Review Novel: Jodoh itu milik kita-Sara Aisha - All About Love

Thursday, January 24, 2019

Review Novel: Jodoh itu milik kita-Sara Aisha

Jodoh itu milik kita Jodoh itu milik kita by Sara Aisha
My rating: 5 of 5 stars

Dahlia Darius menerima syafiq sebagai tunangan walaupun tanpa rasa cinta namun apa yang dia dapat di hari pernikahan amat menyakitkan.Syafiq tidak datang dan Aariz menjadi pengganti.Walaupun tanpa rasa cinta Dahlia dan Aariz menlayari alam rumahtangga sebagai kawan.

Ketika cinta sudah mula mekar..kepulangan Syafiq menjadi masalah kepada Aariz dan Dahlia,masih mengganggap dahlia sebagai tunangnya dan menuduh Aariz sebagai perampas.Rasa benci dan dendam Syafiq terhadap abang angkatnya membuatkan dia tidak mahu kalah kepada lelaki yang bernama Aariz

Satu rahsia besar yang akan merubah segalanya menjadi pegangan utama syafiq untuk memusnahkan rumah tangga yang sedang bahagia.Rahsia mengenai siapa Aariz yang sebenarnya dan siapa sangka Aariz hidup menderita seperti itu.

Paling penting penerimaan Dahlia terhadap rahsia besar itu mendatangkan kemarahan Syafiq sehingga dia sanggup untuk melakukan jenayah terhadap Dahlia.Syukur kehadiran umi dan Aariz menyelamatkan keadaan.

***novel ni happy ending tapi kalau baca mesti kamu geram dengan syafiq dan kadang2 geram dengan si aariz yang sangat rendah diri...

mengangkat juga kehidupan orang filipino yang duduk di kawasan setinggan yang berdekatan perkuburan,,,korang baca novel ni ..korang akan dapat rasa walaupun berbeza bangsa dan agama...kasih sayang yang terjalin akan mendekatkan kita

View all my reviews

1 comment: