Assalammualaikum
Jerat Percintaan...Ini bukan tak kena mengena dengan lagu Datuk Siti Nurhaliza tau ..tapi MV hadiahkan video lagu Jerat Percintaan utk kamu semua pembaca setia blog MV...Dan juga buat peminat beliau kak Bui & CIk sue...
Jerat Percintaan...Ini bukan tak kena mengena dengan lagu Datuk Siti Nurhaliza tau ..tapi MV hadiahkan video lagu Jerat Percintaan utk kamu semua pembaca setia blog MV...Dan juga buat peminat beliau kak Bui & CIk sue...
Dah layan lagu tue...ada yg suka...MV suka lagu ni...hehehe..ok berbalik pada tajuk entry MV..Jerat Percintaan...Inilah adalah tajuk Forum Perdana Semalam yang berlangsung Di Kedah(**nama tempat nda sure)....
Forum perdana yang mengupas Isu Valentine Day...MV tertarik dgn penel jemputan..(**yang ni pun nama MV nda tau sebab tak tengok dr awal)...Seorang Ustaz & seorang Ustazah....
Tertarik dengan hujah Ustazah(**MV gelar ustazah sebab tak tau nama & jawatannya..ni sebagai istilah hormat)...MV tertarik bila beliau menceritakan berkenaan Nabi Musa & anak perempuan Nabi Shuib yg berjalan bersama....Di mana anak perempuan Nabi Shuib berjalan didepan & Nabi MUsa berjalan di belakang...
Namun Nabi MUsa Merasakan tidak selesa kerana melihat lenggok tubuh anak nabi Shuib yg berjalan di depan...Maka Nabi Musa pun berkata kepada anak Perempuan Nabi Shuib"Adalah lebih baik kamu berjalan di belakang & aku berjalan di depan"
"Bagaimana kamu mau berjalan didepan sedangkan kamu tidak tahu arah jalan??"jawab anak nabi Shuib.."Kamu baling lah batu ke kanan jika arahnya ke kanan & baling ke kiri jika arahnya ke kiri.."jawab Nabi MUsa.
Ya Allah betapa Nabi MUsa menjaga kehormatan seorang wanita..dengan berjalan dihadapannya & bukan di belakang mereka..Serius MV tertarik dengan hujah ni..
Sempat juga pengacara majlis tue berseloroh pada panel kedua(**MV gelar Ustaz).."kalau suami isteri yg berjalan mcm mn pula??"dengan selamba beliau menjawab"Kalau suami isteri kena beriringan & berpimpinan tangan"..
Panel kedua juga ada berhujah mengenai Hukum Menyambut Valentine Days:
- Valentine Day Hukumnya haram disambut oleh orang Islam & Fatwa tela dikeluarkan oleh Majlis Fatwa..Kalau kita tidak ikut hukum yg ditetapkan Ulama..hukum siapa yg kita nak ikut.
- valentine day haram disambut kerana ianya bukanlah ajaran islam..Sebaliknya pada tarikh 14.02 adalah kejatuhan Islam DI spanyol
- Dalam islam tidak ada hari yg khas utk berkasih sayang...
- Suami isteri yg berkasih sayang pada tarikh ni atas niat menyambut hari kekasih juga haram hukumnya
- Valentine Day ni menyumbang kepada perkara maksiat & sudah jelas hukumnya haram,
Banyak lagi sebenarnya yg dibincangkan tetapi MV kongsikan ini utk kamu semua..Semua ayat di atas adalah dr cara penulisan MV takde kena mengena dgn panel yg hadir semalam..Ini adalah apa yg MV dapat drpd Forum Perdana Semalam..
Dan dikongsikan utk kamu semua.sekiranya ada salah kata @ bahasa..silalah tegur MV.MV akan menerima teguran itu..Sebab tanpa teguran kita tidak akan tahu kesalahan kita dan tidak dapat memperbaiki diri kita....
**ini adalah entry autopublish