All About Love

Thursday, April 11, 2013

Novel-Encik Abangku Romantik-

12:30 AM
Novel-Encik Abangku Romantik-
Assalammualaikum...

Suka cover dia cantik
MV mencari novel siti Rosmizah cinta kau dan aku..tapi malangnya di Sabah ni tiada jadi MV ambil lah 4 novel yang MV berkenan..Mencari novel siti nur dhuha pun tiada jadi ambil novel lain..

Novel pertama yang MV ingin kongsikan ialah Encik Abangku Romantik tulisan elle mardiana....MV tertarik baca sinopsis di belakang novel ini:


Kahwin? Minta maaflah! Widelia mahu jadi lawyer dan mak andam glamor terlebih dahulu. Berapa ramai pun lelaki yang mama mahu kenalkan, dia tetap tidak akan terima. Alasannya not my taste! Tapi… lelaki bernama Haikal tu lain daripada yang lain. Walau Wedia jawab tak suka, dia terus kejar dan paksa gadis itu jatuh cinta padanya. Agresif betul mamat tu! Muka temboklah katakan…

Iqbal juga sukakan Widea. Tapi cuma simpan dalam hati saja. Tak berani konon! Helo, encik abang... Zaman sekarang kalau sudah tangkap cinta kenalah terus kata suka. Nanti melepas… gigit jari, padan muka! Masalahnya sekarang… Widea tetap kata, jangan buang masa. Buatlah apa pun, dia belum nak tukar status! Tapi Haikal, terus push, push, push! Iqbal pula… dalam hati ada taman bengong sorang-sorang.

Widelia… apa sebenarnya yang kau mahu?

Siapa yang pernah baca novel ni??apa komen korang??

Read More

Wednesday, April 10, 2013

Sweet 17th Birthday...

8:00 PM
Sweet 17th Birthday...
Assalammualaikum...
adik MV yang baju hitam
Happy birthday to My adik..Mohd Azwie Yap..Happy sweet 17..Lelaki ada sweet 17 juga kah???ok jak bah kan...

NI adik nombor dua bongsu...Kami panggil dia Titi(**dalam bahasa cina adik),,tahun ni dia SPM...badan dia agak berisi sikit.tapi percayakah kamu ramai peminat dia ni..(**apa yang dorang pandang agaknya),,hehehe
curi dari Fb dia
Dia minta beli slang beg sebagai hadiah...Insyaallah kakak mu ni akan cari untuk kau..tunggu saja....

Selamat hari jadi buat adikku mohd azwie...semoga dimurahkan rezeki..dikurniakan kesihatan yang sempurna dan berjaya dalam peperiksaan SPM 2013..bah belajar rajin2...jangan ingat main game,handphone & awek ok...jangan melawan cakap mama & bapa...dan paling penting jangan kuat merayau..belajar....

Happy Birthday To You...




Read More

Pilihan Raya Umum ke-13 05.Mei.2013

4:05 PM
Pilihan Raya Umum ke-13 05.Mei.2013
Assalammualaikum..

Akhirnya tarikh yang MV nantikan akan tiba jua..05 mei 2013...telah diumumkan tarikh mengundi untuk Pilihanraya Umum yang ke-13(PRU 13)....Ya 05.mei 2013 jatuh pada hari ahad...

Pastinya MV semakin Excited..hehehe...tak sabar rasanya nak pangkah..dan tak sabar nak kena calit dengan dakwat hitam yang kekal sehingga 2 minggu...Nah siapa yang cukup umur tue pegilah mengundi...

macam lagu nabil"mari lah mari pergi mengundi..."hehe..pastinya kempen telah bermula...dan pastinya berkibar bendera di tepi jalan..dengan dacingnya...dengan bulan...roket dan lambang mata 1...

Tapi kalau di Sabah ni pastinya orang akan sebut"ini kalilah"..dan ada juga yang pasang kain rentang"bangunan untuk sabah..."macam-macamlah...meriah juga..tapi kalau boleh berkempen tu jangan sampai memecah belahkan ukhwah kita yang sedia terjalin//

Paling penting sila set tarikh 05 MEI 2013 ni mana-mana..takut2 ada yang lupa...ok 05.mei 2013 tau..jangan lupa..

**saya dah besar jadi kena pergi mengundi(**tiru iklan)
Read More

Serindu Taj MAhal

10:13 AM
Serindu Taj MAhal
Assalammualaikum..
Pinjam google
Drama Serindu Taj Mahal semalam buat MV hairan bin terkejut iyalah patutnya semalam adalah drama Kisah Cinta dan episod akhir Bangkitnya seorang perempuan,,,tup tup tengok wawa zainal dengan adi putra...bersama shah jaszle...

Aik takkan cinta qaseh kot...rasanya drama ni shooting sekali dengan cinta qaseh sebab lokasi,pelakon dan dialog lebih kurang sama..terutamanya part duduk kat kerusi tengok taj mahal....dan dialog wawa zainal pada shah jaszle yang ajak balik sebab dah lewat...(**pergh hafal jer)

Telemovie khas ni memang menyentuh hati,,,mengisahkan aishah & shah yang bercinta dibelakang adam..adam merupakan tunang aishah merangkap best friend shah..lamaran yang diterima kerana tidak mahu hilang pekerjaan...

CInta pandang pertama shah & aishah di melaka...Sangat sweet sebenarnya drama ini..Di mana pengorbanan Adam untuk shah & aishah..melepaskan aishah kepada Shah kerana aishah lari saat diijabkabulkan....

namun jodoh pertemuan di tangan Tuhan,Shah Meninggal dunia akibat lukemia ketika itu Aishah sedang sarat mengandung...Meninggal dunia di pangkuan isteri(**serius MV menangis masa ni terus teringat hubby)...

Dugaan datang lagi menguji hati yang kesunyian apabila anak dalam kandungan aishah meninggal dunia...menjadikan aishah hidup dalam dunia khayalan dan menjadikan dia seperti orang gila...

DIa tersedar apabila,melihat kubur suaminya...masa ni memang sedih beb....Ending cerita ini di India...apabila aishah & adam terserempak dengan Orang yang seiras dengan shah..tapi orang itu bukan shah..

MV suka drama ni..menyentuh jiwa...ada sesiapa tengok drama ni semalam??



Read More

Mahali Jasuli Sayang Tasha Shilla

9:30 AM
Mahali Jasuli Sayang Tasha Shilla
Assalammualaikum...

mahali dan tasha shila
Pinjam google
Mahali sayang tasha shilla..memang ni antara cerita yang menarik minat dan panas minggu lepas...wah tak sangka Mahali Dengan Tasha shilla...comel pula MV tengok mereka berdua ni..ROmantik...Iyalah kan cinta mula bersemi kata orang...semuanya manis jer

mahali dan tasha shila
pinjam google juga
Semoga dengan percintaan ini mahali jasuli terus fokus menjadi pemain yang terbaek sebab u're the best sygku bilang si Tasha Shilla....hehehe..so sweet lah kamu orang ni...MV doakan semoga hubungan kamu berdua berkekalan hingga ke alam perkahwinan..Amin..

x nak kalah..nak juga
MV tempek gambar kami berdua juga untuk tatapan..hahaha...tak nak kalah..tapi posing lebih kurang kan...dalam keta juga..hahaha...(**tapi kami pasangan halal...oppss jangan sentap)
Read More

Wordless Wednesday#Laughing is The best Medicine#

7:00 AM
Wordless Wednesday#Laughing is The best Medicine#
Assalammualaikum..
English is Fun's photo.
Sumber dari Facebook

**nah jangan kamu stress2 ar...tapi jangan pula ketawa sampai overdos..hehe..sikit2 sudah lah
Read More

Wordless Wednesday#Berani Atau tidak#

12:00 AM
Wordless Wednesday#Berani Atau tidak#