All About Love

Wednesday, October 26, 2016

Review Novel Jangan Goda Aku-Zura Rahman

7:00 AM
Review Novel Jangan Goda Aku-Zura Rahman


Assalammualaikum...

akhirnya habis juga baca novel jangan goda aku tulisan zura rahman. Lyn Jasmine & Shen(hussien)...dua watak yang diolah dengan baik oleh penulis. Jalan cerita yang menarik..ada sedih suka lucu..saspen.

Yang paling penting novel ni mengarapkan kisah konflik keluarga.Hubungan shen dan ayahnya. Cara hidup yang terlalu bebas.Menceritakan sikit mengenai diet atkins dan tips berpakaian.

Memang sangat menarik novel ni...Sedikit sinopsis dari MV...

Lyn Jasmine seorang gadis yang mengalami kenaikan berat badan dan sering dilukai dalam percintaan bertemu dengan Shen yang merupakan bos baru di tempat kerjanya. Shen seorang anak orang kaya yang cukup "perfect" sebagai Prince charming lyn jasmine.

Namun Shen yang sering bertukar teman wanita membuatkan Lyn Jasmine kurang senang dengan bos baru nya itu. Apatah lagi dengan size badan lyn jasmine.Dia meras arendah diri.Tambahan pula Shen sebagai bos pada awalnya suka membuli Lyn.

Oleh kerana Lyn ditegur badannya makin besar maka dia mengambil keputusan untuk mengamalkan diet atkins. Kekecewaan dia terhadap Azman juga sedikit sebanyak buat dia tertekan.

Diet Lyn menjadi dan beratnya menurun..Pada masa yang sama sebenarnya Shen tertarik dengan Lyn dan meluahkan rasa cintanya tapi ditolak oleh Lyn kerana dia beranggapan Shen hanya ingin mempermainkannya.

Kemalangan yang dialami Shen ..Kematian Megat ,,,membuatkan Shen mendekatkan diri kepada ajaran agama.Dia mula meninggalkan kelab malam. Akhirnya Lyn setuju menerima Shen..

Namun dek kerana salah faham Lyn Terhadap Hana dan shen .Membuatkan dia menerima lamaran dari orang yang tak dikenali.Hanya kerana ingin melupakan Shen.

Tapi akhirnya perkahwinan antara mereka berdua berlangsung jua. Rupanya lamaran yang diterimanya adalah dari Keluarga SHen..

Nak tau lanjut kena baca,...Serius memang best.Cuma Ambil masa yang lama sebab ..kekangan masa.bila nak baca ada jer yang kacau...hihi  

Read More

Tuesday, October 25, 2016

#PRAYHSAJB

11:37 AM
#PRAYHSAJB
Assalammualaikum...
(sumber Peon JB )
Kejadian Kebakaran dilaporkan berlaku di Blok wad pe sakit luar Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada kira-kira jam 8.17am pagi tadi.

Punca dan kerosakan masih di siasat. Api telah berjaya di kawal . Laporan penuh akan dikeluarkan oleh pihak Bomba dan Hospital pada petang nanti.

sumber Tyha Sarkawi
Semoga tiada yg cedera serius baik pesakit, pelawat atau kakitangan hospital.(sumber Peon JB )
(sumber Peon JB )

Assalammualaikum...

#PRAYHSAJB MV terbaca di whatsapp mengenai kebakaran di wad icu dan labour room Hospital Sultanah Aminah, semoga semua di dalam lindungan Allah. Sama2 kita doakan keselamatan pesakit dan kakitangan  Hospital Sultanah Aminah. Amin


Read More

Senarai penerima Darjah dan Pingat kebesaran Sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah

11:25 AM
Senarai penerima Darjah dan Pingat kebesaran Sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah
Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menyarungkan Darjah Kebesaran Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Tengku Datuk Seri Hassanal Ibrahim Alam Shah Tengku Abdullah pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang Sempena Ulangtahun Keputeraan Sultan Pahang ke-86 di Istana Abu Bakar hari ini.

PEKAN, 24 Okt (Bernama) -- Cucunda Sultan Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Tengku Abdullah, mengetuai senarai 105 penerima darjah dan pingat kebesaran sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini hari ini.


Tengku Hassnal Ibrahim Alam Shah yang merupakan putera sulung Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran 'Datuk Seri'.


Istiadat penganugerahan disempurnakan Tengku Abdullah dan turut berangkat ialah Tunku Azizah Aminah Maimunah, kerabat Sultan Pahang, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.


Turut menerima SSAP ialah 25 individu yang lain antaranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamed Said, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Pengarah T.A.S Industries Sdn Bhd Datuk Karib Shah Raja Shahrudin;


Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin, Pengerusi FELCRA Berhad Datuk Bung Moktar Radin, Pengerusi MARA Incorporated Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz,n Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia Datin Latifah Mohd Tahar.


Yang lain ialah Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Datuk Zulkefli Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Bangunan) Jabatan Kerja Raya Datuk Dr Amer Hamzah Mohd Yunus, Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, Pengarah Petroliam Nasional Berhad Datuk Sharifah Sofianny Syed Hussain;


Setiausaha Politik Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Syed Hamzah Syed Paie Alyahya, Presiden Prasarana Malaysia Berhad Datuk Azmi Abdul Aziz, pereka fesyen dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bernard Chandran Creations Datuk R.Bernard Jayachandran serta Pengarah Eksekutif Tindakan Mewah Sdn Bhd Datuk Rayyan Joseph King.


Turut dianugerahkan SSAP Pengarah T.A.S Industries Sdn Bhd Datuk Po Kong Yee, peguam Datuk M. Ramachelvam, Pengerusi Eksekutif Xiddig Cellular Communications Sdn Bhd Datuk Abdul Rashid Abdul Rahim, Pengerusi DPS Datuk Seri Sow Chin Chuan, Pengerusi Maybank Investment Bank Berhad Datuk Mohaiyani Shamsudi, Pengerusi Eksekutif Daimler Heritage Auto Garage (M) Sdn Bhd Affendi Uthrapathe Abdullah dan Pengarah Urusan Zara Foodstuff Industries Sdn Bhd Nurzahidah Zolkifli.


Sementara itu, 14 individu menerima Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran 'Datuk' antaranya Pengarah Pembangunan Kumpulan Ikhasas Sdn Bhd Azri Aziz, CEO Trinidad Holdings Omar Mohan Abdullah, Pengarah Eksekutif KotaSas Sdn Bhd Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Tengku Abdullah, Ketua Pegawai Pentadbiran, Operasi INTAZ Tengku Madina Kamilia Tengku Kamil Ismail;


Pengarah Coffee Collective Sdn Bhd Puteri Munawarah Syamiyyah Datuk Munir, Pengarah Eksekutif Darul Makmur Security Force Sdn Bhd Tun Putera Yasir Ahmad Shah Mohamed Moiz, Pengarah Urusan Tanah Makmur Berhad Tengku Datuk Zubir Tengku Ubaidillah, Pengerusi Puspanita Pahang Datin Seri Jamaliah Zainal Abidin, peguam Datuk Mohd Arief Emran Tun Arifin dan Ketua Pegawai Operasi Gastra Sdn Bhd Ong Shin Yue.


Seramai 11 individu pula menerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang juga membawa gelaran 'Datuk' antaranya CEO Alam Venture Sdn Bhd Ahmad Najmi Abdul Razak, isteri Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS) Puan Sri Norizan Sulaiman, isteri Duta Besar Malaysia di Indonesia Datin Seri Che Mahani Ismail;


Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Nik Rahmat Nik Taib, Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam Kementerian Dalam Negeri Muhamad Sade Mohamad Amin, juruiring Perdana Menteri SAC Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, CEO Escaperoom Holdings Sdn Bhd Datuk Patrick Ong Kee Seng;


Ketua Jabatan Perkhidmatan Akademik Program Kanada Sunway College Roslee Yahaya, Pengarah Tindakan Mewah Sdn Bhd Redzuan Zainuddin dan Pegawai Protokol Diraja Madinah Arab Saudi Abdulaziz Ahmad Saleh Al-Maliki.


Seramai 53 individu pula dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang juga membawa gelaran 'Datuk' antaranya Timbalan CEO Kumpulan Johawaki Datuk Mohd Nor Hisham Mohd Nordin, Pengarah Zara Foodstuff Industries Sdn Bhd Datin Norzainun Zolkifli, Pegawai Kemajuan Sabah Ruji Ubi, Anggota Panel Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dr Nasharudin Mat Isa, Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia Chong Yoke Har;


Naib Canselor Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Prof Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha, Pengarah Eksekutif Khazanah Nasional Berhad Mohamed Nasri Sallehuddin, Pengerusi MCA National Special Task Force On International Issues Dr Toh Kian Kok, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Jelapang Rezki Group of Companies Mohamed Khalid Che Wan dan Timbalan Ketua Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia K.Susila Devi.


Penerima lain ialah Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Foziah Buang, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Postal dan Kurier Pos Malaysia Berhad Azlan Shahrim, Pengurus Kelab Golf Diraja Pahang Mejar (B) Bernard Lee, CEO Teknologi Depository Agency Mejar (B) Zailani Zainuddin;


CEO Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd Abd Ghani@Zulkifli Zainuddin, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pahang Dr Norlizan Mohd Noor, Setiausaha Sulit Timbalan Menteri MITI Mohd Fauzan Sunawan, Presiden Kebangsaan Persatuan Pengundi Wawasan Malaysia Mohd Firdaus Abdullah, Komander Pasukan Polis Marin Bukit Aman SAC Abdul Rahim Abdullah;


Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Bukit Aman SAC Azisman Alias, Presiden Komunikasi Yayasan Victoria Institution Old Boys Association Mohd Irwan Rizal Mohd Ali, Pagawai Khas Timbalan Menteri MITI Shahruddin Ahmad, Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Norazah Mohd Nordin;


Pengarah Perladangan TH Plantations Berhad Radin Rosli Radin Suhadi, Setiausaha Akhbar Menteri Pendidikan Mohd Razman Yaacob, Ketua Pegawai Operasi Public Bank Berhad Sulaiman Abd Manap, bekas Ketua Pasukan Hoki negara Mirnawan Nawawi, Bendahari UMNO Pekan Ahmad Rahimi Abdul Samad, CEO Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd Yap Soh Ching;


Penasihat Gerakan Amal Prihatin Malaysia Hamgi Ramli, Pengarah Rizalman Ibrahim Couture Sdn Bhd Rizalman Ibrahim, Pengerusi Koperasi Peserta-peserta FELCRA Nalaysia Berhad Rodzuan Zaaba dan Naib Ketua UMNO Pasir Gudang A. Rahim A.Latiff.


-- BERNAMA

tahniah Datuk  Ruji Bin UBi
MV ucapkan tahniah kepada semua penerima pingat terutamanya Pegawai Kemajuan Sabah Ruji Ubi . Beliau merupakan bekas bos MV.Tahniah Datuk Ruji Bin Ubi.Alhamdulillah semoga terus berjaya.

Beliau merupakan bekas CEO @Pengarah Awam Esscom sebelum menjadi Pegawai Kemajuan di Pejabat Pembangunan Persekutuan  Negeri Sabah.Tahniah sekali lagi

Read More

Keywords Minggu Lepas

7:30 AM
Keywords Minggu Lepas

Assalammualaikum...

Mv sharekan carian minggu lepas di blog MV. Antaranya :-

  1. makanan popular di sabah
  2. drama andai itu takdirnya
  3. tukar atm card online'
  4. tuto shawl
  5. ada apa dengan razali kulintangan 
  6. cinta qaseh
  7. klinik luyang 
  8. bajet 2017
  9. elaun pembantu kemas
  10. elaun kafa
alhamdulillah ada juga entry MV yang dapat membantu pembaca di luar sana...al maklumlah blog yang tak terkenal kan...

Read More

Monday, October 24, 2016

Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin.

3:51 PM
Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin.
Assalammualaikum,,,,

Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin. Lama rasanya mummy tak buat giveaway kan. Sempena ulang tahun Play-Doh yang ke 60 tahun. Mummy nak buat satu Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin. Ha...suka tak?

Seronok main Play-Doh, sebab teksturnya tak melekit dan juga bagus untuk sistem motor dan sensorik anak.

Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin


Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin

Syarat Mudah Join Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin


Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin

Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin

1. Buat satu entri blog bertajuk Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin.
2. Berikan sebab kenapa anda patut menang dalam Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin
3. Follow facebook Hasbro dan blog ini.
4. Kalau boleh masukkan www.azlindaalin.com di bloglists pilihan anda supaya mudah dapat tahu pengumuman pemenang Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin pada bila-bila masa.
5. Dah siap semua, jangan lupa tinggalkan blog URL anda di ruangan komen.


Keputusan Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin

Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin adalah  kolabrasi Azlinda Alin bersama pihak Hasbro Malaysia

Segala keputusan pemenang akan di pilih secara rawak. 

Mencuba nasib .... MV join GA ni sebab anak kecik MV syamimi suka sangat main Play Doh tambahan pula play doh ni bagus untuk merangsang minda kanak-kanak. Semoga da rezeki untuk anak kecik MV.Amin


Read More

"Segmen Jom Exchange Link by Mellya Crayola"

10:30 AM
 "Segmen Jom Exchange Link by Mellya Crayola"

Intipati Bajet 2017

9:56 AM
Intipati Bajet 2017
Assalammualaikum...

Bajet 2017 bertemakan "Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh". 

* Bajet 2016 memperuntukkan RM260.8 bilion, peningkatan 3.4 peratus daripada pengubahsuaian Bajet 2016. 
* RM214.8 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan
 * RM77.4 bilion untuk emolumen, RM32 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan
 * Sektor ekonomi terima agihan tertinggi RM25.9 bilion, diikuti sektor sosial RM12.2 bilion, keselamatan RM5.3 bilion, pentadbiran RM2.5 bilion 
* Hasil kerajaan Persekutuan 2017 dijangka berkembang tiga peratus kepada RM219.7 bilion 
* Sasaran kerajaan untuk defisit fiskal tiga peratus daripada KDNK pada 2017
 * GST hampir RM30 bilion dikutip setakat 19 Okt 2016
 * KDNK PPP per kapita rakyat Malaysia meningkat daripada US$23,100 pada 2012 kepada US$26,891 pada 2015
 * Jumlah pelaburan asing yang diluluskan bagi separuh pertama tahun 2016, adalah lebih RM28 bilion, peningkatan 32 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
 * Cuti Belajar dengan gaji dibayar penuh bersama biasiswa dipanjangkan kepada Kumpulan Pelaksana 
* Cuti Kuarantin lima hari tanpa rekod kepada penjawat awam yang anaknya sakit dan perlu dikuaratin
 * Menaikkan had kelayakan pinjaman perumahan penjawat awam kepada RM200,000 hingga RM750,000 
* Gred 56 diwujudkan bagi pegawai perubatan pakar dan pegawai pergigian pakar
 * RM1.2 bilion bagi membina dan menaik taraf 616 km jalan kampung dan jambatan bagi meningkatkan jaringan perhubungan kampung, pekan dan bandar 
* RM4.6 bilion bagi menyelenggara jalan negeri, di bawah Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS)
 * RM350 juta bagi membina dan membaik pulih 17,000 unit rumah usang dan daif di kampung terpencil dan penempatan Orang Asli 
* RM800 juta untuk Projek Mesra Rakyat seperti menaik taraf dan membina surau, titi, parit, balai raya, pasar dan gerai perniagaan kecil
 * RM495 juta untuk meneruskan 69 projek Rancangan Tebatan Banjir di seluruh negara 
* RM200 juta untuk bina 5,000 unit MyBeautiful New Home menerusi NBOS bagi B40 pada harga RM40,000-RM50,000 seunit, dengan kerajaan biayai RM20,000
 * RM275 juta bagi membantu meningkatkan peluang pendapatan rakyat, terutamanya kelompok B40 * Peruntukan subsidi hampir RM10 bilion merangkumi subsidi bahan api, gas memasak, pampasan tol dan pengangkutan awam. 
* BR1M - isi rumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 dinaikkan kepada RM1,200
 * BR1M - isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 dinaikkan kepada RM900 
* BR1M - individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000 dinaikkan kepada RM450 
* RM4.6 bilion bagi memperkasakan program TVET untuk menghasilkan tenaga kerja tempatan yang memenuhi keperluan industri 
* Kerajaan sediakan tanah di lokasi strategik kepada GLC dan PR1MA untuk membina lebih 30,000 unit rumah berharga antara RM150,000 hingga RM300,000
 * Membina 10,000 unit rumah di bandar untuk disewa oleh golongan muda pada kadar lebih rendah dari kadar pasaran 
* Skim pembayaran akhir khas jenis "step-up" untuk program PR1MA, bagi pembiayaan 1ebih mudah, dengan jum1ah pinjaman mencecah 90 hingga 100 peratus 
* RM100 juta untuk bina UTC di Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor, dan RTC di Selangor, Sabah dan Sarawak
 * Pelepasan cukai pendapatan sehingga RM2,500 setiap tahun mulai tahun taksiran 2017 bagi pembelian bahan bacaan, komputer, peralatan, surat khabar bercetak, smartphone dan tablet, langganan internet dan bayaran keahlian gimnasium
 * RM40 juta bagi inisiatif NBOS Bahasa Inggeris 1Malaysia, Coding di sekolah, Volunteering for International Professional dan Global Entrepreneurship Community 2 
* RM450 juta untuk penganjuran Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 pada tahun 2017
 * RM25 bilion bagi meningkatkan tahap kesihatan rakyat dan kualiti penjagaan kesihatan
 * RM20 juta bagi usaha mengurangkan kesesakan hospital awam menerusi kerjasama swasta dan NGO dengan menyediakan pinjaman mudah bagi pembelian peralatan untuk "non-profit charitable" hospital 
* RM1.3 bilion untuk meningkatkan pengeluaran bahan makanan dengan harga yang kompetitif * Geran RM5,000 bagi membeli kenderaan baharu dan menawarkan permit teksi individu, memanfaatkan 12,000 pemandu teksi
 * Menggalakkan B40 (penerima BR1M) menjana pendapatan sebagai pemandu "ride sharing" seperti Uber * Meluaskan eVisa ke negara di rantau Balkan dan Asia Selatan bagi mencapai sasaran 32 juta pelancong pada tahun hadapan
 * RM1 bilion bagi meluaskan liputan dan kualiti jalur lebar seluruh negara sehingga 20 megabit sesaat 
* RM570 juta bagi membangunkan semula 120 buah sekolah daif, 60 di Semenanjung, 30 di Sabah dan 30 lagi di Sarawak menggunakan IBS serta menaik taraf 1,800 makmal sains
 * RM478 juta bagi menyiapkan pembinaan 227 buah sekolah, termasuk 8 buah sekolah baharu
 * Diskaun 10 hingga 15 peratus bagi menggalakkan peminjam PTPTN buat bayaran balik bermula 22 Okt 2016 hingga Disember 2017
 * RM55 bilion untuk pelaksanaan projek rel baharu East Coast Rail Line sepanjang 600 km menghubungkan Lembah Klang ke Pantai Timur
 * Kementerian Pertahanan diperuntukkan RM15.1 bilion termasuk RM1.8 bilion untuk menyelenggara aset-aset utama
 * KDN diperuntukkan RM12.8 bilion termasuk RM8.7 bilion kepada PDRM 
* RM2 bilion untuk ehwal wanita dan mengarusperdanakan peranan mereka dalam pembangunan negara dengan program seperti I-KIT, I-KeuNita, program Women Career Comeback
 * Pelepasan cukai baharu sehingga RM1,000 bagi pembelian peralatan penyusuan ibu mulai tahun taksiran 2017 dan dituntut setiap dua tahun
 * RM30 juta bagi menyelaraskan pendidikan tahfiz melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara * RM85 juta bagi program Permata termasuk menubuhkan Pusat Kecemerlangan Top STEM Talents di Akademi Sains Malaysia 
* Akta Kebangkrapan 1967 akan dipinda bagi mereka yang diisytiharkan bangkrap terutama "penjamin sosial" seperti penjamin biasiswa
 * Transformasi Nasional 2050 (TN50) akan dilancarkan bagi memeta hala tuju negara di atas sebuah kanvas yang baharu
* Bayaran khas RM500 kepada semua penjawat awam dan RM250 kepada pesara kerajaan

Selanjutnya di : Sini

MV dapat komen berbunyi "tak pasti klu ku sorang je yg perasan..bajet 2017 ni byk benefit ke penjawat awam shj..klu salah tolong betulkan...huhuhu " di entry INI .. Maaf ya mungkin sebab dalam entry tue MV just mention berkenaan penjawat awam...mungkin sebab tu kot ada yang salah faham....

hari ni MV share intipati penuh bajet 2017.harap membantu dan menjawab salah faham tersebut. Bagi MV takda nya benefit sangat kepada penjawat awam sebab bayaran khas rm500 tue jer yang betul Penjawat awam...Yang lain2 tue bergantung pada terma dan syarat juga.




Read More

Saturday, October 22, 2016

Hasil dari Aidijuma Fun Sale sabah

8:00 AM
Hasil dari Aidijuma Fun Sale sabah

Assalammualaikum...

Ni hasil dari Aidijuma Fun Sale Sabah.. 2 helai blouse ..MV ambik warna hitam dan purple..yang hitam memang cantik sebab tangan dia macam ada sayap.hahaha//macam rama2...terus nampak kurus pkai mcm ni.

yang purple ni nnt MV share gambarnya ya....siapa2 yang nak pegi Aidijuma Fun Sale Sabah boleh pegi di 1b..promosi sehingga 23.10.2016...harga yang sangat-sangat berbaloi 


Read More

Good luck Exam

7:00 AM
Good luck Exam

Assalammualaikum,,,

Good luck exam my kembar tahun...sebenarnya sekolah rendah dorang sudah exam..yang exam next week ni exam sekolah agama.. kira dorang rest 1 minggu then sambung exam sekolah agama....taklah penat sangat dorang nak study..hihi


minggu ni pun sebenarnya dorang exam ....dorang ada hafazan,al-quran dan amali solat, cuma minggu depan bertulis..semoga dipermudahkan ya abang kakak ....


ni pula markah kertas 1 BM sekolah rendah..abang dapat 92 kakak dapat 96..awalnya kakak dapat 90 jer.tapi bila ada semakan semula kertas ada 3 soalan kakak ayu jawab betul tapi cikgu salah tanda..lepas diubah...makanya dia dapat 96...

96 antara markah tertinggi di kelas..apa2pun tahniah my kembar tahun...yang penting A...kita tunggu paper lain lagi ya...
Read More

Friday, October 21, 2016

INTIPATI BAJET 2017-Bantuan khas rm500 penjawat awam-

6:35 PM
INTIPATI BAJET 2017-Bantuan khas rm500 penjawat awam-

Assalammualaikum

Alhamdulillah rm500 bantuan khas penjawat awam yang Akan dibayar January 2017. Rm250 bayaran kepada pesara.

Kenaikan Elaun guru kafa rm100 menjadikan rm900.elaun Pembantu kemas sukarela Naik 50 menjadikan rm500.

Elaun Imam Naik ke rm850. Bayaran one off  rm500 kepada bilal.

Brim di naikan ke 1200(e kasih Dan 3000 ke bawah).  Rm900 (pendapatan 3000-4000)

Kelayakan loan rumah penjawat awam dari 120 000 sehingga 750 000.

Dana 100 juta kepada Amanah ikhtiar malaysia(AIM)

Dana 200 juta kepada TEKUN

GRED 56 UNTUK DOKTOR PAKAR

NAIK TARAF KLINIK DAN HOSPITAL

RM100 KEPADA PELAJAR PENDAPATAN IBUBAPA 3000 KE BAWAH

RM250 BAUCER BUKU DALAM DEBIT

**ANTARA INTIPATI YG MV DENGAR DALAM #BAJET2017

Read More

NOVEL GIVEAWAY BY ARRIEN AMANI

4:30 PM
NOVEL GIVEAWAY BY ARRIEN AMANI
Assalamualaikum :)
Arrien Amani kembali lagi dengan Giveaway terbaru! novel giveaway. Mencari hanya 3 orang pemenang bertuah, Pemenang top referrel akan mendapat 2 buah novel, manakala 2 orang pemenan lagi akan dipilih random dan akan mendapat 1 novel seorang, Semua pemenang boleh memilih novel kesukaannya. Jom ramai-ramai memeriahkan giveaway ini ^^ Click banner to JOIN ^_-
Read More

Live streaming Bajet 2017

4:17 PM
Live streaming Bajet 2017
Assalammualaikum..
sumber BH
Pembentangan bajet 2017 secara Live di Sini ...Mari kita dengar sama-sama #bajet2017.Kita dengar kat online jer lah....

siapa yang kat rumah boleh lah tengok kat TV
Read More

"GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI "

9:53 AM
 "GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI "
Assalammualaikum

GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS - Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera (dah jawab ke belum tu???), hari ini mummy nak melancarkan satu Giveaway. Dah lama tak buat giveaway,kan. Sampai, ada yang bertanyakan pada mummy. Bila nak buat giveaway lagi?? Haaaa...ni mummy dah buat GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS. Jangan tak join, tau !



GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS

Tadaaaa.. Ni jam untuk GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS. Koleksi jam ini di ilhamkan dari Lisa Surihani. Yang di beri jenama Lisa's Fghends. Boleh refer Facebook Lisa's Fghends


SYARAT MUDAH GIVEAWAY AZLINDA ALIN JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS


3 pemenang di cari !! Cepattt sertai Giveaway ini. Nak tahu syaratnya?? Mudah saja. Syaratnya seperti berikut :-

1. Buat 1 entri blog "GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI "

2. Follow blog www.azlindaalin.com

3. Follow G+ INI

4. Follow Facebook ini, Facebook Rush Media dan Instagram ini

5. Tinggalkan URL di ruangan komen ini.



KEPUTUSAN PEMENANG GIVEAWAY AZLINDA ALIN JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS


Giveaway ini bermula dari tarikh 20 Oktober 2016  hingga 25 November 2016

Keputusan pemenang akan di beritahu dalam blog ini pada bila-bila masa selepas tarikh tutup. 

Kesimpulannya, kene rajin terjah  blog ini la ye...kalau nak tahu siapa gerangan yang menang dapat jam tangan Lisa Surihani ni.

Semoga berjaya ! 




Read More

Segmen Bloglist Azhafizah.com Nov & Dec 2016

9:34 AM
Segmen Bloglist Azhafizah.com Nov & Dec 2016
Assalammualaikum



Kembali lagi dengan Segmen Bloglist Azhafizah.com untuk bulan November dan December. Segmen Bloglist yang terakhir untuk tahun 2016. Macam biasa syaratnya mudah je. Hanya perlu copy paste je coding yang Fiza dah sediakan. Mudah je kan? Mana yang tak sempat join haritu, boleh join untuk bulan November dan December ni ye. Macam biasa pemilihan 10 blog akan dibuat melalui random.org.

KLIK BANNER UNTUK SERTAI SEGMEN



Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Nov & Dec 2016
2. Copy coding dalam kotak bawah ni dan paste di ruangan HTML entry

3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Nov & Dec 2016 


Tarikh Tamat : 28 Oktober 2016
  Terima kasih atas sokongan semua ^__^
Read more: http://www.azhafizah.com/2016/10/segmen-bloglist-azhafizahcom-nov-dec.html#ixzz4NgAd9uNp
Read More

Moon cake 100% Keluaran muslim

7:00 AM
Moon cake 100% Keluaran muslim

Assalammualaikum...
ni antara yang dijual
Sapa suka makan moon cake..tapi was was dengan yang dijual di supermarket.. mari sini MV kenalkan Moon cake 100% Keluaran muslim. MV sendiri dah try beli dan memang sangat sedap ....
yang  ni MV punya ..dah habis dah
Antara Moon Cake yang Sis ni jual ..Ada 6 jenis semuanya...MV paling suka chocolate raisin dengan crunchy nut..yang lain-lain pun sedap ...kat bawah ni senarai moon cake yang ada dan apa intinya:-

  1. Simple red bean-Inti kacang merah+bijan putih+biji labu
  2. Mung bean (oren)-Inti kacang hijau+almond flakes
  3. Dao yong pandan (hijau)-Inti kcng hijau+melon seed+perisa pandan
  4. Crunchy nut (diy)-Inti mix kcng : pumpkin seed+almond flakes+bijan putih+bijan hitam+biji bunga matahari n susu
  5. Chocolate raisin-Inti kacang merah+bijan putih+kismis hitam
  6. Sweet pineapple (kuning)-Inti pineapple paste
Kalau korang berminat boleh hubungi 

What apps yani
011-10012492


instagram Yani Adli 

Facebook Yani adli 


**sis ni MV biras MV .Asal kedah .Yang buat ni kak Long dia.Mari lah support bisnes orang kita


Read More

Cucur Pisang Cicah Sos

3:30 AM
Cucur Pisang Cicah Sos

Assalammualaikum...

Cucur Pisang Cicah Sos..ini adalah salah satu fevret anak-anak....cucur pisang cicah dengan sos cili..dari abang haikal hinggalah syamimi....semua sama...bukan setakat cucur pisang..cucur lain pun cicah sos juga....

MV ni kalau datang rajin..rajin lah.kalau dtang  malas..jangan cakap cucur air panas pun xda untuk minum petang hahaha
Read More

Thursday, October 20, 2016

2 Tahun 10 Bulan

9:30 AM
2 Tahun 10 Bulan
tengah tengok tv 
Assalammualaikum...

21.10.2016.....genap lah syamimi 2 tahun 10 bulan...alhamdulillah misi free pampers syamimi berjalan lancar sekarang kalau dia pakai pampers bila dia nak kencing atau nak berak dia akan cakap...

jadi semalam masa balik dari sekolah ...di rumah dia cakap dia mau berak..terus MV buka pampers dia dan bawa ke tandas biar dia berak kat potty ..lepas tu dia terus cakap mama adik besar sudah ...

jadi nda payah sudah pakai pampers..besar sudah adik..pandai juga adik bagi tau mau kencing...alhamdulillah...cepat dia belajar....semoga adik terus belajar ya...oh ya dia kalau bab ni besar sudah..

tapi kalau dukung dia bilang dia masih kecik...x boleh jalan jauh nanti penat...ada2 jak akalnya kan....

(**alamak salah pula sebenarnya 21.10.16 baru 2 tahun 10 bulan)

Read More

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST BULAN NOVERMBER BY KINAH

7:00 AM
SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST BULAN NOVERMBER BY KINAH

Wednesday, October 19, 2016

Aidijuma Fun Sale Sabah

9:49 AM
Aidijuma Fun Sale Sabah

Assalammualaikum..

Aidijuma Fun Sale Sabah bermula 17.10.2016 sehingga 23.10.2016.. memang fun betul-betul sale ni..bayangkan harga dari rm99 trun ke 20..wow kan....

blouse, pants , shoes Rm 20 
jacket rm25
skirt/dress/baju kurung -RM35(beli 3 rm100)

Memang gundah gulana..MV cadang nak beli dia punya dress atau blouse....MV nak pergi lah dalam hari ni atau esok...rasa-rasa ada lagi tak hahaha....


ni antara skirt yang ada ...macam patern ada...yang bestnya skirtnya ni two way....kat bawah ni dress nya....cantik kan ....



ni pula baju kurung  pahang....kain cotton...



oh ya ni semua produk aidijuma kat Blossom box store 1b...bah kamuorang di sabah...sapa yang ada masa ..ada kemahuan pegilah....Mv ni mengharap ada lah lagi baki2 yang ada
Read More

GIVEAWAY SALAM PERKENALAN by MASHITAHMAMAT

9:31 AM
GIVEAWAY SALAM PERKENALAN by MASHITAHMAMAT
Assalammualaikum..


Tarikh Mula Giveaway :  13 Oktober 2016 (Khamis)
 Tarikh Tamat Giveaway :   15 November 2016 (Selasa)
 Tarikh keputusan pemenang akan di umumkan pada: 19 November 2016 (Sabtu)


Join sebab mana lah tahu ada rezeki kan..sebab masa tue birthday MV...hihi..nak join klik banner
Read More

"SEGMEN:BLOGLIST NOVEMBER by CIK NUR"

9:24 AM
"SEGMEN:BLOGLIST NOVEMBER by CIK NUR"
Assalammualaikum...


Nak join klik banner... 

♥Tempoh Penyertaan♥
15-31 Oktober 2016
Read More

Mari Belajar Bahasa Arab

9:17 AM
Mari Belajar Bahasa Arab

Assalammualaikum

terima kasih - syukran (شكرًا )
sama sama - afwan ( عفواً )
saya minta maaf - aseef (asif) ( آسف )
baiklah - hasanan ( حسناً )
mungkin - rubbama (ربما )
awas! - intabih ( انتبِه )
berhati hatilah - ihzar ( احذر )
jangan lupa - la tansa ( لا تنسىٰ )
samiinun - gemuk ( سمين )
Tawiilun - panjang ( طويل )
Qasirun - pendek ( قصير )
khofiidhun - rendah ( خفيض )
nahiifun - kurus ( نحيف )
yaum - hari ( يوم )
usbu' - minggu ( أسبوع )
syahr - bulan ( شهر )
sanah - tahun ( سنة )
Selamat malam - laila sa'edah ( ليلة سعيدة )
sobahul khair - selamat pagi ( صباح الخير )
ucapan balas sobahul khair - sobahannur ( صباح النور )
semoga berjaya - bitaufiq wannajah ( بالتوفيق والنجاح )
salam ukhuwah - salam perkenalan ( سلام اخوة )
jazakallah hukhairan - semoga Allah membalas jasamu ( جزاك الله خيرا )
tobat masauk - selamat tengahari ( طابت مساؤك )
azhoma allahu ajrak - semoga Allah memuliakan amalan kamu ( عظّم الله أجرك )
uhibbuki - saya sayang awak (perempuan) ( أحبكِ )
uhibbuka- saya sayang awak (lelaki) ( أحبكَ )
Ganti nama/personal pronouns
aku/saya - ana ( أنا )
kamu (lelaki) - anta ( أنتَ )
kamu (perempuan) - anti ( أنتِ )
dia (lelaki -seorang ) - huwa ( هُوَ )
dia (perempuan-seorang) - hiya ( هِيَ )
dia (lelaki/perempuan -2orang) -huma ( هماَ )
dia (lelaki -3 dan keatas) - hum ( هُمْ )
dia (perempuan-3 dan keatas) - hunna ( هنَّ )
kami - nahnu ( نحنُ )
kalian (ramai) - antum ( أنتم )
mereka - hum ( هُمْ )
cantik = jameelah ( جميلة )
buruk = qabih ( قبيح )
Bersih = nadziifun ( نظيف )
Malas = kaslaan ( كسلان )
Ata'allamu = saya belajar ( أتعلم )
a'kulu =  saya makan ( أاكل )
Asyrobu =  saya minum ( أشرب )
Aqrou = saya membaca ( أقرا )
aktubu = saya menulis ( أكتب )
Atakallamu = saya berbicara ( أتكلم )
Amsiku = saya memegang ( أمسك )
A'malu = saya mengerjakan ( أعمل )
Albasu = saya memakai ( ألبس )
Toriiqon = jalan ( طريق )
Baytun = rumah ( بيت )
Mirsamun = pensil ( مِرسم )
Qolamun = pulpen ( قلم )
Mimsahatun = pemadam ( ممسحة )
Mishbaahun = lampu ( مصباح )
Sabbuurotun = papan tulis ( سبورة )
Kaifahaluka- apa khabar (lelaki) ( كيف حالكَ )
Kaifahaluki- apa khabar (girl) ( كيف حالكِ )
Askunufi- saya tinggal di ( أسكن في )
Umri- umur saya ( عمري )
Masmuki? Siapa namamu (untuk perempuan) ( ما اسمكِ )
Masmuka? Siapa namamu (untuk laki2) ( ما اسمكَ )
Ana tilmiidzatun = saya seorang murid (untuk perempuan) ( انا تلميذة )
Ana tilmiidzun = saya seorang murid (untuk laki2) ( انا تلميذ )
Ahlam Saiidah = semoga mimpi indah ( احلام سعيدة )
Syafakallah-smoga Allah menyembuhkn kamu ( شفاك الله )

Ukhwahfillah = Pshabatan Krna Allah ( اخوة في الله )
Ukhtin = Kakak @ Saudara Perempuan ( اخت )
Akhun = Abang @ Saudara Lelaki ( أخ )
Zauj = Suami @ Pasangan (L) ( زوج )
Zaujah = Isteri @ Pasangan (P) ( زوجة )
Asiff Jiddan = Saya minta maaf sangat2 ( آسف جداً )
Ukhwahfillah Abadan Abada = Psaudaraan krna Allah Selama2nya ( اخوة في الله أبداً ابدا )
Fa'idza Adzamta fatawakkal'alallah = Stelah kmu brazam maka bertawakallah pd Allah ( فإذا عزمت فتوكل على الله )
Inni Akhafullah = Ssguhnya aku takutkan Allah (إني أخاف الله)
Maafi Qalbi Ghairullah = Tiada di hatiku selain Allah ( مافي قلبي غير الله )
Lau Samatha = Maafkan saya ( لَو سمحتَ )
Naltaqi Ghadan = Kta jmpa esok ( نلتقي غداً )
Illalliqa' = moga bertemu lagi ( الى اللقاء )
Syafakallah = moga Allah myembuhkan awak (L)(شفاكَ الله)
Syafakillah = moga Allah myembuhkan awak (P) (شفاكِ الله)
Tafaddhol = Silakan (تفضل )
La Aadri = Saya Tak Tahu ( لا أدري )
Maa fii Musykilah = tiada masalah ( مافي مشكلة )
Jazakallahu khairan khatsiira = Smga Allah mblasmu dgn kbaikan (L) ( جزاكَ الله خيراً كثيراً )
Jazakillahu khairan khatsiira = Smga Allah mblasmu dgn kebaikan (P) ( جزاكِ الله خيراً كثيراً )
Jazakumullahu khairan khatsiira = Smga Allah mblasmu dgn kebaikan (L&P) جزاكمُ الله خيراً كثيراً )
Wa iyyaka (L) = Dan utkmu jua.Blasan utk ucapan ( وإياك)
Wa iyyaki (P) = dan utkmu jua.Blasan utk ucapan( وإياكِ )
Allahukhairujaza' = Allah adalah Sebaik-baik Pemberi ( الله خير الجزاء )
Fahimtum? = Adakah kalian faham.? ( فهمتم )
Fahimna = Kami telah faham ( فهمنا )
Ijhad wala taksal = Bsguh2 dn jgnlah kmu malas ( اجهدْ ولا تكسلْ )
La Tahzan Innallaha Ma'ana = Jgnlah bsdih, Ssguhnya Allah bsma kita ( لا تحزنْ انا الله معنا )
Kafaa Bilmauti waa'izhan = Cukuplah kmatian itu mjadi pringatan ( كفى بالموت واعظاً )
Bi idznillah = Dgn izin Allah ( بإذن الله )
InshaAllah kull khayr ! Aamiin = inshaaAllah smuanya baik,Aamiin ( إن شاء الله كل خير. آمين )
Barakallahu Fiq = Smga Allah mrahmati kamu/mbrkati kamu ( بارك الله فيك )
Masa ul khair = slmt ptg ( مساء الخير )
Na'am = Ya ( نعم )
Yallah2 bisura'h = mari2 cpat (lekas2) ( يالله بسرعة )
Ismahli ya ustaz/ustazah = Tumpang tanya wahai Ustaz/Ustazah ( اسمحلي يا أستاذ/أستاذة )
Uridu an azhaba ilal dauratul miah = Blhkah sy ingin ke bilik air ( أريد أن أذهب الى دورة الميا
Sanah Helwah = Slmt hr jd ( سنة حلوة )
Ana Aidon = Saya Juga ( أنا أيضاً)
kabirun = besar
صغير ; shoghirun = kecil
طويل ; thowilun = panjang
قصير ; qoshirun = pendek
ثخين ; tsakhinun = tebal
رقيق ; roqiequn = tipis
واسع ; waasi'un = luas
ضيق ; dhoyyiqun = sempit
مرتفع ; murtafi'un = tinggi
منخفض ; munkhofidhun = rendah
سريع ; sarieun = cepat
بطيئ ; bathiun = lambat
حار ; haarun = panas
بارد ; baaridun = dingin
غالي ; gholin = mahal
رخيص ; rokhisun murah
قوي ; qowiyyun = kuat
ضعيف ; dhoifun = lemah
جديد ; jadiedun = baru
قديم ; qhodiemun = lama
جاف ; jaafun = kering
مبتل ; mubtallun = basah
صاف ; shofin = jernih
كدر ; kadirun = keruh
ماهر ; maahirun = pintar
جاهل ; jahilun = bodoh
علي ; aliyyun = tinggi
سافل ; saafilun = rendah
منير ; munierun = terang
مظلم ; mudzlimun = gelap


Mv dapat ni dari group sekolah agama haikalayu..dan MV rasa nya ianya amat berguna dan MV kongsikan buat korang semua..mari  kita belajar bersama-sama 
Read More

Syamimi & Colouring...

7:30 AM
Syamimi & Colouring...
3 gambar yang syamimi warna
Assalammualaikum,....

Syamimi story...colouring dia punya febret skg ni...semakin hari semakin rajin dia mewarna...walaupun nda kemas..tapi nampak peningkatan...dia tau macam mana nak control tangannya...supaya x terkeluar sngt  dia mewarna....

Teruskan usaha adik...keep it up...
  
Read More