Drama BAru Slot Akasia Love You Mr. Arrogant - All About Love

Wednesday, September 25, 2013

Drama BAru Slot Akasia Love You Mr. Arrogant

Assalammualaikum..
sumber cik google

sumber cik google


Drama Baru Slot Akasia Love You Mr. Arrogant ..lakonan Azlee Khairi...macam kebetulan pulak samarinda pun Azlee juga hero..drama Fira Ayuni...wah wah masyuk lah kan..hehehehe...dan pelakon perempuan pula pelakon baru Zara zya..sebelum ni berlakon watak pembantu jer..

Sinopsis untuk Love You Mr. Arrogant  yang diadaptasi dari novel Jom baca..

Drama rangkaian 26 episod ini mengisahkan tentang dua hati yang disatukan tanpa rasa cinta akhirnya terpaksa mengakui bahawa perasaan tersebut mulai timbul setelah mereka berdua disatukan dan Azlee Khairi (Irham) anak orang kaya yang luarannya tampak sombong namun jauh di sudut hatinya tidak sanggup melihat isterinya diperlakukan sedemikian oleh ibunya lakonan Norish Karman sebagai Puan Sri Maryam dan Hanez Suraya (Sherry) yang kecewa tidak dapat berkahwin dengan Irham.
Dari situlah bibit-bibit cinta mulai tersimpul apabila Zaraa (Zara Zya) dapat merasakan bahawa Irham mulai sayangkan dirinya.
Baru sahaja kecapi bahagia setelah masing-masing mengakui perasaan cinta mula bersemi, dugaan mulai muncul apabila kehidupan rumah tangga mereka diganggu oleh Faisal lelaki yang psiko dan juga Hardy sepupunya yang cuba mendekati Zaraa.
Tekanan Irham bertambah apabila Puan Sri Maryam disahkan mengalami masalah sakit jantung.
Mampukah Irham menyelamatkan rumah tangganya setelah ibunya meminta untuk dia berkahwin dengan Sherry sebagai permintaan terakhirnya sebelum pergi.
Irham tersepit dengan keadaan yang menghimpit dirinya. Adakah Irham akan mengotakan hajat terakhir emaknya atau mempertahankan rumah tangga bersama isteri yang baru dicintainya itu?(SUMBER SINI )
Mampukah drama baru ni menyengat seperti Cinta Jannah??jom saksikannya malam ni jam 7.00 malam di TV3

Tabung HAW


17 comments:

  1. amboi skrg ni semua main citer novel yerk.. hihihi.. klu bc dr sinopsis nye mmg best.. tp skrg ni semua citer jenis kawin tanpa ada rasa cinta.. dan cnta tu datang lepas kawin.. ada lg ke mcmtu zaman skrg ek?

    ReplyDelete
  2. drama yang menggantikan cinta jannah...

    ReplyDelete
  3. eehhh cinta jannah dah abis ke? semalam xtgk plak...hehehe...

    ReplyDelete
  4. mcm best la plak Mv sinopsis dia ni :)

    ReplyDelete
  5. x sempat nak follow dah hehehe. done clik2 nuffnang juga yer

    ReplyDelete
  6. disebabkan tau novel Love You Mr. Arrogant ni ditayangkan, semangat farah hari tu kakak MV, gi baca balik novel ni dan dah khatam kali kedua...he he he...

    ReplyDelete
  7. start hari ni la kan.. tp x kenal la heroin dia tu...huhu... mcm x best jek.. hihi

    ReplyDelete
  8. mulai hari ni, rumah nur boleh buka tv pukul 8 malam je...

    jadi xdapat tgk.huhuh

    ReplyDelete
  9. Assalammualikum..MV,

    datang sini.. dah tgk cerita nie tadi.... oklah ..best gak.

    mselim3

    pls: naper MV sekrang mcam x aktif aje... busy ker

    mselim3

    ReplyDelete
  10. smlm tngok jap je
    nmpak mcm best je
    leh ar follow nnti
    salam perkenalan dari ida
    jemput singgah blog ida ye
    umielman.blogspot.com
    dah follow blog ni no1047

    ReplyDelete
  11. first episod mmg boring, tp smlm tengok 1/2 jam pertama, taktau butir cerita lagi...

    ReplyDelete
  12. Tak sempat lagi layan drama ni, semalam ada hal :D

    ReplyDelete
  13. tak berkesempatan nk follow dh drama...skrg cuma lyn kg girl jer :)

    ReplyDelete