All About Love: Valentine Day
Showing posts with label Valentine Day. Show all posts
Showing posts with label Valentine Day. Show all posts

Friday, February 15, 2013

Jerat Percintaan

2:00 PM
Jerat Percintaan
Assalammualaikum


Jerat Percintaan...Ini bukan tak kena mengena dengan lagu Datuk Siti Nurhaliza tau ..tapi MV hadiahkan video lagu Jerat Percintaan utk kamu semua pembaca setia blog MV...Dan juga buat peminat beliau kak Bui & CIk sue...


Dah layan lagu tue...ada yg suka...MV suka lagu ni...hehehe..ok berbalik pada tajuk entry MV..Jerat Percintaan...Inilah adalah tajuk Forum Perdana Semalam yang berlangsung Di Kedah(**nama tempat nda sure)....

Forum perdana yang mengupas Isu Valentine Day...MV tertarik dgn penel jemputan..(**yang ni pun nama MV nda tau sebab tak tengok dr awal)...Seorang Ustaz & seorang Ustazah....

Tertarik dengan hujah Ustazah(**MV gelar ustazah sebab tak tau nama & jawatannya..ni sebagai istilah hormat)...MV tertarik bila beliau menceritakan berkenaan Nabi Musa & anak perempuan Nabi Shuib yg berjalan bersama....Di mana anak perempuan Nabi Shuib berjalan didepan & Nabi MUsa berjalan di belakang...

Namun Nabi MUsa Merasakan tidak selesa kerana melihat lenggok tubuh anak nabi Shuib yg berjalan di depan...Maka Nabi Musa pun berkata kepada anak Perempuan Nabi Shuib"Adalah lebih baik kamu berjalan di belakang & aku berjalan di depan"

"Bagaimana  kamu mau berjalan didepan sedangkan kamu tidak tahu arah jalan??"jawab anak nabi Shuib.."Kamu baling lah batu ke kanan jika arahnya ke kanan & baling ke kiri jika arahnya ke kiri.."jawab Nabi MUsa.

Ya Allah betapa Nabi MUsa menjaga kehormatan seorang wanita..dengan berjalan dihadapannya & bukan di belakang mereka..Serius MV tertarik dengan hujah ni..

Sempat juga pengacara majlis tue berseloroh pada panel kedua(**MV gelar Ustaz).."kalau suami isteri yg berjalan mcm mn pula??"dengan selamba beliau menjawab"Kalau suami isteri kena beriringan & berpimpinan tangan"..

Panel kedua juga ada berhujah mengenai Hukum Menyambut Valentine Days:
  1. Valentine Day Hukumnya haram disambut oleh orang Islam & Fatwa tela dikeluarkan oleh Majlis Fatwa..Kalau kita tidak ikut hukum yg ditetapkan Ulama..hukum siapa yg kita nak ikut.
  2. valentine day haram disambut kerana ianya bukanlah ajaran islam..Sebaliknya pada tarikh 14.02 adalah kejatuhan Islam DI spanyol
  3. Dalam islam tidak ada hari yg khas utk berkasih sayang...
  4. Suami isteri yg berkasih sayang pada tarikh ni atas niat menyambut hari kekasih juga haram hukumnya
  5. Valentine Day ni menyumbang kepada perkara maksiat & sudah jelas hukumnya haram,
Banyak lagi sebenarnya yg dibincangkan tetapi MV kongsikan ini utk kamu semua..Semua ayat di atas adalah dr cara penulisan MV takde kena mengena dgn panel yg hadir semalam..Ini adalah apa yg MV dapat drpd Forum Perdana Semalam..

Dan dikongsikan utk kamu semua.sekiranya ada salah kata @ bahasa..silalah tegur MV.MV akan menerima teguran itu..Sebab tanpa teguran kita tidak akan tahu kesalahan kita dan tidak dapat memperbaiki diri kita....

**ini adalah entry autopublish


Read More

Thursday, February 14, 2013

Ada apa dengan 14.02.2013

8:00 AM
Ada apa dengan 14.02.2013
Assalammualaikum..

Pastinya ada yg tertunggu2 tarikh ni..atau ada yg meraikannya...Dan yang pastinya pada tarikh ni setiap tahun pasti hotel2 bajet,hotel mewah & rumah tumpangan akan laku...laris seperti hangat drama setia hujung nyawa,,

Pasti ada yg dapat faham apa yg MV cuba smpikn....Faham kan...Valentine Day..Ya ...ingat lagi ketika di bangku sekolah...ramai yg dok cerita &  wish dekat pasanagn masing2...MV serius mmg blur(**baru tingkatan 2)...

Hairan apa yg istimewa sgt dgn Valentine Day ni..Namun apabila usia makin bertambah..MV tahu juga apa itu Valentine Day..Tapi ianya xda dalam ajaran islam supaya kita menyambutnya...

Ingat lagi dulu..kawan2 siap berdating dgn Boyfriend & girl friend pada tarikh tue..kononnya utk memadu kasih..Tp MV nda punya BF..hahaha...rasa lucu...ya MV tidak punya teman lelaki waktu tue...hahaha..

Dan MV kongsikan sedikit mengenai Hukum menyambutnya yg MV ambil dr SINI


Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.
Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:


من تشبه بقوم فهو منهم     

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
                                                                                                                                             ( Riwayat Abu Daud)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:


من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
                                                                                                                                       (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.
Sekadar berkongsi supaya menjadi panduan buat anak2 muda & diri MV sendiri..Ya MV tak layak berbicara pasal hukum..tp hanya untuk berkongsi.Sekian.
Read More