kenapa bah kenapa bah..hahaha...satu jak lah mau cakap..Pasukan Sabah tahun ni ..tiada stirker aka penyerang.Serangan ada tapi tiada penyudah. Pemain import dari nigeria ni pula satu hal ...Prince Tochukwu Nnake...


Tinggimu sangat lah menang..tapi mainan mu adui bikin kecewa..bikin gerigitan orang bilang...panjang jak kaki...hahaha...Malam tu Pemain Sabah Leopord Alfonso kena red Card di minit akhir perlawanan yang bagi MV Reff buat tindakan kili(gila)...

Haha....ini adalah luahan peminat bola yang team yang di sokong kalah..itulah pasal..ayat semua menyalahkan ...haha..tapi dalam menyalahkan tetap beri sokongan dengan turun menyaksikan perlawanan di stadium....


Walau tau kemenangan tue mustahil tapi harapan itu mengunung..So Sabah please Wake UP....
Read More

Tuesday, April 26, 2016

Shawl Dua muka Buat sendiri

7:30 AM
Shawl Dua muka Buat sendiri
Assalammualaikum...
dulu fikir banyak kali mau pakai shawl skg 5 minit pun siap sdh..
Shawl dua muka buat sendiri...MV kalau beli tudung jarang beli yang instant,.,,sebab tak kena dengan muka tapi bila tengok video tuto shawl dua muka buat sendiri guna shawl yang kita ada..
nilah kalau pakai hp murah...terpaksa selfie tinggi sikit haha
Nampak senang so cuba lah pakai guna shawl yang ada..dan yeahhh siap...senang nda payah mau belit sana belit sini...selalu bersiap plus makeup mau setengah jam...tapi bila buat gaya gini nda sampai 30 minit yo...sudah siap

Kalau korang nak cuba ni Videonya

Read More

Monday, April 25, 2016

Estranged Feat Fazura - Hancur Aku (Official Music Video)

7:30 AM
Estranged Feat Fazura - Hancur Aku (Official Music Video)
Assalammualaikum...



Apa khabar teman
Ku perlu bicara
Kerna aku hilang
Tanpa kamu

Apakah ertinya
Ketemuan ini
Ku merindukan kehadiranmu

Hancur hancur aku
Bila-bila saja
Hancur hancur aku

Hancur hancur aku
Bila-bila saja
Hancur hancur aku

Apa khabar teman
Ku tunggu bicara
Harap engkau cari
Diri aku

Apakah ertinya
Kesudahan ini
Patutnya kau rindu
Kehadiranku

Hancur hancur aku
Bila-bila saja
Hancur hancur aku

Hancur hancur aku
Bila-bila saja
Hancur hancur aku


**suka lagu ni...wani pandai nyanyi lagu ni
Read More

Sunday, April 24, 2016

8 Tanda Badan Anda Bertoksin

7:30 AM
8 Tanda Badan Anda Bertoksin
Assalammualaikum ...


  1. Sembelit - Normal kita membuang air besar dua kali sehari.
  2. Kembung Perut- Bila usus tidak bersih dan penuh toksin ia akan menyebabkan angin terperangkap dan menyebabkan perut kembung.
  3. Sakit Kepala -Bila badan bertoksin kita akan kerap mendapat sakit kelapa
  4. Letih dan lesu - Toksin yang berkumpul dalam badan umpama racun yang akan mencuri tenaga dan membuatkan kita letih dan lesu
  5. Mulut Berbau - Usus yang kotor akan menyebabkan bau mulut yang kurang menyenangkan orang sekeliling.
  6. Perut buncit - Najis yang terkumpul lama dalam usus akan mengeras dan tempat angin berkumpul sekaligus menyebabkan  perut kita boroi.
  7. Kulit Kusam - Detoks bagi membersihkan maslaah toksin pasti kulit muka tidak lagi kusam 
  8. Kemaruk Makan - Bila badan kita bertoksin akan menyebabkan kita tidak mampu mengawal cara makan dan akan sentiasa berasa lapar.
8 Tanda Badan kita bertoksin.Dulu MV mengalaminya seperti tanda no.3.Memang kerap sakit kepala,perut buncit.

Alhamdulillah sekarang tak lagi.So kawan2 yang ada tanda2 ini  detoks adalah penyelesaiannya.Banyak produk detoks yang dijual.Boleh lah pilih.Macam MV cukup dengan minum mineral coffee sehari sekali.

Sembelit memang takda dalam istilah.Bila guna Mineral coffee magrain pun hilang.Ini bukan promo produk cuma nak berkongsi sahaja.

Jom Sihat dan cantik bersama-sama.


Read More

Saturday, April 23, 2016

10 Sebab Berat Badan Susah Nak Turun

8:00 AM
10 Sebab Berat Badan Susah Nak Turun
Asssalammualaikum...

HAri ini MV nak kongsikan 10 sebab kenapa berat badan susah nak turun.Berkongsi melalui pengalaman sendiri.Dan sememangnya memang betul.
  1. Minum air bergula - Terlalu banyak minum air bergula memang berat susah nak turun.Apatah lagi kalau minuman segera  seperti 3in1,air berkabornat/air gas.Dulu MV ni memang tiap hari minum air cola/sprite,,,dan memang berat susah nak turun.Bila oktober 2015 MV tinggalkan air manis ni ...Dan memang berat itu turun dengan mudah.
  2. tidur yang tak teratur - Tidur yang tidak teratur memang akan menyebabkan berat susah turun.MV tak taulah kalau yg lain.Tapi kalau MV tidur tak cukup memang berat MV akan naik.
  3. tidak ambil sarapan - Nak diet mcm mana pun sarapan tue wajib kena ambil.Dulu mula-mula nda percaya.Tapi bila membiasakan diri ambil sarapan baru tahu kesannya.
  4. makan terlalu cepat - Makan terlalu cepat.Iaitu makan tanpa mengunyah,Ini tabiat MV makan laju sangat.Makan main telan jer,,hahaha...makanan tak hadam.
  5. kurang minum air kosong - Kalau perasan kan bila ambik produk untuk kuruskan badan cantikkan muka mesti ada pesanan.Sila air air kosong secukupnya.So pastikan korang ambil air kosong ikut keperluan badan.
  6. makan tak cukup fiber - Pastikan kita ambil makanan yang cukup fiber mcm oat,jagung,kacang,pasta ,roti berserat
  7. badan bertoksin - bila badan bertoksin memang selera makanan akan menjadi-jadi.So ambil langkah untuk buangkan toksin dalam badan.
  8. malas melakukan aktiviti fizikal - Ini mungkin jadi masalah utama.Tapi ramai yang tak tahu bila kita menyapu moop lantai,dan buat semua kerja di rumah sebenarnya kita  telah membakar kalori,kalau tak dapat jogging ...buat workout d rumah ...
  9. makan tak cukup protein - Pastika kita ambil makanan yang cukup proteinnya.
  10. makan lewat malam - Ini kunci utama.Jangan makan lewat malam.Makan malam hendaklah 4 jam sebelum tidur.
Ini berdasarkan apa yang MV alami.Tinggalkan air manis 3 bulan memang berat turun.Sampai sekarang kalau nak minum air manis MV minum sikit.Bukan setakat air manis.Air sejuk pun memang jarang minum sudah.

Jom sihat dan cantik bersama-sama.

Read More