All About Love

Wednesday, February 22, 2017

Aku dah Kurus-Aizat Razak-

7:30 AM
Aku dah Kurus-Aizat Razak-


MV pun nak kurus
Assalammualaikum...

Buku yang sangat  sesuai untuk sesiapa yang ingin menguruskan badan.Terdapat banyak tips,resepi dan kisah yang dikongsikan 88 orang...kisah pahit manis,,,dan bagaimana orang sebesar 220kg boleh menjadi kurus...

apa yang MV dapat dalam buku ini :-

-objektif penting dalam memulakan diet..harus dimulakan dengan jangka pendek dahulu selepas berjaya barulah jangka panjang

- adakah anda mahu kurus/fit?
- mahu kurus untuk hari raya?
-Kurus untuk hari perkahwinan?

- Menurut Aizzat Adnan menurunkan berat badan adalah satu perjalanan yang mencabar.
fasa 1 penurunan secara mendadak
pertengahan fasa plateau iaitu berat sukar turun walaupun jaga makan dan bersenam
fasa akhir perlu mengekalkan berat tanpa bantuan sesiapa.

- Mahu kurus ni kena jaga pemakanan dan senaman..kalau dalam skala 100% ....70% adalah dengan menjaga makan dan 30% senaman.

- Ramai yang silap pemakanan sihat adalah tidak boleh makan nasi dan makanan berminyak,sebenarnya Pemakanan Sihat adalah mengandungi :-

  1. karbohidrat
  2. lemak
  3. protein 
  4. vitamin dan mineral 
  5. fiber
- mahu kurus ni kena berkorban 70% masa,wang dan tenaga untuk sediakan makanan sihat manakala 30% untuk bersenam....

-pemakanan sihat bukan bermakna kita perlu berlapar tetapi kurangkan size hidangan dan kerapkan waktu makan.

-makanan yang kita ambil tak salah tapi portion yang salah.

-dalam berdiet setiap hari perlu ada cheat day iaitu dengan makan hanya sesudu makanan yang kita perlu kurangkan

-percaya yang anda memang gemuk dan jangan sampai orang gelar kamu "Jentera Berat"

-amalkan senaman freeletics

-basal meatabolic rate(bmr) 

-daily caloric requirement (DCR)

- ingat Kita buat untuk diri sendiri dan bukannya orang lain.

-nak tahu air yang kita ambik cukup adalah dengan melihat warna urin kita,jernih maksudnya kita dah ambik air yang cukup.

-Losing weight is hard!!! Fat is Hard !!!!Choose Your Hard!!!

-kata-kata Kevin Zahri "DON'T FOLLOW A DIET BUT UNDERSTAND THE DIET AND BUILD YOUR OWN DIET"

***dalam buku kebanyakan mereka yang berkongsi pengalaman bermula dengan diet atkins,ada yang join JK1M(jom kurus 1 Malaysia),ada yang buat eat clean....

Semoga dengan membaca buku ini menjadikan sumber inspirasi kepada MV....

Read More

Tuesday, February 21, 2017

"Birthday Giveaway Nur Imani"

4:25 PM
"Birthday Giveaway Nur Imani"

Korean Drama -Yes Captain-

3:21 PM
Korean Drama -Yes Captain-
Assalammualaikum

Yes, Captain
sumber google
Kim Yoon-sung (Ji Jin-hee) is excited that he is flying as co-pilot with a legendary Captain Han Gyu-pil (Kim Chang-wan). One of the passengers on the plane is Han Da-jin's (Ku Hye-sun) pregnant mother. She is flying to San Francisco to attend Han Da-jin's graduation ceremony from a flight training school.

While the plane is making its way across the Pacific Ocean, the Captain leaves the cockpit to go to the restroom. Co-Pilot Kim Yoon-sung is left alone in the cockpit. When Kim Yoon-sung reaches for something, he accidentally hits a lever. This causes the autopilot to become disengaged. Kim Yoon-sung pulls on the yoke toward him and tries to get the airplane leveled. He manages to get the plane flying safely again.

Meanwhile, in the cabin, Da-jin's pregnant mother asks flight attendant Choi Ji-won (Yoo Sun), who is working her first flight, to take her to the restroom. At this time, a star passenger calls for flight attendant Choi Ji-won. Choi Ji-won turns around and attends to the star passenger. Da-jin's pregnant mother goes to the restroom alone. While Da-jin's mother is in the restroom, the airplane suddenly rolls heavily. Da-jin's mother bumps against the bathroom. She then collapses on the floor of the restroom. After the plane settles down, flight attendant Choi Jin-won becomes worried about the pregnant passenger and goes to the restroom to check on her. Choi Jin-won finds the passenger on the restroom floor. Flight attendant Choi Ji-won helps the woman back to her seat. Choi Ji-won covers the passenger with a blanket, but notices blood on her skirt. Choi Ji-won tells herself that the pregnant will be fine.

A little bit later, flight attendant Choi Ji-won goes back to the pregnant woman and this time finds her unconscious and covered with blood. Choi Ji-won is shocked and shouts for help. Other flight attendants move the pregnant woman to a camp bed. There are no doctors on board the flight. A baby girl is born on the camp bed. Flight attendant Choi Ji-won goes to get a pair of scissors and gives it to the head flight attendant. The chief flight attendant confirms with Choi Ji-won that she did indeed disinfect the scissors, takes her drawn out silence as confirmation and proceeds to cut the umbilical cord. Choi Ji-won is still in shock and froze, because she in fact did not disinfect the scissors. She can't do anything by this point, but just watch. After giving birth, the passenger becomes unconscious again and the bleeding does not stop.

The Captain hears of the situation and checks to see which airport they should make an emergency landing at. The nearest airport is in Anchorage, but the weather there would make the landing risky. Captain Han Gyu-pil tells co-pilot Yoon-sung that they should make an emergency landing at the original destination of San Francisco airport. Yoon-sung opposes the decision and asks him what if the pregnant woman was part of your family? Captain Han Gyu-pil replies that the pregnant woman is indeed his wife, but the collective lives of the 300 other passengers are outweighs that of his family member.

Han Da-jin's mother dies. The new born baby girl is in serious condition with septicemia. At the funeral for Da-jin's mother, flight attendant Choi Ji-won cries and co-pilot Yoon-sung cries from a distance. Later that night, a drunken Yoon-sung waits in front of Captain Han Gyu-pil's home. Captain Han Gyu-pil then takes a walk with him by the home's garden. Yoon-sung tells Captain Han Gyu-pil that he still can't understand his decision and that he does not want to fly anymore. Yoon-sung then leaves.

The next day, Han Da-jin asks her father Captain Han Gyu-pil what her mother meant to him. He also tells him that her mother was also his passenger.

On the way from his wife's grave, Captain Han Gyu-pil receives a text message from his daughter apologizing for what she said. Captain Han Gyu-pil pulls over his car to reply back to her, but a truck then hit's Han Gyu-pil's parked car. Captain Han Gyu-pil dies from the collision. Now, Han Da-jin is left alone with her sick younger baby sister. Co-pilot Yoon-sung leaves South Korea without knowing that Captain Han Gyu-pil died.

Seven years later, Han Da-jin is now a pilot. She is excited to hear that she will fly with well-regarded Captain Yoon-sung. On their first flight together, Han Da-jin makes some mistakes. Captain Yoon-sung believes that Han Da-jin is incapable of becoming a competent pilot, but Han Da-jin thinks otherwise.(Credit to here)

**drama korea baru yang MV follow melalui channel one HD....lakonan Ji Jin Hee....macam mana seorang juruterbang wanita akan berdepan dengan orang yang menyebabkan dia kehilangan kedua org tuanya....dalam cerita ni berat tapi ada lawaknya///
Read More

Burger kampung

11:53 AM
Burger kampung

Assalammualaikum

Burger kampung..burger telur plus sosej.. Buat Bekal anak ke sekolah semalam... Buat Bekal simple jer...

Sebab Kat kantin Mahal sangat makanan.. Kentang goreng rm0.50 dalam 6 kerat jer.. Air pun rm1.00

So mmg tahun ni Mv bagi anak2 bawa Bekal pgi Ptg... Yg simple2 ..buat mana yg mampu...

Lagipun serik dgn kes keracunan makanan dulu..

Read More

Monday, February 20, 2017

Capan

3:35 PM
Capan

Assalammualaikum

Gajah hasil kerja pendidikn kesenian wani melalui #capan Nda sangka jari kita boleh jadi seekor gajah

Capan Ialah teknikal mengecap dengan menggunakan objek yang Tidak diolah. Misalnya tangan, daun Dan botol.

Untuk hasilkan gajah ni Adalah dengan menggunakan tangan, berusaha, Warna Air.. Maka terhasillah gajah Warna MERAH ni hihi

Ada rupa gajah tak kawan2?

Read More

Gastric

10:25 AM
Gastric

Assalammualaikum

El Hari ni.. Bawa abg haikal Yg sakit.... Gastric... Masuk Hari keempat... Bawa ke hospital likas Atas saranan klinik 1malaysia Sulaman sentral

Terpaksa cutikan syamimi juga.... Dia mo ko sekolah Tapi mv cuti..nnt jadi 2 Kli kerja kena pegi Ambik Dia ...

Doakan abg haikal cepat sembuh ya. Amin ..dia ni Jenis x melawan sakit.. ASYIK Mengikut Rasa sakit..

Kalau masih X sihat jg kena dtg hospital semula..ni dah 3 hari ponteng sekolah..

Read More

Sunday, February 19, 2017

Cherpen Band - Kali Ini

7:30 AM
Cherpen Band - Kali Ini


Assalammualaikum,,,,

Layan lagu ni....

andai kita temu saat itu 
semua raga akan menjadi milikku
rangka lihatlah pada
di sisi kegelapan 

yang di hujung tersimpan ikhlas 
maafkanlah aku 
bila tidak sempurna mengkhianatimu

bergenang mata membacakan 
semua kisah yang telah engkau lalui 
tiada apapun yang dapat 
menandingi dirimu 
kekasih hati selamanya 

maafkanlah aku 
bila tidak sempurna mengkhianatimu
mohon jangan lupa 
ingat aku selalu dalam lenamu 









Read More

Saturday, February 18, 2017

INNOCENT DEFENDANT-Korean Drama-

11:30 AM
INNOCENT DEFENDANT-Korean Drama-
Assalammualaikum...

Park Jung-Woo is a prosecutor at Seoul Central District Prosecutors' Office. One day, he wakes up and finds himself in locked up at the police station. He has temporary amnesia. Park Jung-Woo is falsely accused and is sentenced to death. He must struggle to prove his innocence.

Image result for innocent defendant
sumber google
Seorang Pendakwaraya di penjara atas kesalahan membunuh isteri dan anaknya,ditambah lagi dia menghidapi temporary amnesia. Bagaimana dia mahu membuktikan yang dia tak bersalah.Siapa perancang untuk semua ni..

Anak beliau sebenarnya belum mati..dan banduan yang dia ajar cara-cara mempertahankan diri dalam sesi perbicaraan sebenarnya adalah penculik anaknya...


**Tengah follow drama ni..menarik..main kat one hd astro setiap selasa dan rabu
Read More

EGONYA KITA DENGAN ANAK!

9:05 AM

EGONYA KITA DENGAN ANAK!

Assalammualaikum

EGONYA KITA DENGAN ANAK!

Sebelum kita keluar ke pejabat kita membebel pada anak kerana lambat bersiap. Sampai di sekolah anak maklumkan ada surat yang dia lupa berikan semalam. Lagi sekali anak dileteri.

Anak salam dan masuk ke kelas dengan keadaan emosi yang terguris. Dah dua kali kena marah. Kalau tak bagitahu pasal surat tu pun takpe fikirnya. Buat kena marah je.

Seharian dia di sekolah bersama kawan-kawan dan guru. Bila habis sekolah, dia tinggal di taska atau rumah pengasuh. Sementara menunggu ibu dan ayah balik..

Bila matahari semakin hilang cahayanya, baru ibu dan ayah datang jemput.

Dah 8/9 jam tak jumpa ibu ayahnya. Banyak yang dia nak kongsikan. Waktu ibu dan ayahnya sedang bercakap, waktu itu juga mereka excited nak cerita dan bertanya itu dan ini. Nak bagitahu cikgu puji dia pandai, nak bagitahu kawan puji kotak pensil yang ibu baru belikan

Tapi mereka dimarahi kerana dikatakan menyibuk waktu orang tua nak bercakap. Mereka menunduk dan masuk ke bilik. Bergurau pulak dengan adik-adik. Kecoh bunyinya. Tetiba wajah si ayah tersembul di muka pintu. Kena marah lagi sebab bising waktu ayah nak tengok berita. Ayah suruh baca buku.

Tengah-tengah belek buku, teringat lukisan cantik tadi. Berlari nak tunjuk kat ibu didapur. Tetiba terlanggar pulak bucu meja. Jatuh dan pecah berderai gelas atas meja. Sekali lagi anak ini dimarahi dan dileteri.

Dan anak ini akhirnya tidur dalam keadaan dia tertanya-tanya adakah ibu dan ayahnya menyayanginya atau tidak. Tiap hari, pasti ada saja salah dan silap mereka. Pasti ada yang tidak kena.

Itu senario yang selalu kita hadapi. Malahan saya sendiri mengalaminya. Sungguh tinggi ego kita. Sungguh kita sangat mementingkan diri.

Anak ini belum matang. Belum tahu berfikir seperti orang dewasa. Bila ibu dan ayah pulang mereka benar-benar ingin merasai kehadiran kita. Ingin dipeluk dan berkongsi cerita. Tapi apa yang mereka dapat???

Bila mereka besar dan lebih selesa berkongsi cerita dengan teman-teman, jangan kita persoalkan kenapa. Kerana waktu mereka ingin benar-benar berkongsi dengan kita, kita menafikan hak mereka.

Keegoan itu langsung tak menjadikan kita ibu bapa yang hebat.

Emosi dan amarah hanya mengundang salah tafsir si anak

Jika kita berasa penat dengan urusan kerja seharian, bagaimana pula dengan anak-anak? Jam 7.30 dah terpacak di sekolah. Pagi sekolah agama dan petangnya pula sekolah kebangsaan. Tidak penatkah mereka?

Kita keluar bekerja tanpa membawa beban berkilo. Tapi mereka bagaimana? Berat beg sekolah saja sudah 5 kg.

Ingatlah, anak itu satu anugerah. Bukan tempat melempias lelah.

* peringatan untuk saya dan sahabat semua.🌹💐

Read More

(OST Surga Yang Tak Dirindukan 2) Surga Yang Kurindukan

7:30 AM
(OST Surga Yang Tak Dirindukan 2) Surga Yang Kurindukan



Assalammualaikum....

Bagaimana seorang isteri meminta bekas madunya untuk merima suaminya kembali..wow....nak kena tengok ni baru tau jalan ceritanya...
Read More

Friday, February 17, 2017

Syurga yang tak dirindukan (2015)

9:36 AM
Syurga yang tak dirindukan (2015)
Assalammualaikum....

Hangat diperkatakan mengenai drama syurga yang tak dirindukan 2...membuat MV tertarik untuk mencari drama Syurga tak dirindukan 2015,

Pernikahan Arini (Laudya Cynthia Bella) dan Pras (Fedi Nuril) mendatangkan kebahagiaan dengan hadirnya Nadia, putri mereka. Pras yang baik dan setia selalu menenangkan Arini. Berbagai kisah perselingkuhan di sekelilingnya, termasuk sahabat dekatnya, tidak sekalipun mengusik kepercayaan Arini terhadap sang suami. Arini pun berusaha mengabdikan diri sepenuh hati sebagai ibu dan istri.

Perjalanan takdir kemudian berujung ujian bagi cinta Arini dan Pras. Suatu hari, dalam perjalanan menuju kantor, Pras harus menolong korban yang mengalami kecelakaan mobil. Alangkah kagetnya Pras saat mengetahui korbannya adalah seorang perempuan dalam balutan baju pengantin.

Mei Rose (Raline Shah) berusaha bunuh diri setelah laki-laki yang berjanji menikahi ternyata menipunya. Padahal di perutnya ada janin berusia tujuh bulan. Mei Rose berhasil diselamatkan, namun mengalami koma, sementara anak laki-lakinya, Akbar, lahir dengan selamat.

Pras tidak tega meninggalkan bayi dan ibu yang ternyata hidup sebatang kara tersebut. Di luar dugaan, Mei Rose melakukan percobaan bunuh diri lagi. Beruntung Mei Rose diselamatkan Pras. Pras jatuh kasihan pada Mei Rose. Mei Rose meminta Pras untuk menikahinya.

Tidak disangka, Mei Rose sangat berbahagia dengan pernikahannya dengan Pras. Mei Rose merasa terharu dan bahagia bisa dinikahi oleh laki-laki sebaik Pras. Dengan demikian Pras melakukan poligami.

Pras semakin hari semakin merasa bersalah pada Arini. Saat Pras berusaha menceritakan poligaminya pada Arini, ayah Arini meninggal. Suasana semakin berat bagi Pras saat mendengar pengakuan ibu Arini kalau ayahnya juga poligami. Demi kebahagiaan Arini, ibu merahasiakan poligami ayahnya dan ikhlas menerima takdirnya.


Akhirnya kenyataan poligami Pras diketahui juga oleh Arini. Bahtera perkawinannya yang ideal, runtuh seketika.(SUMBER SINI)


**cerita sangat menarik....



Read More

Kesalahan kita

9:01 AM
Kesalahan kita
Image may contain: text
Sumber Hati Perempuan
Assalammualaikum...


Orang takkan pernah ingat tentang benda baik yang kita lakukan ...tetapi orang akan sentiasa ingat akan kesalahan kita walaupun sekecil kuman....

Biasanya kebaikan yang kita buat akan dilupakan hanya dek kerana satu kesalahan.....puas sudah berhadapan situasi macam ni..seolah2 kesalahan kita tue besar dan menutup semua kebaikan yang pernah kita buat.....



**hati orang bukan kita tahu kan 
Read More

Tulisan Jawi

7:30 AM
Tulisan Jawi
No automatic alt text available.
semakin kemas tulisan jawi wani
Assalammualaikum....

Tulisan jawi ni bukan senang kita nak tulis kalau kita baru mau belajar..alhamdulillah masuk bulan kedua persekolahan...tulisan jawi wani sudah semakin kemas dan cantik..boleh sudah di baca..dan boleh sudah menulis tulisan yang bersambung...

Cepat wani ni belajar ustazah dan ustaz cakap....adik MV yang ustaz pun cakap..susah mau nampak tulisan budak tahun 1 sekemas ni..alhamdulillah..semoga teruskan belajar wani.AMin
Read More

Thursday, February 16, 2017

Irfan Haris Adik Amira Othman

3:28 PM
Irfan Haris Adik Amira Othman
Assalammualaikum....

Irfan Haris Dan Amira Othman
sumber google
Kenal penyanyi Irfan Haris yang terkenal dengan lagu redha...yang menjadi ost drama suri hati MR Pilot...Ejaz & wardah...ok yang ni MV memang ketinggalan...baru tahu yang dia ni adik kepada penyanyi dan pelakon Amira Othman...

Ni pun tau masa dengar radio tadi...dj ada metion..kalau tak memang tak tau...wah berbakat nyanyian juga keluarga amira othman ni..macam keluarga ayda jebat....



**ini pula boleh jadi entry..apa dah MV ni

Read More

Phantom /Ghost(Korean Drama)

3:02 PM
Phantom /Ghost(Korean Drama)
Assalammualaikum....


Image result for ghost korean drama
sumber google
Drama terbaru yang MV follow...Ghost atau Phantom...baru sahaja tamat episodnya semalam....biasa follow tengok marathon jer sabtu atau ahad....kebetulan MV cuti semalam..so dapatlah tengok final episodnya lebih awal....

Kim Woo-Hyun (So Ji-Sub) is the only son of a high ranking police officer. Woo-Hyun entered the police academy ranked first and graduated from the academy ranked first. As a detective, he then joins the cyber investigation department. Woo-Hyun then works to reveal the secrets of those that hide within the cyber world.

Kim Woo-Hyun leads the cyber investigation team and works to take down an illegal international gambling website. South Korea, Hong Kong and China all cooperate to arrest those involved with the website at the same time. When Kim Woo-Hyun and his team raid the location of the site, the data is destroyed by a program set up by Hades. Nevertheless, Kim Woo-Hyun and his team uses a traceroute to locate Hades.

Meanwhile, an online rumor spreads about a sex scandal involving popular actress Shin Hyo-Jung (Esom). Shin Hyo-Jung leaves the message "I want to die" on her twitter account and then kills herself by jumping out of her apartment. Kim Woo-Hyun and Detective Yoo Gang-Mi (Lee Yeon-Hee), still following the path of Hades, arrives at the actresses apartment and takes her laptop, which Hades hacked.

In the basement parking lot, Detective Yoo Gang-Mi runs into Reporter Park Gi-Young (Daniel Choi). Park Gi-Young asks Detective Yoo Gang-Mi if she is sure actress Shin Hyo-Jung's last tweet was indeed posted by the actress herself? There seems to be a rumor that her last tweet was not actually posted by herself. Detective Yoo Gang-Mi later checks actress Shin Hyo-Jung's laptop and discovers that the tweet was not posted from her laptop. The cyber investigation team now believes another person may have been there when the actress died.

Meanwhile, Detective Kwon Hyuk-Joo (Kwak Do-Won) also investigates the death of actress Shin Hyo-Jung. A TV announcement is then made by Detective Kwon Hyuk-Joo's boss (against the advice of Detective Kwon Hyuk-Joo) that actress Shin Hyo-Jung killed herself. Suddenly, the TV video feed cuts to actress Shin Hyo-Jung falling out of her apartment. Cyber investigation team leader Kim Woo-Hyun, using his computer near a large building, chases Hades who cut into the TV announcement video feed. Finally, Kim Woo-Hyun catches Hades on the subway. Kim Woo-Hyun is shocked when he learns that Hades is his ex-roommate at the police academy Park Gi-Young and now reporter. Park Gi-Young insists that he did not kill actress Shin Hyo-Jung. He states that he received an email a week ago, promising him a large sum of money if he finds the phantom file which actress Shin Hyo-Jung possesses. He also says the real killer wore a watch having a world map and then runs from Kim Woo-Hyun.(**sumber sini)

Menarik cerita ni di mana seorang sahabat terpaksa menukar identitinya bagi menyelesaikan satu kes yang melibatkan dia dan kawannya.bukan sahaja identiti..tapi mengubah wajah dan hidup sebagai Kim woo hyun akibat satu tragedi yang membuatkan dia melecur satu badan... 

Park Gi Young seorang pengodam yang menggelar dirinya Hades...dituduh membunuh sorang artis,yang mana akhirnya menyebabkan kematian kim woo hyun....ending cerita ni best sebab si pembunuh menyesal bunuh GF dia sebab masa tu GF dia tengah pregnant..dia bunuh diri dengan cara yang sama dia bunuh kekasihnya iaitu terjun dari bangunan.....


**sapa follow cerita ni??MV bagi 5 bintang chewah...
Read More

"Giveaway by FatinDiana"

11:51 AM
"Giveaway by FatinDiana"
Assalammualaikum,,

Klik Banner untuk Join
Syarat syarat :
1. Follow semua media sosial dan klik iklan sponsor. *tak ikut syarat, tak masuk dalam list. so please be honest!*
2. Buat satu entri "Giveaway by FatinDiana".
3. Copy banner dan paste di entri. Jangan lupa backlink ke entri ini.
4. Submit link diruang komen. Takkan layan sebarang penyertaan di cbox.

Follow blog
http://ftndiana.blogspot.my | http://eymasuandworldcraft.blogspot.com/
http://nazirahnyerr.blogspot.my/
*klik iklan Nuffnang di blog FD dan sponsor*


Like fanpage
   


Follow Instagram *kalau takde akaun Insta takpe, masih boleh join :)
Instagram Instagram Instagram Instagram
Instagram

Tolong derma 20sen seorang. Hehe :D
http://bit.ly/2ko7hwB
*tunggu sampai habis loading ya*


Hadiah:
Portable travel bag by FD
Bawal pucci by FD
Pin shawl (10 pcs) by Eymasu (3 pemenang)
Jogger pants by Ezyra Clothing
Makeup set by Cik Chenta

Tarikh tamat: 10th March 2017, 10pm

Jom ramai2 join 
Read More

Menang Hadiah Membaca

8:50 AM
Menang Hadiah Membaca
No automatic alt text available.
menang hadiah membaca di sekolah rendah

Assalammualaikum...

Berkongsi cerita perkembangan persekolahan wani...dia menang hadiah membaca di sekolah rendah..happynya dia bukan main....masa MV ambik dia jerit"mama wani dapat hadiah"

dia ni jenis yang berani dan tak pemalu...bila cikgu tanya siapa yang mau membaca ...dia akan angkat tangan....semoga wani teruskan usaha ya



Read More

Sholawat Badar & Selawat Syifa

7:30 AM
Sholawat Badar & Selawat Syifa


Assalammualaikum....
Selawat Syifa
Print 2 selawat ni untuk wani..sebab ustazah suru dorang baca di rumah... so MV printkan untuk wani....
Sholawat Badar
Read More

Wednesday, February 15, 2017

Memohon ampun ibubapa

11:53 AM
Memohon ampun ibubapa

Assalammualaikum

Masa aku di Tingkatan 5 dulu, aku pernah herdik mak aku. Aku cakap kat dia "orang tua takda otak". Aku marah dia sebab dia basuh jeans aku pakai Clorox. Habis rosak. Padahal besok tu dah nak raya. Aku bengang. Aku campak jeans tu kat muka dia.
Lepas peristiwa tu, aku tak pernah minta maaf kat dia. Lastnya, mak ok macam tu je. Aku tahu, masa yang berlalu telah merawat luka dia.

Dari tahun ke tahun, aku ada life sendiri. Aku berkerjaya. Berkeluarga. Dan aku ada 2 orang anak. Tapi malangnya, kedua-dua anak aku ni amat sukar untuk aku didik. Diorang amat liar.
Dan start dari aku berumur 17 tahun sehinggalah aku berumur 50 tahun, aku tak pernah rasa tenang dalam hidup aku. Hinggalah tiba satu masa, Allah ingatkan aku tentang dosa yang pernah aku buat pada Mak aku dulu. Ya. Dosa aku herdik dan campak jeans kat muka dia.

Bila aku teringat pasal tu, aku terus balik kampung jumpa Mak. Aku duduk depan dia dan aku cakap aku nak minta maaf kat dia.
Mak cakap, aku tak ada buat salah kat dia. Dan aku memang tiap-tiap tahun pun minta maaf kat dia. Jadi dia pelik kenapa tiba-tiba hari tu aku datang nak minta maaf kat dia.

Aku cakap, Mak mungkin dah tak ingat orang pernah buat salah kat Mak dulu. Masa orang Tingkatan 5, orang pernah marah Mak dan campak seluar orang kat muka Mak. Orang nak minta maaf pasal tu. Maaf sangat-sangat. Masa tu aku dah mula sebak.
Bila aku ceritakan hal tu, muka Mak berubah.

Tangan aku dia genggam erat dan lepas tu dia sentap kuat. Mak cakap, dia takkan lupakan perkara tu. Bahkan dia dah nekad, kalau dia mati, bila berjumpa Allah, dia akan pegang tangan aku. Dia nak cakap : "ya Allah, tangan inilah yang pernah melukakan hati aku. Sedangkan dulu, aku telah berkorban nyawa untuk melahirkan dia. Ya Allah, hukum la dia"

Bila Mak cakap macam tu, serta merta aku menangis depan dia. Aku merayu agar Mak maafkan aku. Tapi Mak tetap berkeras takkan maafkan aku. Aku sedih dan buntu. Akhirnya, aku pulang tanpa mendapat keampunan seorang ibu.

Hari demi hari, aku datang jumpa Mak. Tapi setiap kali aku datang, jawapan Mak tetap sama. Hinggalah sekali tu, aku tidur kat rumah Mak. Lepas solat Subuh, aku datang jumpa Mak. Mak masih bersimpuh di atas tikar sejadah dia dan tengah berwirid.
Selesai Mak wirid, aku pegang tangan Mak. Aku cium tangan tua itu lama-lama. Aku nangis lagi depan dia. Dan masa tu, aku dapat rasakan tangan Mak lembut menyapu kepala aku. Macam membelai rambut aku ketika aku masih kecil dulu-dulu.

Bersama-sama itu, Mak cakap sesuatu yang aku takkan lupakan sampai bila-bila. Mak cakap "Rahman, kalau bukan kerana kesungguhan kau datang berjumpa Mak dan minta maaf dengan Mak, Mak memang takkan maafkan kau sampai bila-bila. Tapi, hari ini, bersaksilah nak, Mak dah maafkan segala kesalahan kau sejak kau dilahirkan sehinggalah Mak akan pergi nanti". Aku angkat kepala dan aku peluk jasad Mak. Sedu-sedu aku nangis di bahu dia. Dah macam anak kecik pun ada. Aku tak kisah. Aku nangis semahunya. Aku sedih dan bersyukur sangat sebab Mak dah maafkan aku. Mak pun nangis time tu.

Dan lepas Mak maafkan aku, aku dapat rasakan satu kelegaan dan ketenangan yang amat sangat. Rasa bahagia yang tidak pernah aku rasakan sejak 50 tahun aku hidup kat muka bumi ni.
Habis tu, aku balik ke rumah. Keluar je dari kereta, kedua-dua anak remajaku datang meluru mendapatkan aku. Mereka cium tangan aku dan peluk tubuh aku. Saat itu, mereka lafazkan kalimah yang aku memang tidak sangka, aku akan ada harapan untuk mendengarnya. Mereka ucapkan : "Maafkan kami ayah.
Kami banyak buat salah pada ayah".

Serentak dengan itu, aku dongak ke langit seraya berkata, benarlah apa yang NabiMu kata Ya Allah. Sesiapa yang berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, maka anak-anak mereka akan berbuat baik balik kepada mereka. Bersama linangan air mata, aku dakap mereka serta aku lafazkan ucapan kesyukuran yang tidak terhingga. Terima kasih Allah. Sesungguhnya, Engkaulah Tuhan sebaik-baik Perencana.

-Tuan-tuan dan Puan-puan, bila memohon ampun dengan ibu bapa, ingatlah kembali kesalahan yang pernah kita lakukan pada mereka. Kita tidak boleh meminta maaf secara umum je pada mereka, tapi kita kena sebut setiap kesalahan khusus yang pernah kita lakukan terhadap mereka. Sekali mereka terasa, dan mereka simpan serta tidak memaafkan kita, nescaya Syurga Allah tak halal buat kita.  - Karyawan bisu

**muhasabah Diri Dan untuk renungan kita bersama

Read More

Throwback#cerita minggu lepas#

11:30 AM
Throwback#cerita minggu lepas#

Assalammualaikum


bos kecik
Throwback cerita minggu lepas..waktu syamimi tak berapa sihat....so MV nda lah hantar dia ke taska..MV bawa ke ofis...dah besar pun..lagipun dia ni tak banyak ragam....bagi dia warna...dia mewarna lah

MV bawa dia 2 hari....masa ni dia batuk2 muntah2...cirit birit....kalau hantar ke taska menyusahkan pula...jadi jaga sendiri....lagipun dia masih aktif....so tak risau betul....

demam pun rajin juga mewarna
nilah kalau ada anak kecik....mau cuti susah..bawa jak lah ke library
Read More

Wordless Wednesday #syamimi with uncle#

7:30 AM
Wordless Wednesday #syamimi with uncle#
Syamimi with adik bongsu MV
Assalammualaikum..

ini syamimi dan adik bongsu MV....ustaz kafa yang berusia 20 tahun....ni gambar ketika Sabah Vs ATM..tapi Sabah kalah..perghhh jangan ungkit..geram betul...kalah besar pula itu
Read More

Tuesday, February 14, 2017

Menang February Giveaway 8share

3:58 PM
Menang February Giveaway 8share
Assalammualaikum....
Image may contain: text
earning lama sebelum join giveaway

Alhamdulillah ,,,menang February Giveaway 8share....join sebab senang jer syarat...just screenshot dashboard...then share di facebook ayat sedikit...MV punya ayat macam ni 

Bertambah lagi #8share ni. Bermula dengan nilai rm0.20 sen dengan kerajinan bertambah juga.Sudah hampir Rm5++ cashout dengan 8share..memang berbaloi

nda sangka terpilih untuk menang rm10 reward,,,jadi bertambah lah lagi duit tabungan 8 share...cukup 150 nanti mv nak cashout lah ....

earning yang terkumpul 
 orang cakap MV ni buat kerja yang sia2..haha..at least MV just share jak iklan...then org klik MV dapat duit..tanpa keluarkan modal..walaupun lambat..tapi ada juga hasilnya ...

email dari 8share



Read More

Pengalaman Free diapers Syamimi

8:55 AM
Pengalaman Free diapers Syamimi
Assalammualaikum...


ADEEYAFebruary 9, 2017 at 9:24 AM
Hehehe. Seronoknyaa free diapers. Susah tak?




Pengalaman free diapers syamimi susah tak?misi bermula pada 15 oktober 2016 itu pun hanya bermula pada weekend...shingga lah misi free pampers sebelah siang berjaya pada 18 disember 2016

bermula dari tue MV dah stop bgi dia pakai pampers sebelah pagi..pakai waktu malam jak..tapi itu pun bila pagi bangun pampers tak basah....jadi MV ambik keputusan ...tak bgi dia pakai pampers waktu malam pada januari ...



Dan akhirnya berjaya ...so syamimi free pampers ambik masa 3 bulan sahaja....paling singkat ....MV pun tak sangka secepat ni...syamimi betul2 beri kerjasama dalam misi ni....

Tahniah adik
Read More

Monday, February 13, 2017

Misteri wan peah

11:08 PM
Misteri wan peah

Assalammualaikum

SINOPSIS MISTERI WAN PEAH

Kisah misteri seorang wanita tua yang tinggal di Kampung Kuala Pari Hilir. Dek sikapnya yang aneh, sering menyendiri dan tidak pernah senyum selain suka duduk dalam gelap membuatkan penduduk kampung menganggap Wan Peah (Normah Damanhuri) membela saka.
Akibat satu peristiwa dimana tiga rakan karib iaitu Yeh Kumbang (Acap Tokan), Li Kelubi (Zee Tokan) dan Ghani Gagap (Faiz Tapaw) telah disergah oleh Wan Peah sehingga mereka jatuh sakit, Wan Peah diherdik dan dicaci oleh penduduk kampung. Mereka mengatakan Wan Peah menggunakan ilmu hitam dan dia diberi amaran untuk tidak keluar rumah langsung.
Selama 12 tahun orang kampung tidak melihat kelibat Wan Peah, sehingga mereka berfikir bahawa Wan Peah sudah meninggal dunia. Tiada siapa peduli kerana mereka juga tidak berani untuk mendekati rumah Wan Peah.
Kemunculan Cik Siti (Sasqia Dahuri), merupakan janda anak seorang berpindah ke kampung itu bersama anaknya, Aisyah (Indah Emerlda DFKL) serta adiknya Nurin (Sweet Farhana). Lebih mengejutkan apabila Cik Siti berpindah ke rumah kosong bersebelahan dengan rumah Wan Peah.
Satu demi satu perkara pelik berlaku kepada Cik Siti dan keluarganya sejak Cik Siti berpindah ke situ. Bermula dengan peristiwa Aisyah yang hilang semasa bersiar-siar bersama Nurin dan akhirnya ditemui di tingkat bawah rumah Wan Peah. Orang kampung beranggapan bahawa hantu Wan Peah sudah mula mengganggu penduduk di situ kerana sering juga dilihat berjalan di kawasan kampung.
Farhan (Ariff Aziz), anak kepada Tok Hashim dan Mak Timah sudah pulang menetap di kampung itu. Dia bertugas sebagai guru ganti kepada kelas yang ditinggalkan oleh Cik Siti. Apabila Cik Siti kembali semula ke sekolah, mereka mula rapat
Perkara ini menyebabkan Cikgu Zaiton (Sherry Al-hadad) yang sememangnya cemburu kepada Cik Siti mula membawa mulut kononnya Cik Siti mengadakan cerita tentang hantu Wan Peah untuk menarik perhatian orang kampung. Perbuatan jahat Cikgu Zaiton turut disokong Mak Timah. Perhubungan mereka tidak akan mendapat restu Mak Timah sekiranya Farhan memilih Cik Siti.
Disebabkan itu, Cik Siti tekad untuk mencari kebenaran tentang Wan Peah. Cik Siti meminta bantuan tiga sekawan itu, namun kerana peristiwa silam mereka takut. Dapatkah Cik Siti merungkai kebenaran tentang misteri Wan Peah? Adakah benar Wan Peah sudah meninggal dunia dan rohnya yang telah mengganggu orang kampung kerana dirinya dihina?(sumber myinfotaip)

**best ceta.. Dalam takut Ada lawaknya..baru episode 1.

Read More

Misi Capai Berat Badan Ideal

9:53 AM
Misi Capai Berat Badan Ideal
hasil 13 hari 
Assalammualaikum,,,

Misi capai berat badan ideal ...dimulakan semula pada 01.02.2017....mula sebab rasa badan makin berisi.....pada bulan oktober 2015...MV memulakan misi menurunkan berat badan dari 75kg dan berjaya dapat turunkan sehingga 63kg,,,,

Tapi dek kerana lupa daratan...hahaha...dan  tanpa senaman...berat badan turun naik...kadang...65..kdang 64...dan terbaru 67.5kg....so mengambil keputusan menurunkan berat ....

Takut nanti baju nda muat...hahaha,,,,selama 13 hari ...akhirnya MV berjaya menurunkan sebanyak 2.7 kg....oklah not bad kan ,,,,misi MV mau capai 55kg..tapi terlalu jauh nak dicapai...

So untuk permulaan MV tetapkan...untuk capai 60kg....berjaya atau tidak bergantung dengan semangat dan displin....sebab sebelum ni..MV berjaya turunkan 12 kg...takkan sekarang tak boleh kan....

Doakan MV ya kawan2...
Read More

Sunday, February 12, 2017

STACY - Bila Bila (LIVE) - Akustik Hot - #HotTV

2:30 PM
STACY - Bila Bila (LIVE) - Akustik Hot - #HotTV

Ikan pari masak kunyit

10:37 AM
Ikan pari masak kunyit

Assalammualaikum

Ikan pari masak kunyit... Untuk makan Pagi merangkap lunch... Mv tak berapa sihat Dari semalam..

Makanya hari ni itu ker yg dapat disediakan untuk anak2...syukur anak nda memilih...

Read More

Remote astro Boleh jadi remote tv

8:30 AM
Remote astro Boleh jadi remote tv
Asssalammualaikum,,
No automatic alt text available.
sumber  Combination Band



No automatic alt text available.
sumber  Combination Band
Pernah terfikir kenapa ada button "TV" tapi takleh pakai. Rupanya kena setting dulu. Caranya:

1- Halakan remote astro ke TV
2- Tekan lama "OK" dan "TV" serentak, sampai lampu LED di remote berkelip 2 kali
3- Masukkan 4 kod mengikut jenama TV
4- Lampu LED remote akan berkelip 2 kali
5- Kawal sound TV. Tekan lama "OK" dan "Vol +" serentak, sampai lampu LED di remote berkelip 2 kali
6- Boleh test button
7- Sekarang remote tu dah boleh tutup, kawal suara dan mute TV guna remote astro

Untuk reset remote
1- Halakan remote astro ke TV
2- Tekan lama "OK" dan "TV" serentak, sampai lampu LED di remote berkelip 2 kali
3- Masukkan kod "977"

Kredit fb @Asrol Mania

Kod mengikut jenama TV. Kalau 4 kod pertama tak dapat atau tak berfungsi dengan betul, cuba 4 kod seterusnya.

SAMSUNG
0060 0812 0618 0178 0587 0009 0093 0556 1235 0108 0037 0217 0264 0370 0072 0156 1208 0766 0814 0216 0290 0821 0163

SONY
1825 1505 0011 1651 0036 0650 1010 0037 0056 0093 0170 0074

PHILIPS
0037 0556 1744 0772 1246 1304 0178 0108 0195 0087 0374 0760 0343 0595 0009 0200 0361 1521

PANASONIC
0650 0226 1650 1636 0108 1310 0037 0556 0163 1208 0508 0896 0361 0853 1335 0367 0516 0548 0001

TOSHIBA
1508 0508 0060 0009 0714 0036 0156 1656 0070 0093 2060 0264 1935 0412 1164 0618 1582 0650 0821 1704 0217 0109 1457 1916 1908 0698 0037 0736 1556 1037

LG
1423 0001 0178 0037 0556 0876 0370 1768 0377 0009 0714 0060 0217 0108 0216 0290 0163 0606 0109 0689 0715 0823 0829 1556 1191 0247 0367 1681 1539

PIONEER
1260 0760 0011 1070 1457 0698 0109 0037 0287 0556 0428 0370 0343 0361 0486 0512

SHARP
0093 0009 1393 0036 0491 0818 0256 1819 0650 0294 0653 0412 0516 0200 0760 2214

JVC
0653 1818 0036 1153 0606 1653 0371 0508 0731 0683 0192 0218 0418 0093 0650


MV tak try lagi asyik lupa jer bila balik rumah..huhu...nanti nak try..berjaya atau tak nnt kongsi
Read More

Saturday, February 11, 2017

Sleeping Mask La Soul

1:30 PM
Sleeping Mask La Soul

Assalammualaikum...
Image result for sleeping mask la soul
sumber google
Sleeping MAsk La soul....Produk terbaru MV cuba....baru lagi...baru seminggu...walaupun ada nampak perubahan...jerewat makin mengecut....MV pakai ni untuk rawat jerawat...sebab ramai kawan yang pakai semua hasilnya memuaskan hati....
Image result for sleeping mask la soul
sumber google
walaupun harganya RM116 tapi berbaloi lah..sebab boleh tahan selama 3 bulan....best pakai ni..sejuk saja rasa bila pakai....ada tak sesiapa yang pakai sleeping mask ni
Image result for sleeping mask la soul
sumber google
Read More

Benih hitam

10:16 AM
Benih hitam

Assalammualaikum

*BENIH HITAM*

Kisah nyata di AS. Ada seorang wanita kulit putih yang hendak melakukan perjalanan dengan seorang puteranya yg berusia 6 tahun. Mereka menaiki teksi yang dipandu oleh seorang lelaki kulit hitam.

Oleh kerana si anak tak pernah melihat orang kulit hitam sebelumnya, maka hatinya sangat ketakutan dan bertanya kepada ibunya:

“Ibu, apakah orang ini bukan penjahat? Mengapa kulitnya begitu hitam?”

Pemandu tadi sangat sedih mendengarnya...

Saat itu pula, sang ibu berkata kepada anaknya: “Pakcik ini bukan orang jahat, dia adalah orang yang sangat baik.”

Anak terdiam sejenak, lalu bertanya lagi:

“Jika dia bukan orang jahat, lalu apakah dia pernah melakukan sesuatu yg buruk sehingga kulitnya begitu hitam?”

Mendengar perkataan anak ini, mata pemandu kulit hitam itu berkaca2, tapi dia ingin tahu bagaimana wanita kulit putih itu menjawab pertanyaan tersebut.

Ibu ini menjawab:

“Dia adalah lelaki yg sangat baik, juga tak pernah berbuat jahat. Bukankah bunga2 di kebun rumah kita ada yg berwarna merah, putih, kuning & warna lainnya?”

“Benar bu!”

“Bukankah biji benih dari semua bunga tersebut berwarna hitam?”

Anak ini berfikir sejenak, “Benar bu! Semuanya berwarna hitam.”

“Benih hitam itu yg memekarkan bunga2 berwarna-warni yang indah sehingga dunia menjadi penuh warna-warni juga, bukankah begitu anakku?”

“Benar bu!”

Anak ini seakan tiba2 tersedar dan berkata:

“Kalau begitu pasti pakcik ini bukan orang jahat! Terima kasih pakcik! Anda telah membuat dunia menjadi penuh warna-warni, saya akan berdoa untukmu.”

Anak polos ini lalu mulai kumat-kamit berdoa, pemandu kulit hitam ini tak dapat menahan diri lagi utk tidak mengalirkan air mata.

Penjelasan yang bijak, membuat pengertian yang mendalam.

Sudah bijaksanakah kita memberikan penjelasan2 terhadap orang2 yang ada di sekitar kita.
Sehingga menenangkan dan mendamaikan suasana, tak ada lagi saling curiga mencurigai.
Sila renungkan
Semoga bermanafaat

*bagaimana kita harus menjaga lisan agar tidak menyakiti orang lain (termasuk status dan komen di media sosial)*
*karena banyak orang yang masuk neraka karena lisannya*

**sumber Dari whatsapp.. Sangat bermanfaat bagi Mv yg kadang2 sugar utk menjawab pertanyaan anak2

Read More