Review Novel : 7 Hari Mencintaiku 2-Siti Rosmizah - All About Love

Friday, February 15, 2019

Review Novel : 7 Hari Mencintaiku 2-Siti Rosmizah

7 Hari Mencintaiku 2 7 Hari Mencintaiku 2 by Siti Rosmizah
My rating: 5 of 5 stars

7 hari mencintaiku 2...Khuzairi dan Mia ariana...siapa tak ingat kisah cinta mereka yang penuh onak dan duri ditambah lagi dengan tanpa restu ibu dan mertua sendiri...Dalam novel 7 hari mencintaiku 2 ini sekali lagi mereka diuji...

semuanya bermula dengan Nadia ,adik khuzairi yang memutuskan pertunangan dengan zaidi kerana mempunya orang lain ..tanpa Nadia sedari sebenarnya itu adalah helah dan muslihat ibu mia ariana yang ingin memusnahkan kehidupan keluarga Pak samad dan mak leha..

Bukan hanya Nadia tetapi juga dengan perkahwinan adik ipar nya Helmi dengan Sofi sepupu mia sendiri...dan tidak juga ketinggalan dengan keluarga bahagia Mia ...dengan hasutan daripada ibu nya...kemunculan Nurul anak angkat kepada Umi Radziah akhirnya konflik pun bermula...

Sekali lagi mia dibenci Ibu mertuanya sendiri....sekali lagi Mak Leha mencari calon isteri untuk khuzairi...dan sekali lagi ianya berlaku ketika mia sedang mengandungkan anak kedua mereka...ditambah lagi dengan dendam syakilla akhirnya semuanya bertambah hancur...

ditambah lagi rasa benci itu bukan hanya untuk mak leha tetapi pak samad....puan hayati menuduh pak samad cuba menodainya...namun pak samad tetap sayangkan mia...kehadiran Nurul yang selalu ke rumah dan makin rapat dengan mak leha akhirnya menjerat kehidupan Khuzairi..

Apabila Mia melarikan diri dan satu pergaduhan terjadi yang mana akhirnya Khuzairi menerima Nurul menjadi calon isterinya..dan Mia disyaratkan ada di hari pernikahan tersebut,,Mia pula sudah menerima apa yang ditakdirkan...dia bersetuju dan akan pergi meninggalkan khuzairi di hari pernikahan tanpa membawa anak2nya...

kerana bagi mia...khuzairi hanya terpaksa bersama dengan dia demi anak...namun sebaliknya yang berlaku...dalam tempoh menunggu hari pernikahan..Mak Leha seakan dihimpit bersalah...apabila sesuatu terjadi dan Mia adalah penyelamat..

Nurul pula bukan seperti yang diharapkan...seluruh keluarga semakin kasihan dan semakin sayang terhadap mia...Mampukah mereka bertahan...Korang kena baca...atau pun Nurul adalah orang yang benar2 boleh membahagiakan Khuzairi...

Dan adakah Doktor Adam yang selayaknya membahagiakan Mia...

View all my reviews

10 comments:

  1. hadoi.. makan hati baca review MV nie.. lagi dasyat konfliknya dari yang no 1..

    ReplyDelete
  2. Hai... nk tanya nurul jadi ke kahwin dengan khuzairi saje jer nak tanya ...

    ReplyDelete
  3. Betul k nie?nurul tak jadi kahwin dgn khuzairi?pastu ending dia happy or sad.saje2 nak tahu.
    #7hari mencintaiku2

    ReplyDelete
  4. Betul ke diorang x jd kawin? Khuzairi dgn mia xjd bercerai la yer?

    ReplyDelete
  5. Ending ape jadi?

    ReplyDelete
  6. Jangan cakap dorang kahwin eh? I canntt😭😭

    ReplyDelete