All About Love

Thursday, July 3, 2014

Jadual perlawanan Suku Akhir Piala Dunia 2014

9:33 AM
Jadual perlawanan Suku Akhir Piala Dunia 2014
Assalammualaikum...

sumber dari SINI
Hari ini MV kongsikan jadual perlawanan suku akhir Piala Dunia 2014 untuk peminat bola sepak...hihi..oleh kerana pagi tadi takde game so hari ni jalan raya tak jem sgt sebab semua org dok gerak awal kot...

So MV selamat sampai awal dari biasa..selalunya smpi 7.45 pagi..hari smpi sebelum 7.40am...gerak dari rumah 7.18 am...selalunya gerak dr rumah sebelum jam 7 pagi...hihi....

MV pilih Belgium... Selim cakap dia pilih brazil...so korang pula??

Read More

Bantuan Khas Raya Penjawat Awam Dan Pesara Kerajaan 2014

9:11 AM
Bantuan Khas Raya Penjawat Awam Dan Pesara Kerajaan 2014
Assalammualaikum...

Putrajaya: Kerajaan akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai hadiah persiapan menyambut Aidilfitri kepada penjawat awam Gred 1 hingga Gred 54. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar) dalam satu kenyataan semalam, berkata bantuan khas itu akan turut dinikmati 684,000 pesara kerajaan, yang akan menerima RM250 setiap seorang sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka. 

Pembayaran akan dibuat pada 15 Julai ini yang membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta. 

Kerajaan berharap bayaran bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi menyediakan persiapan menyambut Hari Lebaran, katanya.(sumber dari Berita Harian)

Alhamdulillah syukur,,,dapat meringankan beban untuk sambutan perayaan dan belanja harian...RM 500 untuk penjawat awam dan RM 250 untuk pesara kerajaan...Tak nak mengeluh sebaliknya bersyukur...

Orang bilang rezeki jangan ditolak..hihi...dan buat penjawat awam negeri Selangor alhamdulillah bonus sebulan gaji..rezeki masing2..jangan ada yg tak puas hati....


Read More

Wednesday, July 2, 2014

CPUV Baru

3:23 PM
CPUV Baru
Assalammualaikum..


tinggal dua lagi yang running
Alhamdulillah ada lagi satu iklan CPuv Nuffnang bagi....rezeki Haikalayuwanimimi...tak banyak tapi x juga sikit..boleh2lah....

So kawan2 kalau ternampak iklan ni jom kita klik sama2..mana tau berkenan dengan produk yang ditawarkan...

Read More

Keputusan Penuh Perlawanan Piala Dunia 02.07.2014

9:24 AM
Keputusan Penuh Perlawanan Piala Dunia 02.07.2014
Assalammualaikum...

sumber dari SINI
Salam 4 Ramadan,selesai sudah pusingan 16 piala dunia 2014 dengan berakhirnya perlawanan antara Belgium Vs USA...Dan Argentina Vs Switzerlands,,,

Argentina mara ke pusingan suku akhir apabila menang tipis 1-0 ke atas switzerland..manakala belgium menang 2-1 ke atas USA dalam perlawanan yang penuh dramatik....

lengkap sudah senarai perlawanan suku akhir piala dunia 2014 :

05.Julai.2014(sabtu) : Brazil Vs Colombia(4.00 am)

05.Julai.2014(sabtu) : Perancis Vs German (12.00 am)

06.Julai.2014(ahad) : Argentina VS Belgium (12.00 am)

06.Julai.2014(ahad) :Netherlands Vs Costa Rica (4.00 am)

MV pilih Belgium...hihi korang mesti pilih brazil..tak pun german kan...



Read More

Tuesday, July 1, 2014

Al-Kisah Puasa HaikalAyu

3:43 PM
Al-Kisah Puasa HaikalAyu
Assalammualaikum...
Ayu @ Yana Samsuddin(kawan MV cakap muka dia mcm Yana Samsuddin)

HaikalFaiz @ Jong Kook(ada lawan tak dagu dia dengan jong kook)
Agak lama juga tak buat entry tentang My Kembar Tahun ni...kekangan masa aka Kemalasan mama dia antara penyebab..hihi....MV buat entry ni nak story al-kisah mereka berpuasa kelmarin di sekolah...

Anak2 Mv ni sekolah agama & sekolah rendah..maknanya pagi petang lah...jadi dugaannya mmg lebih mencabar berbanding MV...MV ber"AIrcond" di ofis sedangkan anak2 hanya berkipas....

Itu tak kisah..yang kesiannya...haikalayu bagitau...dorang menangis kelmarin sebab kawan2 yang x puasa makan depan dorang..kalau makan depan dorang jak nda apa...ni siap tanya"haikal kau mau??" sambil suakan ke mulut haikal...

Ayu pun kena macam tue juga..last2 dorang nangis...nasib baik ustazah boleh diamkan..ustazah suruh basuh muka n tidur..last2 tertidur sampai waktu BM..huhu...syukurlah cikgunya memahami...

MV sedikit kecewa dengan budak2 yang tak puasa ni..iyalah tahulah umur baru 7 tahun...takkanlah tidak diajar jangan makan didepan orang yang sedang berpuasa...huhu...syukur anak2 MV kuat semangatnya untuk meneruskan puasa....

Itu cerita kemarin..cerita hari ni tak taulah macam mana..mudah2an mereka masih lagi berpuasa sampai ke petang..amin..
Read More

Rahsia Penyusuan Ketika Berpuasa

11:47 AM
Rahsia Penyusuan Ketika Berpuasa
Assalammualaikum...

Kerisauan ibu-ibu yang  menyusukan anak ketika bulan puasa adalah bimbang pengeluaran susu berkurangan untuk stok si manja. Pelbagai persoalan bermain di kepala sebelum kedatangan bulan Ramadhan. Bolehkah saya berpuasa? Adakah susu saya akan berkurangan? Nak makan apa untuk berbuka da bersahur?

Adakah anda juga ibu-ibu yang pertama kali menyusu yang berada dalam dilema berikut. Jangan risau! Hakikatnya anda boleh terus berpuasa penuh tanpa perlu risau kekurangan pengeluaran susu tetapi dengan syarat perlu mematuhi garis panduan berikut:

Disiplin waktu makan
Ibu menyusu memerlukan kalori tambahan sebanyak 700 kalori sehari. Sebanyak 500 kalori diambil daripada makanan ibu dan 200 kalori diambil daripada lemak dalam tubuh ibu. Oleh itu walaupun berpuasa, pastikan tetap makan tiga kali sehari iaitu sahur, berbuka dan sebelum masuk tidur.

Kurma,kurma,kurma
Makanan sunnah ini terkenal sebagai sumber tenaga segera kepada badan. Kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A & C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. Maka, jangan sesekali tinggalkan buah kurma sepanjang berpuasa. Ia amat sesuai untuk ibu menyusu.

Makanan seimbang dan suplemen
Pastikan ibu berbuka dan bersahur dengan mengambil makanan seimbang seperti karbohidrat, protein dan lemak.  Contoh makanan seperti nasi atau mee semasa berbuka dan bersahur, roti, biskut, kuih-muih sebelum tidur. Pengambilan supleman untuk ibu menyusu turut membantu memberi tenaga dan mengekalkan penghasilan susu.

Minum banyak air
Keperluan cecair oleh ibu menyusu sangat tinggi. Sebanyak dua liter diperlukan sehari. Bagaimana hendak minum banyak sedangkan seharian berpuasa? Mulakan minum air masak sejak berbuka sehingga bersahur dan menjelang imsak. Tip mudah, letakkan sebotol air di tepi katil supaya anda boleh minum pada bila-bila masa sepanjang malam. Selain air masak, minuman yang disarankan adalah jus buah-buahan, minuman bersusu dan berbijirin. Elakkan minuman berais terutama ketika berbuka dan bersahur kerana menyebabkan kita cepat dahaga. Minuman suam membantu melancarkan pengeluaran susu ibu.

Bertenang dan yakin
Secara psikologi, minda anda turut mempengaruhi penghasilan susu ibu. Oleh itu jangan terlalu tertekan memikirkan susu akan berkurangan. Tekanan akan mempengaruhi hormon oksitosin yang mengeluarkan susu ibu. Banyakkan berdoa agar segalanya dipermudahkan Allah.

Kerap menyusu dan mengepam
Ibu perlu ingat dengan formula semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu dikeluarkan. Bagi ibu yang bekerja, semakin kerap mengepam, semakin banyak susu dihasilkan. Maksudnya, semakin banyak susu dikeluarkan maka semakin kerap payu dara dikosongkan maka semakin banyak susu akan dihasilkan. Oleh itu walaupun berpuasa tugas mengepam dan menyusukan anak perlu diteruskan. Jangan bimbang susu akan kering, kerana semakin anda tidak mengepam dan menyusukan bayi, susu akan berkurangan sedikit demi sedikit. Kurangnya pengeluaran susu bukan disebabkan ibu berpuasa sebaliknya kurang rangsangan sama ada menyusukan terus atau mengepam.

**ini adalah bulan puasa yang mencabar bagi MV kerana menyusukan syamimi...tips daripada Pa&ma Ni benar2 membantu..kerapkan memgepam dan menyusu..Insyaallah air susu akan banyak terhasil....

Semoga golongan ibu yang menyusukan bayi boleh dapat manfaat daripada entry ini.

Sumber dari SINI

Read More

Keputusan Penuh Perlawanan Piala Dunia 01.07.2014

9:28 AM
Keputusan Penuh Perlawanan Piala Dunia 01.07.2014
Assalammualaikum...


credit untuk SINI
Salam 3 Ramadan...alhamdulillah masih berpuasa....puasa2 pun dok mood bola juga,,,apa yg dok org heboh skg Piala Ramadan Vs Piala Dunia...hihu....pastinya piala ramadan lebih penting dari piala dunia....

APa2pun Mv nak kongsikan keputusan perlawanan piala dunia 01.7.2014 :

Perancis Vs Nigeria : 2-0

German Vs Algeria : 2-1

Dengan keputusan yang telah ada ni...Perancis akan bertemu German di pusingan suku akhir nanti ...berikut adalah jadual perlawanan untuk pusingan suku akhir: 

05.Julai.2014(sabtu) : Brazil Vs Colombia(4.00 am)

05.Julai.2014(sabtu) : Perancis Vs German (12.00 am)

06.Julai.2014(ahad) :Netherlands Vs Costa Rica (4.00 am)

Untuk satu lagi perlawanan suku akhir kena tunggu perlawanan pada  02.07.2014(selasa) iaitu :


Argentina Vs Switzerland( 12.00 pagi) -02.July.2014

Belgium Vs USA ( 12.00 pagi) -02.July.2014

Pemenang untuk 2 perlawanan ni akan bertemu di pusingan suku akhir 06.7.2014(ahad ) pada jam 12.00 am...rasa pasukan mana yang akan masuk ke suku akhir???Argentina?Switzerland?Belgium?atau USA????

Jawapan kena tunggu esok..bye...


Read More