All About Love

Sunday, December 23, 2018

Little pony birthday cake

10:26 PM
Little pony birthday cake
Assalammualaikum

Little pony birthday cake...request by my syamimi.Dia potong kek lewat dua hari sebab mama dia lupa nak order kek 

Mama excited bercuti ke Tenom sampai lupa pasal birthday jej nya pada 21.12. So kebetulan balik kampung mv orderlah kek pilihannya

Kek ini dikongsi dengan kakak ayu ...dorang birthday bulan yang sama cuna beza 20 hari..

Untuk kek ini mv order dari kawan abang ipar dengan harga rm85....kawan abng ipar ni orang bongawan..

0138532072 ..kamu boleh wasap atau call dia untuk tempah kek..harga berpatutan dan keknya sangat sedap..
Read More

Friday, December 21, 2018

Cili jeruk AyuDamit

2:23 PM
Cili jeruk AyuDamit

Assalammualaikum

Cili jeruk Ayu Damit ni mv order melalui instagram di bawah


Kenal atau ingat lagi ayu Oiam dulu..alhamdulillah Ayu kini bukan hanya dikenali sebagai seorang penyanyi 


Kini dia dikenali sebagai seorang usahawan ..mv start follow ig dia tak sampai 2 bulan..tapi mv suka usaha dia dalam pertanian...

Penanaman cili padi yang sangat meriah ...ini pula cili jeruk..first memang tertanya2 sedapkah nda..

Bila dah order dan smpi terus try makan..yup sedap ok ...manis masam pedas...makan dengan nasi putih dengan syur pun dah terbuka selera...

Korang kalau nak order bole follow ig nya

Read More

Tuesday, December 18, 2018

Keputusan upkk 2018

12:19 PM
Keputusan upkk 2018
Assalamualaikum 

Alhamdulillah  keputusan upkk 2018 sudah diumukan jam 11.00 pagi tadi.. Syukur ya Allah anak-anak mv lulus untuk semua 8 mata pelajaran

Abg haikal dapat 3A 3B 2C dan kakak Ayu dapat 8A.. Syukur Ya Allah.. Keputusan mereka ini diluar jangkaan sebab abg haikal percubaan hanya dapat 3A 2B 1C 1D kakak ayu pula hanya dapat 5A 3B

Terima kasih buat warga pendidik di sekolah tempat mereka belajar.. Semoga kejayaan dan kecemerlangan mereka ini diteruskan lagi untuk upsr dan sru 2019
Read More

Monday, December 17, 2018

Persiapan back to school 2019

5:49 PM
Persiapan back to school 2019

Assalammualaikum

Ready sudah  untuk sesi persekolahan 2019..anak-anda sudah bersedia? Ibubapa pula sudah bersedia kah dengan persiapan sekolah. 

Mv baru saja beli sabtu lepas.. Itu pun baru separuh... Separuh pun bajet sudah 2++ ...beli mana yang mampu.baju sekolah kosan yang sekolah bagi membantu mengurangkan kos persekolahan. 

Kalau di sabah memang ada bantuan baju sekolah untuk sekolah rendah ,anak-anak memang pakai jak baju sekolah yang diberi sekiranya muat. 

So mv tinggal beli songkok dan tudung lagi tapi itupun sikit jer. Mv recycle semula baju lama anak yang masih boleh  pakai. 

Kasut dan beg mv dah beli haritu.. Ada bajet beli sikit-sikit. Kamu sudah beli kah untuk anak? Mv beli di 101 superstore bundusan harga baju di sana kira masih mampu milik.. 


Baju tadika kemas pun mv beli d sanaa..  Mv tinggal beli skirt purple saja lagi ni untuk kakak ayu... Mau cari yang kipas belakang... Kalau tiada terpaksa beli kain dan minta jahit.. 


Oh ya esok keputusan upkk diumumkan.doakan anak-anak mv dapat keputusan  yang baik
Read More

Saturday, December 15, 2018

Final kedua piala Aff Suzuki 2018-15.12.18 -Vietnam vs Malaysja

6:44 PM
Final kedua piala Aff Suzuki 2018-15.12.18 -Vietnam vs Malaysja

Assalammualaikum

Malam ini final kedua piala suzuki aff 2018.....mari sama-sama kita menyokong harimau malaya tak kira di mana juga kita berada...

Buat  penyokong yang berada di hanoi. Ingat sokong sokong juga tapi pastikan kita tak mencemarkan nama baik negara.

Buat pemain harimau malaya... buat yang terbaik.. Pastikan kita menjaringkan gol dan menang di vietnam...

Ayuh bangsa final!!!!

Mv dan keluarga tengok di rumah saja macam biasa tapi mv mau minta maaf awal2 ar jiran jiran.. Mana tau terteriak teremosi malam ni...

Chayok chayok

Read More

Jollibee buka cawangan pertama di Malaysia

3:52 PM
Jollibee buka cawangan pertama di Malaysia
Assalammualaikum

Chickenjoy dan hidangan terkenal jollibee dijangka memenuhi selera rakyat Malaysia

15 Disember 2018-  Jollibee,restoran yang menghidangkan chickenjoy yang terkenal diseluruh dunia,hari ini dibuka secara rasminya di Malaysia dengan ramai pelanggan beratur selama berjam-jam untuk mendapat giliran mereka untuk menikmati hidangan Jollibee yang lazat. 

Apa yang menarik minat pengunjung adalah ayam goreng Chickenjoy dari menu Jollibee yang ranggup dibahagian luar dan enak didalam.Hidangan ayam yang terkenal diseluruh dunia ini, chickenjoy mendapat pujian daripada chef selebriti, mendiang Anthony Bourdain, serta pelbagai penerbitan antarabangsa seperti South china Morning Post dan Foodbest. 

Selain daripada ayam goreng yang lazat, para peminat di Malaysia juga boleh menikmati Jolly spaghetti dengan sos cita rasa manis penuh dengan hirisan hotdog,  dan yumburgers terdiri daripada gabungan klasik kepingan daging Jollibee yang diperbuat daripada daging lemvu 100% dan kuah burger istimewa

Peminat di Malaysia kini boleh mencuba menu jualan terbaik Jollibee di cawangan pertamanya di Center Point Sabah, Kota Kinabalu.  Restoran ini dibuka pada jam 9 pagi hingga 10 malam setiap hari. 

Jollibee merupakan jenama utama Jollibee Food Corporation(JFC),yang menjadi syarikat restoran Asia yang terbesar dan paling pesat berkembang di dunia. Modal pasaran syarikat telah mencecah USD 6.1 billion pada 7 Disember 2018.

Bermula hanya dengan dua buah kedai aiskrim,JFC telah berkembang sehingga melebihi  4,300 buah cawangan dan 14 jenis jenama meliputi 21 buah negara. Di Filipina, jenama Jollibee adalah lebih besar berbanding gabungan 2 pesaingnya yang terdekat.  Cawangan-cawangan Jollibee kini terdapat di 14 buah negara antaranya termasuk Amerika syarikat, United Kingdom,kanada,Itali dan emiriah arab bersatu. 

Di vietnam, Jollibee merupakan restoran makanan segera Yang paling cepat berkembang dengan lebih 100 cawangan.  Di brunei, ia merupakan restoran makanan segera #1. Di Hong kong dan singapura, Jollibee telah berjaya menarik minat warga tempat yang menjadi separuh dari pengkalan pelanggannya. 

"Ini adalah satu lembaran baru yang menarik bagi Jollibee sempena pembukaan pertama di Malaysia. Kami menjemput semua rakyat  Malaysia untuk datang dan melihat sendiri bagaimana para peminat beratur panjang bagi menikmati hidangan yang lazat seperti chickenjoy, serta layan kami yang mesra,"kata Ernesto Tabmantiong,  Ketua Pegawai Eksekutif Jollibee Foods Corporation. 

Pada bulan Oktober yang lalu, para peminat telah membanjiri cawangan terbaru Jollibee di London dan telah beratur sehingga 18jam untuk menikmati hidangan Jollibee kegemaran mereka. Pembukaan sebuah lagi cawangan di Manhattan pada bulan November turut menyaksikan orang ramai telah sanggup beratur selama 20jam dalam kesejukan dan hujan. 

"Makanan yanh enak tidak mengenal sempadan. Selain di negara sendiri,  Jollibee turut digemari di seluruh Asia dan benua-benua lain walaupun selera dan budaya mereka berbeza. Ini telah berjaya menjadikan kami sebagai syarikat restoran Asia yang paling pesat berkembang dan kami sangat gembura dengan sokongan yang diberikan. Sokongan ini memberi semangat untuk melakukan yang lebih baik untuk pelanggan dan sentiasa menghidangkan makanan yang lazat dengan layanan kami yang mesra, "kata Denjnus Flores, Presiden dan Ketua Perniagaan Antarabangsa -Eropah, Timur Tengah, Asia dan Australia. 


Read More

Friday, December 14, 2018

Majlis Exchange Gift dan Sambutan Birthday

12:55 PM
Majlis Exchange Gift dan Sambutan Birthday
Assalammualaikum...

ready to tiup lilin 
Majlis Exchange Gift dan Sambutan Birthday  pejabat MV dibuat pada 11.12.18...memang setiap tahun dibuat sekali buat perhimpunan bulanan dan sambutan birthday..meriah..tahun ini disambut dengan Setiausaha Persekutuan Sabah yang baru iaitu Tuan Nor Azri Bin Zulfakar...

Image may contain: 13 people, including Safi Suzyaney Shafie, Bibby RosSa, Honey Lee, Ritnie Cashelda, Edma Sue Edris, Sarisya Norza, Aney Laineh Ibrahim and Hamriah Haji Nurdin, people smiling, people standing and indoor
posing dengan hadiah masing2
Syarat untuk exchange gift adalah minimum hadiah adalah berharga RM50.Sekiranya tidak sempat atau tiada idea boleh beri wang RM50 dalam sampul..MV beli periuk 3 in 1 dekat Mr DIY sebagai Hadiah...harga RM52.00 bolehlah kan...MV dapat hadiah yang Tuan SUP punya iaitu bantal guling oklah kan...hihi
Image may contain: 6 people, including Ritnie Cashelda and Sitinoorlizawati Haron, people smiling, people standing and people sitting
happy birthday to all of us
sambutan birthday pula adalah bermula dari September hingga Disember..MV kelahiran November bersama 2 lagi rakan..SO dengan ini umur MV bertambah lagi setahun..SO 33 tahun sudah .alhamdulillah atas rahmatnya

Image may contain: 2 people, including A Rahim A Salim
my kembar tarikh lahir tapi lain tahun
so untuk hadiah birthday dapat;ah sampul berisi duit RM50.00 oklah kan dari tiada..bolehlah beli hadiah untuk diri sendiri haha..terima kasih atas pemberian dan ingatan dari kelab buat kami yang birthday pada bulan tersebut...

Image may contain: Suzyazreen Yap and Noorziey Fareesyah, people smiling
sama tahun sama bulan beza hari

No automatic alt text available.
hadiah exchange gift mv
Read More