All About Love: Drama BAru Slot Akasia Love You Mr. Arrogant 25.09.2013
Showing posts with label Drama BAru Slot Akasia Love You Mr. Arrogant 25.09.2013. Show all posts
Showing posts with label Drama BAru Slot Akasia Love You Mr. Arrogant 25.09.2013. Show all posts

Wednesday, September 25, 2013

Drama BAru Slot Akasia Love You Mr. Arrogant

10:51 AM
Drama BAru Slot Akasia Love You Mr. Arrogant
Assalammualaikum..
sumber cik google

sumber cik google


Drama Baru Slot Akasia Love You Mr. Arrogant ..lakonan Azlee Khairi...macam kebetulan pulak samarinda pun Azlee juga hero..drama Fira Ayuni...wah wah masyuk lah kan..hehehehe...dan pelakon perempuan pula pelakon baru Zara zya..sebelum ni berlakon watak pembantu jer..

Sinopsis untuk Love You Mr. Arrogant  yang diadaptasi dari novel Jom baca..

Drama rangkaian 26 episod ini mengisahkan tentang dua hati yang disatukan tanpa rasa cinta akhirnya terpaksa mengakui bahawa perasaan tersebut mulai timbul setelah mereka berdua disatukan dan Azlee Khairi (Irham) anak orang kaya yang luarannya tampak sombong namun jauh di sudut hatinya tidak sanggup melihat isterinya diperlakukan sedemikian oleh ibunya lakonan Norish Karman sebagai Puan Sri Maryam dan Hanez Suraya (Sherry) yang kecewa tidak dapat berkahwin dengan Irham.
Dari situlah bibit-bibit cinta mulai tersimpul apabila Zaraa (Zara Zya) dapat merasakan bahawa Irham mulai sayangkan dirinya.
Baru sahaja kecapi bahagia setelah masing-masing mengakui perasaan cinta mula bersemi, dugaan mulai muncul apabila kehidupan rumah tangga mereka diganggu oleh Faisal lelaki yang psiko dan juga Hardy sepupunya yang cuba mendekati Zaraa.
Tekanan Irham bertambah apabila Puan Sri Maryam disahkan mengalami masalah sakit jantung.
Mampukah Irham menyelamatkan rumah tangganya setelah ibunya meminta untuk dia berkahwin dengan Sherry sebagai permintaan terakhirnya sebelum pergi.
Irham tersepit dengan keadaan yang menghimpit dirinya. Adakah Irham akan mengotakan hajat terakhir emaknya atau mempertahankan rumah tangga bersama isteri yang baru dicintainya itu?(SUMBER SINI )
Mampukah drama baru ni menyengat seperti Cinta Jannah??jom saksikannya malam ni jam 7.00 malam di TV3

Tabung HAW


Read More