All About Love

Thursday, February 18, 2016

MY Kembar Tahun 2007-2016

7:30 AM
MY Kembar Tahun 2007-2016
Assalammualaikum...

masa ni abg umur setahun lebih adik masuk 3 bulan 
Buka Facebook ini hari nampak gambar my kembar tahun..masa ni abg setahun lebih adik dalam 2 bln lebih mo masuk 3 bulan...terus klik album cari gambar dorang posing berdua...sampi umur 9 tahun...
ni di sabah sudah
complete ok..berjaya cari dari 1 tahun hingga 9 tahun...dan di sinilah MV perasan yang si kakak Ayu ni muka sebijik dengan syamimi...betul2 copy paste...lucu pulak rasa...so kalau adik umur dia makin bertambah...kita bandingkan lagi...
ni masa umur 2 tahun at tangkak 
hubungan adik & abang kembar tahun ni kira rapat..sebab kalau lama x jumpa pandai cari..pandai rindu..dan yang paling sweet...apa yang dorang makan...mesti akan bungkus untuk each other....
3 tahun 
macam ahad lepas..MV bawa si kakak ayu wani n mimi minum kelapa bakar dekat salut...abang ikut atuk nenek jalan..sebab dia mau makan di Uncle jack...abang bawa balik makanan dari uncle jack....kakak bungkus puding kelapa untuk abang 
4 tahun

Muka pun dah nak seiras...kadang2 orang ingat dorang kembar jer..bukan kembar tahun..kalau MV malas nak explain..MV cakap jer kembar..sebab mulut orang ni taulahh..ada jer nak mengata
5 tahun 
bila tengok gambar2 ni...pejam celik pejam celik...cepatnya masa berlalu...my kembar tahun 9 tahun sudah....dulu kecik jak....kakak ayu pun dah 3 tahun bercermin mata...kesian kat dia..kecik2 dah rosak mata...
6 tahun
Syukurlah dia sekelas dengan abang...bila dia tak nampak tulisan yang ditulis atau salah apa yg ditulis MV just tengok buku abang balik....dan mmg selalu terjadi..walaupun dia sudah pakai cermin mata..abang penyelamat adik....
7 tahun 
Si kakak ni kadang datang jahat nya ..jawapan kerja rumah pun nda mo bagi...kalau abg nda tau dia nda kasi pinjam...tapi itulah kan..adik beradik...gaduh macam mna pun tetap cari satu sama lain.....
8 tahun
Semoga terus membesar dan berjaya dunia akhirat..jaga satu sama lain....AMin
9 tahun

Read More

Wednesday, February 17, 2016

JPJ Haram Kereta 12 Tahun Ke Atas Di Jalan Raya?

9:57 AM
JPJ Haram Kereta 12 Tahun Ke Atas Di Jalan Raya?
Assalammualaikum...


JPJ Haram Kereta 12 Tahun Ke Atas Di Jalan Raya?

Nonsense...itu yang MV boleh cakap...kita loan kereta 7- 9 tahun dengan bayar paling rendah pun RM400 lah...macam MV viva sebulan jer dah RM410....itu harga monthly loan pada 2008....

ada 1 year lagi nak habis dah...masa tu dah 9 tahun usia kereta...kalau jadi dilaksanakan kereta 12 tahun x boleh guna....means lepas 3 tahun terpaksa tambah hutang baru untuk beli kereta...

Rebat yang diberi RM5000 sahaja....duit muka kereta pun rasanya tak lepas..dengan harga kereta skg di ZAMAN GST...ermm...bukan menyenangkan rakyat tapi menyusahkan rakyat....

Hidup asyik bayar hutang....habis hutang kereta lama tambah lagi hutang kereta baru..Poyo betul...makirayau orang DUsun bilang....Memang nda masuk akal....orang yang di atas2 mungkin nda kan rasa...

Tapi kami yang bawah2 ni macam mna...betul2 menyakitkan hati cadangan ni..dari MV start masuk Government sampai lah sekarang....asyik nak buat cadangan ni saja....

Pelik yang bermasalah pemandu not kereta..tukar kereta baru pun kalau pemandua dengan pemanduan tak berhemah its still akan ada kemalangan....kalau kereta tue kereta lama tak dijaga dan diservis mengikut masa.Rasanya takkan ada masalah....

Bercakap tanpa berfikir ni memang annoying betul....Erm...sekian luahan hati rakyat bawahan.
Read More

Keputusan Perlawanan Liga Super 16.02.2016

9:10 AM
Keputusan Perlawanan Liga Super 16.02.2016
Assalammualaikum...


Perak 0 - 1 Selangor
Kelantan 1 - 0 PDRM
Sarawak 1 - 2 Felda United
Kedah 1 - 0 Terengganu
Pulau Pinang 4 - 1 Pahang FC
PBDKT T-Team 0 - 2 JDT

Tahniah buat pasukan yang menang perlawanan liga super semalam 16.2.2016:-
  1. Selangor
  2. Kedah
  3. Felda United 
  4. Kedah 
  5. Pulau Pinang 
  6. JDT
Pulau Pinang yang baru beraksi di liga super tahun ni nampaknya berpesta gol semalam di tempat sendiri..mengalahkan Pahang dengan jaringan 4-1,,,,begitu juga JDT menang 2-0...

Dengan keputusan semalam...kedudukan liga super sekarang 

  1. JDT - 4 Mata
  2. Selangor - 4 mata
  3. kelantan - 4 mata
  4. Pulau Pinang - 3 Mata
  5. Felda United - 3 Mata
  6. PDRM - 3 Mata
  7. Sarawak- 3 Mata
  8. Terengganu - 3 Mata
  9. Kedah - 3 Mata
  10. Perak  - 1 Mata 
  11. PBDKT T-Team - 1 mata
  12. Pahang - 1 mata
Nampaknya masih terbuka lagi...iyalah baru 2 kali perlawanan...peluang masih ada...Chayok2X

Sumber:SINI
Read More

Wordless Wednesday:Orang Perempuan Drive berkaki Ayam

7:30 AM
Wordless Wednesday:Orang Perempuan Drive berkaki Ayam
Assalammualaikum.....

credit to Rahsia HAwa
Yang ni MV setuju...MV salah seorang daripadanya...korang macam mana pula....Tak mau banyak cakap...ni kan wordless Wednesday....
Read More

Tuesday, February 16, 2016

Senarai Pasukan Liga Perdana Malaysia 2016

2:30 PM
Senarai Pasukan Liga Perdana Malaysia 2016
Assalammualaikum....


  1. UITM FC
  2. KUALA LUMPUR 
  3. KUANTAN FC 
  4. NEGERI SEMBILAN 
  5. MELAKA UNITED 
  6. PERLIS
  7. DRB HICOM FC
  8. SIME DARBY FC 
  9. PKNS 
  10. JDT II
  11. ATM 
  12. SABAH 

Sabah masih di liga Perdana belum lagi naik ke Liga super..dan untuk 2 perlawanan yang sudah berlangsung..Sabah kalah dua game tue...dan sekarang di tempat tercorot.....Sob sob sob...

Wake up Sabah Rhinos....kembali ke zaman kegemilangan era Suharmin Yusof,Jaya Kassim,Yap Wai Lon,Borhan Ajui,Julius Ating,,,,

Kamu buli...yes We Can....




Read More

Dulu Vs Sekarang

7:30 AM
Dulu Vs Sekarang
Assalammualaikum....
11.2.2016
Entry ni entry minta puji orang sabah bilang..Kenapa??nak dijadikan cerita baju maulidur rasul ni merangkap baju majlis sambutan raya Pejabat 2016..masa outer baju ni...Tukang jahit ni jahit baju ala slim fit...faham dak slim n fit....


24.12.2015 
So masa pakai baju ni kat perarakan maulidur rasul...baju n mmg agak ketat di bahagian kain...nak melangkah pun agak sopan gitu....hahaha...baju ni dijadikan motivasi...then baru2 ni pakai baju ni lagi....yeahhhh....baju dah longgar...kat kain pun dah boleh langkah besar....

24.12.2015
Maksudnya MV dah kurus lagi hahaha...perasan betul kan..yeah..misi mengecilkan badan 50 %berjaya....korang doakan MV berjaya mencapai target yang diimpikan...

Read More

Monday, February 15, 2016

Set Marine Essence Hai O

3:42 PM
Set Marine Essence Hai O
set marine essence 
Assalammualaikum...

MV ingin berkongsi Set Hijau kesayangan MV...Set Marine Essence...


Marine Essence Beauty Bar
Garam Buluh
- Sumber kaya dengan mineral dan antioksidan untuk kulit.
- Anti-bakteria, anti-alergi, anti-keradangan.

Pheno-SFE TM (Ekstrak The Pu-erh)
- Terkenal dengan antioksidan dan sifat-sifat pemulihan untuk menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel kulit. (Anti penuaan)
- Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit dengan menjaganya agar tetap sihat dan muda untuk masa yang lebih lama.

Ekstrak Liquorice
- Mengurangkan perubahan warna kulit dan bintik-bintik hitam.
- Mencerahkan pigmentasi kulit.

Minyak Tea Tree
- Anti-bakteria, anti-kulat.

Vitamin E
- Antioksidan, anti-penuaan.
- Menyembuhkan kulit yang bermasalah dan rosak dengan berkesan.

Gliserin
- Tidak mengeringkan kulit. Sebaliknya, ia menarik kelembapan daripada udara ke dalam kulit
  Merupakan pelembap kulit yang  terbaik.

Aloe Vera
- Kebolehan untuk menyembuhkan dan merangsang pembaharuan sel-sel kulit pada kulit yang bermasalah

Marine Essence Syampu Berkhasiat
Marine Essence Syampu Berkhasiat
kebaikan syampu ME

Marine Essence Bamboo Salt Toothpaste

Garam Buluh
Sumber kaya dengan mineral penting untuk menyihatkan gigi dan gusi.
Membantu menyembuhkan luka kecil gusi, gusi berdarah dan ulser mulut.

Xylitol 
Menguatkan enamel gigi dan mencegah kerosakan gigi.
Membantu memperbaiki kerosakan gigi.

Pheno-SFETM (Ekstrak Teh Pu-erh)
Menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel 
gigi dan gusi [Anti-Penuaan].
Membantu membaiki dan memperbaharui sel-sel.

Gliserin
Pelembap yang terbaik.

Ni adalah set mandian yang MV sekeluarga sedang guna...MEmang terbaek....berbaloi...tak sia2 keluarkan sikit duit...Kesannya amat memuaskan...

Read More