All About Love

Sunday, June 14, 2015

Hidayahmu ramadhan-Samarinda TV3-

8:30 AM
Hidayahmu ramadhan-Samarinda TV3-
Assalammualaikum..

sumber google
Hidayah dan Nazir adalah sepupu yang sangat rapat walaupun mereka berasal daripada latar belakang yang berbeza. Ibu bapa mereka jarang berhubung kerana orang tua Nazir memandang rendah terhadap keluarga Hidayah yang miskin. Selepas 11 tahun, Nazir kini graduan universiti yang sedang mengikuti semester terakhir manakala Hidayah pula seorang pelajar Tingkatan Enam. Hidayah bercita-cita untuk menyambung pelajarannya di menara gading seperti Nazir. Namun segalanya berubah kerana ibu bapanya meninggal dunia dalam kemalangan. Ibu bapa Nazir enggan menjaga Hidayah. Jadi, Nazir mula memberi perhatian keatas Hidayah dan mereka sering berkongsi masalah. Ibu Nazir mahu memisahkan mereka berdua kerana tidak rela memberi Hidayah sebagai menantunya jika Nazir mula menyanyangi Hidayah seperti teman istimewanya.(credit SINI)

Cerita ni MV suka...kenapa...mengisahkan hubungan adik beradik yang hanya bedasarkan pangkat dan harta...di permulaan cerita...bapa hidayah meninggal Pak Long Hidayah bagi pinjam duit rm2000.00...

Lepas jer selesai pengebumian arwah ayah hidayah...Pak Long terus kira duit sumbangan dari orang kampung..masa tu RM475.60....terus Pak Long ambik RM450.00 untuk potong hutang rm2000 tinggal 1550...perghh kalau lah jadi kat kita mcam mna....

Lepas tue sampai hati pula biarkan adik sendri kesusahan..dihalau..dihina...terlalu ikutkan kata si isteri...Masyaallah...moga dijauhkan dari golongan seperti ini...

Sapa yang tengok ceta ni..mesti menangis kan tengok episod 1 n 2...huhu....sapa yang x tengok..cerita ni main kat tv3 slot samarinda...jam 10.00 mlm...
Read More

Saturday, June 13, 2015

DRama Maid Astro Ria

8:30 AM
DRama Maid Astro Ria
Assalammualaikum..
pinjam google 
Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.


Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?(sinopsis kulit novel)

Drama baru MAID astro ria mulai 15 jun 2015 jam 10.00 malam setiap isnin hingga jumaat..lakonan Zul Ariffin Dan ayda jebat....

MV tak pernah baca lagi novel ni..tapi org cakap best..nak cari kat sabah ni susah sikit..sapa ada novel ni pinjam blh tak hihi
Read More

Friday, June 12, 2015

Qu Puteh Qu Puteh Barulah Putih

6:00 PM
Qu Puteh Qu Puteh Barulah Putih
Assalammualaikum
si mata sepet mama

qu puteh bilangnya
pantang dengar ayat qu puteh qu puteh barulah putih..mulalah dia cucuk jari ke pipi..hihi...
Read More

3 cpuv baru jun 2015

1:00 PM
3 cpuv baru jun 2015

Tutorial Bawal Aj Style Ribbon

8:30 AM
Tutorial Bawal Aj Style Ribbon
Assalammualaikum...

Salam jumaat yang berkat..hari ni MV share tutorial bergambar BAwal Aj Style Ribbon ...hanya perlu ada 2 brooch biasa dengan brooch klip....

pakai segitiga biasa....

rapatkan bahagian tengah 

masukkan tudung  bahagian tengah ke dalam brooch klip

macam ni..tarik jer 

then kembangkan bahagian yang ditarik tadi

pastu klip kan....

tarra dah jadik.....
So CS ni style ribbon...so boleh lah try yea..ok sekian perkongsian tuto kedua...abaikan muka yang tak berapa nak cun tu....
Read More

Thursday, June 11, 2015

Good Luck

12:00 PM
Good Luck
Assalammualaikum...

adik kakak..dua2 sama2 bum..hihi
Good luck to my little brother for interview guru kafa hari ni...semoga dipemudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki....
Read More

Sinopsis CIk BUnga Encik SOmbong

9:30 AM
Sinopsis CIk BUnga Encik SOmbong
Assalammualaikum...

Aku? Aku INTAN ASNIDAR. Mana cantik pun. Kulit pun ala-ala hangit. Kerja di kedai bunga dengan gaji cukup-cukup makan. Tak ada apa-apa yang istimewa tentang aku melainkan aku ada sebuah keluarga yang sangat bahagia.

Dia? Dia memang segak. Nama dia pun sedap, HARRIS ISQANDAR. Kalau sekali pandang mesti tak nak lepas. Kulit dia putih amat sampai mak ingat aku dah bawa balik orang Belanda masa aku bawa dia datang kampung aku buat kali pertamanya. Tapi tak kisahlah semua tu, tak penting sangat. Kemudian-kemudian nanti, rupa paras tu bakal duduk tempat keempat atau kelima.

Asal-asalnya, dia suruh aku jadi tunang terkejut dia sebabnya gadis yang sepatutnya jadi tunang dia pada hari tu sudah lari. Okeylah sebab satu hari saja, kira aku tolong orang dalam darurat. Tapi paling terkejut bila dia cakap,

“Okey Intan, mulai sekarang, awak adalah tunang dan bakal isteri saya. Sekiranya ada sesiapa kacau awak, tolong jangan berahsia dengan saya sebab kita bakal menjadi suami isteri. Suami isteri tidak boleh ada sebarang rahsia.”

Terkejut amat aku. Tapi sebelum tu mak dia, Datin Nora ada beri amaran kepadaku, “Jangan mimpi nak jadi menantu saya!”

Ah! Aku pun tak nak jadi menantu dia. Tak berminat langsung. Tapi sungguhlah kata orang, kalau sudah jodoh, tentu saja tak ke mana. Tinggal lagi, lama manakah rumah tangga tersebut bakal bertahan atau benarkah INTAN ASNIDAR itu hak milik kekal HARRIS ISQANDAR?(sinopsis dari kulit Novel)


pinjam google
NI drama yg akan mengantikan isteri separuh masa...lagi sekali mengandingkan amar baharin dan amyra rosli..

sumber google
Start 15.06.2015 setiap isinin hingga jumaat jam 9.00 malam di astro ria 
Read More